Anda di halaman 1dari 14

BNEH2173 VECTOR & INSECT MANAGEMENT

TUGASAN INDIVIDU

BACHELOR OF ENVIRONMENTAL HEALTH (HONS)

Name : MOHAMAD SYAFIQ BIN SHAFIEI

NRIC/Passport No : 880923-08-6331

Student No : 201405040068

Lectures Name. : HAJI AZLAN BIN ABDULLAH

1
SOALAN

Anda telah di beri notifikasi belaku satu wabak Malaria di lokaliti pedalaman yang di
diami oleh pendatang asing yang pelbagai warga Negara. Sebagai PPKP apakah
langkah2 utama yang perlu di ambil tindakan dan anda di minta mengetuai
menjalankan kerja2 kawalan di lokaliti wabak setelah mendapat pengesahan makmal
Malaria yang di sahkan adalah p.faciparum.

Kaedah kawalan juga perlu mengambil kira peranan inter-agensi dan juga peruntukan
perundangan yang di peruntukan serta berpandukan juga kepada kertas putih
Arahan 20

2
LANGKAH UTAMA YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEKIRANYA BERLAKU
WABAK MALARIA
TINDAKAN SEMASA WABAK
a) Menjalankan Pendaftaran Kes
Semua kes malaria mesti didaftarkan di dalam borang daftar kes malaria
Rekod mestilah disimpan dalam Buku Rekod
b) Menjalankan Siasatan kes malaria
Penyiasatan dijalankan adalah untuk menentukan bagaimana pesakit
mendapat infeksi malaria, mengetahui punca jangkitan, tempat tempat
berpotensi menjadi hab jangkitan serta kontek yang terlibat dalam penularan
penyakit tersebut
c) Menjalnkan Aktiviti Semburan Fokal secara intensif
Kawasan berpotensi perlu dijalankan semburantermasuklah kawasan tempat
tinggal pesakit
Kekerangan semburan adalah setiap 6 bulan sekali sehingga keadaan
epidemiologi tidak berlaku lagi dalam tempoh 12 bulan berikutnya.
d) Kajian darah intensif secara beramai-ramai (MBS)
Kontek perlu diambil slaid darah dan perlu dilakukan dalam tempoh 12 bulan
e) Pemberian ubat secara intensif
Rawatan radikal kepada pesakit dan ahli keluarga dan 4 buah rumah jiran yang
terdekat selitanya kawasan tempat tinggal luas dan besar
Rawatan radikal secara beramai-ramai kepada penghuni/penduduk wabak
sekiranya kawasan ini kecil dan terhad
f) Penyiasatan kaji serangga oleh Pasukan Entomologi
Dijalankan oleh pasukan Ento negeri/ Vektor Negeri selama 2 atau 3 hari
Hasil pemantauan dan pemerhatian dari pasukan ini boleh digunapakai untuk
menentukan spesis, kepadatan, infektiviti tabiat dan lain-lain.
g) Larvaciding di kawasan pembiakan larva
Dijalankan selepas kajian entomologi dilakukan dengan penandaan
tempat pembiakan dan peta lakar mestilah disediakan
Aktiviti ini hendaklah dijalankan selama seminggu sekali hingga kes
selesai.

3
h) Semburan Kabus
Dijalankan pada hari diisytiharkan sebagai wabak yang dilakukan selama 3 hari
berturut-turut bertujuan penghapusan nyamuk yan efektif
Ia juga dilakukan untuk mencegah jangkitan kepada penduduk terdekat oleh
kakitangan kesihatan yang bertugas
i) Penggunaan kelambu berubat
Pesakit hendakah tidur di dalam kelambu berubat pada waktu malam
Pencelupan mesti dilakukan setiap 6 bulan sekali
j) Semburan Indoor/Outdoor Residual Spray
Semburan mesti dijalankan setiap 6 bulan tetapi semburan Khas setiap 3
bulan
Perlu dilakukan semburan Fokal sekiranya ada kes baru

4
Langkah keutamaan yang perlu diambilkira
1) KENALPASTI KAWASAN KEUTAMAAN
Semburan IRS Khas perlu dilakukan semburan 6 bulan jika struktur binaan
adalah sempurna dan setiap 3 bulan jika struktur binaan adalah tidak
sempurna
Pengagihan pencelupan kelambu berubat setiap 6 bulan sehingga lokaliti
tidak lagi dalam status RV.
Contoh : Kongsi dan penempatan Orang Asli
Membuat semakan semula klasifikasi kawasan berdasarkan maklumat
semasa kejadian kes
Menilai semula aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) apabila berlaku
kes Malaria serta pengesanan kes secara pasif (PSD) sesuai dengan
penyakit Malaria
Diagnosa makmal iaitu secara pengambilan contoh darah dan teknik ujian
saringan cepat
Pengurusan klinikal dijalankan di lapangan dan hospital melalui
penggunaan ubatan yang disyorkan dengan betul
Kawalan penyakit melalui penyelidikan dan susulan kes
Kawalan vektor dijalankan secara mikrostratifikasi kawasan,semburan
kimia,kaedah kawalan biologi seperti aktiviti anti-larva
Pengawasan entomologi melalui kajian taburan,kepadatan vektor dan
perubahan tabiat vector
Mendapatkan kerjasama bagi mengawal penyakit di kalangan penduduk
berisiko tinggi
2) PELAKSANAAN AKTIVITI ACD DAN PCD
Salah satu cara pengesanan awal kepada penduduk lain yang berada di
sekitar kawasan tersebut
A) Pelaksanaan ACD :
- Lawatan setiap bulan ke lokaliti
- Kes demam mesti diambil BFMP
- Kriteria ACD adalah liputan 5% dari peduduk yang ditemui, Rumah yag
dilawati >95% dan Penduduk yang ditemui >60%

5
B) Pelaksanaan PCD
Kriteria bagi PCD adalah kawasan mengalami malaria : 10% daripada jumlah
pesakit untuk bulan berkenaan manakala Kawasan Prone dan bebas Malaria
: 5% daripada jumh pesakit untuk bulan berkenaan
3) PERANCANGAN AKTIVITI BLOOD FILM FOR MALARIA PARASITE
(BFMP)
BFMP bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat atau tidak parasit di
dalam darah seseorang melalui pemeriksaan mikroskopik.
Ia adalah satu mekanisma untuk mengesan penyakit Malaria khusunya jenis
parasit.
Secara umumya terdapat empat jenis parasit yang sinonim di Asia iaitu
Plasmodium vivax, falciparum,ovale dan malariae.
Kepadatan parasit di dalam darah boleh membantu menentukan kadar
keterukan infeksi terutamanya gejala demam yang boleh di bahagikan kepada
tiga bahagian iaitu peringkat sejuk, panas dan berpeluh.
Teknik ini juga membantu Pegawai Perubatan dalam memberi rawatan yang
tepat kepada pesakit.
Sebelum aktiviti BFMP di jalankan persediaan peralatan dan pejagaan
keselamatan diri di utamakan.
Keperluan dalam BFMP adalah seperti berikut Slaid Kaca, Kapas, Alkohol
70%, sarung tangan,Slaid Kaca, Mask, Sharp Bin, Lancet, Borang PBV
(MK301), Pensil Gris
KAEDAH PELAKSANAAN BFMP
Penentuan tempat atau anggota badan pesakit/ suspek untuk darah diambil
bergantung kepada kategori pesakit/suspek iaitu Dewasa/Remaja : Jari manis
atau jari tengah, Kanak-kanak/bayi : Ibu jari kaki atau tumit kaki dan cuping
telinga
TATACARA PENGAMBILAN BLOOD FILM PARASITE FOR MALARIA
Sediakan peralatan terlebih dahulu mengikut senarai semak

Lengkapkan borang M 3.1 dengan mengisi maklumat pesakit.

Lap tangan pesakit dengan menggunakan kapas beralkohol.

6
Cucuk jari pesakit samada jari manis atau jari hantu dengan menggunakan
lancet

Lapkan darah pertama yang keluar menggunakan kapas kering

Picit jari pesakit bagi merangsang darah untuk keluar

Mengambil slide darah nipis dan slide darah tebal

Biarkan slaid kering

Masukkan slaid ke dalam kotak slaid

FILEM DARAH
Setitik contoh darah atau lebih yang diambil daripada pesakit untuk di buat
filem darah diatas sekeping slaid kaca untuk tujuan pemeriksaan mikroskopik
Terdapat dua jenis filem darah iaitu filem darah nipis dan tebal.
Filem darah nipis ialah setitik darah dari pesakit di letakkan diatas slaid kaca
yang bersih, kermudian di rebakkan dengan spreader bersudut 45 darjah ke
hujung slaid.
Filem darah tebal pula ialah tiga titik darah dalam satu kelompok dari pesakit
di letakkan di atas slaid kaca yang bersih , kemudian di rebakkan darah
tersebut mejadi bulat sebesar duit syiling 5 sen (1sm) dengan menggunakan
hujung spreader.
HALANGAN DI HADAPI KETIKA AKTIVITI BFMP
Bahasa pertuturan yang menjadi tunjang dalam menyampaikan pendidikan
atau risalah kepada penduduk setempat
Masalah demam dan takut kepada tusukan benda tajam atau jarum menjadi
sinonim di kalangan penduduk Orang Asli.

