Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DAN
SEKSYEN MAJLIS DAN ACARA RASMI
SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU SEGAMAT

KERTAS KERJA PROGRAM 3S 2014


(SENYUM, SALAM DAN SAPA)

A. BUTIR-BUTIR AM

1.Tajuk Program : PROGRAM 3S (SENYUM, SAPA, SALAM)


2.Penasihat Program : Pn. Hjh. Munjiah binti Mohd Musuri
3.Pengarah Program : Ustaz Kamarulzaman bin Hassan
Ustazah Fazlina binti Mahmud
4. Kumpulan Sasaran : Semua Guru dan Murid
5. Tempat : Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
6. Tarikh pelancaran : 17 Julai 2014

B. PENGENALAN

Program 3S (Senyum , Salam dan Sapa) akan diadakan bagi membentuk peribadi murid
sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan para murid itu sendiri. Secara
langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam diri murid
selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan budi bahasa diamalkan oleh semua lapisan
masyarakat. Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mewujudkan Kempen Budi Bahasa
Budaya Kita yang disiarkan di dalam media cetak dan media elektronik. Oleh itu, Panitia
Pendidikan Islam dan Seksyen Majlis dan Acara Rasmi SRAB Segamat menganjurkan
Program 3S ini adalah bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat murni kerajaan dan diadakan
di peringkat sekolah. Malah ianya juga dapat mendidik para murid supaya mewujudkan sikap
bersopan santun, ramah mesra dan sedia menolong di antara satu sama lain. Selain itu, ianya
juga dapat mengeratkan sillaturrahim dan dapat mengenali dengan lebih erat.

C. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Sekolah Rendah Agama
Bersepadu Segamat, agar program ini dapat dijalankan sepertimana yang telah dirancangkan.
D. OBJEKTIF

Di akhir program ini, adalah diharapkan para murid dapat:

1. Agar murid dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk warga
sekolah dan masyarakat luar.
2. Mendidik murid agar berbudi bahasa, bersopan santun, tolong menolong dan
menghormati guru, kakitangan sekolah, dan rakan-rakan.
3. Agar murid merasa dihargai kerana murid yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia
akan diberi ganjaran.
4. Agar murid dapat mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan seharian.
5. Memberi galakan kepada murid untuk berusaha mempraktikan nilai-nilai murni
diperingkat sekolah lagi.

E. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

1. Hadiah : 12 kelasX 3 orang X RM 2.00 = RM 72.00


2. Banner : 1 x RM 50.00 = RM 50.00
_____________________________________________________________________
JUMLAH = RM 122.00
_____________________________________________________________________

Sumber: Lajur Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan

F. AJK PELAKSANAAN

PENGERUSI : Pn. Hjh. Munjiah binti Mohd Musuri (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1: En. Faizal bin Yunus (PK Pentadbiran dan Kurikulum)

2: Pn Fuzillah binti Mahad (PK Hal Ehwal Murid)

3: Pn Norshakilla binti Mahad ( PK Koko)

SETIAUSAHA 1:En. Mohd Shafie bin Supar

2: Pn. Zuhaila binti Idris


AJK KERJA

Penyelaras : En. Kamarulzaman bin Hassan


: Pn. Fazlina binti Mahmud
AJK Promosi : Semua guru
AJK Dokumentasi : Pn. Suhaila binti Komeng
: En. Hariunizad bin M. Sabilan
AJK Nyanyian : Guru Panitia Muzik
AJK PA Sistem : En Khairul Anuar bin Musni
En Mohdzir bin Mos
AJK Banner : En Mohd. Faizal bin Daud

G.TENTATIF PELANCARAN PROGRAM

17 Julai 2014 Perhimpunan pagi

- Ucapan perasmian oleh Pn. Hjh. Munjiah binti Mohd Musuri, Guru Besar.
- Kumpulan koir pilihan akan mengambil tempat untuk mengetuai nyayian lagu
Senyum dan lagu Budi Bahasa Budaya kita.
- Murid akan turut bersama menyanyikan lagu dengan panduan lirik lagu yang
diedarkan kepada mereka oleh Guru Panitia Muzik.

H. AKTIITI

Murid digalakkan berbudi bahasa, senyum, memberi salam dan menyapa guru-guru, rakan-
rakan dan warga sekolah. Penilaian akan dibuat kepada murid-murid yang bersahsiah terpuji
dengan berdasarkan pencalonan guru-guru dan penyelaras kelas.
I. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada murid untuk sentiasa
mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini dapat
menyemai sikap ramah mesra di kalangan murid, guru dan warga sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.. ..
(En. Kamarulzaman bin Hassan) (En Faizal bin Yunos)
Penyelaras Program 3S, GPK Kurikulum,
SR Agama Bersepadu Segamat. SR Agama Bersepadu Segamat.

Diluluskan oleh:

(Pn. Hjh. Munjiah binti Mohd Musuri)


Guru Besar,
SR Agama Bersepadu Segamat.

Anda mungkin juga menyukai