Anda di halaman 1dari 23

2.

0 FAKTOR-FAKTOR PERMASALAHAN KAUM DI TANAH MELAYU

2.1 Dasar Pecah dan Perintah

Dasar Pecah dan Perintah di Tanah Melayu yang dilaksanakan oleh British telah
menyebabkan permasalahan kaum pada era selepas Perang Dunia kedua. Permulaan dasar
Pecah dan Perintah tersebut adalah melalui Sistem Residen pada tahun 1874. Sistem
Residen merupakan satu bentuk pemerintahan British secara tidak langsung ataupun
Indirect Rule. Sistem Residen dilaksanakan di Tanah Melayu dianggap sangat berkesan dan
menjimatkan perbelanjaan. Malah, hal ini kerana berlaku kekecohan dalaman orang Melayu
dan pemberontakan orang Cina di Larut pada ketika itu. Means telah menyatakan bahawa
sistem Residen dipraktikan hanya untuk membawa undang-undang dan peraturan di Tanah
Melayu.1 Sistem ini diperkenalkan oleh British di Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874 dan
kemudiannya dilaksanakan di Selangor (1875), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan (1895).

Keberkesanan Sistem Residen telah menyebabkan perkembangan dan perubahan


ekonomi di Tanah Melayu. Perusahaan bijih timah dan getah pada ketika itu juga semakin
berkembang pesat. Hal ini telah menyebabkan pelabur- pelabur asing datang ke Tanah
Melayu. Mereka tertarik dengan polisi bebas cukai dan keadaan yang stabil yang diwujudkan
British.2 Peraturan tanah baru diperkenalkan untuk menggalakkan pedagang-pedagang
Barat datang dan membuka lebih banyak ladang-ladang getah. Malah, kemudahan
pengangkutan, jalan raya, landasan kereta api dan kemudahan pelabuhan juga telah
disediakan untuk memperkukuhkan lagi sistem dan penguasaan ekonomi. Tenaga buruh
yang ramai dan murah diperlukan untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang
tersebut. Oleh itu, pihak British telah membawa masuk ramai orang Cina ke tanah Melayu
untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah manakala pengusaha-pengusaha ladang
getah untuk membawa masuk buruh-buruh dari India untuk bekerja di sana. Dengan
kemasukan imigran-imigran asing tersebut pihak British memisahkan orang Melayu, Cina
dan India terutamanya dari segi petempatan, ekonomi dan pendidikan. Perkara inilah yang
telah menyebabkan interaksi di antara kaum sehingga menimbulkan kesukaran untuk
mewujudkan perpaduan dan permuafakatan. Setiap kaum mengamalkan budaya, agama
dan bahasa yang berbeza.

1
Means, G. P. (1970). Malaysian Politics. London: University of London Press Ltd. hal. 43.
2
Snodgrass, D. R. (1980). Inequality and Economic Development in Malaysia . Kuala Lumpur: Oxford University
Press. hal. 16.
1
British telah mengasingkan orang Melayu, imigran Cina dan India mengikut peranan
ekonomi mereka di Tanah Melayu. Orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar
bandar (kampung) dan di tepian sungai. Mereka kekal hidup dan dan bekerja sebagai
nelayan dan petani. Orang Melayu tidak dilibatkan dengan ekonomi yang lebih besar, iaitu
seperti perdagangan dan komersial yang lebih menguntungkan. Orang Cina pula menetap di
kawasan bandar-bandar yang telah maju. 3 Mereka bekerja di kawasan perlombongan dan
menjadi peniaga dan pelombong bijih timah manakala orang India kebanyakannya tinggal di
kawasan ladang-ladang dan terlibat dalam penerokaan tanah untuk tujuan penanaman
getah secara besar-besaran. Di peringkat awal itu, mereka hanya imigran sementara yang
diperlukan untuk memenuhi tenaga buruh dalam perusahaan bijih timah dan getah. Namun,
lama-kelamaan mereka menetap sehingga terbentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Hal ini telah menyebabkan orang Melayu, Cina dan India gagal untuk berasimilasi
dengan penduduk, alam sekitar, sistem politik, sosial dan agama sedia ada yang wujud di
Asia Tenggara terutamanya di Tanah Melayu. Sebaliknya, mereka telah mengamalkan dan
mengekalkan budaya, agama dan bahasa masing-masing. Hubungan kaum kekal baik dalam
konteks bercampur tetapi tidak bersatu.

2.2 Berkembangnya Persatuan Komunis Malaya (PKM)

Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali sebagai Malayan People Anti Japanese Army
(MPAJA) ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk
menentang pendudukan Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.
Kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat sokongan daripada
kaum Cina. Gerakan anti-Jepun bertambah hebat pada ketika itu. 4 Tujuan penubuhan PKM
adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Tanah Melayu. British pada awalnya
telah memberikan bantuan senjata, kewangan dan perubatan. 5 Malah, latihan perang yang
diberikan adalah bentuk perang gerila.

Namun, apabila Jepun menyerah kalah, British pula lambat selama 15 hari untuk
mengambil alih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis mengambil kesempatan untuk
3
Means, G. P. (1970). op cit., hal. 46.
4
Khoo Kay Kim. (1971). Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu. Jebat. 1: 14-23.
hal. 23.
5
Ramlah Adam. (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti
Malaya. hal. 83.
2
berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA 6. Hal ini telah menyebabkan beberapa siri keganasan
dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu. Pihak komunis
merasakan perjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut diberi kuasa memerintah.
Mereka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan berundur dari Tanah Melayu kerana
tentangan hebat daripada mereka. Komunis Bintang Tiga telah melakukan kekejaman
terhadap semua yang telah dianggap bersubahat dengan Jepun. Namun, British kembali
memerintah dengan pentadbiran ketenteraan (BMA) telah dapat membendung pengaruh
komunis tersebut.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dibentuk, British telah
meminggirkan Parti Komunis Malaya. Hal ini telah menyebabkan Parti Komunis Malaya
membuat strategi baru, iaitu mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan.
Pihak komunis Bintang Tiga melakukan serangan bersenjata yang menyebabkan iaitu
pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16
Jun 1948. Hal ini menyebabkan Sir Edward Gent membuat pengistiharan darurat pada 12
Julai 1948. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Oleh itu, perkara ini
telah menyebabkan kesukaran untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan kaum pada
ketika itu.

2.3 Darurat 1948

Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan
Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 19 Jun 1948 untuk menghadapi ancaman komunis
yang telah menggugat keselamatan awam di Tanah Melayu. Keganasan Parti Komunis
Malaya (PKM) yang semakin dahsyat terutamanya pada tiga hari sebelumnya iaitu
pembunuhan tiga orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
memaksa kerajaan bertindak dengan segera untuk mengatasi pemberontakan bersenjata
PKM sepertimana yang dibincangkan sebelum ini. Zaman Darurat (1948-1960) merupakan
peperangan terbuka antara pihak kerajaan dengan Parti Komunis Malaya yang turut
melibatkan semua lapisan rakyat Tanah Melayu. Dalam tempoh sepanjang dua belas tahun
tersebut, kerajaan Tanah Melayu telah mengatur pelbagai strategi dan langkah-langkah
untuk menghapuskan pemberontakan bersenjata oleh komunis.

6
Ibid.
3
Menjelang Jun 1948 keadaan semakin gawat dan tegang. Kerajaan tidak mampu
mengawal keadaan dengan cara biasa kerana adanya kegelisahan dan pemogokan di
beberapa tempat. Pesuruhjaya Tinggi british yang baru, iaitu Sir Gerald Templer seterusnya
menggariskan strategi beliau bagi memastikan kejayaan kempen baru menentang komunis.
Pertama, menyusun semula pasukan polis dengan penekanan kepada perubahan
peranannya. Kedua beliau ialah mewujudkan sebuah organisasi perisikan yang mantap.
Sementara itu, ketiga, beliau melaksanakan Perang Psikologi atau Perang Saraf
(Psychological Warfare) yang kemudiannya telah membawa kejayaan kepada Tanah Melayu
dalam menamatkan Darurat. Hal ini telah menyukarkan lagi usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan dan permuafakatan diantara kaum.

2.4 Malayan Union 1946

Permasalahan kaum juga adalah disebabkan oleh rancangan Malayan Union yang cuba
dilaksanakan oleh pihak British. Pertubuhan Melayu tidak bersatu dalam usaha menentang
Malayan Union7 tetapi Dato Onn Jaafar telah menubuhkan United Malayan National
Organization(UMNO) bagi menentang Malayan Union kerana cuba menghapuskan hak
kedaulatan raja-raja, autonomi negeri-negeri melayu. Selain itu, penentangan juga adalah
disebabkan oleh pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa manakala hak
istimewa orang melayu ditarik balik. 8 Perkara inilah yang membawa kepada berlaku
tentangan hebat daripada orang Melayu yang tidak puas hati berkenaan pemberian
kerakyatan yang terlalu longgar tersebut.

Jika kita menyelusuri konsep Malayan Union 1946 dengan Persekutuan Tanah
Melayu 1948, pasti kita akan menyedari bahawa terdapat perbezaan yang ketara
terutamanya dari segi kerakyatan yang dikemukakan. Hal ini memberi gambaran bahawa
pihak British akur dengan kehendak dan kemahuan orang Tanah Melayu khususnya orang
Melayu sama sekali tidak setuju dengan isu kelonggaran kerakyatan kepada orang bukan
Melayu. Kesannya, Ketegangan diantara kaum berlaku pada ketika itu. Namun, hal ini
berbeza dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang mana taraf kerakyatan
telah pun diberikan perhatian yang menyebabkan orang Melayu mengiktiraf penubuhan
Persekutuan tersebut. Hal ini terbukti apabila George Maxwell yang mulanya menyokong

7
Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd. hal.
304.
8
Ibid., hal. 307.
4
Malayan Union kemudiannya menentang apabila detail tentangnya dikeluarkan kerana dua
perkara yang tidak disenangi ialah soal kewarganegaraan dan bentuk kesatuan. 9

Taraf kerakyatan dalam gagasan Malayan Union yang terlalu liberal telah
menyebabkan status quo orang Melayu sebagai peribumi telah terancam. Hal ini kerana hak
istimewa mereka akan ditarik semula. Berlandaskan ciri ini juga memaparkan bahawa orang
bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Malahan, atas dasar ini
juga struktur politik dan ekonomi orang Melayu pasti terancam akibat persaingan dengan
orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu yang dimaksudkan adalah orang Cina.
Penentangan jelas melalui akhbar Majlis yang menggangap taraf orang Melayu di bawah
Malayan Union diturunkan lebih kurang sama dengan orang Dayak di Amerika Utara dan
penduduk asli di Australia.10 Hal ini semestinya memberi kesan kepada orang Melayu
sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu. Penentangan dasar Jus Soli ini juga merupakan
salah satu intipati perjuangan DatoOnn Jaafar bersama orang Melayu dalam UMNO. Orang
Cina dan India yang dijangka memberi sambutan baik terhadap dasar ini pula
memperlihatkan perasaan dingin. 11 Komuniti Indian khususnya para buruh estate terseksa
semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. 12 Hal ini bermakna mereka masih mempunyai
masalah dalaman terutamanya selepas pendudukan pihak Jepun di Tanah Melayu. Gullick J.
menyatakan semasa menjalankan lawatan di estate-estate pada musim bunga 1945 saya
mendapati berlakunya malnutrisi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. 13

2.3 Pendudukan Jepun

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah disifatkan dengan kehidupan yang amat teruk
dan sengsara. Penduduk Tanah Melayu hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan,
terhimpit, menderita, melarat dan ketakutan. Rakyat yang disyaki bekerjasama dengan
British atau menentang pihak Jepun akan dihukum dengan kejam dan dibunuh. Tentera
Jepun mengawasi setiap gerak geri rakyat pada ketika itu. Malah, pihak Jepun telah
menjadikan pemuda-pemuda Tanah Melayu sebagai buruh paksa untuk membina jalan

9
Ibid., hal. 306.
10
Oong Hak Ching. (1996). Penggubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. hal. 97.
11
Ibid.
12
Gullick, J. (1981). Malaysia Economic Expansion and National Unity. London: Ernest Benn Limited. hal. 80.
13
Ibid., hal. 81.
5
kereta api maut di sempadan Tanah Melayu-Siam- Burma. Hal ini telah menyebabkan ramai
penduduk Tanah Melayu sengsara dan terkorban sewaktu membina jalan kereta api
tersebut. Walau bagaimanapun, pemerintahan Jepun juga membawa kebaikan
kepada orang Melayu dengan memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu, manakala
orang-orang Cina ditindas dengan kejam;

tindakan kejam terhadap orang Cina di Negeri-negeri Melayu disebabkan orang Cina dan Negara China
adalah musuh lama Jepun, iaitu sejak perang China-Jepun lagi.

Dasar Sook Ching iaitu Dasar Pembersihan yang telah dikuatkusakan oleh Jepun
telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati. 14 Malah, orang Cina juga telah ditindas
dan layan dengan teruk. Malahan Jepun telah membuat penindasan yang kejam dengan
membakar rumah dan kampung, mengambil barang-barang orang Cina, memeras hasil
orang Cina, merogol gadis-gadis Cina dan sebagainya. Contoh kekejaman Jepun yang ketara
pada masyarakat Cina ialah apabila Jepun melancarkan Operasi Sook Ching ke atas irang
Cina di Bakar Kapur, Sungai Petani, Kedah pada Februari 1942. Mangsa telah disuruh
mengorek lubang kubur sendiri terlebih dahulu sebelum dibunuh. Sehingga Mei 1940,
seramai 40 000 orang Cina termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh 15.

Hal ini menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun dan orang Melayu kerana
menganggap orang Melayu sabagai penyokong Jepun terutama Pejuang Tanah Air (PETA).
Oleh itu, selepas pemerintahan Jepun berakhir, telah wujud permusuhan kaum antara
kedua-dua kaum yang sangat hebat selama tempoh 14 hari sebelum kedatangan British
kerana tidak ada pemerintahan sah pada masa tersebut. Gerila Bintang Tiga telah bertindak
membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor), Sungai Manik
(Perak) Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan Selangor 16. Perkara
inilah yang telah menyukarkan lagi proses perpaduan dan pemupukan permuafakatan
diantara kaum pada ketika itu. Setiap kaum terutamanya orang Cina mempunyai perasaan
benci terhadap orang Melayu sehingga berlakunya ketegangan kaum pada masa itu.

14
Mohd Isa Othman. op cit., hal. 285.
15
Abdul Halim Saad et al. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, hal.
474.
16
Ibid., hal. 476.
6
3.0 USAHA-USAHA PEMUPUKAN PERPADUAN KAUM

3.1 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau CLC telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun
1949. Pada asalnya, ia dikenali sebagai Jawatankuasa Muhibah Sino-Melayu ( Sino-Malay
Goodwill Committee) sebelum ditukar kepada Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau
CLC pada April 1949. Objektif utama CLC adalah untuk memelihara persefahaman yang baik
antara komuniti dan mencadangkan cara bagi mengukuhkan dan meningkatkan hubungan
kaum.17 Moto CLC ialah Kesamaan dan Keadilan Untuk Penduduk Malaya( Equality and
Justice For The People of Malaya ). Keanggotaannya terdiri daripada lima orang Melayu dan
empat orang Cina. Wakil Melayu ialah Dato Onn Jaafar, Salleh Hakim, Dato Panglima Bukit
Gantang, Dr. Mustapha Osman dan Zainal Abidin Haji Abbas. Wakil Cina terdiri daripada Dr.
Lee Tiang Keng, C. C. Tan, Yong Shook Lin dan Tan Cheng Lock. Ahli lain ialah E. E. C.
Thuraisingam yang menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut. 18

Satu memerondum telah dihasilkan oleh CLC semasa mesyuarat yang diadakan pada
14, 15 dan 16 September 1949 yang diterbitkan pada 18 September 1949. Salah satu
kandungan memerondum tersebut ialah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Untuk
itu, proses kemerdekaan harus diadakan bagi memberikan penduduk pengalaman
mentadbir. Bidang pendidikan tidak ketinggalan untuk dibincangkan bagi memperoleh
kesetiaan penduduk berbilang kaum. CLC mencadangkan agar bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.19 CLC juga memperlihatkan tolak ansur dalam kalangan
ahlinya. Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh E. E. C.
Thuraisingan di bawah;

It is true. I and others believed that the backward Malay should be given a better deal. Malay should be
assisted to attain party with non-Malaya to forge a united Malayan Union of equals. 20

17
Ho Hui Ling. (2004). Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya. hal. 142.
18
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). MALAYSIA: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hal. 299.
19
Ho Hui Ling. (2004). op. cit., hal. 143.
20
Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In Malaysia 1946-1974. Singapore: Oxford University Press. hal. 36.
7
Pernyataan yang dikeluarkan oleh Thuraisingam jelas menyokong orang Melayu
harus diberikan kelebihan atas pengorbanan yang dilakukan. Oleh itu, satu formula yang
memberi keutamaan kepada memperbaiki ekonomi orang Melayu telah dikeluarkan pada Mei
1949. Antara yang terkandung dalam formula tersebut ialah;

a) Kerajaan harus menyediakan subsidi kepada perniagaan orang Melayu dan


menubuhkan sekolah perdagangan untuk melatih orang Melayu dalam kemahiran
ekonomi;

b) Sektor pengangkutan harus dibuka kepada orang Melayu;

c) Peluang pendidikan dan pekerjaan kepada orang Melayu harus diberi keutamaan;

d) Perniagan dan majikan bukan Melayu harus meningkatkan penyertaan orang Melayu
dalam semua sektor ekonomi, seperti perlombongan bijih timah, industri getah dan
perniagaan runcit.

Seterusnya, CLC telah memberi cadangan bagi memperbaiki dan meningkatkan


keadaan ekonomi orang Melayu. Hasilnya, Rural and Industrial Development Autority (RIDA)
diwujudkan pada Ogos 1950 dengan Dato Onn Jaafar sebagai pengerusi pertamanya. 21
Fungsi RIDA ialah merancang dan mengadakan skim khas untuk pembangunan ekonomi luar
bandar, terutamanya membolehkan pekebun kecil Melayu melibatkan diri dalam proses
memasarkan tanaman mereka dan membantu penduduk luar bandar meningkatkan taraf
hidup mereka. Orang bukan Melayu pula diberikan peluang dalam menjawat jawatan dalam
pentadbiran Tanah Melayu. Untuk mencapai matlamat kemerdekaan Tanah Melayu, CLC
mencadangkan agar pilihan raya diadakan secara berperingkat-peringkat bagi memberi
pengalaman mentadbir kepada penduduk tempatan.

Pembentukan CLC juga menunjukkan toleransi orang Melayu dalam soal kerakyatan.
Anggota bukan Melayu dalam CLC telah mencadangkan supaya kerakyatan berdasarkan jus
soli, iaitu kerakyatan berdasarkan kelahiran harus diberi kepada orang bukan Melayu yang
dilahirkan di Tanah Melayu. Pemimpin Melayu dalam CLC bersetuju dengan cadangan
tersebut dengan syarat mereka menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu dan
menganggapnya sebagai tempat tinggal mereka. Kompromi ini tercapai bagi memastikan
orang Cina terus menyokong kerajaan dan bekerjasama dengan orang Melayu untuk
menangani masalah komunis. Kesan kompromi tersebut membawa kepada peningkatan
21
Ho Hui Ling. (2004). op. cit., hal. 143.
8
peratusan orang Cina yang menjadi warganegara Tanah Melayu daripada 24 peratus pada
tahun 1950 kepada lebih kurang 50 peratus pada tahun 1953.

Penubuhan CLC menjadi satu titik tolak kepada persefahaman antara kaum yang
melibatkan orang Melayu, Cina dan India. Kerjasama dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh
ketiga-tiga kaum ini berjaya memperbaiki hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Sokongan yang diberikan oleh kerajaan British terutamanya daripada wakil mereka iaitu
Malcolm MacDonald yang memastikan CLC tidak melencong daripada had yang diberikan
oleh kerajaan British. Pada masa yang sama, penubuhan CLC membawa kepada penubuhan
beberapa parti politik seperti Malayan Muslim Party dan Parti Negara. Secara
keseluruhannya, CLC berjaya memberikan kesedaran politik kepada pemimpin pelbagai kaum
di Tanah Melayu bahawa mereka boleh berkongsi kepentingan dan membentuk hala tuju
yang sama

3.2 Penubuhan Malaya Chinese Association (MCA)

MCA telah ditubuhkan pada Februari 1949 22 oleh Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin
Cina yang lain di Kuala Lumpur. Penubuhan MCA merupakan satu usaha yang bersifat politik
bagi mengurangkan ketegangan antara kaum di Tanah Melayu dan membanteras pengaruh
komunis daripada terus berleluasa dalam kalangan orang Cina. Dalam satu perbincangan
antara Sir Henry Gurney dengan MacDonald, kedua-dua pemimpin berbincang mengenai
penubuhan MCA dalam kalangan orang Cina bagi mengurangkan masalah perkauman di
Tanah Melayu. Di bawah tajaan 16 peniaga Cina, MCA berjaya dibentuk.

Bagi memupuk perasaan muhibah antara kaum, pemimpin MCA, Tan Cheng Lock
telah menyeru kepada semua orang Cina untuk bangun dan bersatu serta bekerjasama
dengan orang Melayu dan kaum lain bagi menjadikan bumi ini satu negara dan satu
bangsa.23 Bagi merapatkan hubungan antara kaum, MCA telah berusaha untuk memujuk
orang Cina menyertai pasukan keselamatan. MCA turut mengambil beberapa inisiatif bagi
menggalakkan penyertaan orang Cina dalam pasukan keselamatan seperti memberikan
elaun khas kepada belia yang sedia berkhidmat dalam pasukan polis, pemberiaan hak
kerakyatan kepada belia Cina setelah tiga tahun berkhidmat dalam pasukan polis dan bonus
$200 kepada setiap ahli baru yang mendaftar sebagai anggota polis.

22
Ongkili, J. P. (1985). op.cit., hal. 93.
23
Ho Hui Ling. (2004). op. cit., hal. 148.
9
Selain itu, MCA juga mengalakkan penyertaan orang Cina dalam pasukan Home
Guard bagi memastikan keselamatan kampung mereka daripada ancaman komunis. MCA
bekerja keras dengan mengerakkan jentera publisiti dan propaganda ke seluruh Persekutuan
untuk mencapai usaha tersebut. Usaha yang dilakukan MCA berjaya mencapai matlamat
yang diinginkan. Pada penghujung tahun 1950, jumlah orang Cina yang menyertai Home
Guard adalah sebanyak 3 500 orang dan terus meningkat menjadi 79 587 pada tahun 1953.
Pada tahun 1954, 129 daripada 323 buah kampung baru diletakkan di bawah pertahanan
Home Guard Cina.24 Dengan segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA dan
cawangannya, ianya telah berjaya memperbaiki hubungan antara orang Cina dengan kaum
lain di Tanah Melayu. Akhirnya, sokongan dan keyakinan orang Cina membolehkan MCA
muncul sebagai sebuah parti politik yang mewakili kaum Cina di Tanah Melayu.

3.3 Dasar Pendidikan

Dalam tempoh zaman darurat sehingga tahun 1960-an, pendidikan di Tanah Melayu telah
diselaraskan bagi membentuk dasar pendidikan yang dapat menyatupadukan semua kaum.
Kerajaan mula mengambil alih dan membiayai semua sekolah bagi mendapatkan kawalan
ke atas guru dan kurikulum daripada dipengaruhi oleh komunis. Tindakan penting lain yang
diambil kerajaan ialah menutup semua sekolah Cina yang dikatakan mempunyai hubungan
dengan komunis. Seterusnya, pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak dalam
lingkungan umur enam hingga 12 tahun dicadangkan yang melibatkan perbelanjaan
sebanyak $240 juta.25 Penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris diperluaskan terhadap
semua sekolah bantuan kerajaan.

Ordinan Pendaftaran Sekolah telah diluluskan pada 9 Februari 1950 oleh Majlis
Perundangan Persekutuan yang berfungsi untuk mendaftarkan sekolah yang didirikan. Pada
akhir tahun 1953, 453 sekolah yang menyediakan lebih kurang 73 peratus daripada
pendaftaran pelajar di sekolah Cina memohon dan diterima di bawah skim bantuan
kewangan. Bantuan kewangan untuk pendidikan Cina meningkat dari $421 480 pada tahun
1946 kepada $1 320 000 pada tahun 1949. Pendidikan di kampung baru juga dititikberatkan
dengan penyediaan sekolah di setiap kampung baru. 26 MCA dan MCA bertindak menderma
wang bagi membantu pembinaan sekolah. Sebagai contoh, bermula Disember 1951,

24
Anthony Short. (1975). The Communist Insurrection in Malaya 1948-1960. London: Frederick Muller. hal. 413.
25
Ibid., (2004). hal. 182.
26
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). op.cit., hal. 327.
10
sejumlah $58 593 telah didermakan oleh MCA cawangan Perak bagi membangunkan sekolah
di 35 buah kampung baru. Langkah-langkah yang diambil ini telah membantu membina
kestabilan sosial.

Perkembangan bidang pendidikan menyebabkan British menubuhkan Jawatankuasa


Penasihat Pusat (mengenai pendidikan) (Central Advisory Committee /CAC) di Tanah Melayu
bagi memberi nasihat kepada kerajaan melaksanakan dasar pendidikan yang dipengerusikan
oleh M. R. Holtage. Laporan pertamanya siap pada Mei 1950 yang mencadangkan supaya
sistem pendidikan perlu diamalkan melalui konsep satu bahasa pengantar dan budaya
bangsa harus dipelihara. Seterusnya, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh J.
Barnes dibentuk pada tahun 1950 bagi mengkaji sistem pendidikan Melayu dan kemudahan
pendidikan untuk orang Melayu. Laporan jawatankuasa ini telah diterbitkan pada 10 Jun
1951 yang dikenali sebagai Laporan Barnes. Mengikut Laporan Barnes 1950, kewujudan
sekolah vernakular tidak menyumbang ke arah perpaduan kaum. Antara syor Jawatankuasa
Barnes adalah sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil hendaklah dibubarkan dan
digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. 27 Cadangan lain
laporan ini ialah pendidikan adalah percuma bagi murid-murid sekolah rendah dan Bahasa
Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah menengah.

Namun demikian, Laporan Barnes tidak dapat dilaksanakan kerana dikecam oleh
Cheeseman, bekas Pengarah Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu. Cheeseman
menganggap cadangan Jawatankuasa Barnes sebagai educationally unsound. Laporan
Barnes turut mendapat tentangan daripada kaum Cina itu sendiri. Oleh itu, W. P. Fenn dan
Dr. Wu Teh You dari China telah datang ke Tanah Melayu pada tahun 1951 untuk memberi
cadangan mengenai pelajaran di sekolah Cina. Pelantikan kedua-dua tokoh ini dibuat oleh
Pesuruhjaya Tinggi Henry Gurney bagi menenangkan perasaan orang Cina. Hasilnya,
Laporan Fenn-Wu mengenai pendidikan Cina dikeluarkan pada tahun 1951. Antara cadangan
jawatankuasa Fenn-Wu ialah;28

a) Orang Cina tidak seharusnya mengekalkan tradisi kecinaan mereka kerana mereka
adalah rakyat Malaya;

b) Menghapuskan pengaruh politik luar di sekolah-sekolah Cina kerana dianggap tidak


menyumbang kepada akademik;

27
Mior Khairul Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran dan Pelaksanaan ke Arah
Perpaduan Nasional. SOSIOHUMANIKA 4 (1). hal. 36.
28
Ongkili, J. P. (1985). op. cit., hal. 109.
11
c) Buku teks yang sesuai untuk kegunaan penduduk Malaya perlu dihasilkan.

Secara perbandingan, keduadua lapoan iaitu Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu
mempunyai perbezaan. Oleh itu, kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan
pada tahun 1952 bagi mengkaji kedua-dua laporan yang telah dibuat sebelum ini. Hasilnya,
Ordinan Pelajaran telah tertubuh pada tahun 1952. Kerajaan British menyatukan kedua-dua
penyata Barnes dan Fenn-Wu ke dalam satu bentuk iaitu Reports of Barnes on Malay
Education and Fenn-Wu on Chinese Education .29 Laporan tersebut menjadi rujukan dalam
Ordinan Pelajaran 1954 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Antara yang
termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1952 ini ialah;30

a) Tanah Melayu harus mempunyai dua jenis sekolah nasional iaitu satunya dalam
bahasa Inggeris manakala satu lagi dalam bahasa Melayu. Bahasa Cina dan Tamil
akan diajar di sekolah-sekolah jika diminta oleh ibu bapa penuntut;

b) Bahasa Melayu akan diajar di sekolah Inggeris manakala bahasa Ingeris pula akan
diajar di sekolah Melayu;

c) Sekolah vernakular Tamil dan sekolah vernakular Cina tidak diterima sebagai
sebahagian daripada Sistem Persekolahan Kebangsaan.

Tetapi, Ordinan Pelajaran juga tidak berjaya dilaksanakan atas beberapa sebab. Oleh
itu, Laporan Razak diperkenalkan pada tahun 1956 untuk menubuhkan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama. Antara kandungan yang terdapat dalam Laporan Razak
ialah;31

a) Sukatan pelajaran yang sama;

b) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar
utama;

c) Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris menjadi wajib bagi semua sekolah rendah
dan sekolah menengah;

29
Saedah Siraj, Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak & Lee Pau Ling. (1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. hal. 51.
30
Ibid.
31
Ibid.
12
d) Sekolah-sekolah rendah ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar;

e) Bagi sekolah Jenis Kebangsaan, bahasa Inggeris/Cina/Tamil menjadi bahasa


pengantar.

Sebenarnya, banyak lagi yang terkandung dalam laporan Razak. Tetapi, dapat
disimpulkan bahawa Laporan Razak menjadi batu loncatan kepada sistem pendidikan di
negara kita. Laporan Razak mendapat sambutan daripada kaum Cina dan India. Usaha yang
dilakukan dalam bidang pendidikan ini merupakan satu usaha daripada pelbagai kaum di
Tanah Melayu bagi membentuk hubungan perpaduan yang erat.

3.4 Kerjasama Politik

Kerjasama politik merupakan satu langkah yang diambil bagi membentuk perpaduan kaum di
Tanah Melayu. Tetapi, sebelum wujudnya kerjasama antara parti politik di Tanah Melayu,
Dato Onn Jaafar merupakan pemimpin Melayu pertama yang telah mengambil langkah
untuk memupuk perpaduan di Tanah Melayu. Dato Onn Jaafar yang merupakan pemimpin
UMNO telah memberi cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
Dato Onn Jaafar berpendapat bahawa jika UMNO mengambil langkah permulaan ini,
tentulah ia akan dapat menarik orang bukan Melayu masuk ke dalam UMNO kerana jumlah
orang bukan Melayu yang mempunyai kerakyatan adalah kecil. 32 Cadangan beliau ditentang
dan Dato Onn Jaafar mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada 27 Ogos 1951
dan memulakan persiapan menubuhkan parti lain.

Perletakan jawatan Dato Onn Jaafar membolehkan beliau menubuhkan sebuah parti
yang dikenali Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence of Malaya Party (IMP)
pada tahun 1952. Parti ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Tan Cheng Lock, E. E. C.
Thuraisingam, Yong Shook Lin, Tan Siew Sin dan Datuk Panglima Bukit Gantang.
Kemampuan Dato Onn Jaafar menarik kemasukan pemimpin kaum lain yang berpengaruh
menunjukkan usaha beliau untuk menubuhkan sebuah parti politik berbilang kaum di Tanah
Melayu. IMP merupakan parti pertama yang ditubuhkan dengan tolak ansur pelbagai kaum
bagi mencapai matlamat yang sama iaitu kemerdekaan Tanah Melayu. Kemunculan IMP
menimbulkan kesan aneh iaitu kemunculan perikatan yang berlaku antara UMNO dan MCA.

32
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). op. cit., hal. 311.
13
Pada 8 Januari 1952, satu pengumuman yang mengejutkan dilakukan oleh UMNO
cawangan Selangor dan parti MCA untuk bergabung menubuhkan sebuah perikatan dalam
pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.33 UMNO yang ketika itu di bawah Tunku
Abdul Rahman merasakan kerjasama politik itu perlu dilakukan kerana merasakan
kemunculan parti IMP merupakan suatu ancaman kepada UMNO.

Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur tersebut, perikatan UMNO-MCA
berjaya memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan, dua kerusi
dimenangi parti IMP dan satu kerusi oleh calon bebas. Kejayaan perikatan yang dilakukan
telah membawa kepada penubuhan Parti Perikatan pada tahun 1953. Penubuhan Parti
Perikatan telah membawa permuafakatan antara kaum di mana menunjukkan tolak ansur

orang Melayu untuk berkongsi kuasa dengan kaum lain di Tanah Melayu. Pilihan raya juga
telah mendedahkan dan memberikan pengalaman kepada penduduk Tanah Melayu terlibat
dalam pentadbiran.

Perundingan untuk menubuhkan Parti Perikatan pada peringkat kebangsaan telah


berlaku antara Tunku Abdul Rahman dengan Tan Cheng Lock. Akhirnya, semua cawangan
UMNO dan MCA di seluruh negara menubuhkan Perikatan. Parti Perikatan yang dimulakan
dengan pakatan UMNO-MCA digabungkan pula dengan Malayan Indian Congress (MIC) pada
tahun 1954 bagi menggambarkan penyatuan tiga kaum majoriti. 34 Manifesto Parti Perikatan
untuk pilihan raya umum 1955 ialah matlamat berkerajaan sendiri, demokrasi
berperlembagaan, mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu, perpaduan kaum,
kebebasan beragama dan memperbaiki taraf ekonomi dan keselamatan penduduk Tanah
Melayu.35 Manifesto Parti Perikatan memperlihatkan tolak ansur dan toleransi yang
ditunjukkan oleh setiap kaum untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

Dalam pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan telah memperoleh kejayaan yang
besar apabila memenangi 51 buah kerusi daripada 52 yang dipertandingkan. Kemenangan
tersebut membuktikan persefahaman dan perpaduan antara kaum berjaya
dibentukKemenangan tersebut juga membuka ruang untuk Parti Perikatan membentuk
kabinet yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Setiap kaum dalam Parti Perikatan telah
memegang kuasa masing-masing. Seterusnya, perpaduan yang terjalin erat menyebabkan

33
Means, G. P. (1976). op. cit., hal. 133.
34
____________. (2010). Merdeka: Obor Suatu Perjuangan. Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia. hal. 171.
35
Ibid.
14
Parti Perikatan telah mengadakan satu rombongan kemerdekaan ke London pada tahun
1956. Persidangan perlembagaan bagi membentuk sebuah negara yang merdeka berlaku
pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh empat
orang wakil Raja-Raja Melayu, Ketua Menteri Persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi serta
penasihat-penasihatnya.36

Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8


Februari 1956. Beberapa hasil persetujuan adalah seperti berikut; 37

a) British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

b) Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanvel dan menjalankan pemerintahan


secara demokrasi.

c) British mendapatkan hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu dalam Perjanjian


Anglo-Malayan Defence 1956.

d) Sebuah badan bebas bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya
Reid ditubuhkan.

Penubuhan Suruhanjaya Reid merupakan kejayaan daripada tolak ansur yang


ditunjukkan oleh kaum Melayu, Cina dan India. Faktor perpaduan merupakan antara perkara
yang diambil kira British untuk menjanjikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Keseluruhannya, kerjasama dalam politik ini berjaya membentuk dan memperbaiki hubungan
antara kaum di Tanah Melayu.

4.0 HALANGAN KEPADA USAHA PERPADUAN KAUM

4.1 Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 oleh British

Halangan ini timbul apabila wujudnya perancangan untuk mewujudkan Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu yang seterusnya akan mewujudkan sebuah Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka. Rancangan ini melibatkan United Malayan Organization (UMNO) yang
diketuai oleh Dato Onn Jaafar dan juga pihak British. Beberapa orang Melayu dan orang

36
Tun Muhammad Suffin. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 16.
37
Nazri Muslim, Zaharah Hassan & Abdul Latif Samian. (2011). op. cit., hal. 111.
15
bukan Melayu tidak berpuas hati dengan kandungan perlembagaan yang dirangka. Bagi
Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM), cadangan perlembagaan itu dianggap sebagai
satu lagi usaha British untuk memecahbelahkan kaum-kaum di Tanah Melayu untuk terus
menjalankan pemerintahan kolonial mereka. 38 Berikutan itu, penentangan timbul daripada
parti politik berhaluan kiri iaitu All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat
Tenaga Rakyat (PUTERA). Pada awalnya, PKMM yang dipengaruhi fahaman komunisme
mahu mewujudkan negara bangsa di Tanah Melayu dengan menggabungkan Tanah Melayu
dengan Indonesia berdasarkan konsep Malaya Raya.39

PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan
Pemuda Insaf (API). Kemudian mereka bergabung membentuk PUTERA yang diketuai oleh
Dr. Burhanuddin Al-Helmy.40 Seterusnya PUTERA menyertai AMCJA yang diketuai oleh Tun
Tan Cheng Lock bagi menentang perlembagaan yang dirangka dan sekaligus menyatakan
prinsip-prinsip yang mereka rasakan perlu untuk disertakan di dalam perlembagaan
tersebut.41 Mereka merasakan bahawa adalah tidak adil bagi mereka apabila perbincangan
dengan pihak British tersebut hanya melibatkan wakil orang Melayu sahaja iaitu Raja-Raja
Melayu dan UMNO. Maka, AMCJA dan PUTERA telah bergabung dengan mengemukakan
tuntutan atau 10 Prinsip. 6 prinsip daripada AMCJA dan 4 prinsip lagi daripada PUTERA.
Prinsip-prinsip tersebut adalah:

6 Prinsip daripada AMCJA42

- Penyatuan Tanah Melayu termasuk Singapura.


- Sebuah Dewan Undangan Pusat yang ahlinya dipilih oleh rakyat.
- Hak yang sama bagi semua yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah
airnya dan tumpuan taat setianya.

38
Mohd Salleh Lamry. (2006). Gerakan Kiri Melayu: Dalam Perjuangan Kemerdekaan . Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. hal. 68.
39
Abdul Rahman Ismail. (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 331.
40
Ibid.
41
Ibid.
42
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). op. cit., hal. 287.
16
- Kedaulatan Sultan-sultan diteruskan dan mereka menjadi Raja
Berperlembagaan. Mereka akan menerima nasihat menerusi badan-badan
berunsur demokrasi.
- Perkara yang berkait dengan agama Islam atau adat resam Melayu adalah di
bawah jagaan orang Melayu sahaja.
- Perhatian yang ikhlas hendaklah diberi kepada soal kemajuan orang Melayu.

4 Prinsip PUTERA43

- Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.


- Hal ehwal luar dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama
antara kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British.
- Perkataan Melayu sebagai nama kerakyatan Tanah Melayu.
- Bendera Kebangsaan negara hendaklah mengandungi warna kebangsaan Melayu.

Bagi menguatkan lagi tentangan mereka, AMCJA dan PUTERA telah menganjurkan
HARTAL di Melaka pada 19-20 Oktober 1947. HARTAL ini telah menghimpunkan ramai
penyokong AMCJA dan PUTERA dalam tuntutan mereka untuk dimasukkan di dalam
perlembagaan. Selepas itu, mereka juga merancang untuk mengadakan HARTAL kedua
pada 1 Februari 1948 tetapi telah dibatalkan kerana tidak mendapat permit daripada pihak
berkuasa. Walaupun AMCJA dan PUTERA terus menentang Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948, ia tidak diendahkan oleh dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
telah diisytiharkan sebagaimana yg dijadualkan.

4.2 Parti Komunis Malaya

Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hasil daripada gerakan komunis di China yang diketuai
oleh Parti Koumintang. Hasrat PKM adalah ingin menubuhkan sebuah Republik Komunis
Malaya kerana mendapat perintah daripada Komunis Antarabangsa (Comintern) pada tahn
1920-an.44 PKM ataupun Bintang Tiga melalui Malayan People Anti Japanesse Army (MPAJA)
telah membuatkan Tanah Melayu menjadi kucar kacir selama 14 hari selepas kekalahan

43
Ibid., (1996). hal. 290.
44
Hairol Anuar Mak Din. (2009). Sejarah Malaysia 1400-1969: Satu Evolusi. Selangor: Pusat Penyelidikan &
Pembangunan Akademik, Kolej Islam Antarabangsa Selangor. hal. 104.
17
Jepun kepada British.45 Huru hara berlaku dalam tempoh tersebut kerana PKM merasakan
mereka mahu merampas dan memerintah Tanah Melayu yang mengalami kekosongan
pemerintahan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu. Namun perkara tersebut
telah dapat ditangani dan PKM telah dibubarkan pada Disember 1945 dan bergerak bebas
sebagai sebuah organisasi dan pertubuhan apabila British kembali berkuasa di Tanah Melayu
dengan mewujudkan British Military Action (BMA) pada tahun 1945.

Selepas daripada itu, PKM telah berkerjasama dengan bekas ahli-ahli MPAJA, AMCJA
dan PUTERA dalam menentang Rancangan Persekutuan Tanah Melayu. Gerakan
penentangan ini ditunjangi oleh PKM, namun tidak bergerak secara nyata. Maka mereka
bergerak di bawah Pan Malayan General Labour Union (GLU) yang ditubuhkan pada 15
Februari 1946 dan Malayan Democratic Union (MDU) yang ditubuhkan pada tahun 1945
untuk meneruskan penentangan.46 Namun tentangan itu gagal kerana AMCJA dan PUTERA
sendiri telah gagal dalam menyatakan dan memperjuangkan tuntutan dan prinsip-prinsip
yang mereka mahu untuk dimasukkan ke dalam rancangan Perlembagan Persekutuan Tanah
Melayu. Maka, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM pada 17-21 Mac 1948, mereka
telah mengambil keputusan rakyat harus bertindak secara keras dan menggunakan
perperangan revolusi untuk menuntut kemerdekaan. 47 Oleh sebab itu mereka telah
merampas senjata dan menggunakan saki baki senjata yang masih ada dalam MPAJA untuk
bangun memberontak. Beberapa ahli sejarah telah mengatakan bahawa PKM memang
sudah dari awal lagi mahu menyerang pihak Inggeris di Tanah Melayu dan menguasainya
sebelum pihak British menguatkuasakan undang-undang darurat di Tanah Melayu pada
pertengahan Jun 1948.48 Akhirnya, pada 16 Jun 1948, pihak komunis telah bertindak
membunuh tiga orang pegawai ladang getah berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak dan
pada masa yang sama beberapa peniaga Cina turut dibunuh di Johor di samping serangan
komunis yang merosakkan kepentingan-kepentingan awam. 49 Saat itu telah menandakan
bermulanya darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948.

45
Ibi., (2009). hal. 105.
46
Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. hal. 313.
47
Ibid., (2002). hal. 314.
48
Mohd Salleh Lamry. (2006). op. cit., hal. 97.
49
Hairol Anuar Mak Din. (2009). op. cit., hal. 105.
18
4.3 Perpecahan dalam UMNO

Perpecahan dalam UMNO berlaku sebanyak dua kali iaitu yang pertama adalah semasa
penarikan diri PKMM daripada UMNO dan perletakan jawatan oleh Dato Onn Jaafar selaku
ketua pemimpin UMNO. PKMM sedar bahawa perjuangan mereka adalah berbeza dengan
UMNO ditambah lagi dengan perbezaan pendapat terutamanya isu warna bendera UMNO.
PKMM telah menarik diri daripada menyertai UMNO pada sidang mesyuarat UMNO yang
diadakan di Ipoh pada 29 dan 30 Jun 1946. 50 Mengenai Dato Onn Jaafar pula, beliau telah
memberikan cadangan agar keahlian UMNO dibuka kepada semua kaum lain terutamanya
Cina dan India berikutan ada pihak komunis pernah mengatakan mahu mewujudkan sebuah
negara yang merdeka merangkumi semua kaum di Tanah Melayu. Namun cadangan itu
ditentang oleh ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu kerana kerana mereka tidak mahu
UMNO diubah daripada sebuah parti Melayu menjadi sebuah parti Malayan. Kegagalan Dato
Onn Jaafar menyebabkan beliau bertindak keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent
Malayan Party (IMP). Namun IMP tidak mendapat sambutan daripada orang-orang Melayu
dan bukan Melayu. Tetapi akhirnya UMNO telah membentuk Parti Perikatan dengan
bergabung dengan MCA dan MIC.

4.4 Membantah MCA Menjadi Sebuah Parti Politik

Seperti mana orang Melayu yang diwakili oleh UMNO, orang Cina pula diwakili oleh Malayan
Chinese Association (MCA) yang diasaskan pada Leong Yew Koh dan Kolonel Lee Hau-Shik
pada 27 Februari 1949.51 Presiden pertama bagi MCA adalah Tun Tan Cheng Lock, yang
merupakan bekas presiden AMCJA. Tun Tan Cheng Lock merasakan bahawa perlunya
perubahan dalam perjuangan beliau untuk terus kekal dalam arena politik dan sekaligus
mahu menjadi wakil suara kepada orang Cina dalam Persekutuan Tanah Melayu. Maka,
beliau beralih angin dengan menubuhkan MCA.
Pada peringkat awalnya, MCA ditubuhkan bukanlah sebagai sebuah parti politik, ia
hanya diterhadkan sebagai sebuah persatuan atau pertubuhan besar yang mewakili majoriti
orang Cina di Tanah Melayu. MCA hanya bergerak sebagai pertubuhan kebajikan. Namun, ia
digesa agar terus bergerak sebagai parti politik yang sah bagi memberi khidmat lebih

50
Mohd Salleh Lamry. (2006). op. cit., hal. 67.
51
International Law Book Services. (2010). Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu. Selangor. International
Law Book Services. Hal. 170.
19
berkesan untuk memajukan orang Cina. Manakala Tun Tan Cheng Lock sendiri berhasrat
mahu membawa orang Cina untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui politik.
Walaupun begitu, sebahagian daripada anggota MCA mahu ia terus kekal sebagai sebuah
pertubuhan sahaja. Hal ini kerana mereka beranggapan dengan membiarkan MCA terus
kekal sebagai sebuah pertubuhan, mereka akan dapat terus kekal dalam kelompok mereka
tanpa perlu ada campur tangan dan kerjasama daripada parti-parti politik lain. Jelas di sini
bahawa bantahan tersebut menampakkan bahawa ada halangan kepada usaha Tun Tan
Cheng Lock untuk bekerjasama dengan parti-parti politik lain yang berbeza kaum.

Tentangan ini cukup kuat dan ia diketuai sendiri oleh Setiausaha Agung MCA, Encik
Yong Shook Lin. Namun Tun Tan Cheng Lock tidak mengikut kehendak mereka yang
menentang, malah belaiu sendiri mengugut ahli-ahli persatuan untuk meletakkan jawatan.
Oleh yang demikian, ahli-ahli MCA tidak dapat berbuat apa-apa kerana jika Tun Tan Cheng
Lock meletakkan jawatan sebagai presiden MCA, MCA akan tidak mempunyai pemimpin
untuk memimpin MCA di masa-masa akan datang berikutan hanya Tun Tan Cheng lock
sahaja yang layak atas dasar pengaruh dan pengalaman beliau yang lama dalam politik.
MCA hanya menumpukan kegiatan mereka dalam politik secara serius bermula tahun 1952
iaitu semasa pilihan raya yang pertama diadakan. 52

4.5 Halangan dalam Aspek Pendidikan

Pendidikan juga telah dikatakan sebagai sebuah medium yang amat penting bagi memupuk
perpaduan antara kaum di Tanah Melayu. Senario pendidikan di Tanah Melayu pada masa
itu amat rigid sekali. Perubahan demi perubahan dilakukan bermula dengan pengenalan
sistem pendidikan vernakular oleh pihak British. Tindakan British mewujudkan sistem
pendidikan vernakular iaitu mengikut kaum telah menyebabkan perpaduan antara orang
Melayu, Cina dan India menjadi tidak kukuh dan semakin terpisah sejak dari awal lagi.
Selepas itu diwujudkan pula Laporan Cheseeman, namun iainya gagal kerana hanya
memfokuskan kepada sekolah rendah sahaja. Kemudian, bagi memperbaiki kelemahan yang
ada dalam sistem pendidikan mengikut Laporan Cheeseman, Laporan Barnes 1950 telah
dibentuk. Namun, laporan ini juga tidak diterima kerana atas beberapa faktor iaitu:

- Orang Melayu merasakan orang Melayu tidak diberikan kedudukan yang


wajar kerana seolah-olah menumpang di sekolah Inggeris.
52
Ibid.
20
- Orang Cina mrasakan penghapusan pendidikan Cina akan melenyapkan
budaya Cina yang ada pada mereka.
- Orang India sependapat dengan orang Cina.

Menyedari bahawa Laporan Barnes juga tidak diterima, maka Penyata Fern-Wu 1951
diwujudkan bagi mengkaji dan memberikan kedudukan pendidikan yang lebih baik kepada
orang Cina dan India. Penyata ini merupakan hasil daripada tinjauan dan kajian oleh dua
individu iaitu Dr. Fenn, Setiausaha Kerja Bersekutu dan Dr. Wu iaitu seorang wakil daripada
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Namun sekali lagi seperti yang sebelumnya,
Penyata Fenn-Wu 1951 gagal kerana ia tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin
Melayu terutama daripada kalangan pemimpin UMNO kerana cadangan itu tidak
menguntungkan orang Melayu dan negara ini. Orang-orang India pula meminta diadakan
sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pendidikan Tamil seperti yang dibuat kepada
pendidikan Cina. Tetapi cadangan itu juga ditolak kerana ia tidak memberi keuntungan dan
kelebihan yang sama rata bagi semua kaum. Dapat dilihat bahawa setiap kaum ingin
menegakkan kepentingan sendiri dalam aspek pendidikan, dan perkara itu telah menjadi
halangan kepada usaha perpaduan yang ingin dibentuk. Akhirnya pendidikan di Persekutuan
Tanah Melayu telah dapat diselaraskan dengan adanya Ordinan Pelajaran 1952 dan Laporan
Razak/Penyata Razak 1956.

4.6 Tidak Sealiran dengan Orang India

Secara politiknya, kaum India diwakili oleh Malayan Indian Congress (MIC) yang ditubuhkan
pada tahun 1946. Matlamat MIC pada awalnya hanya memfokuskan kepada nasionalisme di
India. Orang-orang India di Tanah Melayu pada awalnya tidak terlalu mengambil berat soal
penglibatan mereka dalam politik di Tanah Melayu kerana tumpuan awal mereka adalah
memberi bantuan dan sokongan kepada saudara-saudara mereka di India yang berhadapan
dengan perang menentang pihak British. Namun, setelah perang itu tamat pada tahun 1947,
barulah mereka beralih arah dengan menekankan kepentingan orang-orang India di Tanah
Melayu. MIC juga pernah bekerjasama dgn AMCJA dan parti-parti berhaluan kiri namun
gagal. Hal ini telah menyukarkan lagi bagi UMNO untuk meneruskan usaha mereka
mengajak orang-orang Cina dan India untuk bersatu di bawah satu bumbung yang sama.
Selain itu, MIC turut menyokong Indipendent Malayan Party (IMP) di bawah Dato Onn

21
Jaafar. Menyedari bahawa perlunya tolerasi antara kaum untuk mencapai perpaduan,
akhirnya MIC bergabung dengan Parti Perikatan pada tahun 1954.

5.0 RUJUKAN

Abdul Halim Saad et al. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara Malaysia.

Abdul Rahman Ismail. (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anthony Short. (1975). The Communist Insurrection in Malaya 1948-1960 . London:


Frederick Muller.

Gullick, J. (1981). Malaysia Economic Expansion and National Unity . London: Ernest
Benn Limited.

Hairol Anuar Mak Din. (2009). Sejarah Malaysia 1400-1969: Satu Evolusi . Selangor: Pusat
Penyelidikan & Pembangunan Akademik, Kolej Islam Antarabangsa Selangor.

Ho Hui Ling. (2004). Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu . Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

International Law Book Services. (2010). Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu.
Selangor. International Law Book Services.

Khoo Kay Kim. (1971). Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan Cina di Tanah
Melayu. Jebat. 1: 14-23.

Means, G. P. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton.

Mior Khairul Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran dan
Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. SOSIOHUMANIKA 4 (1).

Mohd Salleh Lamry. (2006). Gerakan Kiri Melayu: Dalam Perjuangan Kemerdekaan .
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Muhammad Suffin. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Oong Hak Ching. (1996). Penggubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu Semasa
Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In Malaysia 1946-1974. Singapore: Oxford University


Press.

22
Saedah Siraj, Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak & Lee Pau Ling. (1993). Pendidikan di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Snodgrass, D. R. (1980). Inequality and Economic Development in Malaysia . Kuala Lumpur:


Oxford University Press.

Ramlah Adam. (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). MALAYSIA: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

____________. (2010). Merdeka: Obor Suatu Perjuangan. Jabatan Warisan Negara,


Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

23

Anda mungkin juga menyukai