7
PENCELUPAN KELAMBU BERUBAT UNTUK KAWALAN MALARIA
Pada tahun 1985, 'WHO' telah mencadangkan penggunaan kelambu berubat
iaitu kelambu yang telah dicelup dengan ubat pembunuh serangga sebagai
satu strategi baru dalam kawalan malaria.
Pelaksanaan kelambu berubat dijalankan oleh anggota Kementerian
Kesihatan Malaysia dengan kerjasama dan penglibatan masyarakat.
Antara kelebihan kaedah ini adalah kejadian malaria di kawasan berkenaan
telah dapat dikawal.
Penggunaan kelambu berubat adalah satu kaedah yang mudah untuk
mencegah gigitan nyamuk pembawa parasit malaria serta dapat membunuh
nyamuk berkenaan apabila hinggap di atasnya.
Kelambu berubat apabila digunakan dengan cara yang betul dapat
melindungi semua ahli keluarga terutama kanak-kanak daripada jangkitan
malaria.
Ubat pembunuh serangga yang digunakan dalam pencelupan kelambu
adalah berkesan untuk membunuh lain-lain serangga seperti lipas, tuma,
kutu, semut, pijat, dan lalat dan selamat kepada penggunanya.
Penggunaan kelambu berubat semasa tidur merupakan langkah yang bijak,
berfaedah dan sangat digalakkan di mana ia dapat mengelakkan gigitan
nyamuk dan mencegah jangkitan penyakit seperti malaria.
Penggunaan kelambu berubat sebagai pendekatan baru dalam kawalan
vektor adalah disyorkan bagi kawasan atau kumpulan penduduk tertentu
seperti orang asli pedalaman, pekerja-pekerja rancangan tanah, pekerja-
pekerja balak, dan di perkampungan pedalaman Sabah.
Objektif penggunaan kelambu berubat adalah Memutuskan kitaran hidup
nyamuk.
Peralatan dan Bahan digunakan adalah kelambu, Racun K-Othrine, Pita
pengukur, Silinder penyukat, Baldi, Sarung tangan getah dan Bekas penyukat
racun dan air
Kaedah / Tatacara
I) Menyediakan jenis kelambu yang bersesuaian dan kira keluasan kelambu
yang hendak dicelup.

8
II) Berikut adalah formula bagi membancuh kelambu :
= Panjang x panjang x tinggi
Langkah 1
Tentukan jumlah K-Othrine yang diperlukan bagi membuat larutan dan
campurkan dengan air mengikut sukatan serta kacau sehingga sebati di
dalam baldi.
Langkah 2
Rendam kelambu di dalam larutan tadi sehingga kelambu benar-benar
menyerap dengan racun tersebut dan pastikan basah sepenuhnya
Langkah 3
Sesudah itu, kelambu diangkat dan ditoskan perlahan-lahan.
Langkah 4
Kelambu yang telah dicelup hendaklah dijemur untuk dikeringkan tetapi
jangan dijemur di bawah sinaran matahari
Langkah 5.
Kelambu yang kering sudah sedia untuk digunakan
4) AKTIVITI SEMBURAN FOKAL KES MALARIA DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH TOCOSURE
Objektif adalah membunuh nyamuk dewasa dengan menggunakan racun K-
Othrine 5.0 WP yang disembur pada dinding rumah.
Peralatan dan Bahan yang digunakan adalah Tong penyembur Hudson
Expert, Sarung tangan, Mask (Penutup mulut dan hidung), Pakaian coverall
Google, Kasut boot, Air Racun dan racun K-othrine 50wp (Wettable Powder)
KONSEP TOCOSURE :
TO-Total : Bilangan rumah di dalam lokaliti yang ingin disembur
CO- Complete : Semburan lengkap di mana setiap permukaan yang ditemui
di dalam sesuatu lokaliti akan dilakukan semburan
SU- Sufficient : Mencukupi di mana setiap semburan yang ingin dilakukan
perlulah mencukupi syarat-syarat yang ditentukan bagi menghasilkan
semburan yang berkesan yang boleh membunuh nyamuk.
i. Tong Semburan Hudson Expert telah dikalibrasi

ii. Nozzle tip 8002 : fan-shaped discharge 800 angle

9
iii. Jarak nozzle tip dari permukaan dinding : 45 cm

iv. Swath semburan : 80 cm lebar/OVERLAPPING 5CM

v. Semburan 19 meter2 seminit

vi. Kadar aplikasi : 25 m2 seliter

vii. Discaj : 0.2 gal/minit

viii. Tekanan : 55 25 psi


RE- Regularly : Semburan perlulah di lakukan berulangkali sekurang-
kurangnya 6 bulan sekali
KAEDAH:
Tentukan lokaliti, jenis rumah dan jumlah rumah yang hendak disembur.
Sediakan semua peralatan dan bahan yang mencukupi sebelum pergi
kelapangan
Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan telah dikalibrasi
terutamanya tong penyembur Hudson Expert
Kenalpasti bangunan dan permukaan yang hendak disembur.
Memperkenalkan diri kepada tuan rumah dan nyatakan tujuan kedatangan
Memohon dan memaklumkan kepada tuan rumah supaya mengalihkan
perabot, dan hiasan yang boleh dialih seperti gambar serta menutup semua
makanan dan minuman atau bekas makanan dan minuman serta peralatan
memasak.
Anggota yang terlibat perlu memakai PPE yang lengkap.
Bancuh racun mengikut dos yang ditetapkan dan buka penutup tangki dengan
cara memusing pemegang secara melintang.
Masukkan air ke dalam tangki ke paras 1 gelen dengan membuka bungkusan
luar racun (75gram) dari hujung tepi.
Masukkan bungkusan dalam ke dalam tong penyembur dan tambahkan air ke
dalam tangki hingga paras 2 gelen/7.5 liter(3/4 tangki).
Pam tong penyembur sehingga tekanan 55 psi.
Goncangkan tong penyembur dengan cara terbalikkan ke atas dan ke bawah
sebanyak 5 kali.

10
Periksa keluaran semburan pada nozzle adalah berbentuk kipas dan dalam
keadaan melintang.
Mulakan semburan di dalam rumah dari bahagian atas permukaan dan
menurun ke bawah aras lantai.
Menyembur permukaan yang dikehendaki dengan kadar 2 gm/mps.
Kekalkan jarak nozzle dengan permukaan semburan 45cm (18 inci) dan
ketinggian permukaan 3 meter.
Semburan mestilah meliputi Dinding dalam rumah setinggi 3m, Cucuran atap
, Permukaan luar tingkap dan pintu yang dibuka ke dalam
Lekatkan house card pada pintu rumah dan rekodkan aktiviti semburan dalam
house card dan borang PBV (S) 301.
Pusing pemegang agar menyentuh Air Release Valve Pin untuk
menurunkan tekanan tangki.
Bersihkan semua peralatan terutamanya tong penyembur dengan air dan
lapkan.
Simpan tong di tempat yang disediakan dan selamat.
ARAHAN 20 MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
Arahan 20 merupakan sebagai arahan mengenai dasar dan makanisme
pengurusan bencana yang mana ia telah mula dikuatkuasakan pada tarikh ia
ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri sebagai Pengarah Gerakan
Negara dan terpakai kepada semua agensi kerajaan, badan berkanun, pihak
swasta dan badan-badan sukarela.
Arahan ini bertujuan bagi menggariskan dasar mekanisma pengurusan
bencana secara menyeluruh meluputi peringkat sebelum, semasa dan
selepas sesuatu kejadian bencana supaya pengemblengan sumber dapat
disepadukan bagi mengelakkan pembaziran, konflik serta pertindihan
peranan.
Ia juga menjelaskan peranan dan tanggungjawab semua agensi kerajaan,
badan berkanun, pihak swasta serta badan-badan sukarela dalam
pengurusan bencana yang berlaku di dalam daerah, negeri atau pun negara.

Salah satu arahan ini terpakai kepada penularan wabak penyakit berjangkit
yang tidak terkawal atau pandemik yang berlaku di dalam negara, negeri atau

11
daerah akibat bencana akibat daripada kemalangan biologi adalah tertakluk di
bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Arahan ini juga menerangkan mekanisme pengurusan bencana mengikut 3


tahap iaitu

Tahap I Tahap II Tahap III


Peringkat Daerah Negeri Pusat
Bencana
Nama Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa
Jawatankuasa pengurusan pengurusan pengurusan
pengurusan bencana Daerah bencana Negeri bencana Pusat
bencana (JPBD) (JPBN) (JPBP)
Jenis bencana Kejadian kecil, Kejadian serius Bencana lebih
setempat, terkawal dan merebak ke kompleks di dua
dan tiada potensi dua daerah dan buah negeri dan
untuk merebak lebih serta merta
mengambil masa
lama
Sumber Dapat Bantuan aset, Pengegemblingan
dilaksanakan kewangan dan aset, kewangan
menggunakan sumber di dan sumber yang
sumber setempat peringkat Negeri lebih besar atau
serta bantuan melauli bantuan
yang terhad dari dari luar negara
peringkat Pusat
Pengerusi Pegawai Daerah YB Setiausaha YB Menteri yang
Jawatankuasa Kerajaan Negeri dilantik oleh YAB
Perdana Menteri
Komander Operasi Ketua Polis Ketua Polis Negeri Pengarah
Bencana Daerah Keselamatan
Dalam Negeri dan
Ketenteraman
Awam, PDRM

12
Timbalan Pegawai Bomba Pengarah Bomba Timbalan Ketua
Komander Operasi Daerah dan Penyelamat Pengarah
Bencana Negeri (Operasi)JBPM
Komander Kawalan Hadapan Dilantik oleh Komander Operasi
Bencana mengikut kepakaran dalam
menasihati tindakan mengikut jenis
bencana

Bagi tujuan perintah dan kawalan, kawasan bencana akan terbahagi kepada 3 zon
iaitu :-
i. Zon Merah

Zon meliputi suatu kawasan yang ditetapkan oleh Komander Operasi


Bencana bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat oleh Agensi
Penyelamat dan pasukan-pasukan khas yang mempunyai kepakaran tertentu
sahaja.

Kebenaran masuk ke dalam zon ini perlu terlebih dahulu mendapat


kebenaran daripada Komander Operasi Bencana dengan nasihat Komander
Kawalan Hadapan.

ii) Zon Kuning

Zon ini adalah kawasan di luar tempat kejadian yang ditetapkan oleh
Komander Operasi Bencana untuk menempatkan pos-pos Agensi
Penyelamat dan pasukan-pasukan khas yang mempunyai kepakaran tertentu

Penempatan pos-pos dan akses masuk ke zon ini perlu terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana.

iii. Zon Hijau

Zon ini adalah kawasan di luar Zon Kuning yang menempatkan pos-pos dan
petugas-petugas Agendi Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan
sukarela.
Zon ini juga menempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga
Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan
Tempat Mayat.

13
Lain-lain fungsi zon ini akan diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.
Walaubagaimana pun kita juga telah menghadapi beberapa krisis dan
bencana yang mengancam kesihatan dan sekuriti penduduk.
Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya termasuklah faktor
semulajadi yang menyebabkan kemunculan penyakit berjangkit, sektor
perindustrian dan bahaya alam sekitar. Seperti takrifan atau difinasi bencana
oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu :-

....sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan


mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda atau alam sekitar

Dalam erti kata lain, penyakit berjangkit juga wujud dalam keadaan mengejut
dan bersifat kompleks di mana kemunculannya tidak dapat dikenal pasti
secara biasa dan mengambil masa yang lama untuk dikenalpasti.

Apabila berlakunya perebakan penyakit berjangkit ini, kesannya bukan sahaja


menjejaskan tahap kesihatan awam, malah turut melibatkan kematian dan
tidak dikawal maka tercetuslah situasi bencana iaitu wabak.
Secara keseluruhannya keperluan pengawalan penyakit berjangkit pada
peringkat global melalui pendekatan undang-undang adalah amat penting.
Akta CDC 1988 merupakan peruntukan undang-undang utama bagi
perlindungan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di Malaysia
yang berperanan besar memastikan kerjasama antara pelbagai pihak atau
agensi dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan teratur bagi melindungi
kesihatan dan sekuriti kepada manusia.
Keperluan yang ada juga perlu penambahbaikkan yang mana perlu dibincang
dan dikaji dengan lebih mendalam dalam peruntukan undang-undang
pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di dalam negara
terutamanya yang melibatkan penyakit berjangkit
Selain itu, sektor seperti sektor pelancongan akan turut sama terjejas di mana
persediaan awal adalah perlu bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada
masa akan datang.

14

Anda mungkin juga menyukai