Anda di halaman 1dari 11

Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang tepat.

1. Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan


A bahu
B kaki
C leher
D pinggang

2. Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.


A Mendagu dan tekan tubi
B Lompat dekam dan lompat ketingting
C Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri
D Naik turun bangku dan lari pecut 30 meter

3. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah
aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?
A Tekan tubi
B Bangkit tubi
C Ayun tangan
D Jangkauan melunjur

4. Latihan kekuatan otot boleh memberi beberapa faedah kepada semua individu.
Antara yang berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan otot?
A Dapat mengawal berat badan
B Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
C Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
D Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang- ulang

5. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang baik.
Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina kelenturan?
A Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki
B Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
C Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan
D Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan, dan
bahagian kaki

2
6. Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk
melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat
anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?
A Pelajar akan berasa seronok
B Pelajar akan bertambah mahir
C Pelajar akan mengalami kecederaan otot
D Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya

Soalan 7 berdasarkan Jadual 1

Jawapan Pelajar Mac April


A Shamsul 22 cm 25 cm
B Murthy 10 cm 20 cm
C Choy - 1 cm 8 cm
D Dave 20 cm 28 cm

Jadual 1

7. Jadual 1 menunjukkan data yang diterima daripada guru Pendidikan Jasmani


selepas menjalani aktiviti jangkauan melunjur terhadap empat orang pelajar dalam
bulan Mac dan April. Pelajar yang manakah menunjukkan peningkatan kelenturan
yang paling ketara?

8. Kelenturan berubah mengikut


A usia
B kaum
C bangsa
D berat badan

9. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot
secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai
A kekuatan otot
B daya tahan otot
C komposisi badan
D daya tahan kardiovaskular

10. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang
membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?

3
A Ginjal
B Hidung
C Jantung
D Paru-paru

11. Berikut adalah faktor-faktor yang menentukan kekuatan pukulan dalam permainan
pingpong kecuali
A berat badan
B ayun tangan
C kilasan badan
D pergerakan pergelangan tangan

12. Permainan pingpong dipercayai bermula di England dengan menggunakan buku


sebagai jaring, kadbod sebagai raket dan bola yang dibuat daripada
A tali
B getah
C kertas
D rumput kering

13. Ahmadi hendak meningkatkan kemahiran smesy pingpong. Apakah


prinsip latihan yang sesuai digunakan?
A Latih tubi
B Spesifikasi
C Revesibiliti
D Ansur maju

Soalan 14 berdasarkan Jadual 2

Jadual Pertandingan Pingpong

4
A Siew Lan Zana Lan a/p Richik Selvi
Siew Lan 11-9, 11-9 11-7, 11-8 11-0, 11-0

Zana 9-11, 9-11 11-3, 11-6 11-5, 11-0


Lan a/p
7-11, 8-11 3-11, 6-11 11-5, 11-9
Richik
Selvi 0-11, 0-11 5-11, 0-11 5-11, 9-11

Jadual 2

14. Siapakah yang layak menjadi johan kumpulan A?


A Zana
B Selvi
C Siew Lan
D Lan a/p Richik

15. Tennis elbow atau rasa sakit pada siku sering dialami oleh pemain pingpong. Apakah
yang perlu dilakukan oleh pemain bagi mengelakkannya?

A Mengurangkan latihan
B Meneruskan latihan seperti biasa
C Membuat persediaan dari segi psikologi
D Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan

Soalan 16 hingga 20
Pilih jawapan yang betul berpandukan rajah yang diberikan

Soalan 16 hingga 18

A Fasa Penamat

B Fasa Berlepas

C Fasa Ikut Lajak

D Fasa Ke Garisan

5
16. ________ 17. ________ 18. ________

Soalan 19 hingga 20

A Fasa Ke Garisan

B Peringkat Sedia

C Fasa Pecutan

D Fasa Layangan

19. ________ 20. ________

21. Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi.
Apakah kesan daripada malnutrisi?

6
A Gaut
B Kegemukan
C Mudah pitam
D Darah tinggi

22. Apakah yang dimaksudkan dengan malnutrisi?


A Ketagihan dadah
B Lebihan lemak dalam badan
C Kurang melakukan senaman
D Pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi

23. Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang
pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?
A Sarapan pagi
B Minum petang
C Makan malam
D Makan tengah hari

24. Penyakit skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan


A vitamin A
B vitamin B
C vitamin C
D vitamin D

25. Antara berikut, manakah langkah yang boleh mengatasi masalah


malnutrisi?
A Mengamalkan pemakanan yang seimbang
B Menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan kardiovaskular
C Makan sekenyang-kenyangnya setiap kali bersarapan
D Menjalani pemeriksaan doktor setiap kali menghadapi gastrik

26. Penglihatan Tan pada waktu malam adalah terhad. Apakah kemungkinan penyakit
yang dihidapi oleh Tan?
A Buta

7
B Mata juling
C Rabun warna
D Rabun malam

27. Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah mendapatkan


rawatan daripada
A doktor
B ibu bapa
C jururawat
D Persatuan Bulan Sabit Merah

28. Manakah yang berikut merupakan faktor malnutrisi?


A Kekayaan
B Budaya hidup
C Makanan seimbang
D Tahap kesihatan yang rendah

29. Siti mengalami gejala kaki dan tangan mengecil serta perut buncit semasa berumur 9
tahun. Pilih penyakit yang dikaitkan dengan gejala ini.
A Anemia
B Maramus
C Beri-beri
D Kwashiokor

30. Kemiskinan dan kekurangan sumber makanan boleh menyebabkan masalah


malnutrisi kepada penduduk sesebuah negara. Pada pendapat anda, negara
manakah yang mungkin menghadapi masalah ini?
A Sudan
B Kanada
C Malaysia
D New Zealand

Soalan 31 hingga 35
Hitamkan A bagi jawapan yang betul dan B bagi jawapan yang salah.

8
31. Piramid makanan menggambarkan secara umum tentang jenis dan jumlah makanan
yang perlu diambil oleh seseorang individu.
A/B

32. Contoh kumpulan makanan bagi bijirin adalah seperti majerin, minyak masak dan
gula.
A/B

33. Konflik timbul apabila seseorang itu suka berhadapan dengan kegembiraan dan
mudah untuk membuat pilihan yang mempunyai matlamat yang sama.
A/B

34. Seseorang mengalami stres mungkin disebabkan oleh tiada keyakinan diri dan selalu
berlaku pertelingkahan dalam keluarga.
A/B

35. HIV ialah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus.


A/B

Soalan 36 hingga 39
Pilih jawapan yang sesuai berpandukan Jadual 3 di bawah:

A B C D
paru-paru konflik tabiat negatif

Jadual 3

36. Stres ialah respon yang dihasilkan oleh tubuh apabila seseorang itu
berhadapan dengan ________ atau pelbagai situasi lain yang
menyebabkan tekanan.

37. Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui perubahan rupa,
sikap, _______ dan tingkah laku yang tidak menyenangkan rakan-rakan dan anggota
keluarga.

38. Terdapat lebih daripada 4000 bahan kimia di dalam sebatang rokok yang boleh
membahayakan ________ dan menyebabkan kanser.

39. Konflik dan stres boleh mendatangkan kesan yang ________ kepada diri seseorang,
adalah lebih baik jika dicegah dari awal.

9
40. Berapakah umur seseorang yang boleh dianggap sebagai warga emas?

A 30 tahun
B 40 tahun
C 50 tahun
D 60 tahun

41. Akta Perlindungan Pengguna 1999 memberi hak kepada pengguna kecuali
A hak mendapat pendidikan pengguna
B hak menetapkan harga barangan di pasaran
C hak bersuara secara individu atau perwakilan
D keselamatan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh
membahayakan kesihatan

42. Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ialah
I mengawal cetak rompak
II membuat pemeriksaan tanda harga barang kawalan
III menetapkan dan mengawal harga barangan keperluan
IV memastikan peniaga mendapat perkhidmatan yang sewajarnya

A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

43. Encik Rozi membeli sebuah komputer. Malangnya komputer itu didapati rosak. Encik
Rozi meminta peniaga tersebut memulangkan semula wangnya tetapi mereka
enggan. Encik Rozi boleh membuat aduan kepada
A FOMCA
B Kementerian Dalam Negeri
C Tribunal Tuntutan Pengguna
D Lembaga Hasil Dalam Negeri

44. Pertolongan cemas bermaksud


A membantu mangsa

10
B menjaga harta benda mangsa
C membawa mangsa ke hospital
D tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans

45. Tempoh ________ pertama adalah kritikal bagi memastikan mangsa selamat,
khususnya mangsa yang menghadapi masalah pernafasan.
A 2 minit
B 3 minit
C 4 minit
D 5 minit

46. Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada


mangsa?
A Patah
B Lemas
C Melecet
D Terseliuh

47. Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut


A kematian
B kemalangan
C perkahwinan
D kenduri-kendara

48. Antara yang berikut manakah bukan merupakan tatacara pertolongan cemas

A RICE
B DRCE
C DRABC
D TOTAPS

49. Pernyataan manakah yang betul dalam cara melakukan prosedur pertolongan
cemas.

11
A Bahaya gerak balas saluran pernafasan bernafas peredaran darah
B Gerak balas saluran pernafasan bernafas peredaran darah bahaya
C Bahaya saluran pernafasan gerak balas bernafas peredaran darah
D Gerak balas bahaya saluran pernafasan bernafas peredaran darah

50. Amanda dilahirkan kerdil. Dia dianggap sebagai warga

A tua
B kerdil
C cacat
D istimewa

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

______________________________ _____________________ ___________________


(MOHD AZAHAR BIN MOHD NOOR)

12

Anda mungkin juga menyukai