Anda di halaman 1dari 7

Dajjal akan keluar dari Iran, Nabi Isa akan turun dari Syria.

Perang di Syria sekarang telah


100% mengikut Hadis Akhir Zaman Rasulullah!!

[DIKEMASKINI] KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh


lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad
dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara
itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi
darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat
(AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan
senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula


timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus
daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang
mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI
ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak
nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda
berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila
peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah
tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi
bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-
baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin
berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah
SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; Tidak akan terjadi hari Kiamat
sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq
(dekat Aleppo, Syria).
Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang
berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka
berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-
orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka
kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi
saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah
sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi.
Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.
(Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria,
mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia
berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan
masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan
bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan
peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi
Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia.
Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota
Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar
lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap
untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian,
Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan
menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis
Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan
disambut oleh Imam Mahdi.
Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan
tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah.
Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka
berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam
Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti
nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah
kuat melanda dan dibaiah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS.
Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai
di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan
Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan
mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat
bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila
tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar,
sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di
Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di
sebuah bandar bernama Dara.

Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-shaab yurid isqaat
an-nizam' bermaksud rakyat hendak jatuhkan kerajaan.

Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring
iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu,
semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu Ash-shaab yurid isqaat an-nizam
ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat
ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut
kuku mereka.
Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi
polis kata: Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar
bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali.

Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku.
Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan
kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum
ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang
amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak
anggota keselamatan. Ramai yang mati.

Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain
sudah berlaku kebangkitan.

Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak
kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.

Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera
Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan
dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan
maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada
kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana


penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada
hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran.
Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda, Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan,
mereka memakai al-Tayalisah. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis
selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan
sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel
atau Amerika, Rusia atau China?

Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku
kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran.
Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar
10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke
Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali
As-Sobuni. Beliau berkata; Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, rupa-
rupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih najis dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan
orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan
orang Islam yang dibunuh di Syria. Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq,
Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak
kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh
sejak Israel tawan negara itu.

Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata
Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada


keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz
melihat perkara ini?
Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya
memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi.
Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah
Imamiah yang diamalkan di Iran.
Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa
mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada
kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar
bunuh rakyat Syria.
Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid


Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan
Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera
yang datang dari Syam iaitu Syria.

Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk
membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.
Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci
dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah
di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi
Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahualam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman
dalam sejarah bab perang.

Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh
apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; Kalau engkau
nak serang Syria, aku serang Arab Saudi.

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua
sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula
sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahualam...tak
mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah sebut dalam hadis; Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH,
berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami.

Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; Beruntunglah bagi penduduk
Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang
sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam. (Riwayat Ahmad).

Nabi sebut lagi; Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya
al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil
Dimasq (Damsyik).

Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam. (Riwayat Abu Daud).

Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para
sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi.
Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid,
Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.
Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku
diisrakan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para
malaikat. Aku bertanya: Apa yang kalian bawa? Mereka menjawab: Tiang-tiang al-
Kitab.

Tugas kami untuk meletakkannya di Syam. Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi)
melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya
ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka
penglihatanku mengikutinya.

Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.
Kemudian Ibnu Hawalah berkata: Wahai Rasulullah, wasiatilah aku! Baginda
bersabda: Tinggallah di Syam. (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda
bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan
Syam. Lalu sahabat bertanya; Pilih yang mana?. Nabi berkata, hendaklah engkau
bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat
Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka
adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.

Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu
Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu
Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan,
jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang
termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Anda mungkin juga menyukai