Anda di halaman 1dari 37

1.

0 PENGENALAN

Industri pembinaan merangkumi sektor yang merancang perancangan kerja yang


baik Setiap projek pembinaan memerlukan kumpulan kerja dan kepakaran untuk
merancang, membina dan memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar.

Seterusnya penggunaan bahan asas dalam pembinaan adalah penting.

1
2.0 DEFINISI

Dalam kerja pembinaan , pemilihan jenis jenis bahan dan peralatan amat penting
kerana ia dapat menentukan hasil kerja yang baik, kemas dan amat penting dari aspek
keselamatan.Selain itu, Pemilihan bahan yang betul juga dapat memberikan kekuatan
kepada hasil kerja.

3.0 BATU BATA

Bata merupakan komponen utama yang diperlukan ketika seseorang hendak


membina rumah. Dulu, kita hanya mengenal jenis batu bata merah yang dibuat dari
tanah liat yang dibakar, dan batako yang dibuat dari campuran pasir dan simen yang
dicetak. Kini, ada banyak sekali pilihan material utama dinding ini. Masing-masing
mempunyai kekurangan dan kelebihan yang perlu anda tahu sebelum memilih mana
yang tepat.

Bata merupakan :

2
Salah satu bahan utama dalam pembinaan bangunan. Bahan-bahannya terdiri
daripada:

3.0.1 Tanah liat

3.0.2 Pasir dan Simen

3.0.3 Pasir dan Kapur.

3.0.4 Berbentuk segiempat bujur, dibuat daripada bahan tak organik yang keras
dan lasak

3.0.5 Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan

3.0.6 Ukuran panjang 2 kali ukuran lebarnya, campur dengan tebal 1 lapisan ikatan
mortar, ukuran tebalnya ialah lebih kurang 2/3 ukuran lebarnya.

3.0.7 Pelbagai jenis dan bentuk, bergantung kepada jenis dan punca bahan mentah,
cara pengilangan dan kegunaannya.

3
Saiz piawai bagi bata adalah seperti di bawah:

Rajah 1: Saiz Piawai Bata

4
3.1 Jenis - Jenis Batu Bata

3.1.1 Batu bata merah

Rajah 2: Batu Bata Merah

Bata merah dibuat dari proses pembakaran tanah liat yang sebelumnya sudah
dicetak. Beratnya rata-rata 3 kg. Bata jenis ini biasanya menggunakan mortar
campuran simen dan pasir. Kelebihannya adalah harganya murah, lebih banyak
dikenali sehingga banyak orang tahu cara memasangnya, tidak mudah retak, dan
sejuk.

Malangnya, bata ini memerlukan kos yang tinggi dan masa pemasangan lebih
lama. Bata merah juga berat sehingga akan membebankan struktur di bawahnya.
Kesulitan pemasangan dengan rapi, bata merah memerlukan lapisan plaster yang lebih
tebal.

Kerana mempunyai warna yang eksotik dan terkesan natural vintage, bata merah
banyak juga dibentuk sebagai bata tampal, sehingga terkesan seperti dinding bata
pendedahan. Bata ini harganya lebih mahal kerana sudah dibuat dengan pewarnaan
dan pelapisan khusus.

5
3.1.2 Batako

Rajah 3: Batako

Batako dibuat dari pelbagai material, mengikut jenis yang dikehendaki. Ada yang
dibuat daripada campuran simen dan pasir. Jenis lain dicampur dari batu tras dengan
dengan kapur dan air, bahkan ada juga yang dibuat dari batu bara. Bahan ini sudah
menunjukkan bahawa penggunaannya akan membuat bilik jadi terasa lebih panas.
Sedangkan bata merah yang dibuat dari tanah liat sifatnya lebih sejuk. Ditinjau dari
segi kekuatan, batako juga lebih terdedah retak.

Kelebihannya adalah bentuk yang lebih tepat dan lebih besar daripada bata merah,
sehingga proses membina lebih cepat dan mudah. Batako press juga dinilai cukup

6
padat dan tahan api. Pemasangan yang lebih cepat juga akan mengurangkan kos
bangunan. Plesteran yang diperlukan juga lebih sedikit dan mudah dipotong.

3.1.3 Bataton

Rajah 4: Bataton

Bataton dibuat dari campuran pasir, simen, batu-batu kecil, agregat, air, dan
bahan tambahan lain. Bentuknya berbeza-beza, sudah disesuaikan dengan aneka
keperluan bangunan. Di bahagian dalam, biasanya terdapat lubang sehingga kita boleh
menaruh rangka besi penopang bangunan. Boleh juga untuk saluran paip, kabel
elektrik, ringbalk, dan keperluan lain.

7
Bataton memudahkan para tukang dalam menyelesaikan pekerjaan, kerana lebih
menjimatkan. Jika memakai bata merah, diperlukan acuan dan bingkai struktur.
Proses kerja lebih lama dan rumit, kerana acuan harus dilepas lagi. Sementara dengan
bataton, tidak perlu menggunakan beksiting. Pembuatan ruang boleh langsung
dikerjakan dengan bataton tersebut.

3.1.4 Bata Ringan/Hebel

8
Rajah 5: Bata Ringan / Hebel

Bata ringan dibuat dengan mesin kilang, sehingga menghasilkan bata yang lebih
halus, ringan, dan rata. Sesuai namanya, bata ini ringan dan tidak membebankan
struktur. Bentuknya yang rapi boleh mempercepatkan pelaksanaan dan
meminimumkan jumlah pemaikaian material. Bata ringan dibuat dari pasir kuarsa,
simen, kapur, gipsum, pasta alumunium, dan air.

Kerana sudah halus, bata ringan boleh langsung diaci tanpa perlu ditampal, meski
pemakaian pelsteran juga tidak dilarang. Bata ringan juga kalis air dan suara, serta
tahan pada gempa bumi. Malangnya, bata jenis ini berharga relatif lebih mahal dari
bata merah. Penjual pun masih didominasi kedai material besar saja dan harus dibeli
dalam jumlah yang sangat banyak. Memasangnya diperlukan keahlian khusus, tidak
seperti memasang bata merah yang sudah banyak diketahui tekniknya.

4.0 BESI

9
Pemilihan besi dilakukan berdasarkan fungsi-fungsinya,posisi struktur,keperluan
standard dan spesifikasi. Kriteria pemilihan yang terlibat adalah jenis besi, saiz besi
dan bilangan tetulang yang diperlukan. Oleh itu pengiraan dan penyediaan besi-besi
tetulang dilakukan setelah penentuan dan spesifikasi tetulang ditetapkan.

4.1 Jenis-jenis Besi Tetulang

Rajah 6: Besi Tetulang

Dalam Rural Building besi yang lazim digunakan adalah berbentuk bulat dan
mempunyai permukaan licin. Jenis bar yang mempunyai permukaan kasar dan
berpintal adalah lebih baik. Ini adalah kerana konkrit memegang dan melekat lebih
kuat pada permukaan kasar. Rajah dibawah menunjukkan rupabentuk besi tetulang
berpermukaan kasar dan licin.

10
4.2 Secara Spesifik Besi Tetulang Terbahagi Kepada Beberap Jenis

4.2.1 Keluli Bulat

Dibuat daripada keluli lembut /mild steel mempunyai kekuatan tegasan 432
hingga 510 N/mm memenuhi standard BS 4449

4.2.2 Keluli Terubah Bentuk

Diperbuat daripada besi bulat khas yang mempunyai 2 jaluran timbul yang
condong melingkari bar tersebut. Ia mempunyai kekuatan tegasan 478 MN/mm atau
lebih dan memenuhi standard BS 4461

4.2.3 Besi Tetulang Berpintal

Terdapat 2 jenis Bar berpintal iaitu Square Twisted Bar dan Twin Twisted Round
Bar. Ia dihasilkan dengan menegang dan memintal untuk dipadu dengan 2 bar bersaiz
sama. Mempunyai kekuatan tegasan 432 MN/mm.

4.2.4 Tetulang Anyaman/Besi Bersirat (Steel febric reinforcement)

11
Diperbuat dalam bentuk hamparan dengan anyaman bersegi yang dikimpal pada
setiap simpang. Saiz hamparannya ialah 4800 x 2400mm. Terbahagi kepada 2 jenis
anyaman iaitu anyaman persegi tepat dengan saiz seginya 200 x 200mm dan anyaman
persegi lonjong dengan saiz seginya 200 x 100mm dan 400 x 100mm.Mempunyai
kekuatan tegasan 400 hingga 494 N/mm memenuhi standard BS 4483.

4.3 Takrifan Konkrit Bertetulang

Rajah 7: Pembinaan Menggunakan Konkrit Bertetulang

12
Konkrit bertetulang ialah suatu pembentukan hasil gabungan dari sifat-sifat yang
berbeza pada konkrit dan keluli. Gabungan ini dapat menghasilkan satu kekuatan
untuk menahan daya mampatan dan tegangan.

Bahan-bahan ini merupakan bahan-bahan binaan yang kuat dan tahan lasak bagi
menjadikannya sebagai suatu anggota bangunan. Ia boleh dibentuk kepada
bentuk-bentuk yang berbeza-beza dengan saiz yang berubah-ubah. Misalnya dari
suatu tiang segiempat yang mudah hinggalah kepada bentuk kubah (dome) yang
langsing dan melengkung.

5.0 KAYU

Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang
lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu
mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan
bahan binaan yang lain

5.1 Jenis - Jenis kayu

13
Antara jenis-jenis kayu yang terdapat di negara kita ialah meranti, cengal,
jelutung dan sepetir. Saiz kayu ditentukan mengikut tebal, lebar dan panjang.

Rajah 8: Kayu Meranti Rajah 9: Kayu Cengal

Rajah 10: Kayu Jelutung Rajah 11: Kayu Sepetir

5.2 Penggunaan Struktur Kayu

Kayu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:

14
5.2.1 Anggota struktur yang ringan dalam struktur kekal ; rasuk, tiang, rangka
bangunan, bumbung kayu, lantai, pintu.

5.2.2 Pembinaan berat seperti kekuda bumbung berat, cerucuk, jambatan, jeti.

5.2.3 Tujuan hiasan seperti dinding sekat, perabot, para-para.

5.2.4 Struktur sementara seperti acuan konkrit, peranca, tupang

5.2.5 Pembinaan alat pengangkutan seperti kapal, jeti, landasan keretapi.

5.2.6 Perusahaan berasaskan kayu seperti papan lapis, kayu lapis, papan serat.

15
5.3 Kekuatan Kayu

5.3.1 Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya
dalam menanggung beban.

5.3.2 Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh
dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan,
kekuatan ricihan, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta
rintangan terhadap api.

5.4 Sifat-Sifat Kekuatan Kayu

5.4.1 Kekuatan tegangan - sifat rintangan terhadap daya tegangan yang menarik
kayu itu.

5.4.2 Kekuatan mampatan - diuji dalam arah selari ira dan dalam arah tegak
kepada ira.

5.4.3 Kekuatan lenturan - ukuran kekuatan bahan ini yang ditentukan melalui ujian
lenturan statik.

5.4.4 Kekuatan ricih - sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba
menggelansar.

5.3.5 Kekerasan - bergantung pada keadaan ira dan unsur-unsur lain dalam
rongganya

16
5.3.6 Rintangan terhadap hentaman dan rekahan

5.5 Faktor Mempengaruhi Sifat Kekuatan Kayu

5.5.1 Kandungan lembapan

5.5.2 Ketumpatan

5.5.3 Kecacatan

5.5.4 Rawatan pengawetan

5.5.5 Suhu

5.5.6 Masa

5.6 Klasifikasi Kayu

5.6.1 Kekuatan kayu dapat diketahui daripada pengkelasan kayu. Selain dari
kekuatan kayu, ketumpatan kayu juga dapat diketahui.

5.6.2 Kayu boleh diklasifikasikan dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan


faktor kekuatan kayu.

17
5.6.3 Manakala klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasikan
sebagai kayu keras-berat, kayu keras-sederhana, kayu keras-ringan dan kayu
lembut.

5.6.4 Ciri kayu keras mempunyai daun yang lebar dan biji benih berkulit manakala
kayu lembut daripada jenis tumbuhan berbentuk kon yang dicirikan dengan
daun berbentuk jarum dan biji benih tanpa kulit.

5.7 Teknik Penyambungan Kayu

5.7.1 Tanggam Melebar, Siku, Pemidang dan Memanjang

5.7.2 Perekat Glu PVA dan Glu Sentuh

5.7.3 Paku - Kepala rata dan Kepala Panel

5.7.4 Skru Kepala bulat, Kepala timbul dan Kepala benam

18
5.8 Tanggam

5.8.1 Tanggam kayu adalah bahagian yang digunakan untuk mencantumkan atau
menyambungkan struktur kayu atau papan. Cara penyambungan yang cekap
harus dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan
kekuatan kayu yang padu

5.8.2 Penggunaan tanggam pada struktur kayu dapat memberikan altenatif yang
baik dalam mempelbagaikan penggunaan struktur tanggam dalam sesuatu
pembinaan. Antara kebaikan penggunaan tanggam ialah dapat menghasilkan
struktur binaan yang ringan. Dapat menjimatkan kos dan bahan . Dapat
mengekalkan sifat-sifat kecantikan . Menambah kekukuhan binaan . Dapat
menyambung struktur kayu

19
5.9 Perekat

5.9.1 Perekat merupakan suatu bahan cecair yang dapat memegang struktur bahan
diantara satu satu sama lain melalui penyentuhan permukaan.

5.9.2 Perekat di gunakan untuk mendapatkan kekuatan yang secukupnya pada


struktur sambungan jejari.

5.10 Kebaikan Kayu Dalam Sektor Pembinaan

5.10.1 Nisbah Kekuatan Berat yang tinggi

5.10.2 Senang dipotong, diratakan, dipaku dan diskru

5.10.3 Rupa dan Kemasan yang cantik

5.10.4 Kealiran haba dan elektrik yang rendah

5.10.5 Ketahanlasakan yang tinggi

5.10.6 Kos berpatutan dan mudah diperolehi

5.10.7 Sesuai untuk semua kegunaan

5.11 Keburukan Kayu Dalam Sektor Pembinaan

5.11.1 Mudah terbakar

5.11.2 Pengecutan

5.11.3 Mudah diserang oleh serangga perosak

20
5.11.4 Susah didapati dan menggalakan pembalakan secara besar-besaran

5.11.5 Urat kayu tidak sekata dan menyukarkan proses mengetam dan kemasan

5.12 Penggunaan Kayu Pada Binaan

5.12.1 Kotak Bentuk

Rajah 12: Penggunaan Kotak Bentuk

Kotak bentuk atau formwork merupakan binaan sementara yang biasadigunakan


dalam industri pembinaan bagi sesebuah bangunan yang terdapatberbagai-bagai jenis
bahan yang boleh digunakan untuk membuat kotak bentukiaitu seperti kayu,keluli dan
plastik.

Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakandalam industri pembinaan adalah dari


jenis kayu. Ini kerana ianya mudah dipasang dan dikendalikan.Kayu yang hendak

21
digunakan untuk membuat kotak bentuk mestilah dari jenis kayu yang baik dan telah
di jemur dengan sempurna. Ini kerana kayu jenisini mempunyai kualiti dan kekuatan
yang boleh memastikan keteguhannyasemasa konkrit dituang, dipadat,digetarkan dan
semasa konkrit diset

5.12.2 Bumbung

Rajah 13: Penggunaan Kayu Pada Bumbung

22
Bumbung ialah kompenen struktur bangunan yang paling atas berbentuk rata dan
curam . struktur bumbung dibina daripada kayu untuk menanggung beban diri, beban
penutup bumbung dan beban angin.

6.0 SIMEN

Antara material yang penting dalam satu-satu projek pembinaan atau ubahsuai
pejabat atau rumah, simen merupakan antara barang-barang asas pertukangan.
Terdapat pelbagai jenis simen yang digunakan di tapak pembinaan.

6.1 Jenis - Jenis Simen

23
6.1.1 Simen Portland Biasa

Rajah 14: Simen Portland Biasa

Simen jenis ini dihasilkan dengan proses pembakaran yang terkawal. Bahan tanah
liat dan kapur yang menjalani proses pembakaran itu akan menjadi hangus. Campuran
bahan gypsum dibuat mengikut nisbah tertentu utuk mengawal masa bekunya. Simen
jenis ini begitu meluas digunakan untuk membuat motar dan konkrit.

24
6.1.2 Simen Penghalang Sulfat

Rajah 15: Simen Penghalang Sulfat

Simen jenis ini lebih sesuai digunakan di kawasan yang berair dan mengandungi
asid sulfurik dan garam tinggi bagi menjamin kekuatan konkrit yang akan digunakan
kerana ia menghalang tindakan sulfat.

25
6.1.3 Simen Bewarna

Rajah 16: Simen Bewarna

Digunakan dalam kerja-kerja hiasan pada sambungan bata, permukakan lantai,


lepaan tembok dan kegunaan lain yang difikirkan sesuai. Hendaklah disimpan
berasingan dari simen-simen yang lain untuk mengelak dari percampuran warna.

26
Ia terdiri dari pelbagai warna seperti coklat, putih, hitam, hijau, biru, kuning dan
sebagainya.

6.1.4 Simen Portland Cepat Keras

Rajah 17: Simen Portland Cepat Keras

Simen jenis ini pula dibuat lebih halus dari simen-simen yang lain untuk
mendapatkan kekuatan yang maksimum dan akan cepat mengeras dalam cuaca yang
sejuk serta lembap. Sesuai untuk kegunaan di kawasan yang basah serta berair.

7.0 PASIR

Penggunaan dan pemilihan pasir dalam industri pembinaan ini amatlah penting
kerana ianya mempengaruhi kekuatan pada struktur bangunan.

7.1 Jenis - Jenis Pasir

7.1.1 Pasir Merah

Pasir merah atau suka dipanggil pasir Jebrod kalau di daerah Sukabumi atau
Cianjur kerana pasirnya diambil dari daerah Jebrod Cianjur. Pasir Jebrod biasanya

27
digunakan untuk Bahan Cor kerana mempunyai ciri lebih kasar dan batuannya agak
lebih besar.

7.1.2 Pasir Elod

Ciri ciri dari pasir elod ini adalah apabila dikepal dia akan mengumpal dan tidak
akan puyar kembali. Pasir ini masih ada campuran tanahnya dan warnanya hitam.
Jenis pasir ini tidak bagus untuk bangunan. Pasir ini biasanya hanya untuk campuran
konkrit konkrit agar boleh digunakan untuk dinding stuko, atau untuk campuran
pembuatan batako.

7.1.3 Pasir Pasang

Iaitu pasir yang tidak jauh beza dengan pasir jenis elod lebih halus dari pasir
konkrit. Ciri-cirinya apabila dikepal akan menggumpal dan tidak akan kembali ke
semula. Pasir pasang biasanya digunakan untuk campuran pasir konkrit agar tidak
terlalu kasar sehingga boleh dipakai untuk plesteran dinding.

7.1.4 Pasir Konkrit

Iaitu pasir yang warnanya hitam dan butirannya cukup halus, namun apabila
dikepal dengan tangan tidak menggumpal dan akan puyar kembali. Pasir ini baik
sekali untuk pemutus, plesteran dinding, asas, pemasangan bata dan batu.5. pasir
Sungai adalah pasir yang diperolehi dari sungai yang merupakan hasil gigisan
batu-batuan yang keras dan tajam, pasir jenis ini butirannya cukup baik (antara 0,063
mm - 5 mm) sehingga merupakan adukan yang baik untuk pekerjaan pasangan.
Biasanya pasir ini hanya untuk bahan campuaran saja.

28
8.0 KAPUR

Kapur adalah sejenis bahan pengikat yang telah digunakan dalam perusahaan
binaan bangunan sejak zaman dahulu.

Proses pembuatan dengan cara pembakaran.digunakan dalam bancuhan mortar


untuk mengikat bata,melepa dan mengecat. Antaranya ialah kapur hidraulik.

9.0 BATU BAUR

Batu baur ialah bahan-bahan seperti pasir dan batu kerikil yang digunakan dalam
pembuatan konkrit. Batu baur digunakan dalam konkrit kerana ia menghasilkan
ketahanan dan kemudahan kerja konkrit. Batu baur dikelaskan kepada dua jenis
iaitu batu baur halus (menembusi ayakan 5mm) dan batu baur kasar (tidak menembusi
ayakan 5mm).

29
9.1 Jenis Jenis Batu Baur

Rajah 18: jenis Batu Baur

9.2 Sifat Batu Baur Yang Diperlukan

Batu baur mestilah keras dan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh
menukarkan isipadunya apabila terdedah kepada cuaca dan bahan yang boleh
merosakkan bar tetulang.

Batu baur mestilah bersih dan bebas daripada kekotoran bahan-bahan organik.
Ketulan batu baur mestilah tidak disaluti habuk, lumpur dan tanah liat kerana ia boleh
menghalang proses penghidratan, mengurangkan daya lekitan simen dan boleh
merosakkan bar tetulang

30
10.1 UJIAN KUIB KONKRIT(CUBE TEST)

Ujian ini dibuat setiap hari kerja konkrit dilaksanakan. Pada amnya, enam kiub
ujian hendaklah disediakan. Bagi ujian kiub spesimen kiub 15 cm X 15 cm X 15 cm
digunakan. Konkrit ini dituang ke dalam acuan dengan cara yang betul supaya tidak
mempunyai sebarang lompang. Selepas 24 jam acuan ini dikeluarkan dan spesimen
ujian diletakkan di dalam air untuk pengeringan.

Permukaan atas spesimen ini perlu dibuat walaupun dan licin. Ini dilakukan
dengan meletakkan pes simen dan merebak dengan lancar di kawasan keseluruhan
spesimen. Ujian kekuatan pecahan sebanyak tiga kiub hendaklah diuji pada hari
ketujuh (7) dan tiga kiub yang lain pada hari ke 28. Beban diberi tekanan secara
beransur-ansur pada kadar 140 kg / cm2 seminit hingga ke Spesimen gagal. Beban
pada kegagalan dibahagikan dengan kawasan spesimen memberikan kekuatan
mampatan konkrit. Keputusan dari ujian-ujian ini akan memberi gambaran bahawa
campuran itu adalah betul. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada
kekuatan konkrit yang telah dibuat.

31
10.1 Tujuan

10.1.1 Menentukan kekuatan konkrit

10.1.2 Keputusan ujian ini memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah
betul dan kekal. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada
konkrit yang dibuat.

10.1.3 Kekuatan konkrit akan diuji pada hari ke-7 dan hari ke-28

10.2 Peralatan Ujian Kuib Konkrit

10.2.1 Radas - Mesin ujian mampatan

32
10.2.2 Penyedian Spesimen kuib Konkrit - Peratusan dan bahan untuk membuat
spesimen ujian ini adalah dari konkrit yang sama yang digunakan dalam
projek pembinaan.

10.2.3 Spesimen - 6 kuib dengan saiz maksimum 15 cm gred (G) 15 dan ke


atas.

10.3 Pensampelan

10.3.1 Bersih kan acuan dan sapukan minyak di lapisan permukaan acuan

10.3.2 Isikan konkrit dalam acuan dengan ketebalan lapisan tidak melebihi 5
cm setiap lapisan

10.3.3 Padakan setiap lapisan tidak kurang daripada 35 kali hentakan setiap
lapisan menggunakan rod keluli (bar keluli berdiameter 16 mm dengan
panjang 60 cm).

10.3.4 Pastikan permukaan atas lapisan dikeringkan dan diratakan dengan kain
guni.

10.4 Pengawetan

Spesimen ujian disimpan dalam udara lembap untuk 24 jam dan selepas tempoh
ini spesimen ditanda dan dikeluarkan dari acuan dan disimpan tenggelam di dalam air
tawar yang jelas sehingga dibawa keluar sebelum menguji.

10.5 Langkah Berjaga-jaga

33
10.5.1 Air untuk pengawetan perlu diuji setiap 7days dan suhu air mestilah 27 +
-2oC.

10.6 Prosedur

10.6.1 Keluarkan spesimen dari air selepas masa pengawetan tertentu dan
menghapuskan air yang berlebihan dari permukaan.

10.6.2 Ambil dimensi spesimen yang hampir kepada 0.2 m.

10.6.3 Bersihkan permukaan galas mesin ujian

10.6.4 Letakkan spesimen ke dalam mesin dimana beban yang dikenakan


bertentangan dengan kedudukan kuib.

10.6.5 Jajarkan spesimen berpusat pada plat asas mesin.

10.6.6 Putar bahagian alih perlahan-lahan dengan tangan supaya ia menyentuh


permukaan atas spesimen.

10.6.7 Tekanan terhadap beban akan dikenakan secara beransur-ansur tanpa


kejutan dan berterusan pada kadar 140kg / cm2 / minit hingga
spesimen gagal.

10.6.8 Rekodkan beban maksimum dan ambil perhatian apa-apa ciri-ciri yang
luar biasa dalam jenis kegagalan.

34
11.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, bahan binaan merupakan suatu elemen yang penting


digunakan sebagai asas dalam membina sesuatu pembinaan. Dalam hal ini
penggunaan bahan yang baik dan kos pembinaan yang rendah amatlah
berbaloi .selain .pemilihan jenis bahan perlulah mengikut spesifikasi yang betul.
Akhir sekali , kita perlu memastikan bahan binaan kita mencukupi dan berkualiti
tinggi.

35
12.0 RUJUKAN

12.0.1 http://ihsanikb.blogspot.my/p/pengenalan.html

12.0.2 http://pembinaan2011.blogspot.my/2011/02/pengenalan-pembinaan.html

12.0.3 http://batubatasubjekkv.blogspot.my/p/pengenalan-batu-bata.html

12.0.4 http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2012/09/kerja-logam-unit-4.html

12.0.5 http://bangloimpianku.blogspot.my/2013/05/bahan-asas-binaan-rumah.html

12.0.6 http://ezlinaesa.blogspot.my/2014/02/kayu.html

12.0.7 https://www.bahanbinaan.com/single-post/2017/05/23/Jenis-jenis-simen

12.0.8https://sites.google.com/site/wanidaita/assignments/homeworkforweekofoctobe
r11th

36
12.0.9 https://www.slideshare.net/beskalitam/konkrit

37

Anda mungkin juga menyukai