Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

Terima kasih pengerusi majlis,


Assalamualaikum wbt .. dan selamat sejahtera.
Yang Berusaha dan dikasihi, En.Zulkefli Bin Mohd Amin, Guru Besar SK Sawah
Dato,guru-guru Penolong Kanan ,guru-guru Sk Sawah Dato dan rakan-rakan serta caloncalon UPSR sekalian.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang
ini, kami calon UPSR SK Sawah Dato berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu
untuk memohon kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di
curahkan kepada kami. Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada
juga antara kami yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa
hiba sangat hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami.
Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan
mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi peperiksaan
UPSR pada hari esok.
Kami juga berharap guru-guru sekalian memafkan segala tingkah laku dan kekasaran
tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami ada melawan kata,
tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada
dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru.
Sesungguhnya dengan hanya doa dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk
berjuang di dalam dewan peperiksaan itu nanti.
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan, penuh
dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam mendidik kami caloncalon UPSR umpama lilin membakar diri. Terima kasih juga kepada guru-guru yang
mengajar kami dari darjah 1 hingga darjah 6 dan memberi sokongan kepada kami serta semua
guru kerana mengajar, mendidik dan menegur kami secara langsung atau tidak langsung.
Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon UPSR SK Sawah Dato tahun 2016
merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi
peperiksaan dengan tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan yang tepat, Amin. Semoga
dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera dalam
usaha mendidik kami, Amin.
Sekian, assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai