Anda di halaman 1dari 3

Tugasan A: Penulisan Esei

Pengenalan Sukatan Pedidikan Moral : Nilai Moral

Mata pelajaran Pendidikan Moral juga membolehkan murid menguasai


pelbagai kemahiran; kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran
kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang tekanan rakan
sebaya, kemahiran kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran
tersebut akan membantu murid membina daya tahan, menghadapi cabaran dan
tekanan hidup dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
harian.
Pengertian nilai, menurut Djahiri (1999), adalah harga, makna, isi dan pesan,
semangat, atau jiwa yang tersurat dan tersirat dalam fakta, konsep, dan teori,
sehingga bermakna secara berfungsi. Di sini, nilai difungsikan untuk mengarahkan,
mengendalikan, dan menentukan kelakuan seseorang, kerana nilai dijadikan
sebagai standard perilaku. Menurut Dictionary dalam Winataputra (1989), nilai
adalah harga atau kualiti sesuatu. Ertinya, sesuatu dianggap memiliki nilai apabila
sesuatu tersebut secara instrinsik memang berharga.
Pengertian moral, menurut Suseno (1998) adalah ukuran baik atau buruknya
seseorang, baik sebagai peribadi mahupun sebagai warga masyarakat, dan warga
negara. Pendidikan moral adalah pendidikan untuk menjadikan anak manusia
bermoral dan manusiawi. Menurut Ouska dan Whellan (1997), moral adalah prinsip
baik-buruk yang ada dan melekat dalam diri individu atau seseorang. Walaupun
moral itu yang berada dalam diri individu, tetapi moral berada dalam suatu sistem
yang berwujud aturan. Moral dan moralitas memiliki sedikit perbedaan, kerana moral
adalah prinsip baik-buruk manakala moralitas merupakan kualiti pertimbangan baik-
buruk. Dengan demikian, hakikat dan makna moralitas boleh dilihat dari cara individu
yang memiliki moral dalam mematuhi mahupun menjalankan aturan.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentafsiran, terdapat 14 nilai
murni universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah. Bagi
membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai
yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu
diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap
perkembangan dan kematangan murid.
14 nilai murni universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah
Rendah adalah seperti berikut :

1. Kepercayaan kepada TuhanKeyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta


alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama
masingmasing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Baik hatiKepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang
lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
3. BertanggungjawabKesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna.
4. Berterima kasihPerasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
5. Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian.
6. HormatMenghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan
yang bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial.
7. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
8. KeadilanTindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
11. KerajinanUsaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat
dalam melakukan sesuatu perkara.
12. KerjasamaKesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup.

Rujukan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP Tahun 4)


Kurikulum, B. P. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Pendidikan Moral).
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku

Hoon, C. L., & Aroff, A. R. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Hussin, S. (1989). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Meng, E. A. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Internet

DWI. (2016, Februari 10). Fungsi Nilai dan Ciri-Ciri Nilai. Dilayari pada March 05,

2017, from Blogspot:

http://umum-pengertian.blogspot.hk/2016/11/fungsi-nilai-dan- ciri-ciri-nilai.html

Wikipedia. (29 Januari , 2017). Moral. Dilayari pada 05 March, 2017, from
Wikipedia : https://id.wikipedia.org/wiki/Moral

Jurnal

Bambang Sumintono, Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abdul Rahman. (2016).
Pendidikan Moral Di Malaysia: Tantangan Dan Implementasi. 17-20.

Jonit, A. B. (2015). Keperluan Dalam Pendidikan Moral Untuk Menghadapi Cabaran.


4-6.

Nawawi, A. (2010). Pentingnya Pendidikan Nilai Moral. 3-5.

Anda mungkin juga menyukai