Anda di halaman 1dari 33

NOTA RUJUKAN

PENDIDIKAN MORAL
MPW 1153/ 2153
PERINGKAT IJAZAH / DIPLOMA /SIJIL

DISEDIAKAN OLEH:
Muhamad Izzwandy Bin Mamat

BAB 1: PENGERTIAN MORAL


Etika, Nilai dan Moral

Bull N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri
tidak tahu apa itu kemoralan. Oleh itu, sebelum kita mulakan segala perbincangan
tentang kemoralan dan pendidikan moral, kita perlu mendefinisikan perkataan moral
dan kemoralan, serta istilah-istilah yang banyak berkaitan dengan moral, seperti etika
dan nilai; dan seterusnya mengetahui apa itu etika moral dan nilai moral.

Etika (ethics): Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud
hukum, adat resam, kebiasaaan dan budi pekerti.

Moral: Berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud erti yang
sama dengan etika.

Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan
yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirriciri kehidupan yang baik (Grassin, V.1981).

Definisi nilai: Nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat
pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik dan keduanya dari segi
kualiti yang intrinsik iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara dalamanatau dalam
pemikiran kita.

CONTOHNYA (intrinsik): Seseorang kanak-kanak yang diajar tentang nilai bersopan


santun akan bertutur dengan cara yang bersopan dan berkelakuan baik, hanya jika
kanak-kanak itu dapat memahami dan menghayati nilai yang dipelajarinya. Perlakuan
kanak-kanak itu boleh dinilai berdasarkan perlakuan dan pertuturannya.

Ciri-ciri nilai: boleh dilihat, dipertimbang, dirasai dan berubah dari semasa ke semasa.

Fungsi nilai dalam masyarakat dan agama memberi rangsangan terhadap sesuatu
situasi dan menghadkan perlakuan seseorang.

Ashmore, R. B. (1987): Kemoralan (morality): Satu instrumen masyarakat secara


keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka.
Kemoralan adalah sesuatu dari luaran individu, diterapkan ke dalam diri sehingga
menjadi tabiat sendiri. Proses ini dipanggil internalization.

Proses Internalization/interiorized: Kemoralan ialah sesuatu dari luaran individu dan


dikenakan terhadap individu dan dipupuk ke dalam individu sehingga menjadi tabiat
(habits). Matlamat dan peraturan ini akan menjadi internalized.

Proses internalized ini mungkin agak kurang rasional, tetapi ia memang biasa untuk
kemoralan dipupuk ke dalam individu dengan sekurang-kurangnya digunakan sebagai
alasan semasa hendak memberikan keterangan bagi perkara-perkara moral.

Kepentingan pendidikan moral: Memahami dan menghayati nilai-nilai murni


masyarakat Malaysia.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

Implikasi pengajaran pendidikan moral: dapat melahirkan insan yang mulia.

BAB 2: KONSEP MORAL DI MALAYSIA

Di Malaysia seseorang itu akan dianggap sebagai bermoral jika dia mematuhi
undang-undang dan peraturan masyarakat.

Undang-undang tertinggi di Malaysia ialah perlembagaan Malaysia dan menjadi


panduan kepada rakyat termasuk rukun negara dan wawasan 2020.

Rukun negara: Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31
Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969
yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Matlamat rukun negara: mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup


demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil.
Prinsip-prinsip rukun negara: Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan
negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan
kesusilaan.
Prinsip ke lima: (Prinsip yang berkaitan dengan moral)Rakyat Malaysia dituntut
bersopan dan bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan
keperibadian seseorang individu.
Fikirkan bagaimana anda dapat mengaplikasi setiap prinsip rukun negara???

Wawasan 2020: Merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan
Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Terdapat 9 cabaran digariskan dalam
wawasan 2020 ini. Namun cabaran ke 4 adalah yang berkaitan dengan moral iaitu:

Mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, di mana
warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang
murni dan disertai dengan budi yang luhur.

BAB 3: PEMIKIRAN MORAL


Pemikiran moral: Naturalis, Emotivis, Intuisionis dan Rasionalis.
Naturalis: menggambarkan sesuatu dalam keadaan yang sebenar.
Cth: Seorang pelajar Tingkatan 5 mengeluh melihat slip keputusan peperiksaan percubaannya
yang teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan
memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.
Emotivis: menunjukkan sikap manusia yang bertindak mengikut emosi atau perasaan.

Contoh: Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan.


Intuisionis: merujuk suatu proses melihat dan memahami secara spontan.
Cth: Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan
pengalaman, kematangan berfikir dan faktor usia.
Rasionalis: segala tingkahlaku moral yang rasional dan wajar.
Pemikiran Lateral : Enam Topi Pemikiran dan Analisis Swot

Pemikiran lateral: satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan
secara logik atau tradisional.
Kepentingannya: Pembinaan Idea Baru dan Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan.
Enam Topi Pemikiran oleh Dr. Edward De Bono

Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif. Top hijau digunakan bagi mencari
idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.

Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif. Topi kuning digunakan bagi
mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi
hijau.

Topi putih melambangkan pemikiran objektif. Topi putih digunakan untuk mencari fakta,
angka dan maklumat semata-mata.

Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Topi hitam digunakan
untuk mencari segala yang salah, sukar, berisiko dan berbahaya.

Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional. Warna merah melambangkan


perasaan yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu
berfikir.

Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Topi biru
mengawasi topi-topi lain bekerja.

Analisis SWOT

Merupakan strategi yang digunakan untuk mengenalpasti kekuatan (Strenghts),


kelemahan (weaknesses), Peluang (Opportunity) dan Ancaman (Threats)// (SWOT)
dalam sesuatu projek.

Kekuatan: contoh: Mengenalpasti apakah kekuatan yang anda ada?, Apakah kebaikan
yang anda ada?

Kelemahan: contoh: Apakah yang anda boleh ubah atau perbaharui?, Apakah yang
anda patut elak?

Peluang: contoh: Apakah peluang yang boleh anda impikan?, Apakah trend yang
menarik minat anda pada masa kini?

Halangan: contoh: Apakah halangan yang anda hadapi?, Apakah yang dilakukan oleh
pesaing anda?

BAB 4: KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL


Teori etika pula akan membantu pelajar melihat perbezaan pandangan manusia. Ia fokus
kepada pernyataan yang menggambarkan pertimbangan nilai iaitu menyatakan bagaimana
seseorang itu patut dan tidak patut bertingkahlaku.
Kita sentiasa membuat pernyataan normatif dan bukan normatif atau deskriptif. Pernyataan
normatif dijelmakan dalam bentuk atau sebagai pertimbangan nilai, dan berbeza berbanding
dengan deskriptif boleh dihuraikan menerusi beberapa contoh ayat berikut:
(i)

(ii)

(iii)
(iv)

Ini sebuah rumah teres.


Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta dan tidak melibatkan
pertimbangan nilai.
Ini sebuah rumah yang baik.
Ayat ini satu pertimbangan nilai tentang rumah yang mempunyai beberapa ciri yang
dianggap baik.
Dia sentiasa menggunakan Internet.
Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta tanpa pertimbangan nilai.
Dia tidak patut menggunakan Internet sehingga mengabaikan kerja lain.
Ayat ini satu pernyataan yang melibatkan pertimbangan nilai tentang perkara yang
patut atau tidak patut dilakukan.
Ayat (i) dan (iii) yang berbentuk deskriptif atau fakta adalah bukan pernyataan normatif,
manakala ayat (ii) dan (iv) yang melibatkan pertimbangan nilai adalah pernyataan
normatif.
Namun ayat (ii) tidak melibatkan soal moral berbanding dengan ayat (iv). Hal ini
bermaksud, bukan semua pertimbangan nilai adalah normatif dan bukan semua
pernyataan normatif melibatkan moral.

PERNYATAAN NORMATIF: dijelmakan dalam bentuk pertimbangan nilai (Holmes, 1993).

Pernyataan normatif: penegasan/pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai.


Cthnya: kereta itu mahal (mahal mempunyai nilai)
Percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logik, sistematik dan wajar
kepada persoalan moral. (Grassian,V.1981)
Pernyataan Normatif Moral: Pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul,
diterima atau ditolak. Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral ialah
pernyataan normatif dan nilai yang buruk.
Menurut Frankena, (1973): Pertimbangan moral ini boleh dibahagi kepada Khas dan
Am. Pertimbangan moral terbahagi kepada pertimbangan Deontik dan Aretaik.

Pertimbangan Deontik: (pertimbangan kewajipan moral):Kesan sesuatu perbuatan


tidak diambil kira dalam menilai sesuatu perbuatan individu.
Cth: Orang ramai tidak patut membeli atau menjual saham.

Pertimbangan Aretaik: (pertimbangan nilai moral):mengenai seseorang insan, sifat


kelakuan peribadinya. Ciri, perwatakan, motif atau peribadi seseorang dinilai.
Cth: Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi.

Pernyataan normatif boleh dinilai dari aspek normatif moral dan bukan moral. Normatif
bukan moral adalah bebas daripada nilai moral. Cthnya lukisan, pengalaman, kereta
dll.
Cth: Normatif moral: Dia berpakaian sopan.
Cth: Normatif bukan moral: Baju ini cantik, Novel ini menarik.

Pertimbangan Deontik bukan moral (kewajipan bukan moral)


cth:Dia sepatutnya tidur lebih awal.
Pertimbangan Aretaik bukan moral (nilai bukan moral)
cth: Demokrasi adalah bentuk kerajaan yg terbaik.
Pertimbangan Deontik (kewajipan moral)
cth: Saya tdk suka mencaci org lain.
Pertimbangan Aretaik (nilai moral)
cth: Bapa saya penghulu yg baik hati

Maka:
Konsep asas etika terbahagi kepada Pernyataan Normatif dan Pernyataan
Deskriptif.
Pernyataan Normatif terbahagi kepada 2 : Normatif moral dan Bukan moral
Pertimbangan Normatif terbahagi kepada 2: Pertimbangan Deontik dan
Pertimbangan Aretaik
Pertimbangan Deontik dan Aretaik terbahagi kepada moral dan bukan moral.

Pernyataan normatif mempunyai kesan langsung/implikasi: Orang yang bercakap


bohong tidak akan dipercayai lagi oleh orang lain.
Pernyataan normatif berbentuk arahan: Ibu bapa mesti dihormati.

PERNYATAAN DESKRIPTIF
Tidak melibatkan pertimbangan nilai-nilai moral. Ia berbentuk fakta yang tidak
melibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan. Ia menjelaskan fakta yang
logik.

Contoh: Di Malaysia, rombakan kabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri.

Contoh: Kereta itu berwarna biru.

KONSEP ASAS NILAI


Defini Nilai: Sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat dari segi harga. Satu konsep untuk
menilai suatu kebaikan atau keburukan.

Contoh-contoh nilai:
Nilai dari aspek materialistik (Wang kertas RM10 - pada wang kertas warna merah
terdapat penjelasan wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai Sepuluh Ringgit dan
perkataan Bank Negara Malaysia). Jadi wang Rm50 mempunyai nilai untuk membeli
barang yg berharga 50.

Aspek kemoralan: Perbuatan mencuri wang RM10 dan RM100 tidak berbeza dari segi
nilai moral walaupun terdapat perbezaan dari segi nilai wang tersebut.Ini kerana
perbuatan mencuri sama ada mencuri RM10 atau RM100 adalah perbuatan yang buruk
dan salah di sisi undang-undang.

Aspek Intrinsik: menilai seseorang dari segi kualiti hidupnya bukan melihat
kekayaannya.

CIRI-CIRI NILAI

Nilai boleh dilihat, dipertimbangkan dan dirasai melalui pertuturan, gerak-geri, perlakuan,
sikap dan tindakan.
Kadang-kadang sesuatu nilai berubah dari semasa ke semasa berbeza dari satu tempat
yang lain. Walau bagaimanapun, nilai asasnya masih wujud dan stabil dalam kehidupan
individu atau masyarakat.
Boleh ditonjolkan secara lisan dan perlakuan.
Boleh berubah tetapi stabil dalam kehidupan.

FUNGSI-FUNGSI NILAI
Nilai mempunyai fungsi-fungsinya sendiri, iaitu:
I.

II.

III.

IV.

Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya
dalam sesuatu isu sosial atau moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk
arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain,
malah bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain.
Tambahan pula, nilai berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah harus dicabar,
dihujah, diubah atau dipertahan. Tegasnya, nilai menyediakan satu piawai yang asas
dan tekal (consistent) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan
perlakuannya (Feather, 1975; Rokeach, 1973). Contohnya, menurut peraturan sekolah,
pelajar dikehendaki beratur sebelum masuk ke kelas, ketika membeli barang di kantin
atau sebelum menaiki bas sekolah. Jika Mala mematuhi peraturan tersebut kerana
berpendapat bahawa peraturan itu baik untuk dirinya dan orang lain, dia akan
mengamalkan peraturan beratur tanpa paksaan walaupun di tempat yang berlainan
seperti perhentian bas awam, hospital atau pejabat pos.
Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan. Ini bermaksud, walaupun dalm sesuatu situasi beberapa nilai mungkin
berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik
yang dihadapi.
Selain itu, nilai bukan hanya merangsang, malah menghadkan perlakuan seseorang. Ini
bermaksud, seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan
melakukan sesuatu yang dirasakan bercanggah dengan nilai yang dihayatinya.
Contohnya, jika Bujang menghayati nilai sayang kepada nyawa, dia akan
dirangsangkan menjaga dan menghargai nyawa sesiapa pun, termasuk nyawanya
sendiri.

Walaupun semua nilai mempunyai ciri dan fungsi am seperti yang dibincangkan di atas, kita
dapat membezakan sesuatu nilai berbanding nilai lain mengikut domain tertentu seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Agama atau rohani (contoh: kesucian, kesyukuran)


Ekonomi (contoh: produktiviti, kejayaan)
Estetika (contoh: keindahan, keselesaan)
Intelek (contoh: cerdik, kreatif)
Kebendaan dan fizikal (contoh: kesihatan, keselamatan)
Moral (contoh: kejujuran, pemurah)
Politik (contoh: hak mengundi, patriotisma)
Social (contoh: kejiranan, kepercayaan)

Nilai moral merujuk nilai yang dianggap oleh individu atau kumpulan masyarakat
sebagai sesuatu nilai yang baik dan patut dari segi moral (Frankena, 1973).
Manakala nilai bukan moral dalam domain politik, ekonomi atau estetika, walaupun
baik, ia tiada kaitan dengan apa yang dianggap baik dan patut dari segi moral.
Contohnya, nilai bertimbang rasa merupakan nilai moral, manakala nilai demokrasi
ialah nilai politik. Kedua-duanya dianggap perkara baik.

Terdapat nilai moral yang berpunca daripada agama seperti tidak boleh bercakap
bohong dan mencuri barang orang lain. Namun, nilai moral tidak meliputi semua nilai
agama seperti kepercayaan dan meditasi.
Selain itu, nilai moral sama dengan nilai sosial dari segi penggunaan isbat kepujian,
kejian dan isyarat pertuturan lain yang menerima atau menolak perlakuan kita.

NILAI DAN ETIKA SEBAGAI KAKITANGAN AWAM


Nilai peribadi asas: amanah, ikhlas
Nilai mengutamakan pelanggan
Nilai kepimpinan: adil, jujur dll
Nilai profesionalisme
Nilai keagamaan: taqwa, warak, jujur
Nilai produktiviti
NILAI DIGUNAKAN DALAM TIGA KONTEKS

Nilai sebagai sifat.


Nilai sebagai kadar harga atau markah sesuatu objek atau perkara.
Nilai yang bersifat aksiologi iaitu berkaitan dengan falsafah nilai.

PERBANDINGAN JENIS-JENIS BENTUK NILAI


Nila-nilai ini boleh menunjukkan hubungan antara nilai
Nilai Instrumental // Nilai Intrinsik
Nilai Subjektif // Nilai Objektif
Nilai Relatif // Nilai Mutlak
(NILAI INSTRUMENTAL): Kualiti yang diterima/ditolak sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat. Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Cth: Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia kedua.
(NILAI INTRINSIK): Kualiti yang diterima/ditolak semata-mata ia baik atau buruk tanpa
mengambil kira kesannya. Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat terakhir.
Cth: Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar
dadah semata-mata kerana kewajipannya dari segi undang-undang dan bukan atas tujuan
membasmi pengedaran dadah.
(NILAI SUBJEKTIF): Kualiti yang diterima atau ditolak berdasarkan pendapat atau pandangan
seseorang individu, pihak atau institusi.Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang
individu.

Contohnya: Serangan Amerika ke atas Iraq adalah wajar mengikut pandangan sekutunya tetapi
kejam dari pandangan negara-negara yang menyokong Iraq.
(NILAI OBJEKTIF): Kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan peribadi atau pihak
yang tertentu. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua
atau kebanyakan orang.
Contohnya: Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.
(NILAI RELATIF): Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk
mencapai sesuatu matlamat masyarakat. ia mungkin ditolak oleh masyarakat lain.Ia adalah
berbeza-beza antara masyarakat dan boleh berubah mengikut masa.
Contohnya: Di Malaysia sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi.
Manakala di Amerika, keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.
(NILAI MUTLAK/ABSOLUTE): Nilai yang berharga itu tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan
bagi sesuatu masyarakat. Nilai yang bersifat universal. Ia diterima umum dan telah terbukti
sebagai baik atau buruk.
Contohnya: Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.
BAB 5: AGEN MORAL/INSAN MORAL
Topik ini menunjukkan satu gambaran insan yang dikatakan sebagai bermoral. Ada pelbagai
pandangan tentang konsep moral dan konsep pendidikan moral, bersifat multi-dimensional,
(Sugarman,1973).
Cara seseorang guru atau ibu bapa mendidik murid atau anak mereka akan dipengaruhi
oleh pandangannya terhadap konsep moral.
Ibu bapa yang mentakrifkan moral sebagai sebagai kewajipan manusia dalam
mematuhi peraturan atau undang-undang, akan berlagak seperti seorang diktator yang
sukar berkompromi semasa mengajar anaknya tentang kemoralan dalam kehidupan.
Jika ibu bapa melihat kemoralan sebagai nilai yang relatif dan boleh dibandingkan
antara satu sama lain dan ada pilihannya, maka dia akan membenarkan anaknya
memilih secara bebas sebarang nilai moral dalam hidupnya yang dianggap baik dan
betul. Maka sikap ibu bapa yang bertolak ansur ini dianggap lebih demokratik ketika
memberi pendidikan moral kepada anaknya.
AGEN MORAL: ADA TIGA ASPEK (KANDUNGAN MORAL, BENTUK MORAL DAN DIMENSI
MORAL)
KANDUNGAN MORAL

