Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengerusi Majlis

(8.15 pm)
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia Puan Yusnita binti Sokman,
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
Yang Berusaha Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad,
Koordinator Kursus Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
Wakil daripada/ YDP Majlis Perwakilan Pelajar,
Saudara Muhammad Irfan Najmi bin Marzuki,
Penasihat COMPASS dan barisan pensyarah FSKM yang dihormati.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Selamat datang diucapkan kepada
Puan Yusnita binti Sokman,
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad,
Koordinator Kursus Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
Wakil daripada / YDP Majlis Perwakilan Pelajar,
Saudara Muhammad Irfan Najmi bin Marzuki,
Penasihat COMPASS,
Barisan pensyarah FSKM,
Exco-exco Compass serta para pelajar yang dihormati sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul bersama-sama bagi memeriahkan Annual Grand Meeting Compass
pada malam ini.

(8.40 pm)
Diminta para hadirin untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor,
Negaraku dan lagu Wawasan Setia Warga Uitm sebagai pembuka acara pada malam
ini.
(8.55 pm)
Terima kasih diucapkan kepada para hadirin di atas alunan nyanyian sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, majlis menjemput saudara Amirul
Amsyar untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
(9.00 pm)
Amin Amin Ya Rabbal Alamin . .
Terima kasih kepada saudara Amirul Amsyar di atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Saudara Mohd Norsham Zikry bin Shamsuddin,
Presiden COMPASS untuk memberikan kata-kata aluan.
Majlis, mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Norsham.
Kini, Majlis menjemput Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad, Koordinator Kursus fakulti
Sains komputer dan matematik untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis, dengan segala hormatnya. Mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Shamsatun di atas ucapan
sebentar tadi.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Seterusnya majlis mempersilakan Puan Yusnita binti Sokman, Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, untuk memberikan kata-kata semangat
serta harapan buat mahasiswa UiTM Cawangan Johor & seterusnya merasmikan
Annual Grand Meeting COMPASS.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(9.10 pm)
Majlis merakamkan sekalung terima kasih kepada Puan Yusnita binti Sokman di atas
kata-kata yang telah disampaikan serta perasmian sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan acara pemberian penghargaan kepada mahasiswa
yang Berjaya menerima anugerah dekan buat semester lepas. Para VIP dijemput
untuk duduk di barisan hadapan dewan.

Tahniah diucapkan buat semua yang Berjaya menerima anugerah dekan.


Diharapkan agar semua dapat mengekalkan dan meningkatkan prestasi ke arah
yang lebih cemerlang. InshaaAllah.
Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan watikah perlantikan Exco COMPASS
bagi sesi 2016-2017. Diikuti dengan tayangan montaj aktiviti COMPASS bagi
semester lepas.

(10.05 pm)
Tanpa kita sedar, masa semakin pantas berlalu. Kini majlis sudah pun tiba ke
penghujungnya.
Majlis dengan ini menjemput Puan Noor Azrin binti Zainuddin diiringi Puan Nor
Fauziah binti Abu Bakar untuk kehadapan pentas bagi menyampaikan cenderahati
kepada Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad dan Pn. Yusnita binti Sokman.
Majlis menjemput Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad, Koordinator Kursus Fakulti
Sains Komputer dan Matematik untuk menerima cenderahati daripada COMPASS.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih, Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad atas kesudian menerima
cenderahati daripada pihak COMPASS. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Seterusnya, Majlis menjemput Pn. Yusnita binti Sokman, Ketua Pusat Pengajian
FSKM UiTM Cawangan Johor, untuk naik ke pentas menerima cenderamata daripada
COMPASS.
Terima kasih Pn. Noor Azrin & Pn. Nor Fauziah di atas kesudian untuk menyampaikan
cenderahati.
Terima Kasih juga diucapkan kepada Pn. Yusnita binti Sokman dan Dr. Shamsatun
Nahar binti Ahmad diatas kesudian menerima cenderamata daripada pihak
COMPASS.

Majlis diteruskan lagi dengan nyayian lagu UiTM Dihatiku serta Jalur Gemilang . . .
Para hadirin diminta untuk berdiri.
(*nyanyian lagu)
Para pelajar diminta untuk terus berdiri bagi menghormati keberangkatan keluar
para VIP.
(10.30 pm)
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai tersilap tutur bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dengan ini, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.
Sekian,
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum WBT..

Anda mungkin juga menyukai