Pada suatu hari, penghuni rimba dikejutkan oleh berita perlumbaan
antara katak dengan siput.
Mereka telah turun berkumpul dan bekerjasama membuat
beberapa persiapan di tempat perlumbaan. Ada yang membuat tempat duduk penonton, ada yang membuat laluan perlumbaan dan ada yang memasang bendera di sepanjang laluan perlumbaan.
Pada keesokan harinya, perlumbaan pun dimulakan. Katak melompat
dengan sombongnya lalu meninggalkan siput yang mengesot perlahan- lahan.
Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Katak berasa sangat
gembira. Katak begitu asyik bermain air hujan.
Tanpa disedari katak, air hujan yang turun mengalir deras lalu membawa siput ke garisan penamat.Singa sebagai ketua hakim telah mengumumkan siput sebagai pemenang bagi acara tersebut.
Katak berasa sangat menyesal. Dia berjanji tidak akan bersikap
sombong lagi. Siput memaafkan katak. Selepas kejadian itu mereka berdua bersahabat baik.