Anda di halaman 1dari 13

PELAJARAN 8

KOMUNIKASI LISAN: TEMURAMAH

1.0 Pengenalan
Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan satu lagi
aspek komunikasi lisan iaitu temuramah.

2.0 Hasil Pembelajaran


Pada akhir pengajian ini, pelajar akan:
2.1 Memahami maksud temuramah.
2.2 Memahami bentuk-bentuk temuramah.
2.3 Mampu menjalankan temuramah secara praktikal.

3.0 Senarai Tajuk


3.1 Temuramah, Ciri dan Format
3.2 Persediaan Sebelum Temu Ramah
3.3 Perkara Yang Perlu Dihindari Oleh Orang Yang Ditemu
Ramah

4.0 Istilah
4.1 Temu bual
Temuh ramah, wawancara, temuduga

4.2 Temu ramah


Tanya jawab antara pemberita dengan tokoh
masyarakat atau tokoh politik dan sebagainya untuk
mendapatkan berita.

4.3 Wawancara
Soal jawab antara wartawan dan sebagainya dengan
orang yang terkemuka dan yang seumpama dengannya
untuk mendapatkan keterangan atau pandangan, untuk
disiarkan.

5.0 Tajuk
5.1 Temu Ramah, Ciri dan Format

5.1.1Persembahan

Apakah maksud temu ramah? Temu ramah ialah proses


komunikasi dua hala yang formal. Temu ramah
dilakukan secara terancang. Proses asas dalam temu
ramah adalah menyoal (oleh orang yang menemu
ramah) dan menjawab (oleh orang yang ditemu
ramah). Tujuan temu ramah adalah untuk mendapatkan
maklumat. Oleh itu, temu ramah selalunya adalah
berdasarkan suatu tajuk, isu atau persoalan yang telah
ditetapkan terlebih dahulu.

Ciri-ciri temu ramah

Terdapat beberapa ciri temu ramah iaitu mempunyai


objektif untuk mendapatkan maklumat, mempunyai
pihak yang menyoal, mempunyai orang yang ditanya,
bersifat dialog, dan berbentuk soal-jawab.

1. Mempunyai objektif mendapatkan maklumat


Temu ramah mempunyai objektif untuk mendapatkan
maklumat. Oleh itu semua soalan-soalan yang
dikemukakan adalah bersifat soalan yang
mengharapkan jawapan.

2. Mempunyai orang yang menyoal


Temu ramah mempunyai orang yang menyoal.
Soalan-soalan tertentu disediakan oleh orang yang
menemu ramah itu. Soalan-soalan dibentuk khas
untuk mendapatkan jawapan dari orang yang ditemu
ramah.

3. Mempunyai orang yang ditanya


Temu ramah mempunyai orang yang ditanya, atau
yang ditemu ramahkan. Mereka ialah pihak yang
diharapkan untuk memberikan maklumat yang
diperlukan. Mereka akan diajukan soalan-soalan
tertentu oleh penemu ramah.

4. Bersifat dialog
Temu ramah lebih bersifat dialog atau perbualan. Ini
kerana temu ramah adalah perbualan antara dia
pihak iaitu pihak yang bertanya dan pihak yang
menjawab pertanyaan.

5. Berbentuk soal-jawab
Temu ramah mempunyai soalan. Soalan-soalan ini
adalah ringkas, padat dan jelas. Soalan yang
dikemukakan itu perlu ringkas dan tepat kerana itu
akan memudahkan kefahaman pemberi maklumat.
Jika soalan-soalan yang dikemukakan itu rumit dan
sukar difahami, sudah pastilah jawapan yang
diinginkan sukar diperolehi.

Format temu ramah

Ada tiga bahagian temu ramah iaitu bahagian


pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup.

1. Pendahuluan
Pada bahagian ini, orang yang menemu ramah akan
memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau
ucapan aluan. Selepas itu penemu ramah akan
menyatakan tajuk temu ramah. Kemudian orang
yang bakal ditemu ramah akan diperkenalkan.

2. Isi
Pada bahagian isi, penemu ramah memulakan dialog
dengan orang yang ditemu ramahnya. Penemu
ramah mengemukakan soalan mengikut turutan.

3. Penutup
Pada bahagian penutup, penemu ramah membuat
ulasan tentang temu ramah tersebut dan
mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah
ditemu ramah tadi.

5.1.2Aktiviti

Sediakan satu temu ramah untuk rakan anda. Hantar


soalan temu ramah tersebut kepada seorang kawan
anda dengan menggunakan email.

5.2 Persediaan sebelum temu ramah

5.2.1Persembahan

Orang yang ingin mengadakan temu ramah perlu


membuat persediaan rapi sebelum memulakan temu
ramahnya. Persediaan ini bertujuan untuk menentukan
yang matlamat temu ramah untuk mendapatkan
maklumat itu akan memberikan hasil yang diharap-
harapkan.

1. Menentukan objektif temu ramah


Sebelum memulakan temu ramah, penemu ramah
perlu menentukan terlebih dahulu apa yang ingin
dicapai melalui temu ramah tersebut. Objektif atau
matlamat temu ramah perlu ditentukan terlebih
dahulu.
2. Menentukan tajuk dan skop temu ramah
Selepas mengenalpasti matlamat temu ramah,
penemu ramah perlu menentukan tajuk dan skop
temu ramah yang sesuai. Tanpa menentukan skop
dan tajuk yang sesuai, adalah sukar untuk mencapai
matlamat temu ramah yang diinginkan.

3. Mengenalpasti kesesuaian orang yang ditemu ramah


Orang yang ingin ditemu ramah mestilah orang yang
sesuai dengan matlamat temu ramah. Jika menemu
ramah orang yang salah maka matlamat temu ramah
tidak akan dicapai. Misalnya, maklumat tentang
strategi peperangan perlu ditanya kepada tentera
dan bukan nelayan. Di sekolah-sekolah pula,
maklumat tentang masalah disiplin pelajar perlu
ditanya kepada Guru Disiplin sekolah dan bukan
kepada tukang kebun sekolah.

4. Menyediakan soalan-soalan yang sesuai


Dalam temu ramah, soalan-soalan yang dibina
adalah untuk membantu orang yang ditemu ramah
menjawabnya dengan baik dan menyampaikan
maklumat yang diperlukan. Soalan-soalan yang tidak
berkaitan dengan persoalan asal akan hanya
mengelirukan orang yang ditemu ramah.

5. Menjangkakan jawapan kepada soalan-soalan


Penemu ramah perlu menjangkakan jawapan-
jawapan balas dari pihak yang ditemu ramah. Ini
akan membolehkan orang yang menemu ramah itu
menyediakan soalan-soalan balas tambahan yang
berkaitan dengan persoalan yang dikemukakan.
6. Memastikan jawapan adalah mencukupi
Jawapan yang tidak mencukupi tidak akan mencapai
matlamat asal temuramah. Oleh itu, penemu ramah
perlu memastikan yang jawapan-jawapan yang diberi
adalah mencukupi dan menjawab persoalan yang
dikemukakan. Sekiranya jawapan yang diberikan itu
dirasakan kurang menjawab soalan, penemu ramah
perlu memberi beberapa soalan tambahan.

7. Memastikan soalan-soalan berkembang


Maksud di sini ialah penemu ramah perlu soalan-
soalan yang diberikan itu akan berkembang daripada
tahap mendapatkan pengetahuan (maklumat)
hinggalah kepada tahap memberi penilaian. Dalam
erti kata lain, orang yang menjawab soalan-soalan
temu ramah tadi bukan sekadar memberikan
jawapan tetapi juga menilai jawapannya. Ini akan
memberikan maklumat yang lebih baik.

8. Memastikan komponen temu ramah yang lengkap


Temu ramah yang lengkap ialah yang mempunyai
pendahuluan, isi dan penutup. Penemu ramah perlu
memastikan temu ramahnya mempunyai tiga
komponen ini.

9. Menentukan masa dan tempat yang sesuai


Masa dan tempat yang sesuai untuk temu ramah
perlu diambil perhatian. Orang yang ditemu ramah
perlu diberitahu terlebih dahulu tentang lokasi temu
ramah dan bila temu ramah akan diadakan.

10. Memastikan penggunaan laras bahasa yang betul


Penggunaan bahasa yang betul adalah penting
dalam sesuatu temu ramah. Penemu ramah perlu
mengambil perhatian terhadap laras bahasa yang
digunakan, pemilihan kata, nada dan intonasi.

11. Mempersiapkan diri


Persiapan diri adalah penting. Penemu ramah perlu
mempunyai ciri-ciri seperti berpengetahuan luas,
bijak, berfikiran kritis, menghormati orang lain,
penyabar, mudah ditegur, menepati masa, mudah
ditemui dan berpakaian kemas.

5.3.2Aktiviti

Cari di dalam internet contoh-contoh temu ramah


wartawan dengan mana-mana ahli politik tentang
konsep 1Malaysia.

5.3 Perkara yang perlu dihindari oleh orang yang


ditemu ramah

5.3.1Persembahan

Semasa ditemu ramah, orang yang ditemu ramah itu


perlu menghindari perkara-perkara berikut:

1. Gaya diri yang tidak baik


Semasa ditemu ramah, anda perlu menjaga gaya
anda. Jangan berkelakuan tidak senonoh atau
bergaya sambil lewa. Anda perlu menampakkan
keterampilan diri.

2. Tidak bersemangat
Orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan
semangat dan jangan kelihatan letih atau tidak
bermaya.
3. Terlalu yakin
Jangan kelihatan terlalu yakin kerana orang yang
ditemu ramah perlu kelihatan biasa dan tenang.

4. Tidak berupaya menyatakan pendapat dengan jelas


Kelemahan umum orang yang ditemu ramah ialah
gagal menyatakan pendapat dengan jelas. Ini
menyebabkan orang yang menemu ramah tidak
akan atau sukar memahami apa yang cuba
disampaikan. Dalam keadaan ini, maklumat tidak
akan dapat disampaikan.

5. Pasif
Sikap pasif bermakna kelihatan tidak begitu giat
malah menunjukkan sikap yang beku terhadap
aktiviti temu ramah tersebut.

6. Tidak menunjukkan minat


Orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan minat
terhadap aktiviti temu ramah tersebut. Tidak
menunjukkan minat akan memberi gambaran seolah-
olah dia dipaksa melakukan perkara tersebut.

7. Tidak menjawab soalan dengan tepat


Ini adalah kelemahan asas. Tujuan temu ramah ialah
untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan
sesuatu fakta. Kegagalan menjawab dengan tepat
akan menyebabkan maklumat yang ingin diperolehi
itu tidak akan dapat disampaikan.

8. Tidak matang
Orang yang ditemu ramah tidak boleh menunjukkan
sikap kebudak-budakan kecuali yang mereka itu
memang masih budak-budak. Dalam keadaan temu
ramah, orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan
sikap matang.

9. Tidak berhemah tinggi


Orang yang ditemu ramah perlu berhemah tinggi dan
menunjukkan sikap yang baik.

10. Gagal mengawal hubungan mata dengan penemu


ramah
Orang yang ditemu ramah perlu mengawal
hubungan mata dengan penemu ramah. Ini memberi
gambaran bahawa mereka memang sedang
berkomunikasi. Orang yang ditemu ramah tidak
wajar melarikan diri dari mata penemu ramah kerana
ia akan memberi gambaran bahawa dia takut dan
seolah-olah tidak menghormatinya.

11. Kurang membuat persediaan


Pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum sesi
temu ramah. Jika tidak membuat persediaan, orang
yang ditemu ramah itu akan gagal menjawab soalan-
soalan dengan baik.

Contoh persediaan temu ramah dengan tokoh


pendidikan

Berikut adalah contoh persediaan untuk menemu


ramah seorang tokoh pendidikan.

1. Tajuk Temu ramah dengan Menteri


Pendidikan tentang
pengkorporatan institusi
pengajian tinggi.
2. Matlamat Temu 1. Untuk mengumpul
Ramah maklumat-maklumat
tentang kebaikan
pengkorporatan institusi
pengajian tinggi.
2. Mendapatkan maklumat
tentang kesan-kesan
pengkorporatan tersebut.
3. Untuk mendapatkan
wawasan Kementerian
Pendidikan Tinggi
terhadap pengkorporatan
institusi pengajian tinggi.
3. Maklumat awal yang 1. Rasional di sebalik
perlu diperolehi langkah pengkorporatan
institusi pengajian tinggi.
2. Faedah-faedah
pengkorporatan institusi
pengajian tinggi.
3. Kesan pengkorporatan
itu terhadap golongan
pelajar
4. Kesan terhadap pekerja
di sector pendidikan
swasta
5. Kesan kewangan
4. Pemilihan Kata 1. Apakah
2. Bagaimanakah
3. Sejauhmanakah
4. Setakat manakah
5. Bilakah
6. Bukankah..
5. Soalan-soalan Lazim 1. Apakah rasional di sebalik
langkah pengkorporatan
pendidikan pengajian tinggi
ini?
2. Apakah kebaikan langkah-
langkah pengkorporatan ini?
3. Sejauhmanakah langkah
ini akan memberi kesan
kepada pelajar-pelajar
institusi pengajian tinggi?
4. Mungkinkah pelajar-
pelajar institusi pengajian
tinggi nanti akan dibebankan
dengan masalah kewangan?
5. Apakah harapan dan
wawasan Kementerian
6. Penutup 1. Ucapan terima kasih

5.3.1Aktiviti
Berpandukan contoh di atas, tuliskan satu kertas
persediaan temu ramah untuk menemu ramah Menteri
Pelancongan Malaysia.

6.0 Ringkasan
6.1 Temu ramah ialah proses komunikasi dua hala yang
formal.
6.2 Tujuan temu ramah ialah untuk mendapatkan
maklumat.
6.3 Antara ciri temu ramah ialah: mempunyai objektif
mendapatkan maklumat; mempunyai orang yang
menyoal; mempunyai orang yang ditanya; bersifat
dialog; dan berbentuk soal-jawab.
6.4 Format temu ramah terbahagi tiga iaitu pendahuluan,
isi dan penutup.
6.5 Sebelum mengadakan temu ramah, seseorang penemu
ramah perlu menentukan objektif temu ramah,
menentukan tajuk dan skop temu ramah, mengenal
pasti kesesuaian orang yang ditemu ramah,
menyediakan soalan-soalan yang sesuai, menjangkakan
jawapan soalan-soalan, memastikan jawapan adalah
mencukupi, memastikan soalan-soalan berkembang,
memastikan komponen temu ramah adalah cukup,
menentukan masa dan tempat yang sesuai.
6.7 Perkara-perkara yang perlu dihindari semasa ditemu
ramah ialah gaya diri yang tidak baik, tidak
bersemangat, terlalu yakin, tidak berupaya
menyatakan pendapat dengan jelas, bersikap pasif,
tidak menunjukkan minat, tidak menjawab soalan
dengan tepat, tidak matang, tidak berhemah tinggi,
gagal mengawal mata dengan penemu ramah.

7.0 Latihan Kendiri

1. Apakah maksud temu ramah?


2. Nyatakan ciri-ciri temu ramah.
3. Nyatakan format-format temu ramah.

Jawapan:

Jawapan 1:
Temu ramah ialah proses komunikasi dua hala yang formal.
Temu ramah dilakukan secara terancang. Proses asas dalam
temu ramah ialah menyoal (oleh orang yang menemu
ramah) dan menjawab (oleh orang yang ditemu ramah).
Tujuan temu ramah ialah untuk mendapatkan maklumat.
Oleh itu temu ramah selalunya adalah berdasarkan suatu
tajuk, isu atau persoalan yang telah ditetapkan terlebih
dahulu.

Jawapan 2:
Ciri-ciri temu ramah ialah mempunyai objektif mendapatkan
maklumat tentang sesuatu perkara. Oleh kerana itulah temu
ramah bersifat soalan dan jawapan.
Ciri seterusnya ialah mempunyai orang yang menyoal, iaitu
orang yang menemu ramah. Temu ramah tidak akan
sempurna tanpa soalan. Ciri lain ialah mempunyai orang
yang ditanya. Oleh kerana temu ramah adalah berasaskan
soalan, maka perlulah mempunyai orang yang menjawab
soalan-soalan itu. Ciri berikutnya ialah bersifat dialog. Ini
kerana temu ramah lebih berbentuk perbualan antara dua
orang, atau lebih. Temu ramah juga berbentuk soal-jawab.
Ini kerana temu ramah mempunyai soalan. Soalan-soalan ini
adalah ringkas, padat dan jelas. Soalan yang dikemukakan
itu perlu ringkas dan tepat kerana itu akan memudahkan
kefahaman pemberi maklumat. Jika soalan-soalan yang
dikemukakan itu rumit dan sukar difahami, sudah pastilah
jawapan yang diinginkan sukar diperolehi.

Jawapan 3:
Format temu ramah terdiri dari tiga bahagian iaitu bahagian
pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup. Dalam
bahagian pendahuluan, penemu ramah akan memulakan
majlis dengan kata-kata aluan dan mennyatakan tajuk temu
ramah. Orang yang akan ditemu ramah juga dinyatakan diri.
Dalam bahagian isi, penemu ramah memulakan dialognya.
Pada bahagian penutup, penemu ramah membuat ulasan
tentang temu ramah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai