Anda di halaman 1dari 68

TEORI PELAZIMAN KLASIK, INSTRUMEN, OPERAN, KOGNITIF

Disediakan :MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR MOHAMAD AZIM BIN SAMSUDIN CIK MELATI

TOKOH TOKOH TEORI BEHAVIORISME

Pelaziman klasik

Pelaziman operan

Pavlov

Watson

Thorndike

Skinner

Teori Pelaziman Klasik

Ivan p.Pavlov (1849 - 1936)

Sejarah
Nama sebenar ialah Ivan Petrovich Pavlov
Ahli fisiologi berbangsa Rusia Lahir pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah Meninggal pada 27 Februari 1936 di Leningrad Mendapat gelaran Doktor pada 1879 Profesor Fisiologi ( Institute of Experimental Medicine ) pada 1884 Beliau juga merupakan penerima hadiah Nobel bidang Psysiology or Medicine kajian Proses Penghadaman pada 1904 Menjalankan penyelidikan ke atas anjing selama 35 tahun

Pelaziman klasik
proses asas pembelajaran dimana dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dgn rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas

Rangsangan
Agen persekitaran yang timbulkan Gerak balas

Gerak Balas
Tingkah laku yang timbul akibat rangsangan

KAJIAN PAVLOV
Kajiannya berasaskan pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal Aristotle

mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma

Contohnya : apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan.

Peralatan Eksperimen Pavlov

anjing melihat bekas dengan makanan

anjing mengeluarkan air liur

Kesimpulan : anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Hipotesis : sesuatu organisma boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Konsep Pelaziman Klasik Pavlov


Tahap 1- Sebelum Pelaziman
Makanan (Rangsangan tidak terlazim) Bunyi loceng Pengliuran (Gerak balas tidak terlazim) Tiada gerak balas

Tahap 2- Semasa Pelaziman


Makanan (Rangsangan tidak terlazim) + Bunyi loceng (Rangsangan neutral) Pengliuran (Gerak balas tidak terlazim)

Tahap 3- Selepas pelaziman


Bunyi loceng (Rangsangan terlazim) Pengliuran (Gerak balas terlazim)

Kesimpulan Kajian Pavlov


TINGKAHLAKU KESIMPULAN Penguasaan atau bagaimana organisma mempelajari sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.

PENGUASAAN (Acquisition)

GENERALISASI (Generalisation)
DISKRIMINASI (Discrimination)

Sesuatu organisma itu dapat membuat generalisasi dan akan diikuti dengan gerak balas
Organisma dapat membezakan antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim, lama kelamaan organisma itu tidak akan bergerak balas

PENGHAPUSAN (Extinction)

John Broadus Watson (1878-1958)

Sejarah
Dilahirkan di Greenville, South Carolina pada 1878.

Pada tahun 1901 beliau mengambil major dalam psikologi dan minor dalam
falsafah serta neurologi di Universiti of Chicago. Menerima ijazah kedoktoran di Universiti of Chicago pada 1903. Bekerja sebagai pensyarah di University of Chicago pada 1906 Pada 1907 pula berkhidmat sebagai profesor psikologi di John Hopkins University. Dan Watson menemui teori Behaviorism.

Menjadi duta di Watson J Walter Thompson Agency pada 1924. Beliau juga menghasilkan Psychological Care of Infant and Child pada tahun 1928. Dan meninggal dunia 1958. Watson merupakan seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat. Merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk

menghuraikan tingkah laku manusia.


Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

Teori Pelaziman Klasik Watson


Mengikut Watson, tingkahlaku manusia ialah sesuatu refleks terlazim.

Watson berpendapat, gerakan refleks yang mudah berlaku secara semulajadi dan tidak perlu dipelajari.

Manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baru.

Proses Pelaziman
Menurut beliau, manusia mempunyai tiga emosi semulajadi iaitu takut, marah dan

kasih sayang.
Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman

Kajian Little Albert Study


Watson telah menjalankan kajian bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanakkanak lelaki 11 bulan bernama Albert. Beliau telah menunjukkan kepada kanak-kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya, kanak-kanak tersebut tidak takut pada tikus tersebut. Namun, apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak-kanak tersebut menjadi takut dan menangis.

Keadaan ini diulang hingga Albert takut kepada tikus putih.

Secara grafik
Tikus putih Tidak takut
Bunyi yang kuat dilazimkan

Tikus putih
Tikus putih

Takut Takut

Menganjarkan organisma (manusia atau haiwan) dengan sesuatuyang diingini atau disenangi oleh organisma-organisma yang terlibat. Memberi sesuatu ganjaran apabila sesuatu gerak balas dilakukan oleh sesuatu organisma

Gagne (1977:85)
memang menjadi satu fakta yang nyata bagi ganjaran iaitu ia akan memungkinkan satu pembelajaran yang baru tentang hubungan di antara RGB (rancangangerak balas) dibentuk, dan telah diterima unun bahawa ganjaran harus diberikan sebaik sahaja tindakan yang diingini dilakukan.

Gleitman (1986:101-102)
jika kita melihat secara permulaan, terdapat banyak persamaan di antara bentuk pembelajaran ini (pembelajaran pelaziman instrumental) dengan bentuk pembelajaran pelaziman klasik

Gleitman (1986:102)
walaupun terdapat banyak persamaan, wujud beberapa perbazaan yang penting. Kemungkinan yang paling penting ialah satu fakta bahawa dalam pelajaran instrumental, peneguhan iaitu ganjaran yang diberikan adalah bergantung pada gerak balas yang betul. Bagi seekor anjing laut peraturannya adalah mudah. Jika tidak ada lompatan yang betul dibuat, ikan(ganjaran) tidak akan diberi. Tetapi hal yang sebegini tidak berlaku dalam pelaziman klasik. Dalam pelaziman klasik, sesuatu ransangan terlazim (ganjaran) akan diberikan tanpa bergantung kepada tindakan yang dilakukan oleh haiwan tertentu.

Gleitman membayangkan kepada kita bahawa dalam proses pembelajaran menurut pelaziman instrumental, sebelum organisma diberikan apa-apa ganjaran, ia perlu melakukan sesuatu yang telah ditetapkan oleh pemberi ganjaran sejak daripada awal. Sesuatu organisma dilatih untuk melakukan sesuatu lakuan atau gerak balas dengan betul dan tepat.

Menurut Thorndike, seseorang sarjana dalam bidang psikologi pembelajaran, apa yang telah dipelajari oleh sesuatu organisma dapat dianggap sebagai meningkatnya kekuatan untuk memberikan gerak balas adalah hasil daripada tindakan mensejajarkan gerak balas yang tepat dengan hadiah atau ganjaran yang diingini oleh organisma yang terlibat.

Semasa membincangkan pendapat Thorndike tentang prinsip pembelajaran pelaziman intrumental, Bugelski (1971:57) mengatakan, apabila hubungan di antara ransangan dan gerak balas dibentuk dan peristiwa ini diikuti oleh sesuatu keadaan yang tidak menyelesaikan, hubungan tersebut akan menjadi lemah.

Pandangan yang dikemukakan oleh Thorndike telah dikembangkan lagi oleh B.F.Skinner. Bagi Skinner, terdapat perbezaan yang nyata diantara pelaziman klasik dan pelaziman instrumental. Proses pelaziman instrumental kurang dikawal atau kurang ditentukan oleh faktor-faktor luaran jika dibandingkan dengan pelaziman klasik.

Semasa menghuraikan konsep pembelajaran yang dikemukakan oleh Skinner, Bugelski (1971:234) menyatakan: bagi manusia, pujian, hadiah, wang dan kemudahan-kemudahan dalam pelbagai bentuk boleh dijadikan ganjaran. Ganjaran yang paling mudah untuk diterapkan ialah pengetahuan tentang keputusan (knowledge of results).

Apabila seseorang individu (walaupun seorang kanak-kanak) memberikan sesuatu gerak balas, dan gerak balas ini kemudiannya diketahui sebagai gerak balas yang betul, pengetahuan tentang keputusan ini didapati boleh memberikan pengukuhan secara berkesan.

Gleitman juga turut memberikan pandangan beliau tentang pendapatpendapat yang telah dikemukakan oleh Skinner. Gleitman memfokus terhadap faktor-faktor yang boleh mendorong organisma bertindak dengan cara yang tertentu.

Gleitman (1986:105) menyatakan:


Skinner merupakan ahli teori yang mula-mula menekankan tentang perbezaan yang nyata di antara pelaziman klasik dan pelaziman instrumental. Dalam pelaziman klasik, pelaziman klasik, tingkah laku seseekor haiwan dihasilkan oleh ransangan dilazimkan,bahkan pengeluaran air liur pun dikawal oleh faktor luaran. Sebaliknya dalam pelaziman instrumental, Skinner menekankan bahawa sesuatu organisma itu kurang bergantung kepada situasi atau faktor luaran. Reaksi-reaksi organisma adalah dihasilkan daripada dalam, reaksi-reaksi sebegini ialah apa yang sering kita anggap sebagai sesuatu yang terkawal

Kesimpulannya, teori pelaziman instrumen memberikan kebebasan kepada pelajar. Pelajar boleh menentukan bentuk gerak balas yang harus mereka berikan berasaskan ransangan yang diberikan oleh guru.

Pemerhatian berdasarkan eksperimen Thorndike

Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Semakin banyak percubaan untuk membuka pintu, semakin singkat masa yang diambil oleh kucing tersebut untuk keluar dari sarang.

Tiga Prinsip Pembelajaran Thorndike

Implikasi teori Thorndike dalam pengajaran dan pembelajaran ialah : 1. Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. 2. Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. 3. Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social dan material. 4. Menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner

Eksperimen Skinner Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

A) PENEGUHAN Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.

Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

B) DENDAAN Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Dendaan terbahagi kepada dua:

C)

PRINSIP PREMACK Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

D) PELUPUSAN Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

Implikasi teori skinner tersebut dalam P& P ialah : 1. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. 2. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. 3. Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

Teori Pembelajaran Kognitif (TPK) :


Ahli kognitif lebih menekankan kepada proses mental seperti penyelesaian masalah, ingatan dan bahasa Pembelajaran menurut psikologi kognitif ialah perubahan dalam struktur mental yang membolehkan pelbagai tingkah laku yang ditunjukkan TPK melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang berlaku secara aktif.

Otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitaran Pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu Pelajar membina pengetahuan, bukan merekodkan. Pengetahuan memberi makna kepada pengalaman Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar Pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai Pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas
(Eggen dan Kauchak, 2008)

Prinsip Teori Pembelajaran Kognitif

Wolfgang Kohler (1887-1967)


Seorang ahli psikologi yang merupakan salah seorang pengasas Psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka.

Teori terkenal pembelajaran celik akal (pemerosesan kognitif khususnya proses selesaikan masalah)

Perang Dunia Pertama(1914)-kajian ke atas 5 ekor cimpanzi Chica, Grande, Konsul, Rana dan Sultan di Tenerife, Pulau Canary. Hasilnya - mengikut kebiasaan, apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan yang menuju ke arah penyelesaian

UJIKAJI : SULTAN & PISANG


Hasilnya membuktikan 3 perkara: pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi haiwan terhadap penyelesaian yang sesuai pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada pengajaran semata- mata setelah satu masalah dapat diselesaikan, maka lebih mudah untuk selesaikan masalah yang serupa

PRINSIP PEMBELAJARAN CELIK AKAL

Kita sering peroleh penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi dengan cara yang agak mendadak iaitu apabila kita kurang asyik memikirkan mengenai masalh tersebut
Konsep berfikir ditakrif kan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara 2 perkara

JEAN PIAGET(1896-1980)
oSeorang ahli biologi dan ahli psikologi yang terkenal atas sumbangan beliau dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran. oBerpendapat kanakkanak yang sedang membesar sering membina struktur kognitif, iaitu peta mental, skema atau jaringan konsep bertujuan untuk memamahi serta memberi respon terhadap pengalaman fizikal dalam persekitaran mereka.
oStruktur kognitif makin bertambah kompleks selaras dengan perkembangan yang dilalui

Teori kognitif- Piaget Perkembangan kognitif kanak-kanak :

Skema(schema)
Bentuk asas pengetahuan manusia dan merupakan potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau bertindak dengan cara tertentu. Kanak-kanak mula membentuk skema dari saat dilahirkan. Sejak dilahirkan bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema, antaranya gerakan menghisap memandang, mencapai, merasa, memegang menggerakkan tangan serta kaki.

Adaptasi(adaptation)
Penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada.

Penyerapan ialah proses di mana pengetahuan baru diserap oleh kanak-kanak dan disimpan sebagai skema baru atau diserapkan dalam skema yang sedia ada. Contoh kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati dan diberitahu bahawa itu adalah burung. Kemudian, apabila mereka terjumpa burung helang yang masih memenuhi ciri-ciri skema burung, maklumat itu akan ditambah dalam skema yang sama.

Asimilasi(assimilation) dan akomodasi(accomodation)


Suatu proses perubahan struktur kognitif. Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap perubahan ini sebagai proses pembelajaran. Contoh, kanak-kanak terjumpa ayam dan cuba menyerapkannya dalam skema burung tetapi mendapati ayam tidak boleh terbang. Skema burung terpaksa diubahsuai supaya mengambilkira ciri-ciri ayam.

Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif


Peringkat Sensorimotor (Sejak lahir -2 tahun)
Mengikut kebiasaan, bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan kebolehan motor untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka. Oleh itu, jikalau mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek tersebut.

Peringkat Pra operasional (2-7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak yang berada di prasekolah akan menggunakan simbol seperti bahasa untuk mewakili objek sebenar.

Peringkat Operasional Konkrit (7-11 tahun)


Kanak-kanak mula berfikir secara logik. Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian. Walaupun objek diubah kedudukan ataur disusun semula, mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku. Mereka boleh faham konsep pembalikan. Contoh: kanak-kanak boleh selesaikan operasi berikut: 4 + 6 = 10 10-6=4

Peringkat Operasional Formal (11 tahun ke atas) Kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai