Anda di halaman 1dari 38

STUDENT INFORMATION:

STUDENT
NO. 201405040068
NAME MOHAMAD SYAFIQ BIN
SHAFIEI
PHONE
NO. 017-3880593

E-MAIL
longchai547@yahoo.com

ASSESSMENT INFORMATION:
SUBJECT PUBLIC HEALTH SUBJECT
NAME CODE BNEH 2112
TUGASAN INDIVIDU
SOALAN 3
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2000 telah
menetapkan 8 Saharan (Goal) antarabangsa untuk dicapai
ASSIGNMENT
menjelang tahun 2015 yang dikenali sebagai Millennium
DETAILS
(title) Development Goals (MDGs).Hurai dan bincangkan 2 sasaran
berikut dalam konteks Malaysia.
a) Goal 6- Combat HIV/AIDS, Malaria and Tuberculosis
b) Goal 7- Ensure environmental sustainability

LECTURER /
HAJI TAJUDIN BIN PETALING JAYA
TUTORS HAJI HAMZAH CAMPUS /
NAME PROVIDER

DUE DATE 15 JANUARI 2016 SUBMITTED 15 JANUARI 2016


ON

Signature Syafiq Date 15 JANUARI 2016


RINGKASAN EKSEKUTIF

I. PENGENALAN

Cadangan projek ini dikenali sebagai CADANGAN LEBUHRAYA PANTAI BARAT


JAJARAN PERAK. Jajaran lebuhraya utama adalah bermula dari negeri Perak di
penghujung jambatan Sg. Bernam di koordinat 348'8.84"N, 10059'45.59"E dan
akan merentasi ke utara ke persimpangan di antara Jalan Persekutuan 60 dan Plaza
Tol Changkat Jering Lebuhraya Utara Selatan di koordinat 446'55.28"N,
10043'15.29"E. Jajaran Perak juga merangkumi jajaran sambungan timur ke barat
sepanjang 40 km dari Segari ke Siputeh. Jajaran Perak adalah lanjutan dari Jajaran
Selangor yang berakhir di Jambatan Sg Bernam dan bermula dari Banting melalui
Tanjung Karang.

II. PEMAJU / PERUNDING PROJEK

Pemaju projek ini ialah WEST COAST EXPRESSWAY SDN BHD.

WEST COAST KING EXPRESSWAY SDN BHD


41-2 & 41-3,
Jalan Anggerik Vanilla BE 31/BE
Kota Putra,
Seksyen 31
40460 Shah Alam, Selangor
Nama : Dato Wira Bakri Bin Samah
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif
Tel. No. : 03-5131 6992 / 3
Fax No. : 03-5131 6998

Perunding alam sekitar yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan


Preliminary Environmental Impact Assessment ini adalah ENVIRONMENT ASIA
SDN BHD,

ENVIRONMENT ASIA FOR ASIAN SDN. BHD


81B Jalan SS22/23
Damansara Jaya
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Nama : Mr. Boris Henry
Jawatan : Ketua Konsultan
Tel. No. : 03-7722 3088
Fax : 03-7722 3099

Analisis kualiti air, ambien udara, bunyi dan getaran dijalankan oleh sebuah makmal
analisis yang telah mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia
(SAMM), CHEMBIO LABORATORY SDN BHD.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti potensi impak positif dan negatif
terhadap alam sekitar ketika pelaksanaan aktiviti-aktiviti projek serta langkah-
langkah tebatan yang perlu diambil untuk mengurangkan impak yang bakal diterima.

III. KEPERLUAN PERNYATAAN

Lebuhraya yang dicadangkan akan mengurangkan masa perjalanan dan


mewujudkan penyambungan rangkaian pengangkutan yang lebih cekap di pantai
barat. Lebuhraya yang dicadangkan juga selari dengan Rancangan Malaysia
Kesepuluh dan Rancangan Struktur Negeri Perak 2020 dalam menyediakan
Rangkaian Pengangkutan Multimodal yang bertujuan untuk meningkatkan
kecekapan perdagangan, meningkatkan sistem logistik dan memperbaiki
penyambungan infrastruktur di samping mengintegrasikan rangkaian jalan raya
negeri di peringkat serantau, negeri dan daerah. Ia juga akan menyediakan
sambungan tambahan antara Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan
membantu merealisasikan objektif Program Transformasi Ekonomi (ETP).

IV. KEPERLUAN UNDANG-UNDANG

Cadangan projek ini diklasifikasikan sebagai aktiviti yang ditetapkan di bawah Aktiviti
9: Infrastruktur (Pembinaan Lebuhraya) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti
Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987, Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974. Laporan ini akan dihantar ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak
untuk mendapatkan kelulusan memandangkan cadangan tapak projek akan melalui
kawasan negeri Perak
V. PERIHAL PROJEK

Lebuhraya yang dicadangkan melibatkan pembinaan lebuhraya bahagi dengan 4


lorong dan 14 persimpangan baru dan 4 kawasan hentian rehat.Terdapat 4
bahagian yang melibatkan pembinaan jajaran baru sepanjang 99.2 km manakala
bahagian melibatkan kerja menaik taraf laluan Jalan Persekutuan 5 sedia ada dari
persimpangan Teluk Intan Barat ke persimpangan Kg. Lekir adalah sepanjang 32.8
km. Terdapat juga satu perhubungan timur-barat sepanjang 40 km di Kinta yang
melibatkan 2 bahagian dengan pembinaan jajaran jalan tunggal yang baru dan 1
kerja menaik taraf Jalan Persekutuan 73. Bahagian Pertama ialah Seksyen 8 dari
jambatan Sg. Bernam (sebelum Persimpangan ke Hutan Melintang) ke
Persimpangan Teluk Intan Barat sepanjang 19.1 km. Bahagian kedua ialah pakej
menaik taraf FR5 sedia ada berukuran 32.8 km di antara persimpangan barat Teluk
Intan berhampiran Sg. Perak ke Kg. Lekir. Bahagian ketiga adalah Seksyen 9
sepanjang 28 km bermula dari persimpangan Kg. Lekir ke persimpangan Changkat
Cermin. Bahagian seterusnya (Seksyen 10) adalah 16.6 km panjang dari Changkat
Cermin ke Beruas. Seksyen 11 adalah 35.5 km panjang dari persimpangan Beruas
ke persimpangan Taiping Selatan di Changkat Jering dan mempunyai dua lagi
persimpangan di A130 dan Trong. Jajaran baru di sepanjang jajaran utama adalah
132 km panjang. Hubungan timur-barat berdekatan dengan Kinta dikenali sebagi
Hubungan Segari Seputih dari Changkat Keruing ke Parit ke Siputeh dan
berukuran 40 km panjang. Dari Seputih ke Parit, hubungan ini terdiri daripada kerja
menaik taraf 9 km jalan FR73 sedia ada kepada dual 2 lane carriageway dan juga
kerja pembinaan jalan tunggal baru sepanjang 16 km dari Parit ke arah barat dan
bergabung dengan jajaran utama di persimpangan Kinta Barat berdekatan Kg.
Kedah. Dari perimpangan ini, jalan tunggal baru sepanjang 15 km akan dibina ke
Changkat Keruing dan menyambung ke jalan sedia ada di Segari. Jajaran ini
mempunyai 13 jambatan lintasan alur air utama, 26 lintasan jalan (ROB & RUB) dan
9 jambatan pejalan kaki. Bagi projek ini jumlah penambakan dijangka tinggi
disebabkan kawasan rendah yang luas yang perlu dinaikkan sehingga ke tahap gred
yang sesuai. Anggaran jumlah potong adalah kira-kira 10.17 juta m3 manakala
bahan penambakan ialah 18.36 juta m3. Projek ini dicadangkan akan siap dalam
tempoh 63 bulan dari April 2013 hingga Jun 2018.
VI. PILIHAN PEMBANGUNAN PROJEK

Faktor-faktor seperti kesesuaian projek dengan guna tanah di sekelilingnya,


perkaitannya dengan strategi dan polisi kerajaan persekutuan dan kerajaan
tempatan, nilai sosio ekonomi serta impak terhadap alam sekitar diambil kira dalam
pemilihan jenis pembangunan di kawasan projek. Jajaran pilihan telah dipilih
berdasarkan pelbagai kajian kemungkinan yang dijalankan untuk menentukan laluan
terbaik dan panjang lebuhraya dengan mengambil kira aspek fizikal, biologi dan
sosioekonomi guna tanah yang sedia ada serta aspek-aspek kejuruteraan dan
kekangan bajet. Pilihan kaedah pembinaan akan berkaitan dengan jenis kaedah
menanam cerucuk dan kaedah rawatan tanah untuk memastikan kerja-kerja asas
telah dilakukan dengan baik.

VII. PERSEKITARAN SEDIA ADA


A. Persekitaran Fizikal
Topografi
Topografi dalam ROW jajaran terdiri dari kawasan rendah (1 m 28 m di atas paras
laut) hingga kawasan berbukit (setinggi 280 m di atas paras laut).
Hidrologi dan Aliran Sungai
Lebuhraya yang dicadangkan akan merentasi 13 sungai iaitu Sg. Dedap, Sg.
Renggam, Sg. Kayan, Sg. Dendang / Beruas, Sg. Nyior, Sg. Air Terjun, Sg. Terong,
anak Sg. Sendok, Sg. Bukit Gantang, Sg. Perak (2 kali lintasan), anak Sg. Perak dan
Sg. Bkt. Berapit. Jajaran ini terletak dalam zon tadahan air Sg. Perak, Sg. Beruas,
Sg. Jarum Emas, Sg. Temerloh, Sg. Temerloh dan Sg. Larut / Sg. Jaha. Terdapat 4
takat pengambilan air di hilir Sg. Perak pada jajaran di Seksyen 12 dan EFR Pakej 3
iaitu Teluk Kepayang, Kampung Paloh, Kampung Gajah dan Seri Iskandar.
Geologi
Profil geologi di kawasan projek lazimnya terdiri daripada pembentukkan dari zaman
Quaternary dan Karboniferous. Sumber mineral yang direntasi oleh jajaran yang
masih tidak dilombong (dan berkemungkinan tidak) termasuk tanah liat bola di
Penempatan Kg.Tok Madinah di Changkat Jering.
Tanih
Keseluruhan tapak projek terletak di atas Selangor-Kangkung, Beriah-Lempung
Organan & Muck, Telemong-Akob-Lanar Tempatan, Holyrood-Lunas, Serdang-
Bungor-Munchong, Rengam-Bukit Temiang and Tanah Curam.
Siasatan tanah pada 16 lubang gerudi penerokaan telah dijalankan. Tanah liat marin
dengan ketebalan maksimum 30m dikesan untuk lubang gerudi BH8-1, BH-1, BH-2,
BH-3, 2BH-1 dan 2BH-2 dari Sg. Bernam ke Setiawan. Pada masa ini tiada tanah
gambut dikesan berdasarkan keputusan penyiasatan tanah.
Cuaca
Tapak projek terletak di kawasan beriklim khatulistiwa yang mempunyai kelembapan
relatif yang tinggi dan suhu yang sekata untuk sepanjang tahun.

Gunatanah
Sebahagian besar gunatanah sedia ada di sepanjang koridor 5 km tapak projek
terdiri daripada kawasan ladang kelapa sawit (43.96%) dan ladang getah (17.08%).
Sungai dan kawasan berair merangkumi 14.64% gunatanah keseluruhan. Tanaman
lain juga dijumpai termasuk kelapa (4.67%), koko (0.27%), pisang (0.32%) dan
tanaman lain (0.54%). Kawasan perlombongan bijih besi merangkumi 0.72%
daripada gunatanah keseluruhan dalam Seksyen 10 dan 11 manakala kawasan
bandar merangkumi 1.09% daripada jumlah gunatanah. Sebanyak 2.08% adalah
hortikultur campuran di kampung-kampung yang terletak di sepanjang Seksyen 10
dan Seksyen 11. Kawasan berpaya meliputi 8.06% daripada jumlah guna tanah
dalam lingkungan 5 km.

Kualiti Air
Sampel air diambil dari hulu dan hilir 13 sungai iaitu Sg. Perak (Lintasan 1), Sg.
Dedap, Sg. Renggam, Sg. Kayan, Sg. Dendang / Beruas, Sg. Nyior, Sg. Air Terjun,
Sg. Terong, Sg. Sendok, Sg. Bukit Gantang, Sg. Perak (2 kali lintasan), anak Sg.
Perak dan Sg. Bkt. Berapit. Keputusan persampelan kualiti air menunjukkan tahap
Index Kualiti Air untuk stesen-stesen persampelan adalah dari 39.7 ke 82.6 dan
berada di bawah Kelas II (76.5 - 92.7), Kelas III (51.9 - 76.5) dan Kelas IV (31.0
51.9).
Kualiti Udara
Persampelan kualiti udara telah dijalankan di 7 lokasi yang terletak berhampiran
dengan kawasan reseptor sensitif. Keputusan kualiti ambien udara menunjukkan
bacaan parameter gas pencemar (TSP, NO2, CO dan SO2) adalah rendah dan
berada di bawah had yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Malaysia.
Kualiti Bunyi
Hasil pengukuran paras bunyi bising menunjukkan bahawa tahap bunyi bising waktu
siang (LAeq) adalah dari 53.5 dB(A) ke 73.3 dB(A) dan tahap bunyi bising waktu
malam adalah dari 44.2 dB(A) ke 69.0 dB(A). Kebanyakan keputusan menunjukkan
bahawa tahap kebisingan bagi siang dan malam telah melebihi had yang ditetapkan.
Secara keseluruhan, paras bunyi sedia ada di kawasan-kawasan di sepanjang
jajaran Perak secara amnya adalah tinggi.

Getaran
Pengukuran getaran telah dijalankan di 5 lokasi di sepanjang tapak projek. Paras
getaran yang diukur di reseptor sensitif berdekatan berada dalam lingkungan 0.311
hingga 1.91 mm/s. Paras getaran tertinggi (1.91 mm/s) dicatatkan di stesen V1 yang
terletak berdekatan dengan Masjid Kg Sri Perkasa.

Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan Kawasan Warisan


Cadangan projek tidak berada dalam mana-mana kawasan sensitif kecuali di
bahagian di mana jajaran merentasi Hutan Simpan Bubu. Walau bagaimanapun,
bahagian jajaran ini telah diwartakan untuk pembinaan lebuhraya seperti yang
dinyatakan dalam Rancangan Struktur Negeri Perak 2020.
B. Ekosistem Biologi Sedia ada
Flora dan Fauna
Jajaran Perak melalui pelbagai habitat, termasuk ladang kelapa minyak sawit, sawah
padi, pertanian sara hidup, hutan sekunder, dan habitat riparian. Kebanyakan
penjajaran Perak juga akan menyeberang melalui kampung dusun dan tanaman lain
berskala kecil. Jajaran ini tidak akan melintasi sebarang kawasan paya gambut atau
paya bakau. Jajaran juga akan melalui sebahagian kecil kawasan di bahagian
selatan Hutan Simpan Bubu (15.13 ha) yang terdiri daripada hutan pamah
dipterokarp dan hutan bukit dipterokap. Selain daripada Hutan Simpan Bubu,
spesies fauna di kawasan pertanian dan ladang tanaman dijangka agak rendah.
Jajaran Perak akan merentasi SL12: Bubu - Hutan Simpan Bakau Matang Central
Forest Spine (1) di kawasan lintasan Sg. Terong.
C. Sistem Sosio-Ekonomi Semasa

Pengambilalihan Tanah
Sebanyak 1,004 lot tanah yang merangkumi 987 lot tanah persendirian dan 17 lot
tanah kerajaan akan diambilalih.
Sosio-Ekonomi
Kajian telah dijalankan ke atas penduduk yang tinggal di dalam lingkungan koridor 1
km dari cadangan jajaran pada bulan Ogos September 2011. Penilaian dibuat
berdasarkan data julung yang dikutip melalui teknik tinjauan dan pemerhatian
setempat. Seramai 125 individu telah ditemubual daripada 14 lokasi dalam zon
pengaruh projek. Sebahagian besar (94.0%) daripada mereka yang ditemubual
adalah sama ada Sangat bersetuju atau Bersetuju dengan cadangan projek ini
dan tiga sebab utama yang diberikan adalah Mengurangkan kesesakan jalan raya,
memendekkan masa perjalanan dan Memudahkan aktiviti perjalanan. Sebaliknya
mereka yang Tidak bersetuju atau Sangat tidak bersetuju memberikan sebab-
sebab seperti mengakibatkan masalah kesihatan, pencemaran udara,
menjejaskan keselamatan jalan raya dan sukar untuk aktiviti perniagaan. Walau
bagaimanapun, hasil penilaian telah menyimpulkan bahawa lebih banyak faedah
boleh diperolehi berbanding kos terhadap alam sekitar fizikal atau manusia.
Infrastruktur dan Utiliti
Lembaga Air Perak bertanggungjawab bagi membekalkan air ke seluruh negeri
Perak. Bekalan elektrik dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui
sistem grid kebangsaan. Syarikat Telekom Malaysia (STBM) membekalkan sistem
telekomunikasi ke kawasan projek melalui kabel bawah tanah. Pengurusan sisa
pepejal di sepanjang jajaran projek untuk Perak adalah di bawah bidang kuasa
majlis-majlis tempatan yang terlibat. Indah Water Konsortium (IWK)
bertanggungjawab bagi pengoperasian dan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan
awam dan saluran paip kumbahan bawah tanah.

VIII. IMPAK BERPOTENSI


A. Fasa Pra-pembinaan
Tiada impak dijangka berlaku semasa fasa pra-pembinaan. Potensi impak dari
aspek sosio-ekonomi adalah daripada proses pengambilalihan mana-mana tanah
yang perlu.
B. Fasa Pembinaan
Hakisan dan Sedimentasi Tanah
Kadar purata hakisan tanah tapak projek untuk keadaan sedia ada adalah rendah
hingga sederhana dan dijangka sebanyak 0.111 hingga 43.433 ton/hek/thn. Senario
yang paling teruk di mana semua vegetasi di kawasan at-grade dibersihkan
semasa fasa pembinaan dan kadar hakisan tanah dijangkakan dari 12.839 hingga
217.167 ton/hek/thn. Setelah tamatnya fasa pembinaan, kejadian hakisan tanah dan
kesan-kesannya akan berkurangan kerana kawasan yang terdedah akan diturap dan
ditutupi dengan rumput.
Perparitan dan Banjir
Potensi impak pada rejim hidrologi adalah perubahan dalam air larian dalam
kawasan tadahan hasil peningkatan kawasan yang kurang telap dan juga
pengekalan yang lebih pendek akibat penukaran gunatanah daripada kawasan
tumbuhan ke tanah kosong ketika fasa pembinaan.
Pencemaran Air
Pembersihan tapak dan kerja tanah akan menyebabkan lapisan atas tanah terdedah
kepada hakisan air hujan dan seterusnya larian air yang berkelodak akan mengalir
ke dalam sistem perparitan dan sungai-sungai seperti Sg. Perak, Sg. Dedap, Sg.
Renggam, Sg. Kayan, Sg. Dendang / Beruas, Sg. Nyior, Sg. Air Terjun, Sg. Terong
Sg. Sendok, Sg. Bt. Gantang dan Sg. Bkt Berapit. Selain itu, penyimpanan dan
pelupusan bahan buangan secara sembarangan juga menyebabkan keadaan parit
tersumbat yang akan menjadi tempat pembiakan vektor dan mewujudkan masalah
estetik. Impak terhadap aspek kualiti air termasuk peningkatan tahap TSS,
kekeruhan, BOD, COD serta minyak dan gris terhadap sungai-sungai dan kawasan
sawah padi. Pencemaran air juga boleh menjejaskan aktiviti akuakultur di hilir jajaran
(contohnya Sg. Terong).
Pencemaran Udara
Punca-punca pencemaran udara adalah penghasilan dan penyebaran debu
daripada aktiviti pembinaan, kenderaan dan mesin berat. Namun begitu,
pencemaran debu adalah sementara dan untuk jangka masa yang pendek
memandangkan pengoperasian mesin dan kenderaan berat akan disetempatkan
dan dihadkan kepada waktu kerja yang dibenarkan sahaja.
Pencemaran Bunyi
Kesan pencemaran bunyi semasa fasa pembinaan dijangka setempat dan
sementara. Dengan perlaksanaan langkah-langkah tebatan, paras bunyi akan
diminimumkan ke tahap yang boleh diterima.
Getaran
Semasa fasa pembinaan, punca-punca getaran di kawasan sensitif yang berdekatan
adalah daripada kerja-kerja penanaman cerucuk dan pergerakan trak pengangkutan.
Ekologi
a) Kawasan Pertanian & Pakej Naik Taraf
Sebarang impak terhadap flora adalah minima memandangkan ROW cadangan
jajaran lebuhraya adalah di atas rizab sungai dan jalan sedia ada yang ditutupi
rumput dan belukar atau tapak pertanian yang terdiri daripada kelapa sawit atau
sayur-sayuran. Tiada spesis endemik yang akan terjejas dan pembersihan flora di
dalam tapak projek tidak akan memberi kesan terhadap biodiversiti tumbuhan di
kawasan tersebut. Jumlah dan diversiti spesis haiwan di sepanjang tapak projek
juga adalah rendah kerana kekurangan kawasan vegetasi dan habitat semulajadi.
Justeru itu, tiada sebarang impak dijangkakan ke atas spesis haiwan.
b) Hutan Simpan Bubu
Kesan pembersihan ekosistem hutan termasuklah framentasi, pemendapan,
kehilangan habitat, gangguan manusia, pencerobohan kawasan hutan berdekatan
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jajaran melalui tanah hutan simpan hanya
1.9% daripada jumlah lebuhraya dan kawasan ini telah diwartakan dalam
Rancangan Struktur Negeri Perak 2020 untuk pembinaan lebuhraya.
Laluan Masuk & Trafik
Semasa fasa pembinaan, jalan sedia ada akan digunakan sebagai jalan utama
untuk mengangkut bahan pembinaan dan memunggah sisa buangan pembinaan.
Sebarang tumpahan ke atas jalan awam akan mendatangkan masalah trafik dan
seterusnya gangguan dan potensi bahaya terhadap pengguna jalan awam.
Peningkatan trafik semasa fasa pembinaan dijangka tidak akan menyebabkan
masalah kesesakan trafik di jalan-jalan sedia ada denagn pelan pengurusan trafik
yang baik. Impak trafik dijangka untuk jangka masa yang pendek dan dihadkan
semasa fasa pembinaan sahaja.
Sosio-ekonomi
Kesan sosial akibat daripada pengambilalihan tanah akan membawa kepada
penempatan semula penduduk atau penghuni rumah/bangunan. Sebanyak 1,004 lot
tanah yang merangkumi 987 lot tanah persendirian dan 17 lot tanah kerajaan akan
diambilalih. Gangguan terhadap pejalan kaki dan kenderaan dijangka untuk
kawasan kampung yang dipisahkan oleh jajaran seperti di Kg. Bendang Siam.
Aktiviti-aktiviti pembinaan yang akan mewujudkan kesan estetik termasuk
pembersihan tanah, relokasi utiliti / struktur yang sedia ada, penanaman cerucuk
dan pembinaan lebuhraya. Aktiviti pembinaan akan menyebabkan kemerosotan
estetik kerana bahan binaan dan buangan akan diletakkan di sekitar kawasan kerja
tapak projek. Fasa pembinaan mungkin akan mendatangkan sedikit sebanyak kesan
positif kepada penduduk tempatan dari segi penambahan jumlah aktiviti, keperluan
bekalan-bekalan harian dan perbelanjaan runcit yang disebabkan oleh peningkatan
jumlah pekerja. Secara amnya, kesan negatif yang akan muncul adalah gangguan
trafik tempatan yang sementara dan peningkatan kesesakan lalulintas di sepanjang
jalan-jalan yang terjejas. Dari segi kebaikan ekonomi pula, peningkatan aktiviti
perniagaan dan aktiviti sampingan yang lain dijangka akan menjanakan lebih banyak
pendapatan kepada kerajaan negeri melalui pengutipan cukai. Peluang pekerjaan
untuk penduduk tempatan juga akan meningkat melalui perkembangan aktiviti
perlaburan. Namun begitu, peningkatan jumlah pekerja asing mungkin menimbulkan
konflik dengan penduduk tempatan dari segi cara atau tabiat hidup. Di samping itu,
penambahan saiz populasi juga membawa kepada permintaan perkhidmatan awam
dan fasiliti/infrastruktur yang melebihi kapasiti sedia ada di kawasan projek dan
seterusnya melibatkan kos sosial yang lebih tinggi.
Sisa Pepejal dan Sisa Buangan Terjadual
Pelupusan sisa pepejal secara sebarangan boleh membahayakan kesihatan
penduduk tempatan. Semua bahan buangan terjadual perlu disimpan, dibuang dan
dihapuskan mengikut PeraturanPeraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)
2005.
Projek Terbengkalai
Impak-impak yang akan berlaku akibat daripada projek terbengkalai semasa kerja
tanah atau fasa pembinaan termasuklah pemendapan, penakungan atau saluran air
tersumbat oleh sisa pembinaan, pencemaran air, aduan daripada orang awam dan
pandangan buruk di sekitar tapak projek.
C. Fasa Operasi
Perparitan dan Banjir
Aktiviti pembinaan boleh menyebabkan pengolahan rejim aliran hidrologi yang sedia
ada dan banjir di hulu tapak projek. Sebarang kejadian banjir setempat atau banjir
kilat boleh dicegah dengan mereka bentuk parit-parit yang mencukupi untuk fasa
operasi. Peningkatan air larian permukaan di dalam kawasan projek akan disalirkan
ke dalam sistem perparitan yang terdiri daripada embankment shoulder drains,
median U-drains, parit tepi jalan, parit bawah tanah and bridge deck drainage.
Pencemaran Air
Tiada impak signifikan dijangkakan untuk pencemaran air semasa fasa operasi.
Impak pencemaran air yang berpunca daripada tumpahan minyak/bahan kimia,
jelaga dari paip ekzos dan pembuangan sampah yang sembarangan mungkin
berlaku pada tahap yang minima.
Pencemaran Bunyi
Permodelan paras bunyi dijalankan untuk isipadu trafik yang dijangkakan sehingga
tahun 2028. Keputusan menunjukkan bahawa paras bunyi pada waktu siang
dijangka pada 54.3 75.5 dBA (2018) dan 54.9 77.0 dBA (2028) manakala paras
bunyi pada waktu malam dijangka pada 51.0 69.4 dBA (2018) dan 51.2 69.6 dBA
(2028). Berdasarkan permodelan dan pola transmisi paras bunyi, 1 kawasan pada
tahun 2018 dan 1 lagi kawasan pada tahun 2028 memerlukan benteng rintangan
bunyi setelah projek mula beroperasi sepenuhnya.
Getaran
Getaran daripada aktiviti trafik di semua kawasan dijangka kurang daripada 5 mm/s
dan berada dalam lingkungan had JAS untuk Risiko Kerosakan pada Bangunan.
Dengan itu, tiada kesan negatif getaran dijangkakan.
Pencemaran Udara
Punca utama pencemaran udara adalah perlepasan gas ekzos kenderaan yang
menggunakan cadangan lebuhraya ini. Permodelan dijalankan untuk mengenalpasti
jumlah perlepasan CO dari peningkatan aktiviti trafik di tapak projek dengan
menggunakan CALINE 4. Secara keseluruhannya, peningkatan tahap CO adalah
tidak signifikan kerana tahap yang diramalkan adalah lebih rendah daripada had
yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Malaysia pada 30 ppm.
Ekologi
A) Hutan Simpan Bubu
Terdapat peningkatan akses awam ke rizab hutan dan boleh menyebabkan
pembersihan tanah dan pembangunan bahagian hutan yang terpisah. Risiko haiwan
melintas kawasan lebuh raya juga akan berlaku jika pagar tidak dibina. Konflik
manusia-hidupan liar juga mungkin timbul antara bahagian hutan yang terpisah
dengan ladang dan penempatan berdekatan.
B) SL12: Bubu - Hutan Simpan Bakau Matang
Jajaran yang menyeberangi rantaian sekunder ini juga boleh mengganggu
hubungan antara hutan tanah tinggi dari Hutan Simpan Bubu dengan hutan bakau
dari Hutan Simpan Bakau Matang jika tiada jambatan atau jejambat disediakan.
Trafik
Apabila cadangan pembangunan siap sepenuhnya, ia dijangka akan mendatangkan
kebaikan jangka masa panjang dalam pengurangan masalah kesesakan lalu lintas di
jalan sedia ada.
Sosio-ekonomi
Semasa pengoperasian lebuhraya, faedah dari segi sosio ekonomi untuk penduduk
tempatan berkait rapat dengan pengurangan masa perjalanan di pantai barat Perak.
Di samping itu, perkhidmatan pengangkutan yang efektif juga akan meningkat dan
memanfaatkan mereka yang berulang alik ke kerja atau untuk melawat kawan dan
saudara mara. Projek ini juga dapat menambahkan peluang pekerjaan untuk
populasi tempatan. Di samping itu, permintaan untuk kawasan perumahan bagi
jangka masa panjang dijangkakan akan berubah disebabkan akses yang mudah.
Pembangunan di kampung-kampung berdekatan juga dijangka akan meningkat
disebabkan oleh akses yang lebih mudah.
Sisa Pepejal dan Buangan Terjadual
Sisa buangan pepejal yang dihasilkan akan dikendalikan dan dilupuskan oleh pihak
berkuasa tempatan. Tiada sebarang impak dijangkakan dari aktiviti pelupusan sisa
pepejal.
Projek Terbengkalai
Projek terbengkalai semasa fasa operasi hanya boleh berpunca daripada sebab-
sebab yang luar biasa dan semua struktur pembinaan perlu dirobohkan dan
dilupuskan. Tapak projek sebegini akan mewujudkan kesan yang tidak estetik,
habitat pembiakan vektor penyakit dan aktiviti anti sosial manakala pekerja-pekerja
juga perlu ditamatkan perkhidmatannya.
IX. CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENEBATAN

Langkah-langkah kawalan adalah diringkaskan di dalam Jadual A.

Impak Berpotensi Projek aktiviti dan Cadangan langkah-langkah Impak residu


Sumber tebatan
pencemaran
I)PERSEKITARAN Fasa Pembinaan Kawalan Hakisan Tiada
FIZIKAL Pembersihan tapak, Aktiviti pembersihan tanah harus
Kawalan hakisan kerja tanah, dijalankan mengikut jadual
tanah penanaman cerucuk pembangunan untuk
dan aktiviti meminimasikan kawasan yang
pembinaan terdedah. Kerja-kerja tanah dan
pembinaan harus dimulakan
secepat yang mungkin setelah
kawasan tersebut dibersihkan.
Zon pemampan / koridor vegetasi
harus dikekalkan untuk memisahkan
kawasan yang dibersihkan dengan
laluan air berdekatan. Koridor
vegetasi haruslah sekurang-
kurangnya 10 m lebar.
Kerja penanaman rumput di
kawasan terdedah harus dijalankan
secepat yang mungkin untuk
mengurangkan hakisan tanah. Jika
penanaman rumput tidak boleh
dilaksanakan, perlindungan
sementara seperti plastik / geotekstil
harus dipasang.
Fasa Operasi Kawalan Sedimentasi Tiada
Parit sementara dan kolam
perangkap mendap harus dibina
sebelum bermulanya kerja tanah
untuk mengawal arah aliran air
larian permukaan untuk
mengelakkan pemendapan sedimen
secara terus ke sungai.
Wash trough harus dipasang di
jalan keluar dari tapak projek untuk
memastikan roda kenderaan bersih
sebelum keluar dari tapak kerja. Air
cuci dari wash trough seharusnya
dialirkan balik ke kolam perangkap
mendap.
Check dams akan dibina di
kawasan strategik untuk mengawal
dan mengurangkan kadar larian air
permukaan di dalam parit
sementara.
Tiada langkah kawalan diperlukan
kerana kerja-kerja penurapan dan
landskap akan dijalankan di tapak
Projek.
Pencemaran air Fasa Pembinaan Pengendalian dan penyimpanan
Pembersihan tapak, produk-produk petroleum serta
kerja tanah, penyelenggaraan mesinmesin
penanaman cerucuk pembinaan harus diberikan
dan aktiviti perhatian dan dilakukan dengan
pembinaan sebaiknya.
Tangki-tangki simpanan minyak
diesel dan drum-drum minyak perlu
diletakkan di kawasan berbumbung,
bertar, berbenteng dan saluran
keluarnya perlu dilengkapi dengan
tempat takungan minyak.
Tumpahan minyak perlu
dibersihkan secepat mungkin untuk
mengelakkan pencemaran minyak
di saliran air/sungai dan parit umum.
Minyak dan gris terpakai harus
disimpan di kawasan yang telah
ditentukan dan menjauhi saliran air
sebelum dilupuskan oleh kontraktor
berlesen.
Simen/bitumen perlu disimpan
sebaiknya di dalam kawasan kerja
dan pembuangan bahanbahan ini
ke dalam sungai dan di tepi jalan
harus dielakkan.
Semua sisa-sisa pembinaan perlu
dikumpulkan di kawasan yang
menjauhi saliran air sebelum
dilupuskan di tempat pelupusan
yang ditentukan oleh pihak
bandaraya.
Penyimpanan dan pengendalian
bahan buangan terjadual perlu
dilaksanakan mengikut Peraturan-
peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Buangan Terjadual) 2005. Tempat
simpanan berasingan perlu
disediakan untuk sisa-sisa buangan
yang berlainan.
Sistem pemindahan kumbahan di
R&R dan plaza tol harus
diselenggara supaya tiada
kebocoran sebelum bersambung
dengan loji rawatan kumbahan di
luar tapak.
Kedai-kedai makan harus
dipasang dengan alat perangkap
minyak untuk mengelakkan minyak
dan gris daripada memasuki sistem
kumbahan dan sistem perparitan.
Efluen dari R&R harus mematuhi
Piawai B Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Kumbahan) 2009 kecuali
di Seksyen 12 dan EFR Pakej 3
(Standard A).
Pelan tindakan kecemasan
hendaklah disediakan untuk kes
tumpahan dari lori pengangkutan
yang mengangkut pelbagai bahan di
atas lebuhraya ketika fasa operasi.
Hidrologi dan Fasa Pembinaan Parit sementara akan dibina untuk
banjir Pembersihan tapak, mengalirkan air larian permukaan ke
penanaman cerucuk dalam kolam perangkap kelodak
dan aktiviti sebelum ia memasuki sungai untuk
pembinaan mengurangkan kejadian banjir dan
penakungan air.
Parit sementara harus
diselenggara secara kerap untuk
mengelakkan pemendapan tanah
atau parit tersumbat bagi
memastikan tidak timbulnya
masalah hirologikal.
Kolam perangkap kelodak dan
parit sementara harus direkabentuk
mengikut piawaian dan syarat-
syarat yang digariskan oleh MSMA
Edisi Kedua.
Biomas dan sisa-sisa pembinaan
harus dilupuskan dengan langkah-
langkah yang sewajarnya supaya
sistem perparitan tidak terhalang.
Penghalangan dan pangalihan
laluan air sedia ada di sepanjang
penjajaran harus dielakkan.
Fasa Operasi Sistem perparitan yang
merangkumi embankment shoulder
drains, pipe culvert drains,
median U-drains, parit tepi jalan,
culverts dan bridge deck
drainage akan dibina untuk
mengalirkan air dengan efektif dan
mengelakkan banjir.
Kriteria rekabentuk pembetung
dan parit tepi jalan hendaklah
mematuhi prosedur piawaian
terbaru yang disyorkan oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS)
Malaysia
Penyelenggaraan parit harus
dilakukan bagi memastikan kapasiti
parit adalah mencukupi untuk
menerima, menampung dan
mengalirkan keluar air larian
permukaan dari lebuhraya.
Pencemaran udara Fasa Pembinaan Mengendalikan tapak kerja
Pembersihan tapak, secara kemas dan teratur unyuk
kerja tanah, mengawal pnyebaran habuk dengan
penanaman cerucuk efektif.
dan aktiviti Pembakaran terbuka sampah
pembinaan sarap atau sisa vegetasi di dalam
tapak projek dilarang sama sekali.
Semua kenderaan yang
digunakan untuk aktiviti pembinaan
harus dikekalkan dalam keadaan
yang baik dan dipandu dengan betul
untuk megurangkan asap hitam dan
perlepasan jelaga.
Kenderaan yang mengangkut
bahan binaan dan sisa buangan
harus ditutup dengan kanvas untuk
mengurangkan penyebaran debu
dan partikulat ke atmosfera
kawasan sekeliling.
Kelajuan kenderaan di dalam
tapak pembinaan harus sentiasa
perlahan untuk mengurangkan
peningkatan habuk.
Pengawasan udara yang kerap
harus dijalankan untuk menentukan
tahap pencemaran udara.
Kemudahanwash trough atau
fasiliti pembasuhan tayar kenderaan
harus disediakan di jalan keluar dari
tapak projek ke jalan awam. Sisa air
dariwash trough perlu disalurkan
ke dalam suatu kawasan takungan.
Fasa Operasi Kesemua kenderaan yang
Perlepasan dari menggunakan cadangan lebuhraya
kenderaan harus mengikut had kelajuan yang
ditetapkan.
Langkah penebatan fizikal yang
lain tidak diperlukan kerana takat
pencemaran udara semasa fasa
operasi adalah tidak signifikan
Pencemaran bunyi Fasa Pembinaan Menghadkan jangka masa kerja
Bunyi dari aktiviti untuk aktiviti pembinaan yang
pembinaan dan menjanakan bunyi bising.
mesin/kenderaan Menubuhkan saluran komunikasi
berat di antara kontraktor/pemaju, pihak
berkuasa tempatan dan penduduk.
Pengawasan tahap bunyi semasa
tempoh kritikal harus dijalankan di
kawasan sensitif.
Pemilihan peralatan dengan
potensi penghasilan bunyi bising
yang rendah.
Memasang bahan-bahan
penyerap bunyi yang sesuai pada
mesin yang mengeluarkan paras
bunyi yang tinggi. Mesin-mesin
tersebut juga harus dilitupi.
Memasang penghadang di sekitar
mesin yang mengeluarkan bunyi
bising seperti alat janakuasa dan
mesin pemampat yang besar, jika
perlu.
Meletakkan peralatan yang bising
sejauh yang mungkin dari kawasan
sensitif mengikut sekatan saiz
tapak.
Waktu kerja sebaiknya dihadkan
kepada waktu siang.
Semua kenderaan dan mesin
harus diselenggara untuk
mengurangkan pelepasan bunyi
bising.
Pembinaanhoarding dan
pengekalan vegetasi boleh
dijalankan di jajaran lebuhraya
mengikut kesesuaian.
Had laju untuk kenderaan berat di
dalam tapak projek harus
ditetapkan.
Mengamalkan teknik letupan yang
lebih selamat dengan kakitangan
yang berkelayakan untuk
mengendalikan operasi letupan di
kawasan Hutan Simpan Bubu.
Menggunakan caj yang lebih kecil
untuk mengurangkan intensiti
letupan.
Menggunakan jack hammer
mengikut kesesuaian.
Fasa Operasi 3 kawasan telah didapati terjejas
Operasi jajaran oleh peningkatan bunyi bising
lebuhraya semasa fasa operasi.
Pembinaan benteng rintangan
bunyi dicadangkan di 1 lokasi pada
tahun 2018 dan 2 lokasi pada tahun
2028 untuk mengurangkan tahap
bunyi bising ke tahap yang
dibenarkan oleh JAS.
Pengawasan kualiti bunyi semasa
fasa operasi adalah disarankan di 4
lokasi pada tahun 2018 dan
bertambah ke 6 lokasi pada tahun
2028 untuk menentukan keperluan
pembinaan benteng rintangan
bunyi.
Pencemaran Fasa Pembinaan Memilih kaedah penanaman
Getaran Aktiviti penanaman cerucuk alternatif yang paling
cerucuk kurang kesannya terhadap
peningkatan tahap getaran,
sepertibored piles atauinjection
piles terutamanya berdekatan
dengan kawasan perumahan atau
kawasan sensitif.
Mengalihkan penghalang seperti
dasar tapak yang lama untuk
mengawal transmisi getaran.
Membina paritcut-off yang akan
menyekat laluan transmisi getaran
secara langsung di antara punca
dan penerima jika perlu.
Mengurangkan tenaga di dalam
setiap kitaran kerja-kerja
penanaman cerucuk untuk
menghasilkan peak particle
velocity yang lebih rendah.
Mengurangkan rintangan
terhadap penembusan melalui
beberapa cara seperti pra-galian
untuk hydraullic driven piles,
mudding in untuk rotary bored
piles dan penambahan air ke dalam
lubang galian untuk impact bored
piles.
Peralatan yang menghasilkan
getaran yang tinggi harus diletakkan
sejauh yang mungkin dari kawasan
sensitif mengikut sekatan saiz
tapak.
Struktur sokongan yang
berasingan untuk getaran harus
dipasang jika perlu.
Mengamalkan teknik letupan yang
lebih selamat dengan kakitangan
yang berkelayakan untuk
mengendalikan operasi letupan di
kawasan Hutan Simpan Bubu:
Menggunakan teknik ledakan
yang lambat untuk mengurangkan
intensiti gelombang kejut dan saiz
kawasan kesan.
Pemantauan semasa letupan
untuk penyediaan maklum balas
bagi rekabentuk letupan pada masa
depan
Fasa Operasi Tidak ada langkah-langkah
Operasi jajaran pengawalan kesan getaran yang
lebuhraya diperlukan semasa fasa operasi.
Trafik Fasa Pembinaan Pengangkutan bahan pembinaan
Pengangkutan bahan yang berat bebanannya dan operasi
pembinaan mesin harus dijalankan semasa
waktu trafik kurang sibuk (off-
peak).
Penjadualan trafik bagi
mengelakkan kesemua lori atau
kenderaan berat keluar masuk pada
masa yang sama.
Perancangan laluan jalan masuk
dan keluar dari tapak projek untuk
mengelakkan penggunaan jalan
sempit atau jalan di kawasan
perumahan.
Penggunaan beberapa laluan
keluar masuk yang berasingan
supaya aktiviti trafik tidak tertumpu.
Penjadualan pergerakan
kenderaan berat kepada waktu trafik
kurang sibuk.
Penjaga bendera harus dilantik
untuk membantu mengarah trafik
apabila kenderaan pembinaan
memasuki jalan utama terutamanya
semasa waktu trafik yang sibuk.
Memastikan aktiviti penutupan
laluan jalan adalah minima dan
aliran trafik bergerak lancar.
Fasa Operasi Sistem pengurusan trafik yang
Aktiviti trafik efektif harus dimasukkan ke dalam
rangka kerja pembangunan
keseluruhan cadangan projek.
Ciri-ciri peningkatan keselamatan
seperti papan tanda jalan raya,
lampu isyarat dan lampu jalan harus
dipasang dengan betul
Aspek ekologi Fasa Pembinaan Secara umum
Sisa tumbuhan harus dilupuskan
di tapak pelupusan yang
dibenarkan.
Pembakaran sisa tumbuhan
adalah dilarang sama sekali.
Kerja-kerja landskap dan kerja-
kerja tanah yang kekal harus
dilaksanakan sejurus selepas tahap
tanah yang terakhir dicapai atau
penghabisan kerja-kerja pembinaan.
Pengutipan hasil tanaman
berdekatan (kelapa sawit, kelapa,
padi dan lain-lain) tanpa kebenaran
adalah dilarang
Aspek ekologi Fasa Pembinaan Hutan Simpan Bubu
Pembersihan tapak, Kajian flora dan fauna yang
kerja tanah, terperinci hanya akan dijalankan
penanaman cerucuk selepas penghitungan terperinci lot
dan aktiviti hutan simpan yang akan
pembinaan memerlukan pengambilalihan
dijalankan (berdasarkan Seksyen
8).
Perancangan bertimbang rasa
dan pelaksanaan operasi
pembersihan tanah yang sensitif.
Pemotongan pokok dan landskap
perlu mendapat kelulusan daripada
Jabatan Perhutanan.
Semua sisa tumbuhan dilupuskan
di tapak pelupusan sampah yang
diluluskan oleh majlis tempatan.
Zon penampan harus dikekalkan
di mana-mana tempat yang sesuai.
Pergerakan kenderaan dihadkan
kepada jalan masuk yang telah
ditetapkan.
Pembersihan hutan dihadkan
kepada musim kering untuk
mengurangkan pengelodakan.
Amalan sungkupan harus
digunakan untuk menggalakkan
peresapan dan melambatkan aliran
permukaan.
Pokok yang tidak bernilai harus
dipotong kepada saiz yang sesuai
dan dibiarkan kering sebelum
diangkut ke tapak pelupusan.
Penyeliaan perlu dikuatkuasakan
untuk memastikan bahawa tiada
pembalakan haram dijalankan
dalam tapak projek dan di luar
sempadan tapak.
Penebangan pokok juga perlu
dijalankan dari satu arah menghala
sempadan projek untuk
membolehkan hidupan liar
melarikan diri ke kawasan hutan
yang tidak terganggu.
Pembersihan tapak perlu
dijalankan secara beransur-ansur
untuk memastikan bahawa masih
terdapat koridor yang
menghubungkan hutan yang
terbahagi dua dengan hutan simpan
utama untuk membolehkan
pergerakan haiwan.
Kaedah pembalakan perlu
mematuhi garis panduan yang sedia
ada.
Kawasan hutan di luar kawasan
jajaran yang diganggu perlu
dipulihkan segera selepas
pembinaan.
Aspek ekologi Fasa pembinaan Hutan Simpan Bubu
Pagar dan papan tanda akan
dibina di sepanjang lebuhraya untuk
mencegah pencerobohan manusia
dan juga mengelakkan haiwan
memasuki lebuhraya.
Setelah lintasan haiwan
dikenalpasti, jambatan lintasan akan
dibina di atas kawasan yang
dikenalpasti supaya haiwan dapat
berulang-alik di bawah lebuhraya
(underpass).
Kerja letupan:
Kelilingi kawasan letupan dengan
jaring.
Pembersihan tapak secara
progresif ke arah timur untuk
membolehkan penghijrahan fauna
ke dalam kawasan hutan simpan
utama.
Elakkan letupan semasa musim
bertelur bagi burung.
Pemerangkapan dan pengalihan
fauna kecil sekiranya perlu haruslah
dijalankan dengan rundingan
daripada Jabatan Perhilitan.
SL 12: Bubu Hutan Simpan Bakau
Matang
Peruntukan jambatan di lintasan
Sg. Terong akan membantu
mengekalkan tumbuhan riparian
dan dengan itu memastikan
kesinambungan antara Hutan
Simpan Bubu dan Hutan Simpan
Bakau Matang.
Fasa Operasi Hutan Simpan Bubu dan SL 12:
Bubu Hutan Simpan Bakau
Matang
Pelan perlindungan dan
pengurusan yang jelas untuk hutan
terbahagi dua haruslah disediakan.
Menghadkan dan mengawal
akses ke dalam hutan simpan.
Mengawal mana-mana pelan
pembangunan yang tidak
diluluskan.
Penguatkuasaan yang berkesan
ke atas kawalan pengutipan produk
hutan dan pembersihan tanah di
hutan simpan.
Usaha pemulihan harus
berterusan dari fasa pembinaan ke
fasa operasi. Pokok baru perlu
ditanam semula di mana-mana
kawasan yang pokoknya mati
Aspek ekologi Fasa operasi Hutan Simpan Bubu dan SL 12:
Bubu Hutan Simpan Bakau
Matang
Pengkayaan habitat atau
pengubahsuaian habitat yang
terlibat di sepanjang jalan untuk
melindungi populasi hidupan liar.
Pagar akan dibina di spenajang
lebuhraya untuk memastikan
haiwan hanya menggunakan
underpass untuk berulang-alik.
Papan tanda harus dikekalkan
untuk memberi amaran kepada
pengguna lebuhraya tentang
lintasan haiwan.
Sebarang kerosakan terhadap
pagar perlu dibaiki dengan segera
untuk mengurangkan tempoh
lintasan jalan yang mungkin berlaku.
Struktur jambatan perlu
diselenggara supaya tiada
halangan. Cerun harus
diselenggarakan untuk mengawal
hakisan.
Pemantauan selepas pembinaan
disyorkan untuk mengukur tahap
kejayaan bagi lintasan haiwan.
Langkah-langkah untuk
mencegah konflik manusia-hidupan
liar termasuk memasang papan
tanda dan pagar, cara penternakan
ternakan yang lebih baik,
mewujudkan kawasan kerja yang
selamat, perlindungan sumber
makanan semula jadi dan
pencegahan pemburuan haram.
II)SOSIO Fasa Pembinaan Penyebaran maklumat secara aktif
EKONOMI Pengambilalihan kepada penduduk tempatan
Aspek sosio tanah, pengupahan diperlukan untuk meningkatkan
ekonomi pekerja tapak kesedaran.
pembinaan, aspek Bagi kawasan penduduk yang
keselamatan dan dibahagikan oleh cadangan
kesihatan. lebuhraya, akses (VBC / underpass)
di kawasan sebelum dan selepas
kawasan kerja yang terjejas akan
disediakan dan dikekalkan semasa
fasa operasi.
ROB dan RUB juga disediakan
untuk lintasan jalan-jalan tempatan.
Keutamaan pengambilan pekerja
harus diberikan kepada pekerja
tempatan terlebih dahulu.
Semua pekerja asing perlu diuji
sama ada berpenyakit atau tidak.
Mereka yang berumur di bawah
18 tahun tidak dibenarkan berkerja
di tapak pembinaan.
Pematuhan yang ketat terhadap
peraturan-peraturan keselamatan
dan kesihatan perlu diamalkan
seperti penyediaan polisi kesihatan
dan keselamatan pekerja dan
perlantikan pegawai keselamatan
yang cekap. Semua kerja yang
berbahaya (operasi mesin dll) perlu
dijalankan oleh pekerja yang terlatih
dengan lesen/sijil yang sah dan
penyediaan peralatan perlindungan
peribadi (PPE) harus bersesuaian
dan mencukupi.
Tong sampah yang mencukupi
untuk sisa domestik dan am mesti
disediakan bersertakan dengan
jadual bagi kerja pelupusan.
Papan tanda yang jelas dan
lampu untuk menunjukkan dan
menyerlahkan kawasan bahaya
harus dipasang.
Kawasan kerja perlu dijaga bersih
selalu dan sampah harus dibuang
ke dalam tong sampah yang
ditetapkan dan disimpan di lokasi
yang ditetapkan sebelum pelupusan
ke luar tapak oleh kontraktor
berlesen.
Hoarding harus digunakan untuk
menghalang pandangan ke dalam
tapak projek di mana mungkin.
Pengemasan baik di tapak juga
digalakkan.
Mengamalkan teknik letupan yang
lebih selamat dengan kakitangan
yang berkelayakan untuk
mengendalikan operasi letupan di
kawasan Hutan Simpan Bubu.
Letupan batu akan dijalankan
pada masa yang telah dijadualkan
Memberi amaran sebelum kerja
letupan mula.
Menggunakan kaedah bottom
hole initiation di mana
kebarangkalian cut-off dapat
dikurangkan dan seterusnya akan
mengurangkan kejadian misfire.
Kawasan letupan haruslah
dikelilingi dengan jaring untuk
membendung batuan berterbangan.
II) SOSIO Fasa operasi Kerja landskap yang sesuai untuk
EKONOMI Keselamatan jalan memperbaiki nilai estetika dan
Aspek sosio raya sebagai langkah penapisan
ekonomi (screening) antara lebuh raya dan
kawasan berdekatan.
Tiada kuarters pekerja atau kem
tapak untuk pekerja harus dibiarkan
di tapak.
Sebarang peningkatan yang
ketara dalam permintaan untuk
kemudahan sosial perlu dipadankan
dengan jumlah yang sama dalam
dana tambahan untuk memperbaiki
dan memperluaskan kemudahan
sosial yang sedia ada
Pengurusan Sisa Fasa Pembinaan Sisa pepejal yang dijanakan dari
Buangan Pengurusan sisa tapak pembinaan harus
pepejal dikumpulkan di suatu kawasan yang
telah ditetapkan sebelum
dilupuskan.
Pembakaran terbuka sisa pepejal
adalah dilarang sama sekali.
Sisa pepejal dari tapak projek
harus dialihkan dan dilupuskan oleh
kontraktor berlesen secara berkala.
Pengurusan sisa Penstoran dan pengendalian
buangan terjadual buangan terjadual harus
dilaksanakan berdasarkan
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual),
2005. Sisa tersebut harus disimpan
di dalam tong tertutup, dilabelkan
dan diletakkan di dalam tempat
penyimpanan sisa buangan
terjadual yang khusus. Tempat
penyimpanan harus berbenteng
konkrit, berturap dan berupaya
menampung 110% daripada jumlah
isipadu tong yang terbesar.
Dinding benteng tidak harus
mempunyai sebarang bukaan
padanya yang membolehkan
sebarang tumpahan mengalir keluar
dari kawasan takungan tersebut.
Bahagian/tempat berasingan
perlu disediakan bagi kumpulan sisa
buangan terjadual yang berlainan.
Sisa terjadual yang disimpan di
tapak projek tidak boleh melebihi
180 hari atau jumlah isipadunya
haruslah tidak melebihi 20 ton
Pengurusan sisa Fasa operasi Sisa pepejal (bukan buangan
buangan terjadual) yang terhasil perlu
dilupuskan di kawasan pelupusan
yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa. Pembakaran terbuka sisa
pepejal adalah dilarang sama sekali.
Sisa pepejal yang telah tercemar
dengan bahan kimia, agen-agen
pencuci atau produk-produk
petroleum perlu dikendalikan
sebagai sisa buangan terjadual
dengan berasaskan
PeraturanPeraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual),
2005.
Sisa terjadual harus disimpan di
dalam tong tertutup, dilabelkan dan
diletakkan di dalam tempat
penyimpanan sisa buangan
terjadual yang khusus. Tempat
penyimpanan harus berbenteng
konkrit, berturap dan berupaya
menampung 110% daripada jumlah
isipadu tong yang terbesar.
III) PROJEK Fasa Pembinaan Pemaju projek harus Tiada
TERBENGKALAI Projek terbengkalai meninggalkan tapak projek secara
bertanggungjawab dalam
pengurusan isu alam sekeliling
tapak projek dan menyediakan
Pelan Projek Terbengkalai.
Tapak projek harus ditinggalkan
dalam persekitaran yang paling
optimum dan tidak mempunyai
unsur yang berbahaya terhadap
orang awam
Fasa Operasi Sekiranya projek terbengkalai Tiada
semasa fasa operasi:
Semua pihak berkuasa yang
berkaitan harus dimaklumkan
tentang isu projek terbelangkai oleh
pemaju projek.
Tapak projek harus dipagarkan
untuk tujuan keselamatan. Tanda
amaran harus dipasang untuk
mengelakkan sebarang kemasukan
tanpa kebenaran.
Semua jenis sisa buangan harus
dialihkan dan dilupuskan dengan
betul.
Semua peralatan yang boleh
menyebabkan kecederaan harus
dikeluarkan dari tapak.
Pelan pemuliharaan yang
bersesuaian harus dilaksanakan jika
keadaan alam sekeliling telah
merosot.
Kawasan tapak harus diperiksa
untuk wayar hidup (live wires)
yang telah dirosakkan dan boleh
mengancam mereka yang lalu
lalang di kawasan tersebut.

X. PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR


Satu garis panduan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan program
pengawasan serta audit telah disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual B
untuk membantu pihak pemaju projek menguruskan impak alam sekitar semasa
perlaksanaan projek. Pelan ini juga memastikan kesemua keperluan undang-
undang, kriteria-kriteria serta piawaian perlepasan/discaj yang berkenaan dipatuhi.

Komponen Lokasi Kekerapan Parameter Tahap pematuhan Kekerapan


Pengawasan laporan
Fasa Hulu Bulanan pH 6-9
pembinaan Sg Perak DO 5-7 mg/l
Kualiti air Lintasan COD 25 mg/l
1 (W1U) BOD 3 mg/l
TSS 50 mg/l
Hilir Sg O&G -
Perak NH3-N 0.3 mg/l
Lintasan E coli -
1(W1D) Kelas II, Piawaian Kualiti
Hulu Air Kebangsaan (NWQS)
Sg
Dedap
(W2U)
Hilir Sg
Dedap
(W2D)
Hulu
Sg
Dendang
/ Beruas
(W3U)
Hilir Sg
Dendang
/ Beruas
(W3D)
Hulu
Sg Nyior
(W4U)
Hilir Sg
Nyior
(W4D)
Hulu
Sg Air
Terjun
(W5U)
Hilir Sg
Air Terjun
(W5D)
Hulu
Sg
Terong
(W6U)
Hilir Sg
Terong
(W6D)
Hulu
Sg.
Sendok
(W7U)
Hilir Sg
Sendok
(W7D)
Hulu
Sg Bt.
Gantang
(W8U)
Hilir
Sg. Bt.
Gantang
(W8D)
Hulu
Sg Perak

Lintasan
2 (W9U)
Hilir Sg
Perak
Lintasan
2 (W9D)
Hulu
anak Sg
Perak
(W10U)
Hulu
anak Sg
Perak
(W10D)

Anda mungkin juga menyukai