Anda di halaman 1dari 16

KESALAHAN EJAAN DAN PEMBETULANNYA

KESILAPAN EJAAN (KATA)


SALAH BETUL SALAH BETUL
auto matif automotif geraf graf
audien audiens geharu gaharu
agreget agregat hajjah hajah
arithmetik aritmetik hurmat hormat
agen (wakil) ejen (wakil) ide idea
ampangan empangan idap hidap
aked arked iktizam iltizam
akitek arkitek impot import
analisa analisis injin enjin
atlit atlet inspekter inspektor
atnik etnik insuran insurans
anggrik anggerik Insyaallah / Insya insya- Allah
baucer baucar Allah isytihar
bistari bestari istihar istirahat
bowling boling istirehat isyak
buffet bufet isya justeru
bumiputra bumiputera justru jaket
buroh buruh jeket kampung
calun calon kampong kapitalisme
cocok (tusuk) cucuk (tusuk) kapitalisma kartun
cucuk (sesuai) cocok (sesuai) katun kafeteria
catit catat kefeteria komedi
cendiawan cendekiawan komidi komisen
cop cap (cetak) komisyen konduktor
dasyhat dahsyat kondaktor konsortium
dialog dialog konsotium kontrak
definasi definisi kontrek kuorum
deligasi delegasi korum kapten
deraf draf kaptain kerenah
durhaka derhaka karenah (ragam) kalendar
efisyen efisien kelender keredaan
ekur ekor keredhaan keriting
ehsan ihsan kerinting khianat
engzos ekzos kianat kokurikulum
ekslusif eksklusif ko-kurikulum kolesterol
ekspot eksport kolestrol komersial
ekspress ekspres komersil kompleks
emel e-mel komplek kontinjen
engkar ingkar kontingen legenda
fadhilat fadilat lagenda lakon
fax faks lakun laporan
faksimili faksimile lapuran label
Febuari Februari lebel lencongan
gembeling / gembleng lencungan leukemia
gembeleng leukimia

SALAH BETUL SALAH BETUL


lojik logik protin protein
losyen losen pekej pakej
letrik elektrik pesonal personel
lojistik logistik (kakitangan) petroleum
maksima maksimum petrolium platform
manafaat manfaat platfom profil
masaalah masalah profail profesional
mee mi profesyenal skala
mekanisma mekanisme sekala sekalian
mencatit mencatat sekelian skim
mengenengahkan mengetengahkan sekim sesi
megenepikan megetepikan sessi stor
mengujudkan mewujudkan setor seksa
mengwujudkan mewujudkan siksa silaturahim
mentera mantera silaturrahim snuker
merbahaya berbahaya snooker stesen
minima minimum stesyen stoking
munshi munsyi stokin sunah
nasionalisma nasionalisme sunnah subsidi
odit audit sabsidi sandwic
oditorium auditorium sanwic silinder
optima optimum selinder skema
organisme organisma skima spesies
otomatik automatik spesis setem
otomobil automobil stem telefon
pamir pamer talipon tauge
paspot pasport taugeh (sayuran) terampil
patriotisma patriotisme trampil tulen
pehak pihak tulin agama
pelancung pelancong ugama usik
pemerosesan pemprosesan usek warung
pemilekan pemilikan warong vokasional
pengembala penggembala vokasyenal unit
pengemblengan penggemblengan yunit
pensil pensel
perabut perabot
perihatin prihatin
perlaburan pelaburan
perlancaran pelancaran
perletakan peletakan
pertunjukkan pertunjukan
pesaraan persaraan
pesiaran persiaran
plan pelan
profession profesion
prosidur prosedur
KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)
SALAH BETUL SALAH BETUL
acapkali acap kali lalulintas lalu lintas
ada pun adapun latarbelakang latar belakang
adakala ada kala lebuhraya lebuh raya
andai pun andaipun lagi pun lagipun
andaikata andai kata mana pun manapun
apa kala apakala mana kala manakala
apa tah apatah merekapun mereka pun
atau pun ataupun meski pun meskipun
Aidil-fitri Aidilfitri olah raga olahraga
aturcara atur cara papantanda papan tanda
ambilalih ambil alih penguatkuasa penguat kuasa
barang kali barangkali pengubahmilik pengubah milik
begitupun begitu pun pilihanraya pilihan raya
belumpun belum pun pasaraya pasar raya
biar pun biarpun rekabentuk reka bentuk
baikpulih baik pulih rekabina reka bina
bandaraya bandar raya ruangniaga ruang niaga
cendera mata cenderamata samada sama ada
cahayamata cahaya mata sebutharga sebut harga
campurtangan campur tangan sediada sedia ada
empatbelas empat belas segitiga segi tiga
gambarajah gambar rajah sekaligus sekali gus
gantirugi ganti rugi senireka seni reka
garispanduan garis panduan suratcara surat cara
gunatanah guna tanah suratkhabar surat khabar
hakmilik hak milik susunatur susun atur
hapuskira hapus kira susutnilai susut nilai
ibubapa ibu bapa sediakala sedia kala
ibupejabat ibu pejabat selangseli selang seli
ibusawat ibu sawat seringkali sering kali
isipadu isi padu sesungguh-nya sesungguhnya
inipun ini pun siapa-tah siapatah
janakuasa jana kuasa sudahpun sudah pun
jasabaik jasa baik sungguh pun sungguhpun
jawatan kuasa jawatankuasa temubual temu bual
jiwa-mu jiwamu temuduga temu duga
jualbeli jual beli tengahari tengah hari
kawalselia kawal selia tuanpunya tuan punya
kadang kala kadangkala tukarsyarat tukar syarat
kemaskini kemas kini telahpun telah pun
kerapkali kerap kali ulangtahun ulang tahun
keretapi kereta api urusetia urus setia
kerja sama kerjasama usahasama usaha sama
kerjatanah kerja tanah walau pun walaupun
kertaskerja kertas kerja walaubagaimanapu walau bagaimanapu
kuatkuasa kuat kuasa n n
KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)
Imbuhan Pinjaman
- imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.
- boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.
Contoh imbuhan pinjaman:
Imbuhan Inggeris:
Awalan
Imbuhan Makna Contoh
anti- menentang / benci antidadah
antikomunis
anti-Amerika
auto- dengan sendiri automatik
autonomi
automobil
poli- banyak poligami
poliklinik
politeknik
pro- menyokong / menyebelahi prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
sub- sebahagian daripada subtajuk
subbidang
subsistem
supra- melebihi / merentasi supranasional
suprakelas
pasca- selepas pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis

Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
-is orang yang melakukan cerpenis
kartunis
ekonomis
-isme kepercayaan / ajaran / kapitalisme
fahaman seseorang komunisme
nasionalisme
-logi bidang ilmu antologi
psikologi
morfologi
-grafi bidang ilmu / bidang seni geografi
kaligrafi
biografi
*Catatan
- jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-) mesti diletakkan
antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut.
Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel
Imbuhan Sanskrit
Awalan
Imbuhan Makna Contoh
dasa- sepuluh dasawarsa
dwi- dua dwibahasa
dwimusim
dwicara
eka- satu ekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
juru- orang yang pakar / mahir juruhebah
dalam sesuatu bidang jurubahasa
juruterbang
maha- agung / besar mahaguru
maharaja
mahasiswa
panca- lima pancaragam
pancawarna
pancaindera
pra- sebelum prakata
prasangka
prasyarat
tata- peraturan / sistem tatabahasa
tatatertib
tatadunia

Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
-ita wanita / perempuan biduanita
posnita
-man orang yang memiliki sifat / seniman
kepakaran dalam sesuatu budiman
bidang
-wan orang yang jutawan
pakar dalam sesuatu bidang wartawan
melakukan sesuatu perbuatan jelitawan
memiliki sesuatu sifat ilmuwan
memiliki sesuatu angkasawan
-wati wanita yang mahir dalam peragawati
sesuatu bidang pekerjaan seniwati
angkasawati

*catatan
- -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]
- -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf i]

Imbuhan Arab Parsi


Awalan
Imbuhan Makna Contoh
bi- tidak biadab
bilazim
binormal

Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
-ah orang perempuan / wanita ustazah
qariah
-at orang perempuan / wanita muslimat
hadirat
-iah hal yang ada perkaitan dengan ilmiah
sifat jasmaniah
alamiah
-in orang lelaki hadirin
muslimin
musyrikin

*catatan
- -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]
- -in [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]

Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya


berlaku. Hal ini adalah kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas
dalam bahasa.
Tapi sayang, disebabkan sikap ketidakprihatinan kita, masalah ini kadang-kadang
berlaku secara berleluasa. Lihat contoh di bawah:-
merbahaya SEPATUTNYA berbahaya
mendokong / didokong SEPATUTNYA mendukung / didukung
mensasarkan SEPATUTNYA menyasarkan
ko-kurikulum SEPATUTNYA kokurikulum
mengguriskan SEPATUTNYA menggoreskan
keretapi SEPATUTNYA kereta api
Bahasa Inggeris SEPATUTNYA bahasa Inggeris
jimat-cermat SEPATUTNYA jimat cermat
kaki tangan SEPATUTNYA kakitangan
tanda tangan SEPATUTNYA tandatangan
seringkali SEPATUTNYA sering kali
kadang kala SEPATUTNYA kadangkala
disamping SEPATUTNYA di samping
kebanyakkan SEPATUTNYA kebanyakan
pilihanraya SEPATUTNYA pilihan raya
suaikenal SEPATUTNYA suai kenal
temuduga SEPATUTNYA temu duga
jawatan kuasa SEPATUTNYA jawatankuasa
mengkebumikan SEPATUTNYA mengebumikan
mengenepikan SEPATUTNYA mengetepikan
mententeramkan SEPATUTNYA menenteramkan
menyintai SEPATUTNYA mencintai
menghadkan SEPATUTNYA mengehadkan
zohor SEPATUTNYA zuhur
hajjah SEPATUTNYA hajah
masaalah SEPATUTNYA masalah
analisa SEPATUTNYA analisis
minima SEPATUTNYA minimum
berkuatkuasa SEPATUTNYA berkuat kuasa
penguat kuasaan SEPATUTNYA penguatkuasaan
ramadhan SEPATUTNYA ramadan
perabut SEPATUTNYA perabot
satay SEPATUTNYA sate
tips SEPATUTNYA tip
lagenda SEPATUTNYA legenda
kontingen SEPATUTNYA kontinjen

CUBA KESAN KESALAHAN AYAT DI BAWAH DAN


PERBAIKI KESALAHAN TERSEBUT

Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecil lagi.

Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam,


Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.

2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.

Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yang
di kandung.

2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata
pensyarah tersebut.

Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibunya.

2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli persatuan
ini.

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan
perfileman tanahair.

Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.

2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam


kepada lelaki itu.

Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.

2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-


tugas tersebut.
Contoh Jawapan
Latihan 1

1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu semenjak lapan


tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa sejak kecil lagi.

Latihan 2

1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam,


Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.

2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang yang pintar.

Latihan 3

1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan keselamatan
bayi yang dikandung.

2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama


enam tahun," kata pensyarah tersebut.

Latihan 4

1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata Alias kepada
ibunya.

2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif dalam kalangan ahli
persatuan ini.

Latihan 5

1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan ekonomi negara.

2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya industri muzik
dan perfileman tanah air.

Latihan 6

1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.

2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepada
lelaki itu.
Latihan 7

1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan tersebut.

2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugas


tersebut.

Perbezaan antara ialah dan adalah


Baiklah... kini Cikgu akan menerangkan perbezaan antara 'ialah' dan 'adalah'

'ialah' hadir di hadapan frasa nama sahaja.

CTH :
frasa nama
Buku cerita itu ialah hadiah hari jadi kawan saya.

frasa nama
Perkara yang menarik perhatian saya ialah kesabarannya dalam menghadapi
cabaran.

frasa nama
Satu sebab saya menyukai tempat ini ialah pemandangannya yang amat
menakjubkan.

'adalah' pula hadir di hadapan frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama.

CTH :
frasa adjektif
Dua perkataan yang menerangkan ibu saya adalah cantik dan menawan.

frasa kerja
Dua perkara yang dilakukan Cikgu Hassan adalah mengajar Matematik dan melatih
pemain bola.

frasa sendi nama


Sesi kelas tambahan adalah dari jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.
Kata sendi nama "pada" dan "kepada"
Kata sendi nama pada

Kata sendi nama pada berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu


dan tempat; dan digunakan juga dalam ungkapan ada pada untuk manusia
dan haiwan.

A. Penggunaan kata sendi nama pada untuk menunjukkan keterangan


waktudapat dilihat dalam ayat-ayat berikut.

1. Dia akan pergi ke Ipoh pada waktu petang.


2. Pada bulan depan, saya akan balik ke kampung.

B. Seterusnya, penggunaan kata sendi nama pada bagi perbuatan sesuatu


kerjadapat dijelaskan dalam ayat-ayat berikut.

1. Jadual bertugas telah ditampal pada papan kenyataan.


2. Puan Salmi sedang mengganti tali pada ampaian.

C. Kata sendi nama pada yang didahului dengan perkataan ada mesti
disusuli oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.

1. Kunci rumah ada pada ibu.


2. Sifat garang ada pada anjing jiran saya.

Kata sendi nama kepada

Kata sendi nama kepada pula ditulis di hadapan kata nama atau frasa
nama untuk menyatakan sasaran, pecahan dan perubahan keadaan.

A. Kata sendi nama kepada yang dikaitkan dengan sasaran dijelaskan


dalam ayat di bawah ini.

1. Berikan wang ini kepada Hasnul.


2. Surat permohonan itu perlu diserahkan kepada pihak sekolah

B. Kata sendi nama kepada yang dikaitkan dengan pecahan pula


ditunjukkan dalam ayat-ayat berikut.

1. Peserta perkhemahan itu diagihkan kepada lima kumpulan.


2. Drama yang disiarkan itu dibahagikan kepada 10 episod.

C. Kata nama sendi kepada yang digunakan untuk menyatakan perubahan


sesuatu dinyatakan dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Sikapnya yang pendiam itu telah berubah kepada peramah.


2. Harga kereta itu telah meningkat kepada seratus ribu ringgit sebuah.
Perbezaan Kata Sendi Nama ' Dari' dan 'Daripada'

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin murid-murid semua pernah terkeliru dengan perkataan ini iaitu 'dari'dan
'daripada'. Keliru itu berlaku apabila anda membuat penulisan sama ada ingin
meletakkan dari ataupun daripada. Oleh itu, cikgu akan memaparkan sedikit info
mengenai perbezaan dua perkataan ini.

Secara mudahnya,kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan


tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi nama dari:

1. Cikgu Syahmie Aiman berasal dari Tumpat, sebuah lokasi yang terkenal
dengan industri ikan arowana. - (Tempat)

2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. -
(Masa)

3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. -
(Arah)

Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan


orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada":

1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)

2. Muhaimin menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Shuhada. -


(orang)

3. Walaupun badannya kecil, Firdaus mempunyai pemikiran yang lebih matang


daripada kakaknya, Fitriani. - (Perbandingan)

baiklah, mungkin murid-murid sudah mendapat gambaran mengenai perbezaan


'dari' dan 'daripada'. Ringkasnya, kita harus mengetahui bahawa 'dari' adalah
perkataan ataupun kata sendi nama yang biasa digunakan untuk arah, masa dan
tempat. Perkataan 'daripada' pula digunakan untuk orang, perbandingan dan
asal-usul.
Penanda wacana ialah kata yang digunakan untuk mengaitkan ayat dengan ayat
yang lain. Biasanya, penanda wacana digunakan dalam karangan untuk
menunjukkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan
dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana yang sesuai dapat melahirkan
ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.

Penanda Permulaan Karangan


1. Pada era globalisasi ini
2. Pada zaman pascakemerdekaan ini
3. Dalam meniti arus kemodenan ini
4. Dewasa ini
5. Pada masa ini
6. Kini
7. Dasawarsa ini
8. Sejak akhir-akhir ini
9. Sejak sedekad yang lalu
10. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan
11. Kebelakangan ini
Penanda Memulakan Isi Baharu
1. Selain itu
2. Di samping itu
3. Sementara itu
4. Lebih-lebih lagi
5. Dalam pada itu
6. Lain daripada itu
7. Pada waktu/ masa yang sama
8. Seterusnya
9. Selanjutnya
10. Dalam masa yang sama
Penanda Huraian Isi Karangan
1. Hal ini berlaku kerana
2. Hal ini terjadi kerana
3. Hal ini disebabkan oleh
4. Hal ini wujud akibat daripada
5. Hal ini bersangkut paut dengan
6. Hal ini berpunca daripada
7. Hal ini tercetus apabila
8. Hal ini timbul apakala
Penanda Memberi Contoh Dalam Karangan
1. Misalnya
2. Contohnya
3. Sebagai contoh
4. Tamsilnya
5. Sebagaimana yang kita sedia maklum
6. Antaranya termasuklah
Penanda Menghuraikan Contoh
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu
4. Oleh hal yang demikian
5. Oleh sebab itu
6. Jelaslah bahawa
7. Oleh yang demikian
8. Dengan demikian
Penanda Menutup Isi
1. Kesannya
2. Natijahnya
3. Akibatnya
4. Akhirnya
5. Dengan itu
6. Dengan berbuat demikian
7. Dengan keadaan sedemikian
8. Kesudahannya
Penanda Menulis Dua Huraian Dalam Satu Ayat
1. bahkan
2. malah
3. malahan
4. tambahan pula
5. sementelahan
6. sekali gus
7. di samping
8. begitu juga
Penanda Memulakan Perenggan Penutup
1. Kesimpulannya
2. Secara tuntas
3. Sebagai penutup wacana
4. Sebagai penghias bicara akhir
5. Sebelum mengakhiri wacana ini
6. Secara keseluruhan
7. Sebagai kesimpulan
8. Untuk merumuskan
9. Tegasnya
10. Akhir kata
Penanda Menerangkan Huraian Atau Pendapat Yang Berbeza
1. Walau bagaimanapun
2. Namun demikian
3. Dari perspektif/ sudut yang berbeza
4. Jika dilihat dari sudut lain
5. Dengan lain kata
6. Dari sudut lain
7. Di sebalik itu
8. Dalam pada itu
9. Sebaliknya
10. Walaupun
11. Walaupun demikian
12. Sungguhpun
13. Walau bagaimana sekalipun
Penanda Memulakan Atau Memasukkan Peribahasa
1. Bak kata peribahasa
2. Bak kata peribahasa Melayu
3. Bak kata orang tua-tua
4. Bak kata mutiara
5. Bak peribahasa
6. Bak kata cendekiawan
7. Persis kata peribahasa
8. Persis kata peribahasa Melayu
9. Persis kata orang tua-tua
10. Persis kata mutiara
11. Persis peribahasa
12. Persis kata cendekiawan
13. Hal ini sama dengan peribahasa
14. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
15. Fenomena ini dikatakan
16. Masalah ini sama dengan peribahasa
17. Saya yakin rakyat Singapura mengenali peribahasa
TATABAHASA: AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL
AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT TUNGGAL (AT)


1. Ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
2. AT terbahagi kepada dua iaitu, ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan
songsang.
3. AT biasa bermaksud unsur frasa subjek mendahului frasa predikat.

AYAT MAJMUK (AM)


1. AM gabungan ialah ayat yang terdiri daripada cantuman dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat majmuk gabungan


1. Beberapa ayat tunggal diabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung
seperti, dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
2. Contoh:
a. Saya dan Hamid mengulangkaji pelajaran di sekolah.
3. Apabila berlaku pencantuman, unsur yang sama dalam ayat disusurkan.
a. Contohnya:
Aimin belajar di Universiti Putra Malaysia
Aina belajar di Universiti Putra Malaysia
Jadi, Aimin dan Aina belajar di Universiti Putra Malaysia.

Ayat Majmuk pancangan relatif


1. Terbentuk melalui cantuman dua ayat dengan menggunakan kata relatif iaitu yang.
2. Ramli dan Syarif yang ponteng sekolah semalam.

Ayat Majmuk Pancangan Komplimen


1. Terbentuk melalui percantuman dua ayat yang menggunakan penanda komplemen
iaitu bahawa, supaya, untuk, dan sebagainya.
2. Contohnya,
a. Ketua pemerintah memberi penerangan agar rakyat bersatu padu supaya tidak berlaku
rusuhan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.


1. Cantuman ayat induk dengan ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat.
2. Kata hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika, seperti, bagi,
setelah, bak, macam dan sebagainya.
a. Setiap remaja akan melakukan kesalahan moral apabila terpengaruh dengan rakan-
rakan yang negatif.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.


2. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya
untuk memajukan lagi negara ini.
3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan
barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan
musnah.
5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan
seseorang menyelesaikan masalah.
6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.

JAWAPAN
1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh
raya menjimatkan masa.
2. Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini. Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara
ini.
3. Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat bersaing
dengan barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-
hara.Peperangan menyebabkan banyak harta benda akan musnah.
5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku dapat
memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang asing di
negara ini banyak memberikan keburukan

Anda mungkin juga menyukai