Anda di halaman 1dari 2

Musang dan Ayam

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan semua.

Saya ………………………………………… dan rakan-rakan dari Kumpulan …………………….. akan


menyampaikan cerita yang bertajuk Musang dan Ayam. Harap semua terhibur.

Pada suatu hari ada sebuah kampung di tepian sungai. Di dalam kampung itu ada sebuah reban
kepunyaan seekor ibu ayam dan 3 ekor anaknya.

Setiap hari ibu ayam akan meninggalkan pesan kepada anak-anaknya apabila ia hendak keluar
mencari makanan.

“Janganlah kamu membuka pintu reban ini sebelum ibu pulang yea. Takut-takut nanti musang
ganas itu dating pula.”

“ Baiklah ibu, tetapi bagaimana kami mahu tahu yang pulang itu ibu”.

“Ibu akan menyanyi begini ,,, Wahai anakku bukalah pintu, ibumu sudah kembali, membawa ulat
dan serangga dengan banyak sekali”.

Setelah selesai berpesan kepada anak-anaknya, ibu ayam pun pergi mencari makanan.

Rupa-rupanya musang yang ganas itu, telah mendengar perbualan ibu ayam dan anak-anaknya.

CHHHIIIINNNNNNGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tiba-tiba Musang pun mendapat idea. “ Hahahaha….


Inilah peluang aku untuk merasai daging anak ayam yang sedap menjilat jari. KATA musang
dengan tamaknya.

Musang pun pergi ke depan pintu reban lalu menyanyi, “Wahai anakku bukalah pintu, ibumu
sudah kembali, membawa ulat dan serangga dengan banyak sekali”.

Kakak…kakak…ibu sudah pulang…..

Tidak…itu bukan suara ibu kita.

Adik ayam yang degil tetap mahu membuka pintu reban walaupun telah dihalang oleh kakaknya.

Sejurus pintu reban terbuka, musang pun terus masuk ke dalam reban.

Lalu terus mengejar anak-anak ayam.

Apabila petang menjelma , ibu ayam pun pulang.

Alangkah terkejutnya ibu ayam melihat rebannya ternganga dengan luasnya dan serpihan kayu
yang bersepah-sepah.

Ibu ayam memanggil anak-anaknya, “Oh anak-anakku dimanakah kamu semua. Tiba-tiba anak
ayam yang pertama muncul dari celah-celah reban yang sudah runtuh itu. Hanya anak ayam yang
pertama sahaja yang terselamat. Dia pun menceritakan kepada ibu ayam tentang apa yang telah
berlaku semasa ketiadaan ibunya.

Ibu ayam berasa sangat sedih. Ibu ayam pun berkemas dan berpindah dari tempat bersama
anaknya.
Alaaaaaahaaaaiiiiii…kasihan ibu ayam….. Pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita ini
ialah kita harus mematuhi pesanan ibu bapa kita dan janganlah mudah mempercayai orang yang
tidak kenali. JOM kita menyanyi lagu sama-sama. (Anak Ayam Dikejar Musang)

Anda mungkin juga menyukai