Anda di halaman 1dari 3

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta

Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B.
Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari
1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di


bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama
Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu
usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi,
badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara
dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan
seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini.
Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara
iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian
cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

VISI

Peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.

MISI

Memastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh,


sistematik dan berkesan di semua peringkat

Objektif
1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian atlet ke tahap kecemerlangan dunia melalui
pengurusan program latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan
menyeluruh.
2. Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan ke arah meningkatkan bilangan
jurulatih yang berkelayakan.
3. Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan sukan
tempatan dan antarabangsa secara lebih efektif dan kompetitif.
4. Memperkukuh dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan
(Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.
5. Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan
pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih efisien.
6. Logo & Rasional
7.
8. Logo ini dicipta dengan menggabungkan elemen-elemen bulatan, garisan, bentuk, huruf
dan titik-titik. Hasil dari gabungan ini lahirlah sebuah logo yang kukuh, ringkas,
seimbang dan progresif terbahagi kepada beberapa bahagian yang penting:

LAUREL: Melambangkan satu simbol pertubuhan yang besar


dan terdapat kepada kebanyakan logo-logo antarabangsa. Ia
bermaksud satu keharmonian atau kemenangan. MSNM
merupakan satu pertubuhan besar yang bertanggungjawab kepada
sukan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Lambang
ini sangat sesuai untuk logo MSNM. Bentuk seperti ini juga biasa
kita lihat dalam sukan grandprix dalam bentuk 3 dimensi.

OBOR: Merupakan lambang sukan sebenarnya dan idea ini mula


wujud di awal permulaan Sukan Olimpik. Boleh dikatakan setiap
acara sukan peringkat antarabangsa, obor dimulakan dengan
nyalaan sebagai tanda pembukaan dan perasmian.

GARISAN: Menunjukkan satu pergerakan atau kelajuan. Garisan


yang sama tebal melalui obor, garisan menjadi nipis melahirkan
satu rekabentuk yang baru. Logo Olimpik juga terdapat garisan-
garisan tersebut. Garisan juga memainkan peranan yang penting
sebagai panduan di stadium, padang, gelanggang ataupun di trek.
GELANG OLIMPIK: Rekabentuk menggambarkan satu
gelang olimpik (olimpik ring) bertujuan melindungi elemen-
elemen logo di bahagian dalam. Bagi menguatkan logo tulisan
Majlis Sukan Negara Malaysia diletakkan di dalam gelang
olimpik dan dua titik berfungsi sebagai keseimbangan
rekabentuk.
Secara amnya, gelang olimpik mempunyai lima gelang ( ). Tetapi
untuk menyesuaikan dengan keadaan rekabentuk, satu sahaja
digunakan

Anda mungkin juga menyukai