Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM LATIHAN GURU

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk 1.0 KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Topik 1.1 ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, guru dapat:

1. Menerangkan Teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition),


Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation) dalam pemikiran
komputasional untuk menyelesaikan masalah.

2. Menyelesaikan sesuatu tugasan menggunakan teknik leraian dan menentukan langkah


secara tertib.

3. Mengesan unsur persamaan dan perbezaan untuk pengecaman corak dalam sesuatu situasi.

4. Membuat keputusan bagi menentukan aspek penting dalam sesuatu permasalahan.

5. Menentukan ciri-ciri kesamaan dalam sesuatu permasalahan.

B. Kandungan Pengajaran
1.1.1 Teknik-teknik Di dalam Pemikiran Komputasional
1.1.2 Penyelesaian Tugasan Menggunakan Teknik Leraian dan Penentuan Langkah Secara
tertib.
1.1.3 Persamaan dan Perbezaan Untuk Pengecaman Corak Dalam Sesuatu Situasi.
1.1.4 Penentuan Aspek Penting Dalam Sesuatu Permasalahan.
1.1.5 Ciri-ciri Kesamaan Dalam Sesuatu Permasalahan.
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

1.1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional


Komputer membantu manusia dalam kebanyakan proses penyelesaian masalah. Sebelum sesuatu
masalah itu dapat ditangani, kita perlu memahami bagaimana sesuatu masalah itu terjadi dan
kaedah-kaedah yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pemikiran Komputasional (Computational Thinking atau CT) merupakan satu kemahiran yang
boleh diguna pakai untuk memahami bagaimana sesuatu perkara itu boleh terjadi dengan
sistematik dan logik. Ia membolehkan kita untuk mengambil masalah yang kompleks, memahami
masalah sebenar dan membangunkan kaedah-kaedah penyelesaian yang mungkin boleh untuk
diguna pakai. Walaubagaimanapun, kemahiran CT tidak semestinya melibatkan komputer dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Kita boleh membentangkan kaedah penyelesaian ini dengan cara
yang boleh difahami komputer secara terurus dan boleh diterima dengan logik akal manusia.

1.1.1 Teknik-teknik Di dalam Pemikiran Komputasional


Terdapat beberapa jenis teknik yang ada di dalam pemikiran komputasional iaitu
Teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition),
Peniskalaan (Abstraction), Pengitlakan (Generalisation), Pengumpulan Data (Data
Collection), Perwakilan Data (Data Representation), Automasi (Automation), Analisa
Data (Data Analysis), Algoritma dan Prosedur (Algorithma and Procedure), Simulasi
(Simulation) dan Perselarian (Parallelization).

i. Teknik Leraian (Decomposition)


Teknik Leraian dalam pemikiran komputasional bermaksud meleraikan atau
memecahkan satu masalah yang besar dan kompleks kepada masalah-masalah
yang kecil supaya mudah diurus dan difahami. Tujuannya adalah untuk
memudahkan proses meneliti dan memahami masalah yang sebenar secara terurus.
Murid juga dapat mengukur tahap kesukaran bagi setiap masalah berkenaan.
Dengan itu, mereka boleh mengenal pasti sumber-sumber dan kaedah yang
dirasakan mudah dan perlu digunakan bagi menyelesaikannya.

2 MODUL KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

ii. Pengecaman Corak (Pattern Recognition)


Pengecaman Corak dalam pemikiran komputasional bermaksud mengenalpasti
persamaan atau corak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks
dengan lebih mudah. Dengan maksud yang lebih mudah, pengecaman corak
adalah teknik di mana sesuatu masalah itu dilihat dari segi kesamaan serta lebih
berfokus kepada perkara yang menjadi punca utama kepada sesuatu masalah
tersebut.

iii. Peniskalaan (Abstraction)


Peniskalaan dalam pemikiran komputasional merupakan proses pengenalpastian
masalah asas atau masalah utama dengan mengenepikan masalah-masalah
sampingan atau kecil. Contohnya ialah masalah kehadiran staf di dalam sesuatu
jabatan. Antara sebab utama kelewatan mereka hadir di tempat bertugas ialah
urusan keluarga, trafik dan kesihatan.

iv. Pengitlakan (Generalisation)


Pengitlakan merupakan proses mencari persamaan dalam pelbagai masalah dan
diselesaikan dengan satu cara sahaja. Daripada masalah yang dikenalpasti di dalam
proses pengiskalaan di atas, kita dapat membuat satu kesimpulan di mana masalah
utamanya bagi isu kelewatan adalah masa. Penyelesaian yang dapat di buat
berdasarkan masalah tersebut adalah dengan memperkenalkan sistem kehadiran di
mana staf boleh memilih waktu bekerja iaitu 7:30 pagi, 8:00 pagi atau 8:30 pagi.

v. Pengumpulan Data (Data Collection)


Sumber Data
Sumber data terbahagi kepada dua iatu data primer dan data sekunder.
Data primer adalah data yang diperolehi secara langsung sementara data
sekunder adalah data yang diperolehi melalui kenyataan orang lain atau
pembacaan laporan.

Metod Pengumpulan Data


Ia merupakan teknik atau cara yang dilakukan untuk mengumpulkan data.
Metod menunjuk suatu cara perolehan data sehingga dapat diperlihatkan
penggunaannya melalui permerhatian langsung, wawancara, pengamatan,
dokumentasi dan sebagainya. Ia juga merujuk kepada bagaimana, daripada
siapa dan apa alat yang digunakan untuk mendapatkannya.

3 MODUL KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

vi. Perwakilan Data (Data Representation)


Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan
simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk
nombor (bahasa mesin). Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer
diwakilkan dalam sistem perduaan (binary), perenambelasan (hexadecimal) dan
perlapanan (octal). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan
data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit (byte).

vii. Automasi (Automation)


Automasi atau kawalan automatik, ialah penggunaan pelbagai sistem kawalan
untuk mengendalikan peralatan seperti mesin, proses di kilang-kilang,
menghidupkan rangkaian telefon, stereng dan kestabilan kapal, pesawat dan
aplikasi lain dengan campur tangan manusia yang minimum atau dikurangkan.
Manfaat terbesar automasi ialah selain daripada memudahkan urusan kerja ia
menjimatkan tenaga pekerja. Ia juga digunakan untuk menjimatkan tenaga dan
bahan-bahan sumber dan untuk meningkatkan kualiti, kecepatan dan ketepatan.

viii. Analisa Data (Data Analysis)


Menganalisa data adalah proses untuk mengolah data menjadi maklumat. Proses
ini dilakukan sehingga ciri-ciri atau sifat-sifat data tersebut dapat difahami dengan
mudah serta bermanfaat untuk menjawab masalah-masalah yang berkaitan dengan
kegiatan penelitian. Contohnya seperti mengkaji penulisan karangan, senaraikan
kekuatan dan kelemahan penulisan tersebut untuk mencipta rubrik.

ix. Algoritma dan Prosedur (Algorithm and Procedure)


Beberapa siri arahan langkah demi langkah yang perlu dipatuhi dan dibuat untuk
menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat akhir. Setiap arahan dikenal pasti
dan perlu dilaksanakan seperti yang dirancang. Algoritma sering digunakan
sebagai prosedur awal bagi membangunkan program komputer. Kebiasaannya
algoritma diwakili dalam bentuk pseudokod atau carta alir.

x. Simulasi (Simulation)
Simulasi adalah meniru operasi proses seolah-olah betul atau hampir sama dengan
situasi sebenar. Bertujuan untuk mengemukakan cara penyelesaian bagi satu-satu
masalah yang ditimbulkan yang mana masalah itu melibatkan satu kajian yang
rumit seperti masalah disiplin di sekolah.

4 MODUL KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

xi. Perselarian (Parallelization)


Menyusun atur sumber dan pada masa yang sama menjalankan tugas-tugas untuk
mencapai matlamat yang sama.

1.1.2 Penyelesaian Tugasan Menggunakan Teknik Leraian dan Penentuan


Langkah Secara tertib.
i. Tugasan yang dicadangkan ialah: Isu displin di sekolah
a. Menyenaraikan masalah-masalah utama yang timbul
b. Menyenaraikan sebab-sebab masalah itu timbul
c. Mencari penyelesaian kepada sebab-sebab masalah berkenaan.

Isu Displin

Menyenaraikan
Menyenaraikan Menyenaraikan
masalah-
sebab-sebab penyelesaian
masalah

1.1.3 Persamaan dan Perbezaan Untuk Pengecaman Corak Dalam Sesuatu Situasi.
Contoh: Menyelesaikan Masalah Displin Di Sekolah
Aktiviti yang dicadangkan:
i. Mengutip data-data yang berkaitan dengan usaha untuk menyelesaikan
masalah displin di sekolah-sekolah sekitar Putrajaya.
ii. Mencari persamaan yang ada di antara semua sekolah berkenaan.
iii. Mencari perbezaan yang ada di antara semua sekolah berkenaan.

1.1.4 Penentuan Aspek Penting Dalam Sesuatu Permasalahan.


Contoh Masalah: Masalah Disiplin Di Sekolah

Aspek penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah ialah kaedah yang digunakan
iaitu:
a. Kaunseling
b. Bersemuka dengan ibu bapa
c. Denda atau penalti

5 MODUL KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

1.1.5 Ciri-ciri Kesamaan Dalam Sesuatu Permasalahan

Contoh Masalah: Masalah disiplin di sekolah

Kenal pasti ciri-ciri kesamaan dalam sesuatu permasalahan di beberapa buah sekolah:
Contohnya:
a. Tingkah laku pelajar yang menyumbang kepada masalah disiplin sekolah
b. Kesalahan yang dilakukan
3. Hukuman yang dilaksanakan

6 MODUL KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Anda mungkin juga menyukai