Anda di halaman 1dari 4

Analisis Harga Pasaran Gula

Tahun Harga Pasaran Perubahan


2013 RM 2.50/kg Harga kekal sama daripada tahun 2012
2014 RM 2.84/kg Harga meningkat sebanyak RM 0.34 daripada tahun 2013
2015 RM 2.85/kg Harga meningkat sebanyak RM 0.01 daripada tahun 2014
Jadual : Harga Pasaran Gula Dari Tahun 2013 sehingga 2015
Berdasarkan jadual di atas, kita dapat membuat analisa bahawa harga pasaran gula
mengalami peningkatan berterusan dari tahun 2013 hingga tahun 2015.Pada tahun 2013,
harga pasaran gula adalah RM 2.50 sekilogram.
Seterusnya, pada tahun 2014 harga gula mengalami perubahan selepas pembentangan
Bajet 2014. Pada pembentangan Bajet 2014 yang lalu kerajaan mengumumkan
pemotongan subsidi gula serta merta yang berkuatkuasa pada 26 Oktber 2014 iaitu sehari
selepas bajet dibentangkan. Pemansuhan subsidi tersebut meningkatkan harga gula runcit
sebanyak 34 sen sekilogram. Peristiwa ini telah menyebabkan harga gula pada asalnya
berharga RM 2.50 sekilogram telah meningkat kepada RM 2.84 sekilogram pada tahun
2014.
Pihak kerajaan menjelaskan sebab berlakunya pemotongan subsidi ini adalah kerana
kerajaan amat bimbang tentang kesihatan rakyat Malaysia yang menunjukkan 2.6 juta
rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas telah menghadapi penyakit diabetes.
Telah juga berlaku perasaan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat Malaysia dahulu yang
mengatakan isu ini bukanlah disebabkan elemen kesihatan penyakit kencing manis tetapi
mempunyai agenda-agenda lain yang kini semakin kurang diperkatakan. Sebenarnya ia
amat berkait dalam industri perniagaan gula di seluruh dunia.
Dalam industri perdagangan komoditi dunia, sama seperti komoditi utama negara yang
lain terutamanya minyak sawit yang diniagakan secara kontrak niaga hadapan di Bursa
Komoditi Kuala Lumpur (BSKL) untuk dipasarkan ke negara luar. Pada masa sama
Malaysia pula membeli gula di pasaran antarabangsa juga menggunakan kontrak niaga
hadapan yang biasanya dilakukan di New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan
Intercontinental Exchange (ICE) yang terletak di New York. Dalam pemasaran dan
dagangan minyak sawit, ianya dilakukan sepanjang tahun dimana proses penghantaran ke
negara luar juga tidak ada batas waktu. Namun demikian bagi kontrak gula dunia adalah
berbaza dimana ia hanya dilakukan pada bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober setiap tahun.
Ini kerana penghasilan gula dari tebu adalah bermusim. Pada masa ini negara kita
Malaysia hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula (1%) untuk keperluan
domestik yang mana kita memerlukan kira-kira 1.3 juta tan gula setahun. Kini negara
terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14%
dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah.
Nilai tukaran asing US$ ke Ringgit Malaysia (RM)
US$ 1.00 RM 3.17
Nilai Tukaran unit Paun
tukaran asing USD(lb) ke Kilogram
ke Ringgit (Kg)(RM)
Malaysia
0.454
1 USDKg 1 lb
RM 4.40
1 Kgunit Paun (lb) ke Kilogram
Tukaran 2.203 lb(Kg)
0.454 Kg Nilai unit bidaan 1 Paun
US$
1.026.00
Kg 100 Paun
2.203 lbs
US$ 0.26 Nilai unit bidaan 1 lb
US$ 26.00
USD 0.26 0.454
100 Kg
Paun
USD 2.60 Atau bersamaan 10 Paun
US$USD0.26/0.454
0.26 1 Paun1=Kg 0.454 Kg
US$ 0.572 Atau bersamaan 1 Kg
RM
USD3.17 x 0.572
0.26/0.454 11 Kg
Kg
RM 0.572
USD 1.81 11 Kg
Kg
RM 4.40 x 0.572 1 Kg
RM 1.81 1 Kg
Perdagangan tebu gula tertakluk kepada kadar tukaran wang asing kerana perdagangan
antarabangsa memang selama ini telah menggunakan Dollar Amerika (USD) ketika masa
menandatangani perjanjian. Jika masa itu nilai tukarannya ialah sekitar RM3.10
berbanding US$1.00 dan kini pula nilai tukaran adalah sekitar RM4.40 bagi 1 USD maka
ia akan menjejaskan harga pasaran daripada RM1.81 sekilogram kepada RM2.53
sekilogram dipasaran (Sila lihat analisa jadual diatas). Sejak lama dikatakan kekukuhan
Ringgit Malaysia berbanding US$ berlaku tetapi pada tahun 2015 keadaan ini telah
banyak berubah dimana nilai Ringgit Malaysia telah jatuh dengan banyak berbanding
dengan nilai USD sehingga serendah RM4.46/1USD pada September 2015.
Oleh kerana kontrak niaga hadapan gula adalah berbentuk F.O.B yang kita beli dengan
kos US$26/100lbs ataupun RM1.81/kg daripada pembekal dan kini meningkat kepada
RM2.53 sekilogram maka kos penghantaran dari pelabuhan asal pengeluar gula sehingga
sampai ke pelabuhan di Malaysia adalah naik. Kos pengilangan gula mentah untuk
dijadikan gula bertapis adalah kos tambahan utama juga akan meningkat dan pengguna
akan menanggung beban jika subsidi gula ditarik balik oleh kerajaan. Kesannya adalah
dimana harga gula sebelum ini ialah pada sekitar RM2.50/kg dan setelah ditarik balik
subsidi yang berjumlah RM0.34 yang akhirnya gula menjadi RM2.84/kg dan meningkat
lagi pada tahun 2015 dan seterusnya.
Perbezaan harga jualan runcit dengan harga belian asal berlaku dimana pada harga jualan
RM2.84 ditolak dengan harga kilang iaitu RM1.81 maka ada nilai sekitar RM1.03.
Analisa perincian di bawah adalah satu andaian yang lebih realistik mengambilkira jika
kos penghantaran dengan kapal dari negara pengeluar menjadi 2 kali caj pelabuhan dan
jika kos sewaan gudang bagi penyimpanan gula dan pengendalian di pelabuhan. Andaian
juga dikaitkan dengan mana kos penghantaran dengan lori dari pelabuhan ke kilang
penapisan gula serupa dan juga kos pengilangan gula dan segala operasinya termasuk
keuntungannya sama. Selanjutnya adalah jika kos penghantaran dengan lori atau kereta
api ke pihak pemborong dan kos penghantaran oleh pemborong kepada peruncit dan
keuntungannya serta kos operasi peruncit dan keuntungannya dan cukai yang dikenakan
oleh kerajaan tidak banyak berubah. Berpandukan kepada andaian ini lazimnya kos
utama adalah pastinya disumbangkan oleh pengendalian kapal dari negara-negara seperti
Brazil, Australia dan Nicaragua. Ini termasuk caj untuk kedua-dua pelabuhan yang amat
tinggi. Manakala kos kedua tertinggi ialah bagi pengilangan gula.
Seperti yang kita ketahui bahawa gula adalah barangan kawalan dimana kadar
keuntungan bagi setiap peringkat telah diatur dalam sistem pengilangan, pengedaran dan
juga peruncitan yang telah lama dilaksanakan. Kajian yang dijalankan diperingkat
peruncitan sering melibatkan pekedai atau penjual dimana mereka hanya memperolehi
sekitar 10 sen sekilogram sahaja bagi setiap paket gula. Mengikut analisa setiap paket
bersaiz 2kg akan memberi keuntungan peruncitan RM0.051 x 2kg = RM0.10 @ 10 sen
sahaja. Kalau 1kg gula yang dibeli dari pembekal dengan kos RM1.81/kg maka pembeli
akan berkongsi RM1.03/kg untuk diagihkan kepada sekurang-kurangnya lapisan pemain
dalam sistem pengedaran gula tersebut untuk sampai kepada pengguna. Maka jika dikira
secara rasional maka kita akan mendapati sebenarnya kadar keuntungan besar yang
diperolehi oleh pengimport dan pengilang gula seperti yang didakwa dan diwar-warkan
oleh sesetengah pihak adalah agak tidak tepat. Oleh itu jika tanpa mekanisma subsidi ke
atas gula maka sudah tentu rakyat negara kita terpaksa membeli gula seperti di negara-
negara Indonesia, Filipina dan Singapura dengan kos yang amat tinggi tetapi sebaliknya
berlaku. Jika diambil dalam kes Singapura yang menjual gula dengan harga yang tinggi
disebabkan mereka memiliki kilang penapisan gula seperti Malaysia maka gula yang
diimport oleh Singapura adalah gula bertapis yang sudah siap sedia untuk dimakan.
Sudah tentulah kos gula bertapis jauh lebih tinggi harganya daripada gula mentah yang
perlu diproses semula.
Sebagai perbandingan pada tahun 2013 sahaja terdapat jauh jurang jualan runcit gula
pasir dikalangan negara ASEAN. Harga di Thailand adalah RM2.32/kg, harga gula pasir
di Indonesia (RM3.00-RM4.00/kg) dan harga di Singapura (RM4.00/kg). Malaysia pada
waktu itu masih menjual gula pasir pada harga kawalan RM2.50 sekilogram iaitu jauh
lebih rendah. Filipina, Thailand dan Indonesia adalah negara-negara yang mengeluarkan
gula. Malah Thailand merupakan negara pengeluar gula ke-4 terbesar dunia dan Malaysia
memperolehi 14% keperluan gula daripada Thailand. Filipina pula merupakan negara
pengeluar ke-8 di dunia tetapi harga gulanya adalah tinggi. Harga runcit jualan gula yang
dijual kepada rakyat Thailand sendiri tidak mencerminkan sebagai sebuah negara
pengeksport gula yang sepatutnya jauh lebih murah. Rakyat Thailand juga dilaporkan
mempunyai pesakit diabetis yang jauh lebih rendah daripada rakyat Malaysia. Perkara ini
juga menyebabkan berlakunya kes-kes penyeludupan gula balik ke Thailand. Kini untuk
menjaga industri gula antara strategi negara Thailand adalah dengan terpaksa
merasionalkan harga gula tempatan dengan beberapa negara jiran agar perbezaanya tidak
terlalu jauh. Kini dengan menarik balik subsidi 34 sen yang menjadikan gula Malaysia
lebih mahal akan menyebabkan gula kurang atau tidak diseludup lagi ke Thailand.
Pada tahun 2015, harga pasaran gula meningkat sedikit iaitu sebanyak 1 sen daripada
tahun 2014. Harga gula pada asalnya RM 2.84 sekilogram telah meningkat kepada RM
2.85 sekilogram pada tahun 2015. Menurut pihak kerajaan, kenaikan harga pasaran gula
bukan sahaja bertujuan untuk menurunkan penyakit diabetes atau kencing manis dalam
kalangan rakyat Malaysia tetapi juga membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia
dengan cara pemotongan subsidi pada gula.
Sumber rujukan :
http://animhosnan.blogspot.my/2015/10/gula-satu-analisa-ekonomi-part-2.html
http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-harga-gula-naik
http://wargamarhaen.blogspot.my/2015/01/harga-gula-terkini-2015-di-malaysia.html
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/gula-dijual-rm3-sekilogram-1.378162
http://oskortos.blogspot.my/2013/11/adik-manis.html

Anda mungkin juga menyukai