Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU TAHUN 3

Perlumbaan Katak dengan Siput

Pada suatu hari, penghuni rimba dikejutkan oleh berita perlumbaan


antara katak dengan siput.

Mereka telah turun berkumpul dan bekerjasama membuat


beberapa persiapan di tempat perlumbaan. Ada yang membuat tempat
duduk penonton, ada yang membuat laluan perlumbaan dan ada yang
memasang bendera di sepanjang laluan perlumbaan.

Pada keesokan harinya, perlumbaan pun dimulakan. Katak melompat


dengan sombongnya lalu meninggalkan siput yang mengesot perlahan-
lahan.

Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Katak berasa sangat


gembira. Katak begitu asyik bermain air hujan.

Tanpa disedari katak, air hujan yang turun mengalir deras lalu
membawa siput ke garisan penamat.Singa sebagai ketua hakim telah
mengumumkan siput sebagai pemenang bagi acara tersebut.

Katak berasa sangat menyesal. Dia berjanji tidak akan bersikap


sombong lagi. Siput memaafkan katak. Selepas kejadian itu mereka
berdua bersahabat baik.

Anda mungkin juga menyukai