Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEMPEN MINGGU KESEDARAN GARAM SEDUNIA 2015

MAKAN DI LUAR, KURANG MASIN PILIHAN SIHAT

Nama Program : Program Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia


2015

Anjuran Kementerian kesihatan Malaysia

Tarikh : 12 Mac 2015 (Khamis 8.30 pg hingga 1.00 tengah


hari)

Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras

8, Blok E7, Parcel E, Putrajaya.

Objektif : Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan


kumpulan sasaran mengenai hubungkait antara
pengambilan garam dan makanan masin secara berlebihan
dengan penyakit hipertensi, dan seterusnya perubahan
tingkah laku bagi mengurangkan pengambilan garam.

Sasaran : Murid-murid sekolah (rendah dan menengah) dan Ahli

Kelab Doktor muda

Butiran Aktiviti :

Pada tahun 2015, World Action On Salt & Health (WASH) telah
menetapkan bahawa Minggu Kesedaran Garam Sedunia akan
berlangsung pada 16 hingga 22 Mac 2015 dengan tema Eat Out
Healthily, Escape The Fast Food Habit. Namun begitu, Kementerian
Kesihatan Malaysia menetapkan bahawa sambutan di Malaysia
adalah pada 9 hingga 15 Mac 2015 dengan tema Makan di Luar,
Kurang Masin, Pilihan Sihat.
Seramai 20 orang murid dan 2 guru pengiring dari setiap sekolah di
Putrajaya telah dijemput menghadiri program ini yang bertempat di
Parcel E , Kementerian Kesihatan.
Majlis Pelancaran Kempen Minggu Garam Sedunia dimulakan dengan
pendaftaran murid dan para peserta pada pukul 8.30 pagi. Program
dimulakan dengan Ceramah Garam dan Kesihatan Anda oleh Pn.
Viola Michael yang merupakan Pegawai Dietetik di Bahagian Kawalan
Penyakit, KKM. Ceramah berkisar tentang apa itu garam, jenis-jenis

1
garam serta fungsi dan penggunaan garam dalam kehidupan harian
manusia.
Program diteruskan dengan penyampaian slaid powerpoint oleh
pelajar pelajar SMKPP 5(1) berkenaan garam dan amalan
pengambilan garam berlebihan.
Seterusnya program diserikan dengan persembahan sketsa yang
menghiburkan daripada ahli KDM SKPP 8(2).
Program telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Beliau juga telah melancarkan Logo
Minggu Kesedaran Garam Sedunia dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang Pertandingan Poster dan Persembahan
Powerpoint.
Para jemputan juga dapat melawat ke booth pameran kesihatan
berkaitan garam dan amalan pemakanan yang disediakan oleh pihak
kementerian dan Kelab Doktor Muda daripada sekolah-sekolah di
sekitar Putrajaya
Sidang media juga diadakan dimana para wartawan media massa
dan elektronik telah dijemput ke program ini.

Penilaian Program :

(i) Kekuatan Program :

Objektif dan tujuan program sangat bersesuaian dengan keadaan


semasa
Ceramah yang disampaikan padat dengan informasi yang berguna
kepada seluruh jemputan program.
Murid-murid melibatkan diri dengan aktif dalam menjawab soalan
kuiz sepanjang sesi ceramah oleh Dr. Voila.

(ii) Kelemahan Program :

Pemilihan tempat di Aras 8 Blok E7 kurang sesuai untuk para tetamu


yang hadir kerana berlaku kesesakan semasa hendak menaiki lif
untuk ke Dewan Serbaguna di tingkat 8.

(iii) Penambahbaikkan :

Program boleh didedahkan kepada lebih ramai kumpulan sasaran


terutamanya seluruh rakyat Malaysia yang mengamalkan
pemakanan yang kurang sihat dan terdedah kepada risiko pelbagai
jenis penyakit tidak berjangkit.
2
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NORSIHA BT AZMI) (NOOR AZZAH BINTI


AHMAD))
Setiausaha Kesihatan GPK Hal Ehwal Murid
SK Putrajaya Presint 11(2) SK Putrajaya Presint 11(2)

Disahkan oleh,

(ROHANA BINTI ABD MANAF)


Guru Besar
SK Putrajaya Presint 11(2)

LAMPIRAN

3
4

Anda mungkin juga menyukai