Tugasan (Sajak Mahsuri) Nov 2013

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 14

Genre : Puisi Moden

Tajuk : Mahsuri (Sajak dari Antologi Harga Remaja,Halaman 21)

Tingkatan : 4 Ibnu Sina (B)

Bilangan pelajar : 20 orang (k)

Masa : 70 minit

FOKUS UTAMA

10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera

10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan,latar,plot,gaya


bahasa dan sudut pandangan.

Aras 1 (v)

Menjelaskan aspek watak dan perwatakan,latar,plot,gaya bahasa dan sudut


pandangan.

FOKUS SAMPINGAN

7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai
bahan bercetak dan bahan elektronik.

Aras 2 (iii)

Membandingkan penyataan fakta dan pandangan untuk mendapatkan maklumat


yang tepat tentang sesuatu perkara dan isu.

2.3 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.

Aras 1 (iv)

Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan respons yang sesuai.

OBJEKTIF PELAJARAN

Pada akhir pelajaran ini,pelajar dapat:

1) Menyatakan tiga pandangan tentang watak dan perwatakan Mahsuri berdasarkan


sajak yang bertajuk Mahsuri.
2) Membanding bezakan empat penyataan fakta dalam sajak Mahsuri untuk
mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan kewujudan Mahsuri.
3) Menyatakan tiga pendapat berkaitan maksud dalam sajak Mahsuri yang
dikemukakan dan memberikan respons yang sesuai tentang pendapat tersebut.

1
SISTEM BAHASA (5-10)

Kosa kata : disimbah darah,sumpah,telaga

Tatabahasa : Sintaksis (i) Ayat majmuk

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sejarah,sosiobudaya

Nilai : Kasih sayang,prihatin,rasional

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Pelajar mengetahui tentang kisah Mahsuri melalui pembacaan.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

1)Kemahiran berfikir : Mengenal pasti maklumat,menjana idea,membanding beza

2)Kecerdasan pelbagai :Interpersonal,verbal linguistik,kinestatik

3)Teknologi komunikasi dan maklumat

STRATEGI/KAEDAH/TEKNIK/AKTIVITI

Pembelajaran kontekstual, kajian masa depan, belajar cara belajar

Pembelajaran Kolaboratif , koperatif

Teknik Kerusi Panas

BAHAN SUMBER

BAHAN BANTU MENGAJAR

Laptop, LCD Projektor, Lembaran pengurusan grafik,lembaran kerja,peta buih berganda,


kain batik, keris,lembing,Buku teks Komponen sastera antologi Harga Remaja sajak
Mahsuri halaman 21.

2
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PELAJARAN CATATAN

SET Muzik Latar 1) Pelajar membayangkan Strategi


INDUKSI seolah-olah mereka berada di Kontekstual
Deruan ombak Pantai Pulau Langkawi yang
putih bersih dengan iringan
(5 Miniti) muzik latar suasana pantai. BBM
2) Pelajar bersoal jawab tentang Tayangan video
perkara menarik di Pulau Pulau Langkawi
Langkawi. Muzik latar deruan ombak
3) Guru mengaitkan soal jawab
dengan tajuk pelajaran. KBT
TMK

Nilai
Rasional

LANGKAH Sajak Mahsuri 1) Seorang pelajar diminta untuk Strategi


1 (Rujuk Lampiran 1) mendeklamasikan sajak Kolaboratif ,koperatif
(20 minit) Mahsuri diiringi muzik latar. Teknik Kerusi Panas
PERWATAKAN 2) Pelajar memberikan respons
MAHSURI serta mengulas sajak dengan BBM
mengaitkan ketokohan Buku teks Komponen
1)Lemah lembut Mahsuri yang menjadi sastera antologi Harga
2)Baik hati lagenda Pulau Langkawi. Remaja sajak Mahsuri
3)Setia pada suami 3) Dalam kumpulan berlima halaman 21.
4)Menghormati orang wakil pelajar diminta untuk Laptop
tua memegang watak LCD Projektor
5)Cantik Mahsuri.Pelajar tersebut Lembing
diminta duduk di tengah- Keris
tengah manakala rakan-rakan Selendang
yang lain mengelilinginya
diminta mengajukan soalan KBT
Soalan kepada watak Mahsuri. Kem.Berfikir
4) Pelajar yang lain diminta
1. Sejauh manakah - Mengenal pasti
melengkapkan peta buih
anda mengetahui maklumat
berganda dengan perwatakan - Menjana idea
bahawa Mahsuri
Mahsuri.
dibunuh secara
kejam? Kecerdasan Pelbagai
2. Adakah benar - Interpersonal
bahawa Mahsuri - Verbal linguistik
berketurunan - Kinestatik

3
Melayu? Kajian masa depan
3. Pada pandangan
kamu,masih Nilai
wujudkah Kasih sayang,
Mahsuri pada Prihatin,rasional
masa kini?

LANGKAH Membandingbeza fakta 1) Dalam kumpulan yang sama Strategi


2 baris sajak pelajar diminta berbincang Belajar cara belajar
(20 minit) (Lampiran 2) untuk mengisi baris sajak Kolaboratif,koperatif
yang mengandungi
pandangan penyajak. BBM
2) Wakil pelajar bagi setiap Petikan
kumpulan diminta menaip Lagenda Mahsuri
jawapan hasil perbincangan Laptop
dalam komputer riba guru. LCD Projektor
3) Murid menerima petikan yang
Petikan Lagenda bertajuk Lagenda Mahsuri. KBT
4) Pelajar membaca petikan
Mahsuri Kem.Berfikir
tersebut dan
(Lampiran petikan 3) - Mengenal pasti
membandingbeza maklumat maklumat
yang didapati dalam petikan - Membandingbeza
dengan pandangan penyajak - Menjana Idea
yang terdapat dalam sajak. TMK
5) Pelajar diminta
menyenaraikan hasil Nilai
perbincangan mereka pada Prihatin,rasional
kertas sebak dengan
menggunakan peta
pemikiran.
Peta Pemikiran 6) Wakil pelajar bagi setiap
Peta Buih Berganda kumpulan diminta
(Lampiran 4) membentangkan hasil
perbincangan di hadapan
kelas.

LANGKAH Ayat Majmuk 1) Pelajar diminta menyatakan BBM


3 satu ayat majmuk yang - Buku teks
terdapat dalam sajak Mahsuri. Komponen
(10 minit) 2) Dalam kumpulan berlima sastera antologi
pelajar diminta memilih 2 Harga Remaja
baris sajak yang terdapat sajak Mahsuri
dalam sampul berwarna. halaman 21.
3) Pelajar menukarkan baris - Kad imbasan
sajak tersebut menjadi ayat (Lampiran 5)
majmuk.
KBT
Kem.Berfikir
- Mengenal pasti

4
maklumat
- Menjana Idea

Kecerdasan Pelbagai
- Interpersonal
- Verbal linguistik

LANGKAH PENGAYAAN BBM


4 Perwatakan - Buku teks
(10 minit) Mahsuri 1) Pelajar diminta membina lima Komponen
baris sajak berdasarkan lima sastera antologi
perwatakan Mahsuri. Harga Remaja
2) Pelajar mendeklamasikan sajak Mahsuri
sajak tersebut di hadapan halaman 21.
1)Lemah lembut
kelas. - lembaran kerja
2)Baik hati
(Lampiran 6)
3)Setia pada suami
PEMULIHAN
4)Menghormati orang
tua
1) Pelajar menerima lembaran
5)Cantik
pengurusan grafik .
2) Pelajar diminta membuat suai
padan penyataan yang betul
tempat-tempat menarik di
Pulau Langkawi dengan
aktiviti pelancongan yang
sesuai.

PENUTUP Penutup Kognitif 1) Pelajar membuat Nilai


(5 minit) - Rumusan rumusan,iaitu janganlah Rasional
pelajaran menabur fitnah kerana fitnah
itu adalah dosa besar dalam
agama.

Penutup Sosial 2) Guru mengucapkan tahniah


- Ucapantahniah dan terima kasih atas
- Ucapan terima kerjasama yang diberikan
kasih oleh pelajar.

