Anda di halaman 1dari 8

MPW 1153 Moral Studies

Bahagian A/Objektif
[20 Markah]
1. Moral berasal daripada perkataan Latin Mores. Moral juga boleh didefinisikan sebagai .
i. pertimbangan dan tingkah laku
ii. adat dan kegunaan
iii. set peraturan tingkahlaku
iv. falsafah moral
A.
B.
C.
D.

i dan ii
ii, iii dan iv
iii dan iv
semua di atas

2.
Berasal daripada perkataan Latin
Merupakan hak mutlak yang harus dimiliki
Sejajar dengan tatasusila
Merupakan tatahukum
Ciri-ciri di atas adalah mengenai .
A.
B.
C.
D.

ethos
mores
kemoralan
ethis

3. ialah satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil
dalam kehidupan mereka. Ia juga memerlukan individu atau kumpulan kecil mengikutinya.
A.
B.
C.
D.

Kemoralan
Motif
Keadilan
Nilai

MPW 1153 Moral Studies

4. Berikut merupakan pernyataan normatif dengan pertimbangan moral:


A.
B.
C.
D.

Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi.


Saya tidak memberus gigi dengan cara yang betul.
Kehidupannya tidak bahagia.
Kereta itu elok.

5. Deontologi bermaksud .
A.
B.
C.
D.

matlamat
kewajipan
akibat
kebahagiaan

6. Seseorang kanak-kanak yang diajar tentang nilai bersopan santun akan bertutur dengan cara yang
bersopan dan berkelakuan baik, hanya jika kanak-kanak itu dapat memahami dan menghayati nilai
yang dipelajarinya.
Contoh di atas dapat menerangkan nilai dari aspek .
A.
B.
C.
D.

Intrinsik
Aritmetik
Altruisme
Utiliti

7. Berikut ialah pelaksanaan cabaran keempat Wawasan 2020 oleh kerajaan Malaysia.
A.
B.
C.
D.

Mewajibkan semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun untuk mengundi


Mewajibkan subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di semua sekolah
Mewajibkan semua rakyat mematuhi undang-undang jalan raya
Mewajibkan semua rakyat memakai topi keledar untuk memandu motosikal

8. Seseorang yang mengikuti prinsip kewajipan akan


A.
B.
C.
D.

memilih dengan bebas.


membuat keputusan yang tetap.
mengikut peraturan.
memaksimumkan kebahagiaan.

MPW 1153 Moral Studies

9. Berikut ialah ciri-ciri nilai objektif kecuali:


i. Kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan peribadi atau pihak yang tertentu
ii. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan
orang
iii. Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu
iv. Ia adalah berbeza-beza antara masyarakat dan boleh berubah mengikut masa
A.
B.
C.
D.

i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
semua di atas

10. Kehidupan sosial masyarakat adalah dipengaruhi oleh undang-undang, adat resam dan
komunikasi di antara individu dalam masyarakat. Pernyataan ini merujuk kepada Teori .
A.
B.
C.
D.

Keperibadian mulia
Kemoralan sosial
Teleologikal
Teori Deontologikal

11. Nilai kejiranan berbeza dari segi intensitinya bagi masyarakat di kampung dengan yang di
bandar.
Tetapi asas nilai kejiranan memang wujud di kalangan mereka dan stabil dalam kehidupan mereka.
Contoh di atas boleh dipadankan dengan penerangan ini.
A.
B.
C.
D.

Nilai boleh digambarkan dengan gerak-geri.


Kadang-kadang nilai boleh berubah dari semasa ke semasa.
Nilai mempunyai kesan terhadap personaliti.
Nilai membenarkan kita mengetahui apa yang boleh dibuat.

12.
Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat
Bergantung pada nilai lain untuk mencapai matlamat
Contoh: mengenakan hukum gantung kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan
pengedaran dadah
Ciri-ciri di atas adalah mengenai jenis bentuk nilai yang dikenali sebagai .
A.
B.
C.
D.

Objektif
Relatif
Instrumental
Intrinsik

MPW 1153 Moral Studies

13. Ciri-ciri nilai yang bersifat absolute atau mutlak ialah seperti berikut:
i. Bersifat universal
ii. Bersifat spesifik
iii. Kekal sepanjang masa
iv. Terbukti sebagai baik atau buruk
A.
B.
C.
D.

i dan ii
i, iii dan iv
ii dan iii
Semua di atas

14. Bersimpati dengan seorang bayi yang menghidap Leukemia mengandungi elemen dimensi
moral seperti .
i. penaakulan moral
ii. perasaan moral
iii. perlakuan moral
iv. pemahaman moral
A.
B.
C.
D.

ii sahaja
ii dan iii
iii dan iv
Semua di atas

15. Sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin
terhadap orang lain. Belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat tentang kebajikan
orang lain.
Penerangan di atas adalah mengenai .
A.
B.
C.
D.

keadilan
situasional
altruisme
dilema sosial

16. Berikut ialah jenis-jenis konflik kecuali:


A.
B.
C.
D.

konflik di antara manusia


konflik di antara nilai
konflik di antara satu hak dengan yang lain
konflik di antara konsep

MPW 1153 Moral Studies

17. Berikut merupakan ciri-ciri masyarakat birokratik:


i. Peraturan ditetapkan oleh autoriti
ii. Memerlukan peraturan khas untuk mengawal ahlinya
iii. Memerlukan nasihat untuk mengawal tindakan
iv. Orang lain di bawah jagaan perlu mematuhinya
A.
B.
C.
D.

i dan ii
i, ii dan iv
iii dan iv
semua di atas

18. Melakukan sesuatu tindakan dengan kesan tindakan yang boleh membawa keseronokan atau
memanfaatkan banyak orang. Prinsip ini adalah berkaitan dengan prinsip .
A.
B.
C.
D.

Utilitarianisme
Egoisme
Kemoralan sosial
Kewajipan

19. Teori merangkumi pantang larang masyarakat dalam menjaga kerukunan sosial.
A.
B.
C.
D.

Deontologikal
Teleologikal
Kemoralan sosial
Keperibadian mulia

20.
Peraturan-peraturan berasaskan akibat atau tujuan yang dibawa oleh mereka.
Mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan.
Sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak kebaikan
atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
Ciri-ciri di atas menerangkan tentang teori .
a. Deontologikal
b. Kemoralan sosial
c. Teleologikal
d. Utilitarianisme

MPW 1153 Moral Studies

Bahagian B/Struktur
[10 Markah]
Jawab SEMUA soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan.
1. Tuliskan satu contoh kelakuan tidak bermoral yang dapat anda lihat semasa anda berada di pusat
membeli belah.
(3 Markah)

2. Nyatakan satu contoh tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya dalam negara kita.
(3 Markah)
3. Kegiatan ragut semakin berleluasa pada masa kini sehingga membahayakan keselamatan anggota
masyarakat. Huraikan satu langkah yang boleh diambil oleh anggota masyarakat untuk mengelakkan
berlakunya masalah sosial ini.
(4Markah)

MPW 1153 Moral Studies

Bahagian C/Esei
[15 Markah]
Jawab SATU soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan.
1. Salah satu fenomena yang menjadi duri dalam masyarakat Malaysia ialah masalah keruntuhan
akhlak remaja. Bincangkan contoh-contoh keruntuhan akhlak remaja masa kini dan berikan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita untuk menangani jenayah tersebut.
(5 Markah)
2. Media massa merupakan ejen maklumat bagi rakyat Malaysia. Namun remaja masa kini sering
menyalahgunakan media massa untuk kepentingan diri. Huraikan peranan media massa kepada
remaja dan kesan-kesan penyalahgunaan media massa yang membawa keburukan kepada remaja.
(10 Markah)

MPW 1153 Moral Studies

UJIAN 1

MORAL STUDIES /MPW 1153


1 JAM

NAMA
NO. PEND
KELAS

:__________________________________________________
:___________________________________________________
: __________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai