Anda di halaman 1dari 1

.

..



.

Allah Humma Ya Karim Ya Wadud


Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayahMu, dengan nikmat kesihatan dan
kesejahteraan, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman, sehingga kami dapat
melaksanakan dan menghadiri Majlis Jasamu Dikenang, sempena meraikan
persaraan Guru Besar SK Kebu Baru pada hari ini.
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq
dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia En.
Hanafi @ Ansom Putiang yang akan bersara, menamatkan perkhidmatannya sebagai
Pentadbir di SK Kebu Baru.
Allah Humma Ya Qodial Hajat Wa Ya Rofiad Darojat
Sesungguhnya kami menyedari dengan penuh keinsafan akan sunnah alam
ketetapanMu, bahawa setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya. Justeru dengan
kudrat dan iradahMu, jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan
sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, dan
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan
dan keamanan.
Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada insan yang diraikan dengan ganjaran,
syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru dan pentadbir. Kau limpahkanlah Rahmat
dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada beliau semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik,
pemimpin dan bapa yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa,
pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Ya Zal Jala li Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang
diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.....Kami
Warga SK Kebu Baru megharapkan agar Engkau Ya Allah, kurniakanlan kepada
insan yang diraikan pada hari ini kesihatan yang sempurna, ketenangan yang
bermakna, kelapangan yang mesra, pilihan yang tepat agar beliau dapat menikmati
kehidupan selepas bersara dalam keadaan damai dan sentosa serta, sentiasa
mingkotoh.

.

.
.
.

.

.

Anda mungkin juga menyukai