5
LAMPIRAN 1

SAJAK MAHSURI

Selendangmu mengibar di pantai


menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci

Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.

Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup


dia hanya bermula dengan
khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuat dia lebih hidup dari kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
6
kerana tanpa Mahsuri

Langkawi tidak sebegini bererti.


Mahsuri membesarkan Langkawi
sastera membesarkan tanah air.

Zurinah Hassan
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka

7
LAMPIRAN 2

Baris sajak Pandangan penyajak

Mahsuri menerima kedatangan orang lain ke Pulau Langkawi


dengan tangan terbuka

Mahsuri tetap setia menunggu kehadiran tetamu dalam


suasana yang damai

Rambut Mahsuri begitu halus ketika mengurai

Air mata Mahsuri menjadi lambang kedinginan air telaga

Cerita lagenda Mahsuri dalam bidang sastera menjadikan


Pulau Langkawi semakin terkenal

LAMPIRAN 3

Cerita Lagenda Mahsuri


8
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan
Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan
jolokan Puteri Langkawi.Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan
kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini
dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-
1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika
Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama
ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai
tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah
mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama
Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan
masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat
setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah
seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan
Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau
berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu
tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya
menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan
dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu
mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh
Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman
bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa
ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak.
Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya
9
dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.Kata-
kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah
berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak
tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman
tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana
kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri
dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal
pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat
tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut.
Langkawi hancur dan hangus.Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk
Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura
yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam.
Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana
kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di
sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana
tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang
dikenali sebagai Makam Mahsuri.Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja
untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang
mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau
Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.Kebetulan pula
ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya
pusat pertunjukan seperti LIMA.

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat
tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut.
Langkawi hancur dan hangus.Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk

10
Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura
yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam.
Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana
kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di
sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana
tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang
dikenali sebagai Makam Mahsuri.Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja
untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang
mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau
Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.Kebetulan pula
ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya
pusat pertunjukan seperti LIMA.

LAMPIRAN 4

BORANG PENGURUSAN GRAFIK

11
SEJARAH
HIDUP

MASYARAKAT
PANDANGAN
FAKTA MELAYU

SASTERA
MELAYU

PERBEZAAN PERSAMAAN PERBEZAAN

12
LAMPIRAN 5

(Kad arahan 1)

SETIAMU MENJADI LAGU


NYANYIAN OMBAK PAGI

Anda dikehendaki menukarkan dua baris sajak di atas menjadi ayat majmuk

(Kad arahan 2)

RAMBUTMU MENJADI JALUR HITAM


TERAPUNG DI LAUT MALAM

Anda dikehendaki menukarkan dua baris sajak di atas menjadi ayat majmuk

(Kad arahan 3)

PUTIHLAH PULAU INI


DISIMBAH DARAH SUCI

Anda dikehendaki menukarkan dua baris sajak di atas menjadi ayat majmuk

(Kad arahan 4)

MAHSURI MEMBESARKAN LANGKAWI


SASTERA MEMBESARKAN TANAH AIR

Anda dikehendaki menukarkan dua baris sajak di atas menjadi ayat majmuk

(Kad arahan 5)

AIR MATAMU DINGIN EMBUN


JATUH DI TUJUH TELAGA

Anda dikehendaki menukarkan dua baris sajak di atas menjadi ayat majmuk

13
LAMPIRAN 6 (PEMULIHAN)

Sila nyatakan aktiviti pelancongan yang sesuai berdasarkan penyataan di atas.

1. Gunung Mat Cincang merupakan kawasan peranginan yang sangat sesuai untuk melihat
pemandangan yang luas.
___________________________________________
2. Padang Mat Sirat dijadikan tempat latihan atau pameran tentera udara.
___________________________________________
3. Bandar Kuah diberi nama jolokan syurga beli belah.
____________________________________________
4. Pulau Dayang Bunting terbentuk akibat pertemuan muara air tawar dan air masin.
____________________________________________

14

Anda mungkin juga menyukai