Moral atau etika mempunyai sesuatu isi kandungan. Isi kandungan moral merangkumi
DUA aspek iaitu peraturan masyarakat dan keperibadian manusia yang mulia.
Peraturan masyarakat: Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat
membatasi kelakuan dan perbuatan manusia sendiri supaya manusia tidak terlalu bebas

sehingga mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Peraturan manusia juga
boleh menjimatkan masa kerana ia merupakan satu kriteria rujukan bagi manusia
semasa mereka membuat keputusan atas sesuatu perbuatan yang perlu dilakukan oleh
mereka.
Kemoralan yang paling awal dialami oleh seseorang individu ialah peraturan-peraturan
dan arahan-arahan dalam adat resam yang membentuk mores sesuatu komuniti.
Peraturan adat: kebiasaan dalam mengharungi kehidupan manusia. Peraturan hidup yg
dipusakai dan yg diperturunkan drp ibu bapa.
kelakuan seseorang individu ditadbirkan oleh peraturan.
Melalui sistem ini seseorang itu akan menggunakan keadilan, maruah dan sifat baik
hati.

KEPENTINGAN DAN FUNGSI MASYARAKAT DALAM PEMBENTUKAN INSAN YANG


BERMORAL:

Mempertingkatkan mutu hidup manusia.


Melindungi nyawa manusia dan
Membenarkan mereka terus hidup.
Mempertahankan hak asasi.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk semua orang mematuhi semua peraturan
masyarakat.
KEPERIBADIAN MULIA:
Seseorang insan yang bermoral perlu mempunyai keperibadian yang baik dan boleh
dipuji untuk dianggap sebagai seorang insan yang bermoral.
keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk seseorang manusia serta
ketenteraman hidup di sesebuah masyarakat (Wallace J.D,1978).
Perkembangan akhlak yang mulia pada diri seseorang pelajar semasa pembelajaran di
sekolah merupakan kurikulum yang utama dalam mata pelajaran Pendidikan Moral
(Feng.Z,1993).
Brandt, Richard B. (1979) dalam buku A Theory of The Good and the Right: Seseorang
individu perlu didedahkan kepada situasi alam persekitarannya dan diajar melalui
pelbagai pendekatan seperti pendidikan agama, pendidikan moral, atau asuhan ibu
bapa sebelum dia dapat memperoleh akhlak yang mulia.
BENTUK MORAL
Keadaan majmuk ini menghasilkan pelbagai jenis masyarakat yang unik, masing-masing
mempunyai undang-undang, peraturan, kod etika, adat resam, budaya dan sistem pentadbiran
sendiri. Sebagai contoh, apabila seseorang individu yang hidup dalam masyarakat moden tetapi

masih dipengaruhi oleh peraturan-peraturan dalam adat resam masyarakatnya, kemungkinan


dia tidak dapat menyelesaikan masalah hidup modennya dengan peraturan yang agak
ketinggalan masa.

Menurut Grassian,V. (1981), untuk menyelesaikan masalah dilema moral selain dari
menggunakan kebijaksanaan atau keperibadian mulia dan merujuk peraturan-peraturan
masyarakat, seseorang individu juga perlu memberikan pertimbangan kepada prinsipprinsip moral yang sentiasa digunakan secara konsisten.
Cadangan Grassian adalah satu bentuk etika, dan lebih tepat lagi, ialah Bentuk Etika
Prinsipalistik (principalistic ethics form) iaitu ia menggunakan prinsip-prinsip moral
untuk menyelesaikan masalah.
Satu lagi bentuk etika yang digunakan ialah Bentuk Etika Situasional (situasional
ethics form).

BENTUK ETIKA PRINSIPALISTIK


Bentuk etika yang menggunakan prinsip-prinsip moral untuk menyelesaikan masalah. Terdiri
daripada PRINSIP KEADILAN DAN ALTRUISME.

KEADILAN: tindakan,keputusan, undang-undang, hukuman dan lain-lain) yang wajar


atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana apabila memutuskan sesuatu. Ia
merupakan prinsip prihatin terhadap orang lain.
ALTRUISME: altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan
orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Altruisme akan
menjauhkan individu daripada sifat mementingkan diri sendiri.

BENTUK ETIKA SITUASIONAL


Dalam sesuatu keadaan tertentu, seseorang individu perlu membuat keputusan dan bertindak
berdasarkan situasi dimana dia berada. Cthnya: Kes pengguguran bayi Sheri Fishbein pada
awal tahun 1960 di Arizona. Wanita itu telah mengandungkan anak yang mengalami kecacatan.
Dia telah meminta makhamah mmbenarkan doktor menggugurkan kandungannya kerana
undang-undang melarang perbuatan pengguguran. Akhirnya kandungannya digugurkan di
Sweden. Maka dapat dikatakan dia telah menyelesaikan dilema nya mengikut situasi.
DIMENSI MORAL: PENAAKULAN, PERASAAN, PERLAKUAN MORAL

Penaakulan moral: Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau


fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Individu yang tidak berupaya membuat
penaakulan moral akan menjadi seorang yang tidak rasional dan akan bertindak secara
membuta tuli. Membuat keputusan berdasarkan fakta tanpa pengaruh emosi.Contoh:
bunuh diri.
Perasaan moral: Mempunyai emosi moral seperti suara batin, iaitu kehalusan perasaan
individu yang mengandungi rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan simpati dan
empati, prihatin, belas kasihan dan bermotivasi.
Perlakuan moral: Seseorang dapat bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut
kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi

moral. Antara tingkah laku moral ialah bertanggungjawab, berdedikasi, prihatin dan
bekerjasama. Atau memimpin org buta menyeberang jalan.

Perhubungan antara ketiga-tiga dimensi moral: Penaakulan, perlakuan dan perasaan


seseorang individu akan membenarkan individu sentiasa berada dalam keadaan yang
berjaga-jaga di mana dia berada.

BAB 6: PENYELESAIAN KONFLIK MORAL


JENIS-JENIS KONFLIK:

KONFLIK ANTARA MANUSIA: konflik antara satu atau lebih orang untuk perkara yang
terhad.
KONFLIK ANTARA NILAI: nilai berkonflik seperti keadilan dan kebebasan.
KONFLIK ANTARA SATU HAK DENGAN HAK YANG LAIN: sejenis kebebasan
berkonflik dengan kebebasan yang lain.

SEBAB-SEBAB KONFLIK:

DILEMA SOSIAL: Beberapa masalah yang mengancam masa depan timbul apabila
pelbagai pihak mengejar kepentingan diri dan mengabaikan kebajikan orang lain.
Cthnya: Adalah mahal untuk membeli alat kawalan pencemaran, lagipun pencemaran
yang saya lakukan adalah kecil. Pilihan tersebut menguntungkan secara individu tetapi
merugikan secara kolektif.
KONFLIK ANTARA KUMPULAN: Menurut Forsyth,D.R (1982), konflik antara kumpulan
berlaku di semua peringkat organisasi sosial.

SEBAB-SEBAB KONFLIK ANTARA KUMPULAN

Persaingan: Konflik berlaku apabila ada persaingan atas sumber-sumber yang terhad.
Pengkategorian Sosial: Manusia belajar tentang persekitaran sosial mereka dengan
mengelaskan objek dalam kategori.
Pencerobohan perantaraan kumpulan: Kewujudan dua kumpulan yang berbeza dan
persaingan antara mereka mungkin mengakibatkan konflik.

STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN KONFLIK


STRATEGI ANALISIS NILAI:
Terdapat 2 pendekatan dalam strategi ini iaitu pendekatan Fraenkel dan pendekatan
Coomb.
Kedua-dua pendekatan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka menangani konflik
secara analitikal dengan mengesan unsur-unsur nilai dan fakta-fakta yang terdapat
dalam konflik terlebih dahulu. Mereka menganalisis nilai berkaitan, meninjau kesan yang
mungkin terjadi menjaga kebajikan dan mementingkan akibat keseluruhannya.
Kelebihan strategi : Menggunakan pemikiran logikal dalam penyelesaian konflik yang
berasaskan fakta yg relevan dalam membuat pertimbangan nilai.Meneliti banyak fakta
dan pelbagai kesan terhadap setiap alternatif yang dikenalpasti.
Kelemahan strategi: Terlalu taksub dengan fakta dan logik sahaja.

