Anda di halaman 1dari 7

10.

Kekuda

Kekuda kayu ke kekuda besi? Yang mana lagi bagus? Seringkali menjadi perbincangan di
forum-forum laman sesawang. Kriteria permilihan kekuda ni ada banyak. Kalau banyak
sangat berpikir benda tu tak elok macam mana nak buat keputusan. Dari segi ketahanan,
bagi saya kedua-duanya bagus sebab kedua-dua sudah meluas digunakan di Malaysia.

Dari pengamatan saya, diantara kebaikan dan keburukan kekuda kayu adalah seperti
berikut:
Kebaikan:
1) Mudah didapati.
2) Ramai tukang boleh buat.

Keburukan:
1) Banyak bengkok - Kalau nak pilih jadi mahal (tak semua hardware/saw mill boleh pilih2)
2) Kayu tak matang - kayu muda2, yang matang susah nak dapat sekarang ni
3) Orang kata kalau kayu tak matang, bubuk dan anai-anai suka makan

Walaupun bubuk dan anai-anai suka makan kayu, serangga2 ni akan mengambil masa
untuk sampai ke kekuda anda. Biasanya akan main2 dulu sekitar kawasan rumah. Kalau
nampak boleh la terus racun, kalau tidak dia akan panjat dinding. Apabila dah nampak
kesan pada dinding tu maknanya mungkin dah tak dapat nak diselamatkan. Susah nak tahu
anai2 dah makan kayu, nampak kayu luaran cantik tapi bila picit kayu tu rapuh.

Banyak cara orang kata nak elak anai2 makan kayu kekuda, antaranya adalah guna kayu
masak yang dah berubat atau catkan dengan minyak hitam enjin diesel. Tapi saya tak tahu
la sejauh mana keberkesanannya.

Diantara kebaikan dan keburukan kekuda besi adalah seperti berikut: (peribadi)
Kebaikan:
1) Lurus dan tidak bengkok
2) Ringan dan mudah dipasang
3) Tak dimakan bubuk dan anai-anai

Keburukan:
1) Ketahanan (kekuatan) kurang berbanding kayu
2) Jarak antara trusses disarankan 2 kaki bagi mengelakkan melendut
3) Sukar didapati disesetengah tempat, sekitar kawasan Kemaman tiada setahu saya, kena
ambil di Dungun.
4) Tak semua tukang pandai pasang kekuda besi

Untuk projek ini saya menggunakan kekuda besi. Besi truss dipasang di atas tanah terlebih
dahulu sebelum diangkat ke bahagian bumbung. Kerja-kerja membuat trusses tersebut
memakan masa 3 hari sahaja untuk rumah ini. Dan 2 hari untuk mengangkat semua kekuda
trusses ke atas. Jika nak cepat boleh sewa kren, tetapi untuk projek ini tak sesuai sebab
jalan masuk lembut dan tidak sesuai untuk kenderaan berat.

(kekuda besi disusun jarak 2' dan dipasang L-bracket)


(yang kecik ni boleh diangkat oleh seorang per set kekuda, sorg angkat dari bawah, sorg
lagi sambut kat atas)
(tukang indon guna 5 tenaga pekerja, dan komplain berat)
(dorang minta belanja air kerana kepenatan, atas dasar kemanusiaan saya turutkan)

(lihatlah saiz kekuda tersebut, besar)


(sebahagian kekuda yang telah siap dipasang)

(dua orang je buat pasang batten kekuda)


(jig yang digunakan untuk mendapatkan jarak yang sama antara batten)

(papan pemanis separuh dah pasang)


(kerja2 pemasangan papan pemanis ditengah panas)

(sebahagian pepan pemanis yang telah siap dipasang)

Kekuda besi ada range harga bergantung pada jenis dan ketebalan. Terdapat 3 jenis yang
biasa digunakan, 1) True core, 2) Zinclume, dan 3) GI. True core paling baik dan mahal, Gi
paling murah. Biasanya projek perumahan oleh pemaju hanya gunakan GI. Ketebalan
untuk ketiga2 bahan tersebut boleh didapati pada 0.75mm, 0.8mm, dan 1mm. Ikut poket
masing2.

Perbelanjaan pada peringkat ini:


1) Besi kekuda Truss C-Channel Zinclume 0.75mm, 180 batang, RM25.50/batang =
RM4590
2) Besi kekuda Truss C-Channel GI 0.8mm, 136 batang, RM26.50/batang = RM 3604
(Zinclume takde stock, terpaksa beli GI, mahal lagi sebab tebal)
3) Besi kekuda Batten Zinclume, 130 batang, RM15/batang = RM1950
4) Skru kekuda, 7 packets, RM50/1000pcs = RM350
5) L-bracket, 100 pcs, RM1.50/pc = RM150
6) Skru wall plug, 200 pcs, RM1/pc = RM200
7) Prima Plank (papan pemanis jenis fiber simen), 22 keping, RM18/keping = RM396
8) Valley Gutter (longkang atap), 3 keping, RM25/keping = RM75
9) Skru prima plank (tapping screw 1 1/2", mata besi) sekotak (1000 pcs) RM38 (tukang
kata skrunya panjang sangat, 1" dah cukup)
10) Cas transport RM150 2kali hantar sebab tukang salah kira kuantiti (kira rugi RM150) =
RM300

Semasa kerja2 kekuda dibuat, saya hantar pasir halus untuk plaster nanti, guna lori besar
(tayar 10). Dah 2 biji lori terbenam, driver lori dah merajuk dan kata dah tak mahu hantar ke
site ini lagi.

Kerja-kerja pembaikan jalan masuk dijalankan dengan memanggil CASE yang berada di
site sebelalah oleh pemaju. Kerja-kerja melibatkan memindahkan tanah yang sudah jadi
bubur dan meratakan jalan masuk dengan crusher run yang sedia ada di tapak. Kalau
diikutkan habis 1 1/2 lori jugak crusher run yang digunakan. Hanya kautim dengan driver,
dia buat kerja selepas waktu kerja dia di site pemaju. Sejam dari pukul 5 hingga 6 petang.
Beri upah ke dia RM50.

(jalan masuk yang lembut oleh kerana air bertakung ditambun dengan crusher run)

Anda mungkin juga menyukai