Anda di halaman 1dari 1

BAB 1

Pengenalan
Pengenalan
Rasisme didefinisikan sebagai sikap prejudis, diskriminasi atau permusuhan yang ditujukan
kepada sesuatu kaum yang lain dengan berpegang bahawa bangsanya sendiri adalah lebih
baik daripada yang lainnya. Istilah ini juga turut dikenali di Malaysia sebagai Perkauman
ataupun Semangat Assabiyah. Orang yang rasis adalah orang yang meyakini bahawa ciri-ciri
seseorang yang dibawa sejak lahir secara biologi menentukan tingkah laku mereka.[1]
Latar Belakang
Fenomena sosial yang dinamakan Rasisme ini sebenarnya telah muncul lebih lama dahulu,
iaitu semenjak kurun ke-13. Pada ketika itu fenomena ini masih lagi belum diistilahkan
sebagai Rasisme namun tindak-tanduk manusia ketika zaman itu pun cukup untuk
menggambarkan fenomena ini. Tribalisme, Xenofobia, Miscegenation dan Stereotaip
merupakan unsur unsur yang menyerupai Rasisme ini.

Global : Prejudis, diskriminasi, atau permusuhan ditujukan terhadap seseorang dari kaum
lain berdasarkan kepercayaan bahawa bangsa sendiri adalah lebih baik.
Lokal : Perkauman dan Semangat Assabiyah
Istilah lain : Tribalisme, xenophobia, miscegenation, stereotaip
Orang yang rasis adalah orang yang meyakini bahawa ciri-ciri seseorang yang dibawa sejak
lahir secara biologi menentukan tingkah laku mereka.[1]
Rasisme sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa
PASTI tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis. Untuk rasisme bergerak ia wajib
dibantu dan disokong oleh kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisme. Kuasa pula wajib
disokong oleh modal. rasisme berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul
rasisme ialah perebutan harta kekayaan. [3]
Doktrin rasisme menegaskan bahawa darah adalah penanda identiti bangsa-etnik. Perkauman,
termasuk antisemitisme perkauman (prasangka atau kebencian terhadap Yahudi atas dasar
teori biologi yang salah), selalu merupakan sebahagian dari doktrin Sosialisme Nasional
Jerman (Nazisme).[1]

Anda mungkin juga menyukai