STRATEGI MEMBINA HIERARKI

Strategi membina hierarki ialah: seandainya hanya satu dari dua atau lebih nilai boleh
dipilih untuk menyelesaikan konflik, maka nilai yang sepatutnya diutamakan ialah nilai
yang lebih penting.
Teori hierarki amat berminat dalam persoalan seperti Apakah tindakan atau dasar sosial
yang mempunyai paling besar dan paling banyak nilai-nilai positif?
Strategi pemikiran hierarki ini ialah semakin banyak nilai positif sesuatu tindakan atau
dasar, semakin tinggi nilainya dalam hierarki.
Kelemahan: nilai yang berkonflik tidak selalunya dapat disusun mengikut hierarki,
terpaksa berkorban kerana nilai moral diutamakan, kadang sukar untuk mengesan
manakah nilai yang lebih asas.

STRATEGI PENCAIRAN MASALAH

Secara umum apa yang terdapat dalam strategi pencairan masalah dalam konflik ialah
pembinaan alternatif bagi mengelakkan masalah.
Kelemahan strategi:
Tindakan tidak terkawal kerana di luar jangkaan.Tidak membina perwatakan, menyekat
situasi yg memerlukan ketegasa moral.

STRATEGI KOMPROMI

Kompromi (persetujuan berdasarkan tolak ansur antara tuntutan atau nilai yang
bertentangan itu).
Dalam strategi ini, pihak yang terlibat perlu berunding tentang apa yang perlu dan tidak
perlu dan apa yang ingin dicapai dan ingin dielakkan.
Kelemahan: parti yang berkuasa akan mendapat lebih faedah.

BAB 7: TEORI ETIKA DAN ASAS NILAI


TEORI KEMORALAN SOSIAL

Secara ringkas, dapatlah dikatakan bahawa teori kemoralan sosial merangkumi


pantang larang masyarakat untuk menjaga kerukunan sosial, peraturan masyarakat
termasuklah Jangan membuang bayi.
Tujuan dan matlamatnya lebih cenderung kepada mengawal keselamatan masyarakat
dan melindungi kebajikan ahli-ahlinya.
Contoh-contoh lain bagi sistem kemoralan sosial dalam masyarakat dapat dilihat dari
aspek agama.
Penganut agama Buddha dinasihati supaya tidak mengamalkan kehidupan yang
ekstrim.

Perlakuan penganut Kristian dalam kehidupan harian dihadkan oleh perintah-perintah


dan larangan-larangan.
Masyarakat Melayu yang beragama Islam mengamalkan kehidupan berdisiplin melalui
ajaran etika dan akhlak.
Masyarakat Cina mempunyai prinsip mencintai, menghormati serta menyanjungi ibu
bapa.
Tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah dari sebuah autoriti (suasana
masyarakat agak birokratik) akan terjadi.
Teori kemoralan sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan
kepentingan diri seseorang individu.

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Satu teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik ialah
teori keperibadian mulia. Cthnya:Kejujuran dapat mengelakkan perbuatan rasuah.
Aristotle mengatakan kebolehan moral yang dipanggil keperibadian mulia (virtue) atau
tabiat baik secara moral dibina melalui latihan atau latihan tubi.
Ciri-ciri: Kecenderungan untuk satu tujuan, Ianya bukan perasaan. Ianya tidak dilahirkan
secara semulajadi dan Diperoleh melalui latihan, mengamalkannya.

PERINGKAT PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MULIA

Semasa di peringkat kanak-kanak, kita hanya diberitahu yang mana betul dan yang
mana salah.
Apabila kita menjadi remaja, kepiawaian ini diterapkan secara mendalam.
Hanya apabila kita menjadi dewasa yang matang dan rasional.

CIRI-CIRI KEPERIBADIAN MULIA

diperoleh melalui pengajaran, pembelajaran atau latihan.


tabiat yang bermaksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan
sesuatu yang boleh diguna pakai
baik (good), ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat (vices)
STRATEGI MEMBENTUK KEPERIBADIAN MULIA ADALAH MELALUI:

Proses pengajaran dan pembelajaran


Penghargaan dan hukuman
Pengalaman dalam kehidupan
Pemikiran rasional dan matang

BAB 8: TEORI TELEOLOGIKAL DAN DEONTOLOGIKAL


TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL

Perkataan teleo berasal daripada perkataan Yunani telos yang bermaksud matlamat
(goal) atau akibat.
peraturan-peraturan berasaskan akibat atau tujuan yang dibawa oleh mereka.
Ia terlalu mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan.
teori teleologikal yang wujud adalah utilitarianisme dan egoisme.
Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan
memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan untuk bilangan orang yang banyak.
Utilitarianisme tindakan: Utilitarianisme tindakan menyatakan bahawa kita perlu
melakukan sesuatu tindakan dengan kesan-kesan tindakan yang boleh membawa
keseronokan atau memanfaatkan banyak orang.
Utilitarianisme peraturan: Utilitarianisme peraturan memberikan pandangan bahawa
kita perlu mematuhi peraturan yang dapat memaksimumkan keseronokan bagi semua
yang terlibat.
Egoisme: Egoisme boleh ditakrifkan sebagai teori yang menganggap nilai itu baik jika
menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk atau jahat jika sesuatu itu merugikan diri
sendiri.
Egoisme etika: individu adalah bertanggungjawab melakukan kebajikan dan dia
menguntungkan.
Etika psikologi: mengambil tindakan kerana akan menguntungkan diri sendiri.

TEORI DEONTOLOGIKAL

Pandangan etika deontologikal berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud
tugas atau kewajipan (duty).
Teori deontologi tindakan;Menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral
adalah bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam
situasi tertentu.
Teori deontologi peraturan;Mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah
sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan.

PRINSIP KEWAJIPAN

satu prinsip kemoralan dalam teori deontologi peraturan yang dikemukakan oleh
Immanuel kant.
Prinsip kewajipan bermakna tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan
itu merupakan satu tanggungjawab.
Etika Kant menerangkan banyak perkara dan antaranya ialah: Konsep Tekad
Baik&Prinsip Perintah Mutlak.
Menurut Kant, goodwill atau tekad baik (kesungguhan hati hendak melakukan sesuatu
dengan niat baik)

PRINSIP PERINTAH MUTLAK

Apabila sesuatu prinsip moral, iaitu peraturan atau undang-undang moral telah dibentuk,
ia mesti dipatuhi oleh setiap orang tanpa pengecualian.

PRINSIP EKSISTENSIALISME

Prinsip Eksistensialisme: Prinsip eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk


mesti berasaskan pilihan individu secara bebas.
Manusia pada mulanya menyedari kewujudan diri, merancang utk diri dan menjadi apa
yg telah dirancangkan.

BAB 9: NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN


ISLAM DAN PEMBANGUNAN MANUSIA: Menurut pandangan orang-orang Islam, nyawa
seseorang individu adalah satu proses yang mempunyai kesinambungan.
Empat Aspek nasib bayi berkenaan pada masa akan datang iaitu:
Rezeki
Amalan
Kematian
Derita atau bahagia
Tumpuan utama diberikan kepada perkembangan tingkah laku, sahsiah, dan akhlak serta
perhubungan dengan Tuhan.
MANUSIA: mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad (dwisifat).
SUMBER UTAMA DLM ISLAM: Al Quran dan Hadith
Aspek-aspek ajaran Islam merangkumi Aqidah, Ibadah dan Akhlak.
Akhlak baik yang disarankan oleh Al-Quran adalah seperti ikhlas, sabar, amanah, adil,
suka tolong-menolong, pemurah dan sebagainya.
AGAMA HINDU
perkataan dharma dalam bahasa Sanskrit bermaksud the moral and social order.
Orang India pada zaman purba menimbangkan moral secara praktikal dan mengelaskan
perkara-perkara yang baik (good) seperti kegembiraan, kesihatan, keamanan,
persahabatan, ilmu pengetahuan dan kebenaran.
Manakala perkara-perkara buruk (bad) adalah seperti kesengsaraan, kesakitan,
kemarahan dan permusuhan.

ETIKA HINDU BRAHMANIKAL: Berikut adalah 3 keadaan konkrit tentang masyarakat


zaman dahulu bagi Hindu Brahmanikal: Veda-veda; Setiap veda meliputi empat
bahagian, iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Penulisan dlm
Upanishad adalah berkaitan dgn khutbah atau perbualan antara guru dgn anak murid.

DHARMA: merupakan peraturan etika yang menyelaraskan tingkah laku individu,


keluarga, kehidupan awam dan negara.

DOKTRIN KARMA: merit atau kebaikan akan dibalas dengan baik dan segala demerit
atau kesalahan akan dihukum denda.

AGAMA KRISTIAN

Bagi umat Kristian hanya ada satu Tuhan yang Maha Esa. Tuhan yang disembah
mereka mempunyai TIGA imej iaitu; God Father,Holy Spirit,dan Holy Son.
Terdapat dua rukun utama dlm ajaran Kristian: CINTAILAH TUHAN DENGAN
SEGALA JIWA DAN RAGAMU:Sifat perasaan kasih sayang dan kemahuan yg
kompleks dgn mematuhi segala suruhan Tuhan. Juga sentiasa taat kepadanya dgn
mencintai kebenaran&keadilan dan sentiasa memohon ampun.
CINTAILAH JIRANMU SEPERTI KAMU MENCINTAI DIRI SENDIRI: Individu yg
mencintai jiran spt diri sendiri pula akn mematuhi undang2 tuhan spt tdk berzina,
membunuh, mencuri dll.
Kebanyakan Kristian percaya bahawa perbezaan antara manusia dengan haiwan
yang lain ialah manusia mempunyai ciri-ciri personaliti Tuhan.
Mengikut satu interpretasi tentang roh yang dipercayai orang Kristian, manusia
mempunyai Tiga jenis roh, iaitu roh tumbesaran, roh perasaan dan roh intelektual.
OLD TESTAMENT: Selain mendirikan perintah-perintah yang mesti dipatuhi oleh
seseorang penganut Kristian, Old Testament juga memberikan perhatian yang luas
kepada kemoralan sosial.Old Testament juga menyampaikan hukum-hukum sepuluh
The Ten Commandments perintah kepada penganut akan tingkah laku mereka.

AGAMA SIKHISME
Menurut Singh,H. (1969), agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) dan

turun-temurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti.


Pada akhirnya ajaran ini telah dibukukan dalam Guru Granth Sahib Ji (Kitab Suci)
yang menjadi Guru bersama-sama kaum Khalsa dan membentuk agama ini.
PERKARA ASAS YANG MENJADI KEPERCAYAAN PENGANUT AGAMA SIKH:
- Mempercayai satu tuhan
- Sentiasa membaca atau mendengar sabda Guru Granth Sahib Ji
- Berlatih mengawal diri dan berjanji memakai lima perkara dan cogan
berawalkan K (Kesh, Kanggha, Kara, Kashehra dan Kirpan.
- Menghapuskan perasaan berkasta-kasta
- menghormati semua makhluk

LIMA MOTIF TIDAK BAIK DARI SEGI MORAL: Tamak, keangkuhan, hawa nafsu
yang kuat dll.

KEPERIBADIAN MULIA MENURUT AGAMA SIKH:


- kebijaksanaan
- kejujuran
- keadilan
- kesederhanaan
- keberanian
- merendah diri
- kepuasan hati

PERKARA PENTING DALAM AGAMA SIKH: Tuhan yang disembah, Taraf Guru
dalam agama Sikh, Kitab Suci, Gudwara, Hari perayaan kaum Sikh, masyarakat,
cara damai dan cara kekasaran dalam agama Sikh, kaum Sikh dan kaum agama
lain.

KONFUSIANISME

Pengasas - Kung Chiu (551-4479 S.M.) yang lebih dikenali sebagai Kung Futzu atau
Confucius yang bermaksud Guru Agung.
Ajaran Confucius terkandung dalam buku-buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan
Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik
dan agama.
Apa yang penting dalam etika Confucius ialah lapan nilai murni seperti terkandung di
dalam buku Lun Yu. Berikut ialah keterangan makna kelapan-lapan nilai murni tersebut:
1. ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang,
kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap orang lain. Menurut
Confucius, nilai ren adalah penting dan patut dipupuk di kalangan individu kerana
nilai ini merupakan asas kepada nilai murni yang lain.
Contohnya, individu yang mempunyai ren akan menyayangi dan berbakti
kepada ibu bapa (xiao).

2. shu atau altruima yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan, serta
melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.
Contohnya, Jangan buat sesuatu terhadap orang lain yang anda tidak mahu
orang itu buat pada anda.
3. chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuaut yang baik untuk
diri sendiri dan orang lain.
Contohnya, jika individu ingin berjaya, dia juga harus membantu orang lain
untuk berjaya.
4. li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara,
pertuturan dan tingkah laku seseorang.
Contohnya, seorang bapa harus menjadi seorang bapa dan seorang anak
menjadi seorang anak.
5. yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam
situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.
Contohnya, individu yang menjalankan tugasnya dengan berpegang pada yi
akan dianggap bermoral tidak kira sama ada dia berjaya atau gagal dalam tugas
yang diberikan.
6. ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan
sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak
mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.
7. xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjungi serta
secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Dengan kata lain,
seseorang anak hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang anak
dengan menghormati, melayan dan menjaga ibu bapanya. Ini kerana ibu bapa
memberikan nyawa kepada anak-anak dan membesarkan mereka dengan
penuh perhatian.
8. zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku. Individu yang
menghayati nilai ini tidak boleh menipu diri sendiri atau orang lain, iaitu dia harus
memberi perhatian benar dalam segala kelakuannya.

Setiap kanak-kanak Cina juga diajarkan cara menghormati orang lebih tua sejak kecil
lagi. Pemujaan roh nenek moyang turut diamalkan. Amalan ini masih dipraktikkan oleh
ramai keluarga di kalangan kaum Cina di Malaysia, khususnya pada hari kebesaran
Chin Ming. Pada hari berkenaan, orang Cina berpusu-pusu menziarahi kubur anggota
keluarga mereka.

TAOISME

Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze (575-485 S.M) Ajarannya terkandung dalam
bukunya Tao Te Ching yang bermakna Jalan dan Kekuasaan.

Ajaran Tao menekankan keharmonian dengan alam semesta yang disebutkan sebagai
Tao yang bermaksud cara atau jalan. Tao dianggap sumber kepada kehidupan di alam
semesta ini.
Tao mencipta makhluk dan segala isi alam dan juga yang memusnahkannya. Terdapat
empat konsep penting dalam Taoisme seperti berikut: Tao melahirkan yang Satu; Yang
satu melahirkan yang Dua; Yang Dua melahirkan yang Tiga; Yang Tiga melahirkan
semua makhluk (Tao Te Ching dalam Palmer, 1991).

Konsep Tao melahirkan yang satu bermaksud Tao ialah suatu yang aktif, iaitu
sesuatu tindakan ialah semula jadi dan bukan dipaksakan. Contohnya, seorang
pemerintah bijaksana dan sempurna akan memerintah dengan cara yang menyebabkan
rakyatnya tidak menyedari mereka diperintah dan rakyat hanya mempercayai apa yang
berlaku semula jadi. Ini bermaksud, dengan bertindak secara semula jadi, iaitu dengan
tidak melakukan apa-apa pun tetapi membenarkan sesuatu berlaku mengikut Tao,
seorang pemerintah bijaksana akan mendapat keharmonian dengan intisari diri sendiri.

Perkataan Dua dalam konsep Yang satu melahirkan yang Dua merujuk kuasa
kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sama sekali (contohnya, hitam
dan putih; lelaki dan perempuan; panas dan sejuk) dan mewakili semua yang ada dan
boleh diadakan di dalamnya tetapi bertentangan. Dalam perjuangan berterusan
terhadap kuasa semula jadi, yin dan yang menghasilkan tenaga (chii) untuk kewujudan
segala-galanya.

Konsep Yang Dua melahirkan yang Tiga pula merujuk tiga serangkai Syurga, Bumi
dan Perikemanusiaan. Ketiga-tiga serangkai ini ialah bentuk yang segala makhluk
sebenarnya wujud seperti yang dinyatakan: Tao adalah agung; Syurga adalah agung;
Bumi adalah agung; Raja (mewakili kemanusiaan) juga adalah agung; Ia ialah tempat
kuasa besar alam semesta ini (Tao Te Ching, dalam Palmer, 1991). Akhir sekali,
Taoisme menggambarkan segala makhluk wujud pada akhir perkembangan kosmos dan
inilah maksudnya Yang Tiga melahirkan segala makhluk.

Untuk mencapai perpaduan dengan Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei


yang bermaksud cara bukan tindakan. Wu-Wei dihuraikan sebagai melakukan sesuatu
bukan untuk diri sendiri sahaja, malah atas sebab altruistik. Cara bukan tindakan ialah
kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkongi hawa nafsu.

Menurut Taoisme, selain rohnya, keseluruhan jasad manusia dianggap sesuaut yang
perlu diabadikan. Keabadian ini melibatkan meditasi dan refleksi serta cara mengubah
bentuk fizikal kepada yang abadi menerusi alchemy. Ajaran ini juga mementingkan
penganutnya mengadakan doa umum dan upacara kerana mereka dianggap sebagai
saluran agen mengimbangkan dunia ini, iaitu mengatasi kuasa tidak baik.

Taoisme telah mempengaruhi cara hidup ramai orang Cina, misalnya, dalam
sembahyang dan persembahan kepada dewa-dewa seperti Tuhan Alam dan Tuhan
Dapur; persembahan kepada roh nenek moyang; almanak Tung Shu yang digunakan
bagi menentukan hari yang sesuai untuk peristiwa seperti perjalanan jauh, memulakan
perniagaan atau hari perkahwinan; feng shui bagi menentukan kesesuaian penempatan
rumah atau perniagaan; tai-chi-chuan yang merupakan satu bentuk latihan untuk
memastikan bahawa kuasa yang penting (chi) dapat dialirkan kepada keseluruhan

badan dan seterusnya mengekalkan keseimbangan serta keharmonian yang penting


dalam badan seseorang; dan ubat Cina tradisional untuk merawat pesakit.

AGAMA BUDDHA
Pengasas agama Buddha - Siddharta Gautama (563-483 S.M) yang digelar Buddha,
iaitu bererti Pemberi Cahaya setelah beliau mendapat ilham, pemakluman atau
pengajaran agung (enlightenment).
Asas ajaran Buddha ialah sesuatu itu tidak kekal dan semua saling bergantung antara
satu sama lain. Gautama Buddha berkata, setiap individu perlu melatih diri sendiri
supaya mendapat kesedaran untuk melihat bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti
yang berlaku pada diri sendiri, malah keadaan berhubung dengan kejadian itu.
Menurutnya lagi, individu bebas mengubah takdir walaupun dia telah mewarisinya
daripada kehidupan masa lalu. Keinginan yang tidak dikawal akan mengubah cara hidup
yang akan dipenuhi dukkha, iaitu duka atau kesengsaraan.

Dengan kata lain, setiap kehidupan diserapkan dengan kesengsaraan seperti yang
disebutkan dalam Empat Kebenaran Mulia (Find Noble Truth).
Pertama, penderitaan atau kesengsaraan hidup atau dukkha (juga bermaksud
tidak boleh dipuaskan) adalah lumrah alam. Tiga aspek dalam kebenaran mulia
yang pertama ini ialah, Adanya dukkha. Dukkha harus difahami. Dukkha telah
difahami (Vanerable Ajahn Sumendho, 1996). Kesengsaraan atau dukkha ialah
kelahiran, menjadi tua, sakit, perpisahan dengan orang yang disayangi dan tidak
mendapat sesuatu yang dikehendaki.
Kedua, penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh
kekayaan dan keseronokan yang tiada penghujungnya. Tiga aspek dalam
Kebenaran Mulia yang kedua ialah, Adanya punca penderitaan yang berkaitan
dengan nafsu. Nafsu harus dilepaskan (Venerable Ajahn Sumendho, 1996).
Nafsu ini merangkumi nafsu untuk keseronokan, nafsu untuk menjadikan
sesuatu dan nafsu untuk menghapuskan sesuatu.
Ketiga, untuk mengelakkan penderitaan, manusia harus menghapuskan atau
mengatasi nafsunya. Tiga aspek dalam Kebenaran Mulia yang ketiga ini ialah,
Adanya penghapus dukkha. Penghapusan dukkha harus disedari. Penghapusan
dukkha telah disedari (Venerable Ajahn Sumendho, 1996). Tujuan utama dalam
ajaran Buddha ialah perkembangan minda yang reflektif dalam melepaskan
kepercayaan palsu. Keadaan mental ini amat penting untuk mengatasi
penderitaan.

Ini bukanlah merujuk pemikiran berhubung dengan pandangan yang tetap dan prejudis
atau pemikiran yang mengetahui segalanya atau pemikiran yang menerima segala yang
dikatakan oleh orang lain sebagai benar. Ini ialah pemikiran terbuka terhadap Empat
Kebenaran Mulia dan renungan tentang apa yang ternampak dalam pemikiran sendiri.
Akhirnya, kebenaran bagi menghapuskan atau mengatasi penderitaan, manusia
haruslah mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu kefahaman benar, pemikiran benar,
kata-kataa benar, tingkah laku benar, usaha benar, kehidupan benar, kesedaran benar
dan meditasi benar. Tiga aspek dalam Kebenaran Mulia yang keempat ialah, Adanya
Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu jalan untuk menghapuskan penderitaan. Jalan ini harus

dikembangkan. Jalan ini telah dikembangkan dengan sepenuhnya (Venerable Ajahn


Sumendho, 1996). Jalan Lapan Lapis Mulia ini mengajar individu merenung kepentingan
memikul tanggungjawab berhubung dengan apa yang dikatakan dan dilakukan dalam
kehidupannya.
Jalan Lapan Lapis Mulia dianggap sebagai Tengah yang terletak antara dua
keterlaluan, iaitu keterlaluan nafsu dan seksaan sendiri serta keterlaluan pemikiran
bahawa roh atau jiwa ialah sesuatu yang kekal atau abadi dan roh itu akan ditamatkan
dengan kematian.
Individu yang mengikuti Jalan Tengah akan dibawa kepada suatu keadaan yang
menjadikan pemahaman dan kecerahan dalam kehidupan adalah seperti pengajaran
agung yang dicapai oleh Gautama Buddha. Ini bukan bermaksud tamatnya kehidupan
individu atau sebaliknya melanjutkan kewujudannya.
Pengajaran agung menggambarkan bahawa individu tidak lagi mempunyai hubungan
dengan dunia ini. Dia tidak akan dilahirkan semula dan mengalami kematian, tetapi
mencapai nirvana.
Dikatakan alam semesta tertakluk kepada sebab musabab yang semula jadi, iaitu
karma. Kebangkitan dan kekurangan individu dalam kewujudan yang lepas akan
menentukan keadaan kewujudannya kini. Oleh itu, setiap orang harus bersedia untuk
mengalami sebab dan akibat.
Halangan untuk menjadi karma yang lebih baik boleh diatasi dengan mematuhi lima
rukun moral agama Buddha (panca sila), iaitu jangan membunuh, jangan mencuri,
berzina, berbohong dan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal.
Satu amalan agama Buddha yang penting ialah meditasi kerana akan mententeramkan
pemikiran yang suka melayang-layang. Dengan itu rintangan atau nafsu, hasrat jahat,
kemalasan, kepincangan, kerungsingan dan keraguan dapat dihapuskan manakala
kebijaksanaan pula dapat dikembangkan. Dengan amalan meditasi, kerohanian dalam
pengajaran agung atau ilham dalam diri individu akan tercapai.
Satu kewajipan penganut Buddha ialah dana (pemberian) kepada sesiapa yang miskin
dan memerlukan bantuan kerana dengan cara itu individu berkenaan akan mendapat
pahala. Oleh itu, nilai yang paling penting dalam agama Buddha ialah baik budi kepada
semua makhluk. Ini bermaksud individu harus menyayangi dan menghormati nilai baik
hati, individu itu juga akan memahami perasaan akibat kesengsaraan makhluk lain.
Amalan nilai baik hati akan membawa individu kepada kehidupan yang mulia. Tegasnya,
asas agama Buddha boleh dirumuskan seperti yang dikatakan oleh Gautama Buddha,
iaitu membuat kebajikan, jauhkan segala kejahatan dan jernihkan hati.
Perayaan agama Buddha yang paling penting ialah Hari Wesak, iaitu hari untuk
merayakan kelahiran, pencapaian pengajaran agung dan kewafatan Gautama Buddha.
Di Malaysia, Hari Wesak diisytiharkan sebagai cuti umum rasmi sejak 1962. Pada Hari
Wesak, penganut agama Buddha memberi hormat kepada pengasas agama iaitu di kuil
atau vihara dengan mengadakan upacara agama menerusi bacaan kata-kata suci
(sutra) oleh sami untuk merestukan doa kepada semua makhluk. Satu amalan pada Hari
Wesak ialah persembahan cahaya lilin, bunga dan gaharu kepada pengasas agama itu
dan pemberian dana kepada kumpulan sami serta orang yang memerlukan bantuan.

KEPERCAYAAN NATIF

Tiga golongan besar ini adalah Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Mereka tinggal di
kawasan pedalaman dan kampung-kampung.
Secara umum masyarakat Orang asli masih mengikut fahaman animisme.

Mengikut kepercayaan mereka, orang Hidup yang paling berkuasa dan mampu
melakukan apa-apa sahaja ialah Tok Pendin. Antara dewa-dewi ini ialah Chinoi dan
Halak.
Berikut adalah beberapa pantang larang Orang asli:
1) Apabila seseorang isteri mulai hamil, dia tidak boleh makan binatang seperti rusa
kerana haiwan tersebut mempunyai tanduk yang bercabang dan akan menyukarkan
isteri ketika bersalin.

BAB 10: ISU MORAL

1) Alam sekitar
Alam sekitar (environment) bermaksud tempat sekeliling; semua keadaan,
suasana dan pengaruh sesuatu tempat sekeliling yang memberikan kesan
kepada perkembangan organisma atau kumpulan organisma, termasuk manusia
dan makhluk (organisma) lain, yang tinggal di dalamnya (Hwell, 1994).
Isu alam sekitar berkait rapat dengan moral manusia kerana manusia ialah satusatu perosak yang utama terhadap keindahan alam sekitar.
Isu alam sekitar meliputi pencemaran air, udara dan bunyi.
Pencemaran ialah akibat perbuatan manusia yang tidak bermoral dan tidak
bertanggungjawab.
- Pencemaran air
i.
Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa toksik dan
sampah sarap ke dalam sungai dan lautan.
ii.
Satu contoh pencemaran air secara besar-besaran ialah pencemaran
di perairan Selat Melaka. Perairan Selat Melaka merupakan perairan
pengangkutan laut yang paling sibuk dan paling kotor di dunia.

iii.

Perairan tersebut sentiasa diancam oleh tumpahan minyak,


pembuangan sisa-sisa toksik dan radioaktif secara haram.
Cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran air:
Kesedaran tentang kesan-kesan pencemaran air perlu
ditimbulkan melalui penerbitan risalah-risalah, kursus formal dan
tidak formal serta kempen melalui media massa.Contoh: Kempen
Cintai Sungai Kita.
Unit penguatkuasa perlu bertindak dengan tegas terhadap pihakpihak kurang bertanggungjawab untuk mencegah pencemaran air.
Kapal-kapal tangki hendaklah didenda atau dihukum berat
sekiranya terbukti mengotori kawasan laut.
Tempat pembuangan sampah yang terurus dan sistematik
hendaklah diwujudkan agar pembuangan sampah-sarap dapat
dikawal.
Kilang kilang dikehendaki memproses atau merawat sisa-sisa
kilang terlebih dahulu sebelum dibuang ke laut.

Pencemaran Udara
i.
Punca-punca: pembakaran sampah-sarap secara terbuka, asap
daripada kilang-kilang, dan stesen janakuasa elektrik dan asap atau
gas eksos pelbagai jenis kenderaan di jalan raya.
ii.
Kesan-kesan: (a) mengakibatkan penyakit paru-paru, dan
menyebabkan kita mudah berasa letih serta mengurangkan
keupayaan untuk berfikir dengan baik. (b) Jerebu yang mengancam
kesihatan organ mata dan menjejaskan kesihatan. (c) Hujan asid
akibat gas nitrogen oksida dan sulfur oksida yang bersifat asid yang
larut dalam air hujan.
iii.
Langkah-langkah mengatasi: (a) Penggunaan alat penapis udara
dipasang pada kenderaan (b) kurangkan kandungan plumbum dalam
petroleum berplumbum (c) meningkatkan penguatkuasaan Akta
Pencemaran Udara Industri, mengambil tindakan keras terhadap
pihak yang mencemarkan udara.

Pencemaran Bunyi
i.
Kenyaringan bunyi yang melebihi 80 dB untuk suatu masa yang
panjang dianggap sebagai pencemaran bunyi yang boleh
menyakitkan telinga.
ii.
Manakala, kenyaringan bunyi yang melebihi 130 dB adalah
berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan gegendang telinga.
iii.
Punca-punca: pencemaran bunyi disebabkan oleh jentera berat di
kilang; mesin-mesin berat seperti pemotong rumput, pengorek jalan
dan pelantak binaan; kapal terbang; pelbagai jenis kenderaan di jalan
raya, bengkel-bengkel dan alat muzik, radio dan televisyen yang
dipasang dengan terlalu kuat; serta pembakaran mercun.
iv.
Kesan-kesan: (a) mengakibatkan gangguan pendengaran, pekak (b)
suasana bising menimbulkan tekanan yang tinggi yang

v.

mengakibatkan seseorang individu menjadi cepat marah dan


mengalami pening, sakit kepala, peningkatan tekanan darah dan
denyutan jantung.
Langkah-langkah mengatasi: (a) kilang dan lapangan terbang harus
dibina dikawasan yang jauh dari kawasan perumahan (b)
melengkapkan kenderaan bermotor dengan alat penyerap bunyi (c)
mengharamkan pembakaran mercun.

2) Kehidupan
2.1 Euthanasia
Perkataan euthanasia dalam bahasa Yunani bermaksud mati dengan selesa
tanpa sakit (eu = baik; thanatos = mati), atau mati dengan baik.
Perkataan ini juga dirujuk sebagai kerja seorang doktor perubatan
mengurangkan keseksaan yang dideritai oleh pesakit semasa kematiannya.
Euthanasia disamakan dengan mercy killing, iaitu membawa erti mempercepat
kematian untuk kebaikan pesakit (supaya tidak derita).
Euthanasia boleh dikenal pasti sebagai euthanasia sukarela atau euthanasia
bukan sukarela.
Perbezaannya ialah euthanasia sukarela memerlukan persetujuan sukarela
daripada penerima tindakan euthanasia; manakala euthanasia bukan sukarela
merangkumi kes-kes persetujuan tidak dapat diperoleh (seperti pesakit dalam
keadaan koma).
2.2 Bunuh diri
Perbuatan bunuh diri (suicide) merupakan satu dosa yang amat besar.
Kita tidak ada kuasa sendiri untuk memilih meninggalkan dunia ini dan akhirnya
meninggalkan tugas yang diberikan oleh Tuhan.
2.3 Pengguguran (Abortion)
Kehamilan boleh dikesan sekurang-kurangnya 10 hari selepas kegagalan
datangnya haid (menstruation).
Kehamilan awal boleh dihentikan dengan pil yang boleh mencegah pelekatan
(implanation) zigot ke atas dinding uterus.
Perlu diingatkan bahawa jika hendak melakukan pengguguran, ia perlu dilakukan
seawall mungkin.
Kehamilan yang mencapai minggu yang ke-12 dan ke atas, pengguguran boleh
dilakukan dengan teknik sedutan (section) atau teknik dilatation dan curettage (D
& C). Bagi teknik sedutan, janin disedut dengan sebatang tiub yang disambung
ke alat penyedut. Teknik (D & C) menggunakan alat curette berbentuk lengkok
tajam untuk mengikis janin keluar dari rahim ibu.
Di Malaysia, undang-undang yang menghalang pengguguran ialah Kanun
Keseksaan termasuk:
- Seksyen 312 (Perbuatan yang menyebabkan pengguguran berlaku)
- Seksyen 313 (Perbuatan pengguguran tanpa kerelaan perempuan
berkenaan)

Seksyen 314 (Kematian yang diakibatkan oleh perbuatan pengguguran yang


berniat sengaja)
Sesiapa yang bersabit dalam Kanun Keseksaan ini akan dipenjarakan tidak
melebihi 20 tahun.
Walaubagaimanapun, kelonggaran undang-undang diberikan kepada kes-kes
tertentu seperti pengguguran dengan tujuan menyelamatkan nyawa ibu, atau
dengan nasihat pakar doktor sakit puan.
2.4 Hukuman mati (The Death Penalty)
Hukuman mati ialah hukuman yang paling berat (capital punishment) dikenakan
ke atas seseorang penjenayah.
Kaedah-kaedah dalam hukuman mati: (a) tali gantung (b) hukum tembak (c)
kerusi elektrik (d) suntikan mati (e) hukum pancung (f) gas beracun
Menurut Grassian (1981), yang berikut ialah hujah-hujah yang diberikan oleh
penyokong hukuman mati:
- Keadilan memerlukan hukuman mati bagi penjenayah tertentu dalam jenayah
tertentu
- Hukuman mati diperlukan sebagai pencegah (hukuman mati adalah perlu
untuk pembunuh yang terbukti bahawa hukuman penjara adalah tidak cukup
untuk mencegah perbuatan jenayahnya)
- Ada penjenayah yang terlalu bahaya untuk dibenarkan terus hidup (hukuman
mati juga diperlukan untuk penjenayah politik tertentu yang jika dibenarkan
untuk hidup akan menjadi tumpuan penghasutan revolusi yang bahaya)
3) Persenjataan dan peperangan
3.1 Persaingan senjata kuasa-kuasa besar dunia
Persaingan senjata kuasa-kuasa besar dunia ialah punca utama ancaman
keselamatan semua manusia dalam dunia ini.
Semakin banyak Negara ketiga dipaksa membelanjakan sumber kewangan untuk
membeli senjata daripada kuasa-kuasa besar.
Sebenarnya, persaingan senjata telah bermula sejak zaman purba manusia, dan
meningkat apabila pembekalan senjata menjadi komersial khasnya sejak Perang
Dunia Pertama, iaitu senjata bukan digunakan setakat untuk mempertahankan
diri, bahkan ia digunakan secara besar-besaran dan dengan kuantiti yang amat
besar untuk menyerang antara satu negara dengan yang lain.
3.2 Peperangan
Bagi sesetengah pihak, peperangan didefinisikan sebagai satu perjuangan yang
kejam untuk terus hidup.
Peperangan membawa manusia ke peringkat tanpa moral yang primitif dan
prinsipnya ialah untuk mempertahankan diri.
Satu contoh peperangan moden ialah peperangan darat-udara-laut.
Contohnya: Tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq selepas Iraq
menyerang Kuwait pada tahun 1991. Amerika Syarikat dan sekutunya yang
bersenjata canggih telah menyerang tentera Iraq yang hanya bersenjata biasa
(tradisional) dengan alasan bahawa Iraq terlebih dahulu menyerang Kuwait.

