Anda di halaman 1dari 7

SMK DAMANSARA DAMAI 1, PETALING JAYA

PENILAIAN KURIKULUM 1 TAHUN 2016


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

NAMA : .. KELAS :
Bahagian A ( 15 Markah)
Arahan: Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang terbaik daripada empat jawapan
diberi iaitu A,B,C dan D.

1. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular;

A. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.


B. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membanarkan anggota badan bergerak
pada julat pergerakan yang maksimum
D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat
beban dengan menggunakan daya yang maksimum.

2. Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti


latihan bagi mengelakkan kecederaan?

A. Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti


B. Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan
C. Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan panaskan badan
D. Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

3. Apakah faedah memiliki daya tahan otot yang baik?

A. Mengawal dan mengurangkan berat badan


B. Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
C. Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang
D. Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

4. Dalam permainan bola sepak, tendangan leret dilakukan adalah untuk

A. Hantaran jauh dan dekat


B. Hantaran jauh dan tendangan bebas
C. Hantaran dekat dan tendangan sudut
D. Hantaran dekat dan menjaringkan gol

5. Menyerkap bola sepak tidak boleh dilakukan dengan anggota badan berikut

A. Kaki
B. Dada
C. Paha
D. tangan
6. Dalam aktiviti menanduk ke hadapan bola badan dilentikkan ke belakang untuk

A. menambah Kuasa
B. menambah beban
C. menambah tekanan
D. menambah daya tahan

7. Makanan seimbang merupakan kualiti makanan yang perlu dimakan pada setiap hari.
Apakah makanan seimbang?

A. Makanan yang mengandungi karbohidrat


B. Makanan yang banyak mengandungi vitamin
C. Makanan yang banyak mengandungi protein.
D. Makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut nisbah kuantiti yang
diperlukan oleh badan

8. Apakah fungsi-fungsi utama makanan ?

I Membekalkan tenaga
II Mengawal metabolisme
III Merencatkan proses tumbesaran
IV Membina dan membaiki tisu badan

A. I , II dan III
B. I , II dan IV
C. I , III dan IV
D. II , III dan IV

9. Hantaran ini dilakukan untuk membuat hantaran cepat dengan menggunakan sebelah
atau kedua belah tangan. Namakan hantaran yang dinyatakan diatas ?

A. Hantaran sisi
B. Hantaran lantun
C. Hantaran aras dada
D. Hantaran aras bahu

10. Dalam satu perlawanan bola jaring pemain yang bermain diposisi mana yang boleh
menjaringkan gol

A. GA
B. GS
C. GK
D. GW
11. Bagi mendapatkan kesan yang baik, aktiviti membina daya tahan kardiovaskular
perlu dilakukan selama

A. 5 hingga 10 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu


B. 10 hingga 20 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
C. 15 hingga 30 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
D. 20 hingga 50 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

12. Mana satukah aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan kardiovaskular?

A. Tekan tubi
B. Dekam lunjur
C. Aktiviti senamrobik.
D. Aktiviti bangkit tubi

13. Apakah faedah mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik ialah

I. mengurang risiko penyakit jantung


II. mengurangkan dan mengawal berat badan
III. meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah.
IV. mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

14. Nyatakan tiga jenis tendangan yang asas dalam permainan bola sepak

I Tendangan voli
II. Tendangan leret
III. Tendangan silang
IV. Tendangan lambung

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

15. Apakah koordinasi yang diperlukan dalam kemahiran menerima hantaran bola sepak
?

A. Mata dan kaki


B. Mata dan telinga
C. Tangan dan kaki
D. Tangan dan gerakan bada
Bahagian B
Arahan: Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan ( 25 Markah )

1. Aktiviti memanaskan badan (warming up) adalah penting sebelum melakukan


latihan. Nyatakan 2 kebaikan melakukan aktiviti memanaskan badan.
(2 m)
(a) ________________________________________________________________
________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________
________________________________________________________________
2. Nyatakan 3 organ utama semasa melakukan latihan daya tahan kardiovaskular. (3 m)
(a) ________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________
(c) ________________________________________________________________

3. Nyatakan 3 aktiviti yang dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. (3 m)


(a) ________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________
(c) ________________________________________________________________

4. Nyatakan 3 otot yang terlibat semasa melakukan latihan menendang bola leret.
(3 m)
(a) ________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________
(c) ________________________________________________________________

5. Nyatakan 4 aktiviti yang terdapat dalam Ujian Kecergasan SEGAK.(3 m)


(a) ________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________
(c) ________________________________________________________________

6. Berikan enam kemahiran asas dalam permainan bola jarring.


(a) (d)
Kemahiran asas dalam
(b) permainan bola jaring (e)

(c) (f)

(6m)

Bahagian C
Arahan : Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul. (5 m)

jantung malnutrisi kemiskinan

menyerkap Gerak kaki

1. Faedah melakukan latihan fizikal adalah dapat meningkatkan fungsi ___________,


paru-paru, dan sistem peredaran darah serta mengawal berat badan.
2. Makan makanan yang segar merupakan langkah untuk mengatasi masalah
___________ di kalangan individu.
3. Malnutrisi boleh berpunca daripada tahap pendidikan yang rendah, ___________ , dan
masalah penghadaman.
4. Salah satu kemahiran dalam bola sepak ialah __________.
5. __________ merupakan kemahiran bagi permainan bola jaring.

Di sediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________________ _______________________ ________________


(NUR FAEIZAH ABD AZIZ) (FADHULLAH B. SUKARTI) (HJ A.TALIB BIN ISMAIL)
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia Pengetua
PJPK PJPK SMK Damansara Damai 1

Disemak oleh,

___________________________
(SITI HAJAR BINTI SAWARI)
Guru Kanan Mata Pelajaran
Kemanusiaan

Skema Jawapan
NO Soalan NO Soalan NO Soalan
1 A 6 A 11 C
2 B 7 D 12 C
3 C 8 B 13 A
4 D 9 C 14 B
5 D 10 B 15

Bahagian B

1. Pilihan jawapan:
Dapat meningkatkan suhu badan dan anggota badan menjadi lebih lembut di
samping otot dapat bersedia untuk mengecut dan mengendur dengan selesa
tanpa berlaku kekejangan semasa aktiviti memanaskan badan.
Dapat meningkatkan kadar pernafasan supaya dapat menyesuaikan diri
secara berperingkat agar tidak mengalami kejutan dengan tekanan yang
datang secara tiba-tiba.
Untuk melindungi otot, tendon dan ligamen daripada terkoyak ketika
pergerakan regangan yang kasar. Terutamanya bagi aktiviti seperti
membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan.
Dapat meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan
melebarkan saluran darah dan hasilnya akan dapat meningkatkan pengaliran
darah ke jantung.
Dapat menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan
kadar nadi untuk menghadapi aktiviti seterusnya dengan mempunyai
kekuatan dan ketahanan yang baik supaya kecederaan otot-otot dan sendi-
sendi boleh dielakkan atau dikurangkan melalui aktiviti memanaskan badan
yang betul.
Membantu minda lebih rileks dan lebih fokus supaya dapat memberikan
tumpuan terhadap aktiviti yang dilakukan dan otak kita menjadi cerdas serta,
badan juga menjadi cergas.

2. Pilihan jawapan:
Jantung
Paru-paru
Sistem pernafasan
Salur darah

3. Pilihan jawapan:
Berjoging
Berjalan pantas
Berlari
Skiping
Senamrobik
4. Pilihan jawapan:
Peha
Punggung
Betis

5. Pilihan jawapan:
Naik turun bangku
Ringkuk tubi separa
Tekan tubi
Jangkaun melunjur

6. (a) Melakukan hantaran


(b) Menerima bola
(c)Mengelak
(d)Menghadang
(e)Gerak kaki
(f) Menjaring

Bahagian B

1. Jantung
2. Malnutrisi
3. Kemiskinan
4. Menyerkap
5. Gerak kaki

Anda mungkin juga menyukai