Anda di halaman 1dari 1

Gadis Pemerah Susu Dan Baldinya

Di sebuah kampung tinggal seorang gadis


pemerah susu yang suka berangan. Pada suatu
hari, dia terpaksa menghantar sebaldi susu ke
kampung yang berhampiran. Maka, dia pun
memulakan perjalanannya.
Semasa berjalan, dia pun mula berangan.
Apabila saya menjual susu ini, saya akan ada
cukup duit nutuk membeli sekurang-kurangnya tiga
ratus biji telur. Tiga ratus biji telur akan
menghasilkan tiga ratus anak ayam. Dan, jika saya
menjual anak-anak ayam ini, saya akan ada cukup
duit untuk membeli beberapa baju baru, fikir
gadis pemerah susu itu lagi.
Oleh sebab tempat tujuannya jauh, diapun
terus berangan. Apabila saya memakai baju baru
itu dan menghadiri jamuan tari menari semua
jejaka pasti akan memuji saya. Tetapi saya akan
menolak pelawaan dan pujian mereka, fikir gadis
itu lagi.
Gadis pemerah susu itu pun melambai-lambai
tangannya sehingga semua susu di baldinya itu
tumpah. Oh, bodohnya saya! Kerana berangan
pada waktu siang, saya telah kehilangan rezeki
saya, kata gadis itu denga nada sedih.

Anda mungkin juga menyukai