Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

SEMPENA
MAJLIS PERSARAAN

PUAN ESAH BT MOHAMMAD


DAN
EN. ZAINOL ABIDIN BIN ABU
HASSAN

TARIKH: 25 JANUARI 2010

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR


SEMPENA
MAJLIS PERSARAAN PUAN ESAH BT MOHAMAD DAN EN.
ZAINOL ABIDIN BIN ABU HASSAN
Terima kasih Pengerusi Majlis..
Yang Berusaha Puan Hamidah bt Abdul Rahman, Pengetua SMK Cheras
Perdana
Yang Dihormati Encik Chin Choong Fuan, Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati Encik Ishak bin Abdullah, Penolong Kanan
Puan Esah bt Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Siti Salmah bt Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Paridah bt Hashim, Penolong Kanan Petang
Yang diraikan Puan Esah Mohamad dan Encik Zainol Abidin bin Abu
Hassan,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam


Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang


Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan
kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan
yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich


Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada
menyatakan bahawa, Man feelings are always purest and most
glowing in the hour of meeting and farewell Setiap pertemuan
pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti
amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika
bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang
tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana
kehilangan kedua-dua guru yang amat kami sayangi dan cintai.
Pada kami, kedua-dua guru ini bukan sahaja guru, tetapi ibarat
ibu dan bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Cheras Perdana ini.

Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan


tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
mengenai Puan Esah Mohamad. Puan Esah Mohamad telah
memulakan tugasnya sebagai seorang guru pada tanggal 1
Februari 1977 setelah tamat pengajian di Universiti Malaya dalam
bidang Ekonomi dan kemudiannya menyambung Diploma
Pendidikan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Puan Esah Mohammad, beliau


telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa
terutamanya para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Cheras Perdana kerana di sinilah tempoh perkhidmatannya paling
lama iaitu selama 12 tahun. Beliau bukan sahaja seorang guru
yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas,
malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni dan
senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya
bersesuaian dengan moto hidupnya, memberi lebih baik
daripada menerima.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Memory is a way of holding onto the things you love, the things
you are, the things you never want to lose. Itulah Encik Zainol
Abu Hassan yang merupakan mantan guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Cheras Perdana. Beliau telah memulakan karier
sebagai seorang guru pada tahun 1977. Beliau merupakan
seorang guru yang berdedikasi dan passionate terhadap tugas
dan tanggungjawab beliau. Beliau juga dikenang sebagai guru
yang begitu down to earth dan memahami.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going,


dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan
serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah
kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua
terutamanya, pelajar SMK Cheras Perdana.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Cheras


Perdana merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada guru-guru kami yang tidak pernah mengenal
jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak
muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan
rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Esah Mohamad dan
Encik Zainol Abidin Abu Hassan serta keluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu
pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata
pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun
yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan saya
dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah
matullah hiwabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai