Anda di halaman 1dari 16

34

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Penilaian Program Kitar Semula Mengikut Kategori Responden

Kejayaan program kitar semula dinilai terhadap jenis responden iaitu menurut
jantina, bangsa dan umur. Kaedah ini akan dapat menilai sejauh mana faktor-faktor
tersebut mempengaruhi program berkenaan.

4.1.1 Kajian terhadap responden yang berbeza jantina

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan responden responden yang aktif dalam


kategori jantina ini adalah tediri daripada kategori perempuan. Responden
perempuan menjadi majoriti dalam kajian soal selidik ini. Responden perempuan
lebih mudah memberikan kerjasama dalam mengisi borang soal selidik. Peratusan
yang diperolehi lelaki adalah 45.2 peratus seramai 113 orang dan perempuan adalah
sebanyak 54.8 peratus seramai 137 orang. Jumlah keseluruhan responden adalah
seramai 250 orang.
35

Jadual 4.1 : Perbandingan peratusan terhadap responden yang berbeza jantina

Jantina Bilangan Responden Peratusan (%)


Lelaki 113 45.2
Perempuan 137 54.8
Jumlah 250 100

Walau bagaimanapun pemilihan jumlah responden lelaki dan perempuan


agak seimbang, oleh itu kajian tersebut dapat menunjukkan gambaran situasi
sebenar tahap pemahaman penduduk perumahan Taman Setapak Indah, Kuala
Lumpur.

4.1.2 Kajian terhadap pecahan responden mengikut bangsa

Jadual 4.2 di bawah menunjukkan keputusan kajian yang diperolehi melalui


hasil soal selidik ini menunjukkan tahap kefahaman, ukuran pengetahuan dan
keberkesanan amalan responden melalui analisis terhadap perbezaan bangsa. Seramai
250 orang penduduk telah ditemuduga secara persampelan mudah. Soal selidik ini
melibatkan pelbagai kaum iaitu bangsa Melayu, Cina, India dan lainlain.

Jadual 4.2 : Perbandingan terhadap pecahan responden mengikut bangsa

Bangsa Bilangan Responden Peratusan (%)


Melayu 178 71.2
Cina 40 16
India 31 12.4
Lain - lain 1 0.4
Jumlah 250 100

Responden Melayu merupakan bilangan yang tertinggi iaitu sebanyak 71.2


peratus diikuti responden Cina (16 peratus), India (12.4 peratus) dan lain-lain
sebanyak satu peratus. Berdasarkan data-data yang diperolehi, kaum Melayu adalah
seramai 70 orang dari pihak lelaki dan perempuan seramai 108 orang.

Berpandukan data-data soal selidik (Lampiran B), bagi kaum Cina pula,
lelaki seramai 25 orang dan perempuan seramai 15 orang. Manakala mewakili kaum
36

India pula masing-masing adalah seramai 15 orang dan 16 orang. Terdapat seorang
mewakili bagi ketegori lain-lain di mana responden dari kaum Kadazan.

Kesemua responden yang terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan


perumahan Taman Setapak Indah merupakan penempatan kawasan operasi Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.

4.1.3 Kajian terhadap tahap umur responden yang terlibat dalam soal selidik

Program kitar semula memainkan peranan penting dalam kajian


keberkesanan tahap kesedaran dalam proses kitar semula sisa pepejal ini.
Pengasingan melalui pelbagai peringkat umur memainkan peranan dalam mendorong
penentuan kelancaran aktiviti kitar semula sisa pepejal. Beberapa tahap peringkat
umur telah ditemuduga antaranya kurang 17 tahun, 18 hingga 30 tahun, 31 hingga 54
tahun dan 55 tahun ke atas.

Jadual 4.3 di bawah menunjukkan hasil soal selidik bagi peratusan yang
tertinggi adalah dari kategori responden yang berumur 18 hingga 30 tahun iaitu
sebanyak 45 peratus diikuti umur kurang dari 17 tahun sebanyak 31.6 peratus, umur
31 hingga 54 tahun pula sebanyak 22 peratus dan akhir sekali umur 55 tahun ke atas
sebanyak 0.8 peratus.

Jadual 4.3 : Perbandingan peratusan terhadap tahap umur responden yang


terlibat dalam soal selidik

Umur (Tahun) Bilangan Responden Peratusan (%)


< 17 79 31.6
18 - 30 114 45.6
31 54 55 22.0
> 55 2 0.8
Jumlah 250 100

Kepelbagaian peringkat ini dapat menjana kecapaian tujuan kerajaan yang


sebenarnya dalam memastikan ia bermula dari awal. Malahan ketentuan target ini
dapat membantu memudahkan Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program.
Peringkat awalan seharusnya diberi penekanan dan dorongan motivasi untuk
37

menentukan kejayaan sebenarnya aktiviti kitar semula ini. Perlaksanakan ini harus
dilakukan secara berperingkat-peringkat. Tindakan susulan yang berterusan dapat
memberi keberkesanan proses yang berterusan sehingga ke akhirnya.

4.2 Bahagian Kefahaman Responden Terhadap Program Kitar Semula

Menurut kefahaman responden berbagai kaedah dan pendekatan kerajaan


telah dilakukan bagi memahamkan penduduk mengenai perlunya amalan kitar
semula dilaksanakan. Di Malaysia kitar semula telah dilaksanakan sejak tahun 1993,
walau bagaimanapun tahap pemahaman penduduk mengenai program tersebut amat
rendah. Bagi menilai tahap sebenar pemahaman penduduk terhadap program ini,
kajian pemahaman responden dilakukan.

4.2.1 Kajian terhadap bilangan responden yang pernah mendengar /


mengetahui mengenai program kitar semula

Jadual 4.4 menunjukkan hasil keputusan soal selidik ini terbukti bahawa
program kitar semula ini sebenarnya bukan suatu perkara yang baru. Seramai 247
orang (98.8 peratus) responden menyatakan pernah/ketahui/mendengar program
seumpama ini. Hanya tiga orang (1.2 peratus) responden masih tertanya-tanya akan
maksud kitar semula.

Jadual 4.4 : Perbandingan peratusan terhadap bilangan responden yang pernah


mendengar/mengetahui mengenai program kitar semula

Ya/Tidak Bilangan Responden Peratusan (%)


Ya 247 98.8
Tidak 3 1.2
Jumlah 250 100
38

Hasil analisa berpandukan data-data soal selidik (Lampiran B) mendapati


bahawa hampir keseluruhan lingkungan umur 31-54 dan 55 tahun memberi jawapan
ya. Namun begitu masih juga ada yang menjawab tidak. Sama ada responden ini
tidak pernah mendengar atau mengetahui atau juga memang tidak ambil tahu
langsung akan kewujudan kitar semula yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Contoh yang terdapat di sini, seorang responden yang berumur di bawah 17 memberi
jawapan tidak dan begitu juga tedapat dua orang responden dari umur lingkungan
18-30 tahun turut menyatakan tidak.

Kempen-kempen yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui media massa,


media elektronik dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberikan pulangan yang
baik. Sebaran yang meluas dalam media massa amat ketara. Iklan-iklan yang
ditayangkan di televisyen atau papan-papan iklan memberi kesan terhadap penonton-
penonton yang melihatnya. Malahan kepelbagaian cara pengiklanan yang dilakukan
oleh kerajaan begitu hebat.

Jika diperhatikan antaranya pada kenderaan awam, iklan-iklan terpampang


dari setiap sudut membuatkan penumpang tidak terlepas pandang. Ia memberi kesan
tentang adanya kewujudan, kemahuan dan alternatif kerajaan dalam menyampaikan
hasrat kerajaan akan kitar semula ini.

4.2.2 Kajian terhadap tahap kefahaman responden mengenai program kitar


semula

Manusia mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Tidak dinafikan dalam


kefahaman kitar semula ini pelbagai reaksi diperolehi hasil dari jawapan responden.
Jadual 4.5 menunjukkan keputusan hasil dari kajian soal selidik ini mendapati
majoriti responden mempunyai kefahaman yang sederhana mengenai program kitar
semula iaitu sebanyak 67.6 peratus. Pemahaman yang sedikit merangkumi 9.2
peratus dan tahap pemahaman yang sederhana adalah 23.2 peratus. Secara
keseluruhan mendapati tahap pemahaman penduduk di kawasan perumahan ini boleh
dikategorikan sebagai tahap pemahaman yang membanggakan.
39

Jadual 4.5 : Perbandingan peratusan terhadap tahap kefahaman responden


mengenai program kitar semula
Bilangan
Tahap Kefahaman Peratusan (%)
Responden
Banyak 58 23.2
Sederhana 169 67.6
Sedikit 23 9.2
Tidak Tahu Langsung - -
Jumlah 250 100

Berdasarkan data-data soal selidik (Lampiran B), lingkungan umur di bawah


17 tahun merupakan peratusan yang tertinggi diikuti lingkungan umur di antara 18-
30 tahun yang ketara mengenai kefahaman ini. Ini berkemungkinan tahap umur di
bawah 17 tahun telah diberikan pendedahan akan mengenai kitar semula di sekolah-
sekolah. Kerajaan mula sedar bahawa penekanan perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh pada masyarakat.

Masyarakat luar pula perlu lebih perihatin akan keperluan hasrat kerajaan
untuk membendung permasalahan sampah yang begitu ketara pada masa ini.
Masyarakat tidak seharusnya bergantung dengan kerajaan untuk memahami kitar
semula ini. Pelbagai tindakan telah dilakukan oleh kerajaan untuk memberi dan
menerangkan kepada masyarakat mengenai program kitar semula ini. Ini terpulang
kepada masyarakat untuk menentukan masa hadapan mereka.

4.2.3 Kajian terhadap kod warna pada tong bagi program kitar semula

Hasil analisa mendapati Jadual 4.6 menunjukkan bahawa 90.4 peratus


daripada keseluruhan responden dapat menyatakan dengan tepat warna bagi tong
kitar semula. Majoriti responden boleh dianggap kesemuanya mengetahui akan
kewujudan warna-warna tong kitar semula ini. Sikap ambil tahu ini melahirkan
masyarakat yang perihatin. Hanya 6.4 peratus responden tidak pasti dan sebanyak 3.2
peratus responden yang memberikan jawapan dengan salah.
40

Jadual 4.6 : Perbandingan peratusan terhadap kod warna pada tong bagi
program kitar semula

Tahap Kefahaman Bilangan Responden Peratusan (%)


Tidak Pasti 16 6.4
Betul 226 90.4
Salah 8 3.2
Jumlah 250 100

Berdasarkan data-data soal selidik (Lampiran B), lingkungan umur di bawah 17


tahun merupakan peratusan yang tertinggi dan diikuti umur di antara 30-54 yang
menyatakan betul. Manakala responden yang memberikan jawapan salah bilangan
kesemuanya lapan orang responden. Lima dari umur di bawah 17 tahun, dua dari
umur antara 18-30 dan seorang dari umur antara 31-54. Kelapan-lapan responden ini
kesemuanya dari kaum Melayu.

Keputusan ini memberikan satu tanggapan bahawa responden tidak tercicir


dalam memastikan kod-kod warna terhadap tong kitar semula. Responden mengenal
dengan mudah dalam menentukan kod-kod warna ini. Masih belum terlewat program
kitar semula ini dilaksanakan bagi memastikan ia masih berfungsi.

4.2.4 Kajian tahap kefahaman responden terhadap bahan-bahan yang boleh


dikitar semula

Jadual 4.7 di bawah menunjukkan seramai 128 responden perempuan dan


selebihnya seramai 97 responden lelaki menyatakan dengan betul. Keseluruhannya
menjadikan seramai 225 responden dengan peratusan 90 peratus. Manakala seramai
16 responden lelaki dan sembilan responden perempuan memberikan jawapan tidak
pasti. Jawapan tidak pasti ini mewakili peratusan keseluruhannya 10 peratus.

Jadual 4.7 : Perbandingan peratusan tahap kefahaman responden terhadap


bahan-bahan yang boleh dikitar semula
41

Tahap Kefahaman Bilangan Responden Peratusan (%)


Betul 225 90
Tidak Pasti 25 10
Jumlah 250 100

Berdasarkan data-data soal selidik (Lampiran B), lingkungan umur peratusan


yang tertinggi menyatakan betul adalah umur di antara 18-30. Kemudian diikuti
oleh umur di bawah 17 tahun. Manakala peratusan yang menyatakan tidak pasti
tertinggi adalah di bawah 17 tahun diikuti umur di antara 18-30 tahun. Kepelbagaian
kaum ini juga memberikan peratusan tertinggi bagi responden Melayu memberikan
jawapan betul diikuti kaum Cina, India dan lain-lain. Responden Melayu juga
tertinggi peratusannya yang memberikan jawapan tidak pasti. Kaum India ditempat
kedua dan diikuti Cina.

Nyata masyarakat di sini iaitu responden tahu barang-barang yang perlu di


kitar semula. Keputusan yang diperolehi memperlihatkan setiap sampah-sampah
tersebut sememangnya boleh di kitar semula. Barang-barang lama yang hendak
dijadikan sampah seharusnya boleh dikitar semula dengan bantuan masyarakat tanpa
membuangnya begitu sahaja. Pengenalan terhadap barang-barang yang boleh di kitar
semula ini dapat mengurangkan bebanan pihak-pihak yang terlibat. Majoriti
memberikan keputusan yang memuaskan dalam menentukan barang-barang kitar
semula bukan lagi sebagai sampah.

4.2.5 Kajian terhadap program Kitar Semula perlu diperluaskan

Jadual 4.8 di bawah menunjukkan hasil kajian soal selidik daripada 250
responden memperlihatkan kesungguhan di mana kesemua daripada responden
bersetuju supaya program dan aktiviti kitar semula ini diperluaskan terutama dalam
kawasan perumahan taman Setapak Indah ini. Responden menyedari akan
kepentingan aktiviti kitar semula yang melibatkan persekitaran yang sihat satu
kehidupan yang lebih baik demi memanfaatkan kepentingan bersama.
42

Jadual 4.8 : Perbandingan peratusan terhadap program kitar semula perlu


diperluaskan

Tahap Kefahaman Bilangan Responden Peratusan (%)


Setuju 250 100
Jumlah 250 100

Hakikatnya kesemua responden mempunyai rasa tanggungjawab dalam


memperluaskan program ini. Cuma kemahuan atau kehendak untuk melibatkan diri
dalam program ini amat sedikit dan kurang mendapat sambutan. Jadi, inisiatif diri
dan kekuatan atitud amat perlu dalam mengaplikasikan program sebegini.

4.2.6 Kajian terhadap persetujuan hukuman kepada individu yang tidak


bekerjasama

Borang soal selidik yang dijalankan untuk mengetahui respon terhadap


persepsi mereka mengenai tindakan terhadap masyarakat yang tidak bekerjasama
bagi melaksanakan program kitar semula. Jadual 4.9 di bawah menunjukkan majoriti
daripada responden iaitu 81.6 peratus bersetuju supaya hukuman dilaksanakan oleh
kerajaan sebagai pengajaran bagi mereka yang tidak bekerjasama untuk
melaksanakan hasrat kerajaan tersebut.

Jadual 4.9 : Perbandingan peratusan terhadap persetujuan hukuman kepada


individu yang tidak bekerjasama

Tahap Kefahaman Bilangan Responden Peratusan (%)


Setuju 204 81.6
Tidak Setuju 46 18.4
Jumlah 250 100

Pengubalan undang-undang boleh diakta, tetapi dalam melaksanakan ia harus


praktikal dan bukan setakat teori. Ia bukan satu jenayah tetapi penekanan dalam diri
sendiri memberikan motivasi secara tak langsung tehadap individu itu sendiri. Hasil
analisa menunjukkan bahawa bangsa Cina adalah majoriti memberi persetujuan
dalam pengubalan undang-undang bagi menyedarkan masyarakat terhadap
43

kritikalnya kitar semula sisa pepejal. Ia di ikuti dengan bangsa Melayu dan
seterusnya India.

4.2.7 Kajian terhadap kaedah paling berkesan bagi menjayakan program


kitar semula

Jadual 4.10 : Perbandingan peratusan terhadap kaedah paling berkesan bagi


menjayakan program kitar semula
Bilangan
Kaedah Paling Berkesan Peratusan (%)
Responden
Pendidikan 86 34.4
Penguatkuasaan 42 16.8
Pendidikan & 121 48.4
Penguatkuasaan
Lain-Lain 1 0.4
Jumlah 250 100

Berpandukan Jadual 4.10 di bawah, peratusan tertinggi adalah sebanyak 48.4


peratus yang menyatakan bersetuju supaya kaedah pendidikan dan penguatkuasaan
dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat paling efektif untuk menjayakan
program kitar semula. Sementara itu, pendidikan sahaja merupakan peratusan kedua
yang tertinggi dalam memberi kesedaran dan diikuti penguatkuasaan sebanyak 16.8
peratus dan yang terakhir iaitu lain-lain sebanyak satu peratus.

Masyarakat Melayu menunjukkan peratusan tertinggi dalam memberi


sokongan perlaksanaan undang-undang dalam pendidikan dan penguatkuasaan.
Susulan berikutnya adalah dari masyarakat India, Cina dan lain-lain. Bagi kategori
umur pula, umur dibawah 17 tahun memberikan peratusan paling tinggi dan diikuti
peringkat antara 18-30 tahun, peringkat umur 31-54 tahun dan 55 tahun katas.
Kesemua data-data ini berpandukan hasil data soal selidik di Lampiran B.

Penguatkuasaan merupakan satu perkataan yang kadang-kala membebankan


masyarakat. Malahan ia merupakan satu tekanan dan membuat rasa tidak selesa
terhadap pengguna. Tinjauan hasil dari soal selidik ini mendapati responden ingin
44

membuat pembaharuan terhadap penguatkuasaan dan pendidikan. Dapat


dibincangkan di sini bahawa majoriti masyarakat iaitu responden bersetuju sekiranya
diperkukuhkan lagi institusi-intitusi penguatkuasaan dan pendidikan. Jika
diperhatikan secara logik, ada baiknya juga sekira institusi penguatkuasaan ini
diperketatkan. Kebiasaannya apabila penguatkuasaan ini diperluas dan dilaksanakan
mungkin barulah masyarakat mulai sedar sebenarnya tanpa penguatkuasaan juga
boleh dilaksanakan. Tidak kiralah apa jua bentuk hukuman seperti denda yang
maksimum atau penjara yang maksimum, undang-undang ini harus dijadikan
landasan sebagai peraturan yang harus dipatuhi demi menjaga kepentingan alam
sekitar malah kebersihan masyarakat kita sendiri.

Pendedahan haruslah bermula di peringkat sekolah lagi kerana pendidikan


daripada peringkat awal dapat membuka minda disamping amalan ini di praktikkan
dan akan menjadi kebiasaan sekaligus menjadi rutin pelajar. Justeru itu, organisasi
pendidikan seperti sekolahsekolah, kolejkolej dan universiti-universiti mestilah
bersungguh-sungguh dalam mengaplikasi program kitar semula.

Kekurangan pendekatan tentang kesedaran program kitar semula menjadikan


kempen ini kurang efektif dan tidak menjadi. Ia seperti ditunjukkan di dalam gambar
foto 4.1 hingga 4.4. Oleh itu kempen gotong royong atau kursus motivasi,
seharusnya diterapkan agar pelajar-pelajar menjadi lebih peka dan rasa
bertanggungjawab tentang keutamaan pengurusan program kitar semula dan
penjagaan alam sekitar demi masa depan sejagat dapat dilaksanakan dengan baik.
45

Gambar Foto 4.1 : Gambar menunjukkan sampah sampah yang dibuang


tanpa pengasingan.

Gambar Foto 4.2 : Gambar menunjukkan sampah sampah yang dibuang


masih dengan cara lama.
46

Gamabar Foto 4.3 : Gambar menunjukkan sampah sampah yang dibuang


tanpa pengasingan.

Gambar Foto 4.4 : Gambar menunjukkan terdapat sampah-sampah yang


dibuang di tempat awam.
4.3 Cadangan Meningkatkan Keberkesanan Program Kitar Semula

Kesedaran sivik mengenai cara pembuangan sampah yang sempurna oleh


warga penduduk Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur masih jauh ketinggalan
berbanding warga negara lain seperti di Australia, Jepun, Sweden dan Korea. Warga
penduduk taman ini mengambil mudah tanpa memikirkan kesan sampingan yang
akan berlaku kepada sampah dan sisa pepejal domestik yang dibuang jika tidak
menggunakan cara betul. Oleh yang demikian, program-program berikut merupakan
cadangan-cadangan yang boleh diambil adalah seperti berikut:

(a) Pembentukkan Institusi

Pembentukkan institusi ini menggalakkkan pembentukkan Jabatan


Perkhidmatan Bandar di semua Penguasa-Penguasa Tempatan bagi
47

melaksanakan perkhidmatan pembersihan bandar secara menyeluruh dan


meletakkan kuasa terhadap pengurusan pekerja-pekerja dan kenderaan yang
diperlukan di bawah Jabatan berkenaan. Malahan pembentukkan ini dapat
memberikan penumpuan yang berterusan di dalam sesuatu kawasan.

(c) Penyediaan sistem latihan yang tetap kepada kakitangan yang


terlibat dalam pengurusan sisa-sisa pepejal

Sistem latihan yang kekal ini dapat menguatkan komponen


pengurusan sisa-sisa pepejal dalam program-program latihan. Ia dapat
membaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sisa-sisa pepejal melalui
mengwujudkan kakitangan utama yang betul-betul mahir dalam kerja
tersebut.

(d) Mengukuhkan penguatkuasaan dan pendidikan

Pengarauh pendidikan awal dari institusi kekeluargaan dan di sekolah


harus ditekankan secara berperingkat-peringkat. Penguatkuasaan pula harus
dilaksanakan secara berterusan dalam menangani cara pembuangan sampah
yang betul.

(e) Memperbaiki pengurusan kenderaan berteknologi

Menaiktarafkan kenderaan berteknologi tinggi bagi memudahkan


pemprosesan awal kitar semula dari rumah Kenderaan pengangkutan sampah
ini mempunyai ciri-ciri alam yang selamat dan menjimatkan masa.
48

(f) Perbanyakan Pusat Pengumpulan Kitar Semula

Memudahkan kelancaran proses pembuangan sampah yang hendak


dikitar semula. Tidak lagi mengambil masa dan jarak yang panjang .
Memberikan keyakinan dan kesungguhan masyarakat untuk betapa
pentingnya penjagaan alam sekitar.

(g) Peningkatan Ilmu Dan Teknologi Dalam Penjagaan Alam Sekitar

Kerajaan negara kita seharusnya menambahkan lagi bidang pengajian


yang berasaskan alam sekitar, terutamanya di institusi peringkat tinggi supaya
ia lebih banyak pakar-pakar dalam bidang ini dihasilkan. Kehadiran pakar-
pakar yang lebih banyak, nescaya teknologi kitar semula ini dapat
ditingkatkan dan seterusnya mencapai kejayaan dalam penjagaan alam
sekitar.

(h) Pembentukkan sistem maklumat untuk pengurusan sisa-sisa


pepejal

Pembentukkan sistem maklumat untuk pengurusan kitar semula ini


dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kitar semula.
Dasar sistem maklumat berkomputer ini akan meliputi sistem pengawalan
kecekapan pemungutan sampah pada setiap rumah. Data-data dari setiap
rumah akan diperolehi.

(i) Peningkatan Kesedaran Masyarakat

Meningkatkan kesedaran masyarakat, kempen-kempen yang


bertemakan cinta pada alam sekitar atau melalui ceramah, forum
49

perbincangan, seminar yang diberikan boleh membantu. Disamping itu,


media-media yang berbentuk elektronik atau percetakan juga boleh
mengambil peranan dalm dalam mendidik masyarakat negara kita terhadap
kepentingan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai