Anda di halaman 1dari 12

BACHELOR IN ENVIRONMENTAL HEALTH (HONS)

VECTOR & INSECT MANAGEMENT (BNEH2173)


Assignment Semester 3

Name : MOHAMAD SYAFIQ BIN SHAFIEI

I.C : 880923-08-6331

Student I.D : 201405040068

Lecturer : TUAN HJ. AZLAN BIN ABDULLAH

TUGASAN VEKTOR | 1
SOALAN

Berpandukan kepada fakta yang diberi, anda telah mendapat laporan melalui talifon
dari hospital tempatan, lebih 2 kes malaria berlaku di lokaliti RV di pendalaman orang
asli. Sebagai PPKP Unit Malaria, apa tindakan anda selanjutnya dan huraikan
tindakan kawalan yang perlu diambil kira setelah didapati kes tersebut adalah
CHLOROQUINE RESISTANT dan kontak didapati ASYMPTOMATIC

Perlu diaplikasikan konsep Early Detection Prompt Treatment dan juga


TOCOSURE

TUGASAN VEKTOR | 2
JAWAPAN

Kes yang telah dinotifikasi melalui telefon atau salinan faksmili dari hospital atau fasiliti
kesihatan perlu sampai ke Unit Malaria dalam masa 24 jam.
PPKP perlulah pergi ke hospital atau fasiliti kesihatan berkenaan bagi tujuan
penyiasatan kes.
PPKP mestilah mendapatkan maklumat pesakit, hasil keputusan ujian darah,
simptom-simptom yang terlibat pada kes tersebut, maklumat tempat tinggal
serta kontek yang terlibat dengan menggunakan borang siasatan M 2.5 Pin.
3/01
Hasil siasatan yang telah dijalankan ke atas kedua-dua kes mendapati mereka
telah lama telah dijangkiti penyakit malaria, namun tiada menunjukkan
simptom-simptom demam malaria (asimptomatik) di mana mereka tinggal
berdekatan dengan Negara jiran iaitu Thailand didapati membeli ubat
chloroquine.
Di samping itu, kedua-dua kes juga didapati pernah juga ke kampung orang
asli yang berdekatan untuk bertemu saudara-mara dan kawan-kawan.
Setelah siasatan dijalankan, PPKP yang berkenaan perlu merujuk kepada
PPKPK bagi tujuan pendaftaran kes berkenaan.
Setelah selesai siasatan dijalankan, semua maklumat tadi perlu di kemukan
kepada PPKPK dan juga Pegawai Epidemiologi untuk tindakan seterusnya.
PPKP Kanan pula akan merujuk kepada Pegawai Epidemiologi atau Pegawai
Kaji Serangga bagi tujuan tindakan kawalan dan pencegahan yqng sesuai
Satu perbincangan akan dibuat bagi membentuk satu pasukan khas untuk
menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di kampung orang asli
tersebut.
Ini bermakna kampung orang asli tersebut telah berlakunya wabak penyakit
malaria.
Setelah diteliti, kawasan tersebut adalah berstatus RV Hijau iaitu lokaliti yang
tiada dilaporkan terdapat jangkitan tempatan
Akan tetapi, oleh kerana 2 kes tadi dilaporkan dalam kawasan tersebut, maka
status kampung dari RV Hijau telah bertukar kepada Kawasan Merah
Bagi memudahkan aktiviti kawalan dan pencegahan, maka pasukan tertentu
telah dibentuk iaitu:

TUGASAN VEKTOR | 3
i. Pasukan ACD (Active Case Detection)
Pasukan ini terdiri daripada paramedik seperti Pembantu Pegawai
Perubatan yang akan menjalankan pemeriksaan terhadap penduduk
kampung tersebut bagi memastikan kemungkinan terdapat lagi kes
malaria akan dikesan dengan kadar yang cepat.
Sekiranya terdapat penduduk yang menunjukkan simptom jangkitan
demam malaria, kes akan dirujuk terus ke klinik kesihatan yang terdekat.
Setelah pemeriksaan dijalankan didapati terdapat banyak kontak kes
juga telah dijangkiti kerana mereka ini telah mengambil ubat chloroquine
yang diperolehi daripada kedua-dua kes yang berada di hospital.
Ini kemungkinan menyebabkan berlakunya kerentanan terhadap ubat
tersebut yang mana lebih merbahaya kerana kebanyakan penduduk
hanya mempunyai sejarah demam atau simptom malaria tetapi masih
dalam keadaan sihat dan tidak sakit.
Kejadian seperti ini adalah menunjukkan jangkitan boleh berlaku pada
bila-bila masa.
ii. Pasukan Siasatan Kes
Pasukan ini terdiri daripada PPKP dan PKA yang menjalankan siasatan
lanjutan di kampung orang asli tersebut bagi mengenalpasti
kemungkinan terdapat ada lagi kes-kes malaria yang berpotensi berlaku
jika tidak dikawal dengan cepat.
Pemeriksaan tempat nyamuk anopheles yang dijumpai akan
dimusnahkan jika boleh tetapi kebanyakkannya ia akan diletakkan
racun.
Ini bagi memastikan jentik-jentik nyamuk anopheles akan mati apabila
tempat pembiakan mereka telah diletakkan bunjut tersebut.
Pemeriksaan tempat pembiakan ini akan dijalankan lebih kurang 200
meter radius daripada kampung tersebut.
iii. Pasukan BFMP
Pasukan ini yang diketuai oleh PPKP dengan dibantu oleh Pembantu
Kesihatan Awam Dan Pekerja Rendah Awam bagi menjalankan aktiviti
pengambilan slaid darah.

TUGASAN VEKTOR | 4
Pasukan ini juga akan bergerak serentak bersama pasukan ACD yang
mana lebih memudahkan anggota kerana hanya perlu melawat sekali
sahaja dalam masa yang sama 2 aktiviti akan dijalankan serentak iaitu
pemeriksaan kesihatan dan juga pengambilan slaid darah.
Berikut adalah kelengkapan yang diperlukan bagi pasukan BFMP
sebelum aktiviti dijalankan dilapangan.
Senarai semak adalah diperlukan bagi semua aktiviti yang dijalankan
bagi melancarkan lagi aktiviti.

Persediaan BFMP

Keperluan dalam BFMP adalah seperti berikut :

Kotak Slide
Slaid Kaca
Kapas
Alkohol 70%
Glove
Spreader Slide Kaca
Mask
Sharp Bin
Lancet
Borang PBV (MK301)
Alat tulis

Masalah yang dihadapi

bahasa pertuturan yang menjadi tunjang dalam menyampaikan pendidikan


atau risalah kepada penduduk setempat
Kepercayaan yang diamalkan oleh penduduk turut menjadi halangan kepada
aktiviti ini.

iv. Pasukan Kawalan yang terdiri dari :-


Objektif utama adalah untuk membunuh nyamuk dewasa yang infektif yang
berada di sekitar kampung tersebut.

TUGASAN VEKTOR | 5
Terdapat 2 bentuk kawalan yang penting akan dilaksanakan iaitu kelambu
berubat dan semburan fokal.
i. Semburan Fokal
Semburan ini memerlukan anggota yang mahir dan cekap untuk
mengendalikan tangki penyembur.
Ia bagi memastikan semua permukaan rumah samada luar atau dalam rumah
disembur dengan racun.
Pemerhatian terhadap semburan terakhir atau pusingan terakhir semburan
yang mengikut jadual 6 bulan sekali disembur untuk lokaliti berstatus RV Hijau
ini.
Disebabkan semburan terakhir telah melebihi 6 bulan, maka adalah amat
sesuai kampung tersebut dibuat semburan fokal.
APLIKASI SEMBURAN FOKAL ( TOCOSURE)
Objektif Utama:

Membunuh nyamuk dewasa dengan menggunakan racun K-Othrine 5.0 WP


yang disembur pada dinding rumah.

Peralatan dan Bahan:

i. Tong penyembur Hudson Expert


ii. Sarung tangan
iii. Mask (Penutup mulut dan hidung)
iv. Overall
v. Gogle
vi. Air Racun
vii. K-othrine 50wp (Wettable Powder)

Konsep TOCOSURE :

TO-Total :
Bilangan rumah di dalam lokaliti yang ingin disembur
CO-Complete:
Semburan mestilah lengkap.