Akibatnya, beribu-ribu tentera Iraq dibunuh dan mereka dipaksa berundur dari
Kuwait. Satu perjanjian yang agak tidak adil kepada Iraq juga dicapai, iaitu
ekonomi Iraq telah disekat dari dunia luar sehingga sekarang. Dengan kekuatan
senjata, Amerika Syarikat dengan sendiri berlagak sebagai polis antarabangsa
(International Police) yang suka bercampur tangan dalam hal urusan negaranegara lain khasnya negara-negara yang kecil dan lemah.
4) Etika perniagaan
Etika perniagaan adalah berkaitan dengan urusan yang dianggap bermoral atau
tidak bermoral dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sesuatu pemberian hadiah dalam urusan perniagaan dianggap
rasuah di Jepun tetapi dianggap sebagai kebiasaan atau budaya di negara lain.
Ketamakan sentiasa dianggap sebagai sifat kehidupan dalam perniagaan yang
unggul dan tunggal; ia juga sentiasa dikaitkan dengan hal mata wang.
IV.1
Kejujuran sebagai etika perniagaan
Etika perniagaan adalah berkaitan dengan pertimbangan moral semasa
membuat sesuatu keputusan moral.
Sebagai contoh, saya cuba menentukan samada saya patut berbohong tentang
laporan cukai pendapatan saya. Apa yang menyebabkan saya enggan
berbohong dalam hal ini ialah saya percaya bahawa bohong adalah salah.
Dengan itu, keputusan saya ialah satu keputusan moral dan pertimbangan
bahawa berbohong adalah salah ialah pertimbangan moral yang melibatkan
keputusan ini.
Apabila semua orang dapat memahami dan menghayati nilai-nilai moral dalam
perniagaan, satu kepiawaian etika atau moral akan diterapkan dalam kehidupan
mereka.
Contoh: Pemilik bank, pemiutang, dan pengguna atau konsumer, secara am
menerima amalan nilai kejujuran sebagai norma moral dalam komunikasi
perniagaan mereka.
Jika ketidakjujuran menjadi amalan am dalam komunikasi perniagaan harian,
maka sistem komunikasi akan gagal dan sistem perniagaan juga akan runtuh
bersama.
5) Seksualiti
5.1 Bersekedudukan
Bersekedudukan boleh didefinisikan sebagai pasangan berlainan jantina tinggal
bersama tanpa ikatan perkahwinan secara sah.
Pasangan ini tinggal bersama seperti suami isteri dan sesetengah mereka
mempunyai anak di luar nikah.
Konsep ini diterima oleh masyarakat di negara-negara barat kerana ingin
memberi peluang kepada pasangan mencuba keserasian mereka tinggal
bersama sebelum menjadi suami isteri yang sah.
Jika mereka mendapati bahawa terdapat kelemahn di mana-mana pihak yang
boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan, mereka akan berpisah tanpa
sebarang ikatan.

Jika dilihat bersekedudukan dari sudut agama, kite dengan jelas mendapati
bahawa kebanyakkan agama melarang pengikutnya bersekedudukan,
sebaliknya menggalakkan perkahwinan dan berkeluarga.
Antara kesan buruk bersekedudukan ialah pembuangan bayi akibat perzinaan,
kehidupan anak-anak tidak terurus, anak tidak mempunyai bapa yang sah dan
kemungkinan perempuan terpaksa menanggung sendiri anak-anak akibat
perpisahan pasangan bersekedudukan.
Di Malaysia, bersekedudukan adalah salah dari segi undang-undang syariah.
Pasangan bersekedudukan, jika ditangkap, akan dihadapkan ke mahkamah
syariah.
5.2 Perlakuan seks tidak normal
I.

Homoseksualiti (hubungan sejenis) dianggap oleh banyak masyarakat sebagai


perlakuan seks yang tidak normal kerana akibat daripada kecenderungan homoseksual,
seseorang individu akan melakukan perlakuan seks yang berbeza daripada perlakuan
heteroseksual yang dianggap sebagai normal, iaitu persetubuhan antara lelaki dengan
perempuan melalui organ-organ seks atau nafsu seks yang terpikat kepada jenis yang
berlawanan seperti lelaki yang terpikat kepada perempuan dan sebaliknya. Perlakuan
seks tidak normal bagi homoseksual termasuk seks oral dan anal. Jika ditinjau dari
sudut agama di Malaysia menentang perbuatan ini. Terdapat pelbagai undang-undang di
pelbagai negara berhubung dengan perbuatan homoseksual. Di Malaysia, istilah dan
kedudukan homoseksual dalam undang-undang tidak dinyatakan secara spesifik.
Seksyen 37B mengatakan bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas sesiapa
yang melakukan hubungan seksual secara bertentangan dengan hukum alam.

II.

Perlakuan beastiality, iaitu perhubungan seksual antara manusia dengan binatang


(sexual relation between a person and an animal) juga dihina dan dibenci sebagai
perlakuan seks yang tidak normal. Walaupun perlakuan seks ini tidak normal, tetapi
kebiasaan dan kekerapan perlakuan seks ini adalah di luar dugaan orang ramai.
6) Diskriminasi
6.1 Diskriminasi jantina
Oleh sebab perbezaan yang wujud antara lelaki dan perempuan, kedua-duanya
diberikan tugas atau kerja yang berbeza.
Isu diskriminasi jantina telah lama wujud. Contoh: Pada zaman jahiliyah,
masyarakat Arab tidak suka anak perempuan.
Pada hari ini terdapat kumpulan yang memperjuang hak sama rata antara lelaki
dengan wanita dalam pelbagai perkara termasuk sukan, pekerjaan, pendidikan,
ekonomi dan politik.
Mereka menentang kumpulan male chauvinist atau kumpulan tradisional yang
menganggap wanita sebagai kaum lemah dan membezakan wanita berbanding
dengan lelaki dari segenap segi.
6.2 Diskriminasi ras
Ditakrifkan sebagai perbezaan layanan berdasarkan perbezaan rasa atau kaum.

Fenomena ini merupakan satu masalah rumit yang dihadapi sesebuah negara
yang mempunyai rakyat pelbagai kaum.
Golongan minoriti di dalam negara berkenaan sentiasa berasa mereka
didiskriminasikan dalam banyak perkara oleh golongan majoriti.
Contoh: Di Amerika Syarikat dikatakan banyak berlaku diskriminasi ras. Rakyat
kulit hitam ialah kumpulan minoriti, manakala rakyat kulit putih kumpulan majoriti.
Rakyat kulit hitam dikatakan tidak mendapat peluang dan hak yang sama seperti
rakyat kulit putih dalam perkara berhubung dengan perumahan, pekerjaan dan
pendidikan. Satu pertubuhan telah diwujudkan iaitu Gerakan Kuasa Hitam (Black
Power Movement) yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat kulit hitam
dalam satu organisasi yang kuat bagi menentang diskriminasi ras.
63. Diskriminasi lain
Diskriminasi umur: apabila seseorang dinafikan hak dan peluangnya setelah
mencapai umur tertentu.
Diskriminasi politik: apabila layanan yang berbeza diberikan kepada seseorang
atau kempulan atas dasar perbezaan fahaman politik.
Contoh: Iraq yang menyerang Kuwait telah dianggap oleh Amerika Syarikat dan
sebagai suatu perbuatan jahat dan perlu dihukum. Sebagai hukuman, Iraq telah
diserang. Namun, apabila tentera Serbia menyerang Bosnia, Amerika Syarikat
dan sekutunya tidak mengambil sebarang tindakan. Ini kerana Iraq diserang
kerana Amerika Syarikat dan sekutunya mempunyai kepentingan di kawasan
Timur Tengah, manakala di Bosnia, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak
mempunyai kepentingan di negara itu.
Diskriminasi agama: apabila seseorang atau kumpulan yang menganuti agama
tertentu tidak diberi peluang mengamalkan ajaran agama mereka.
Contoh: Di England, terdapat orang Islam yang dibuang kerja kerana
menunaikan sembahyang pada waktu makan atau memakai hijab (tudung) bagi
orang perempuan. Di Ireland, pengikut Protestant didiskriminasikan oleh
pengikut Katolik yang merupakan golongan minoriti.
7) Kebebasan maklumat
7.1 IT dan hak memperoleh maklumat
Masyarakat Malaysia perlu didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat agar
mereka membuat perbandingan yang cepat, tepat dan matang.
Penggunaan Internet yang berleluasa sekarang menunjukkan bahawa adalah
hak bagi semua lapisan masyarakat memperoleh maklumat secara bebas
melalui IT, dan adalah sukar untuk menghalang hak dan kebebasan ini.
7.2 Penapisan bahan maklumat
Internet membawa gambar porno dan virus komputer dan mengandungi
maklumat bagaimana mengambil dadah dan membuat bom.

Manfaatkanlah teknologi mutakhir ini dengan ilmu agama dan kekuatan iman.
Melalui kekuatan ini sahaja kita dapat menagkis segala pengaruh negatif
tersebut.
RUJUK BUKU TEKS UNTUK KETERANGAN LANJUT;
Pendidikan Moral: Ewe Boon Hock
Pendidikan Moral/Teori Etika dan Amalan Moral: Abdul Rahman Maarof

DISEDIAKAN OLEH:
Muhamad Izzwandy Bin Mamat

Anda mungkin juga menyukai