TUGASAN VEKTOR | 6
C) SU- Sufficient :
Mencukupi di mana setiap semburan yang ingin dilakukan perlulah
mencukupi syarat-syarat yang ditentukan
Tong Semburan Hudson Expert telah dikalibrasi
Nozzle tip 8002 : fan-shaped discharge 800 angle
Jarak nozzle tip dari permukaan dinding : 45 cm
Swath semburan : 80 cm lebar/OVERLAPPING 5CM
Semburan 19 meter2 seminit
Kadar aplikasi : 25 m2 seliter
Discaj : 0.2 gal/minit
Tekanan : 55 25 psi
D) RE- Regularly :
Semburan perlulah di lakukan berulangkali sekurang-kurangnya 6
bulan sekali.

Kaedah:

1. Tentukan lokaliti,jenis rumah dan jumlah rumah yang hendak disembur.


2. Sediakan semua peralatan dan bahan yang mencukupi sebelum pergi
kelapangan terutamanya tong penyembur dan racun.
3. Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik, telah dikalibrasi
(tong penyembur Hudson Expert) dan boleh digunakan.
4. Bergerak ke lapangan. Setelah sampai,kenalpasti bangunan dan
permukaan yang hendak disembur.
5. Memperkenalkan diri kepada tuan rumah dan nyatakan tujuan kedatangan
adalah untuk membuat semburan fokal.
6. Memohon kebenaran tuan rumah untuk membuat semburan di rumahnya.
7. Memaklumkan kepada tuan rumah supaya mengalihkan perabot,dan
hiasan yang boleh dialih seperti gambar.
8. Menutup semua makanan dan minuman atau bekas makanan dan
minuman serta peralatan memasak.
9. Semua pintu dan tingkap ditutup supaya permukaan disembur dengan
lengkap.
10. Penghuni dinasihatkan berada di luar rumah.

TUGASAN VEKTOR | 7
11. Memakai alat perlindungan diri yang lengkap.
12. Bancuh racun mengikut dos yang ditetapkan dengan membuka penutup
tangki dengan cara memusing pemegang secara melintang.
13. Masukkan air ke dalam tangki ke paras 1 gelen.
14. Buka bungkusan luar racun (75gram) dari hujung tepi.
15. Masukkan bungkusan dalam ke dalam tong penyembur dan tambahkan air
ke dalam tangki hingga paras 2 gelen/7.5 liter(3/4 tangki).
16. Tutup penutup tangki.
17. Pam tong penyembur sehingga tekanan 55 psi.
18. Goncangkan tong penyembur dengan cara terbalikkan ke atas dan ke
bawah sebanyak 5 kali.
19. Periksa keluaran semburan pada nozzle adalah berbentuk kipas dan dalam
keadaan melintang.
20. Mulakan semburan di dalam rumah dari bahagian atas permukaan dan
menurun ke bawah aras lantai.
21. Kemudian alihkan batas semburan dari kiri ke kanan dengan jarak 80 cm
(swath) dan overlaping sebanyak 5 cm
22. Menyembur permukaan yang dikehendaki dengan kadar 2 gm/mps.
23. Kekalkan jarak nozzle dengan permukaan semburan 45cm (18 inci) dan
ketinggian permukaan 3 meter.
24. Semburan mestilah meliputi :-
Dinding dalam rumah setinggi 3m
Cucuran atap
Permukaan luar tingkap dan pintu yang dibuka ke dalam
Bawah lantai,tangga dan tiang
Kandang atau reban ayam yang berhampiran dengan rumah pada jarak
<3m dari rumah kediaman. Semburan mestilah mematuhi konsep
TOCOSURE.
25. Setelah rumah tersebut selesai disembur, lekatkan house card pada pintu
rumah.
26. Lengkapkan househouse card dan borang PBV (S) 301.

TUGASAN VEKTOR | 8
ii Kelambu Berubat
Bagi memastikan keberkesanan kelambu berubat yang tersedia
pada penduduk kampong ia perlu dikaji dan dilihat tarikh akhir
pemcelupan kelambu berubat tersebut.
Dalam kes ini, kelambu yang sedia ada telah dicelup lebih kurang 5
bulan yang lalu.
Ini bermakna kesemua kelambu berubat yang ada pada penduduk
akan diganti dengan yang baru serta akan dicelup dengan racun K-
othrine.
Penggunaan kelambu berubat adalah satu kaedah yang senang
untuk mencegah gigitan nyamuk pembawa parasit malaria serta
dapat membunuh nyamuk berkenaan apabila hinggap di atasnya
Kelambu berubat apabila digunakan dengan cara yang betul dapat
melindungi semua ahli keluarga terutama kanak-kanak daripada
jangkitan malaria.
Di samping dapat mengelakkan gigitan nyamuk dan mencegah
penularan jangkitan malaria, ia mempunyai lain-lain faedah seperti
ia senang dan mudah digunakan di mana-mana dan bila-bila masa,
juga mencegah keluarga penduduk kampung daripada bahaya
penyakit seperti malaria terutama di kawasan pedalaman dan
terpencil di mana kadar jangkitan malaria adalah tinggi
Penggunaan kelambu berubat sebagai pendekatan baru dalam
kawalan vektor adalah disyorkan bagi kawasan atau kumpulan
penduduk tertentu seperti orang asli.
Objektif :
Memutuskan kitaran hidup nyamuk.
Peralatan dan Bahan :-
- Kelambu
- Racun K-Othrine
- Pita pengukur
- Alat tulis
- Kalkulator
- Silinder penyukat

TUGASAN VEKTOR | 9
- Baldi
- Sarung tangan getah
Kaedah
Menyediakan jenis kelambu yang bersesuaian dengan mengambilkira
keluasan kelambu yang hendak dicelup.
Berikut adalah formula bagi membancuh kelambu :
= Panjang x panjang x tinggi
Ia perlulah berhati-hati semasa untuk melakukan pencelupan. Ini adalah untuk
memastikan supaya racun yang melekat pada kelambut tersebut sekurang-
kurangnya 0.02gm/m.
Langkah 1.
Tentukan jumlah K-Othrine yang diperlukan bagi membuat larutan dan
campurkan dengan air mengikut sukatan serta kacau sehingga sebati di dalam
baldi.
Langkah 2.
Rendam dan renyot-renyotkan kelambu di dalam larutan tadi sehingga
kelambu benar-benar menyerap dengan racun tersebut dan pastikan ia basah
sepenuhnya.
Langkah 3.
Sesudah itu, kelambu diangkat dan ditoskan perlahan-lahan. Lebihan dari ubat
serangga itu hendaklah dimasukkan ke dalam bekas larutan tadi.
Langkah 4.
Kelambu yang telah dicelup hendaklah dijemur untuk dikeringkan tetapi jangan
dijemur di bawah terikan matahari, memadai dihamparkan di atas rumput di
bawah tempat yang redup (pokok).
Langkah 5.
Kelambu yang kering sudah sedia untuk digunakan.

Penggunaan kod warna yang diperkenalkan adalah untuk memudahkan pihak


kesihatan mengetahui saiz sebenar kelambu yang dibekalkan.

TUGASAN VEKTOR | 10
Size Single (s) Double Family Extra family

Warna Putih Biru Hijau Merah

Keluasan 10.2 m 11.64 m 14.52 m 15.0 m

Bil Kelambu KOM(ml) AIR(ml) KOM AIR KOM AIR KOM AIR

1 20.4 177 23.3 29.0 287 30 200


202

2 102 883 117 145 150 1300


1009 1255

3 204 1780 233 290 300 2600


2017 2510

RUMUSAN
Bagi kejadian wabak yang berlaku di kampung tersebut adalah amat
membimbangkan kerana pesakit-pesakit merupakan sudah rentan dengan
ubat Chloroquine
Terdapat beberapa kontak kes juga telah didapati positif semasa slaid darah
diambil.
Ini bermakna telah berlaku jangkitan di dalam kampung tersebut yang boleh
menyebabkan semua penduduk terdedah kepada penyakit malaria ini.
Pengesanan awal juga merupakan aspek penting supaya tiada lagi jangkitan
boleh berlaku dalam masa yang cepat
Selain daripada itu,mSistem Tol digunakan untuk menyaring dengan
mengambil slaid darah jika terdapat orang asing atau luar yang datang ke
kawasan tersebut.
Semua kelengkapan dan bentuk latihan akan diberikan oleh petugas bagi
memastikan tiada lagi jangkitan dari luar berlaku di kampung orang asli
tersebut.

TUGASAN VEKTOR | 11
Pendidikan kesihatan yang berkesan dan menyeluruh juga memainkan
peranan untuk memberi pendedahan cara penularan penyakit malaria berlaku
serta langkah pencegahan terhadap penduduk kampung.

TUGASAN VEKTOR | 12

Anda mungkin juga menyukai