Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN ESEI

TAJUK :

TAMADUN YUNANI

DISEDIAKAN OLEH :

NAZREE BIN MUNIR


D20141067419

DIPERIKSA OLEH:

ABDUL HALIM BIN SAAD

1
SENARAI KANDUNGAN

Bil PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 CIRI TAMADUN YUNANI 4

2.1 Memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri. 4


2.2 Sistem demokrasi tamadun yunani 4
2.3 Memiliki beberapa tuhan. 5
2.4 Penduduk negara kota yang bersatu 8
2.5 Mempunyai acropolis dan kawasan pertanian di luar kota. 8

3.0 SUMBANGAN TAMADUN YUNANI 9

3.1 Politik dan Perundangan 9


3.2 Perkembangan Sains Dan Matematik 10
3.3 Sejarah dan Kesusateraan 10
3.4 Peningkatan Ekonomi 11
3.5 Sistem Sosial 11

4.0 AHLI FALSAFAH DALAM TAMADUN YUNANI 11

4.1 Socrates 12
4.2 Plato 13
4.3 Aristotle 14

5.0 FAKTOR KEJATUHAN TAMADUN YUNANI 15

5.1 Keruntuhan Akhlak Dan Moral 15


5.2 Perpecahan Dalam Kalangan Masyarakat 15
5.3 Ketidakadilan Kuasa 15

6.0 RUMUSAN 15

7.0 BIBLIOGRAFI 16

2
1.0 PENGENALAN

Tamadun Yunani yang menjadi asas tamadun barat masa kini

Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi
oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Yunani, nama rasminya Republik Hellenik dalam Bahasa
Yunani dahulu dan kini dikenali dengan nama Yunani. Tamadun Yunani merupakan antara salah satu
tamadun yang paling berjaya di dalam tamadun manusia sebelum di tawan oleh empayar Rome pada 146
SM. Selain itu juga, ia merupakan salah satu tamadun yang tertua. Negara ini dikenali sebagai asal usul
ketamadunan Barat. Yunani juga mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar di tiga benua.

Orang Greek, atau Orang Yunani memanggil negara mereka sebagai Hellas, atau Ellas dalam
bahasa Greek Moden. Nama "Greek" berasal daripada bahasa Latin, Graecia yang sebelum ini digunakan
untuk selatan Italy.

Pesisir pantai Yunani adalah ke-12 terpanjang di dunia iaitu 13,676 kilometer. Gunung Olympus
ialah gunung tertinggi di Yunani dengan ketinggian 2,917 meter. Kira-kira 80% daripada permukaan
tanah Yunani adalah terdiri dari gunung-ganang. Muka bumi Yunani bergunung-ganang dengan persisiran
pantainya yang berteluk-teluk, jadi kegiatan utama penduduknya adalah perikanan dan perdagangan.

Tamadun Yunani bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai
negara kota atau polis. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada

3
sekitar tahun 1000 - 800 S.M. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota
mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar,
kubu, kuil. dan istana.Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah
Athens, Sparta dan Corinth. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut
Mediterranean. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain
turut memiliki beberapa tuhan. Masyarakat dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun
begitu, peperangan sering berlaku antara negara kota tersebut.

Negara Yunani moden mula ditubuhkan pada tahun 1830, yakni pasca Perang Kemerdekaan
Yunani. Greece merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU) sejak 1981. Sebelumnya telah menyertai
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1952. Terbaru, Yunani merupakan ahli dalam
Agensi Angkasa Eropah (ESA) sejak tahun 2005.

2.0 CIRI-CIRI TAMADUN YUNANI

2.1 Memiliki Corak Pemerintahan Dan Undang-Undang Tersendiri.

Sebelum pemerintahan demokrasi, Athens mengamalkan sistem beraja . Raja dibantu konsul. Raja
berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Peranan raja sebagai ketua hakim, ketua
tentera dan ketua agama merosot apabila kuasa konsul semakin kuat. Sistem ini telah melahirkan sistem
raja yang dipilih tetapi kuasa amat terhad. Pemerintahan dikuasai oleh konsul yang kaya dan sistem
pemerintahan beberapa orang konsul dinamakan oligarki. Dalam sistem ini, daripada kalangan konsul ini
lahir pula golongan aristokrat yang kuat dan ia memiliki kuasa besar yang telah dinamakan aristokrasi
(golongan bangsawan yang kaya). Akibat tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan aristokrasi,
muncul golongan yang menuntut hak dan menyebabkan rampasan kuasa maka terbentuk pula
pemerintahan tirani (pemerintahan zalim dengan kuasa digunakan sewenang-wenangnya) oleh diktator
(pemerintah berkuasa mutlak). Diktator ialah daripada golongan kaya atau tentera. Rampasan kuasa
disokong oleh rakyat biasa tetapi ditentang oleh golongan aristokrat. Inilah yang melahirkan sistem
demokrasi.

2.2 Sistem Demokrasi Tamadun Yunani

Ciri-ciri ini telah diperkenalkan oleh Athens dan ia mempunyai organisasi yang amat baik.
Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih rakyat melalui pilihan raya.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bentuk demokrasi di Athens yang berbentuk penyertaan langsung

4
kerana warganegara lelakinya terlibat membentuk kerajaan melalui undian dan berpeluang menganggotai
Dewan Perhimpunan tetapi demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung, iaitu demokrasi
berparlimen kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil ini menganggotai Dewan
Rakyat.

Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis dan warganegara lelaki Athens berpeluang menjadi anggota
Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun. Dewan Perhimpunan ini akan bersidang tiga kali
sebulan. Setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. Selain itu, segala
keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlisdan Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan kerana
Dewan berkuasa penuh terhadap ketiga-tiganya

Berbeza pula ciri-ciri pemerintahan tentera di Sparta, sistem pertahanan diberi perhatian kepada anak
lelaki. Mereka dilatih dari awal menjadi askar yang baik. Dengan latihan yang baik, barulah mereka
berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal.

2.3 Memiliki Beberapa Tuhan.

2.3.1 Poseidon Tuhan Laut

Poseidon adalah salah satu daripada 12 dewa-dewa Olympian kumpulan tuhan dalam mitologi Yunani.
Domain utama beliau ialah di lautan, dan dia dipanggil "Tuhan Laut". Selain itu, beliau dirujuk sebagai
"Earth-Shaker" kerana peranan dalam menyebabkan gempa bumi, dan telah dipanggil "penjinak kuda".

Poseidon

5
Nama dewa laut Nethuns dalam Etruscan telah diguna pakai dalam bahasa Latin untuk Neptun dalam
mitologi Rom, kedua-duanya adalah tuhan-tuhan laut seakan-akan Poseidon. Linear B tablet
menunjukkan bahawa Poseidon telah dihormati di Pylos dan Thebes dalam pra-Olimpik Greece Umur
Gangsa, tetapi beliau telah diintegrasikan ke dalam tuhan-tuhan Olimpik sebagai saudara Zeus dan
neraka. Terdapat bertasbih Homerik untuk Poseidon, yang merupakan pelindung bandar banyak Helenik,
walaupun dia kalah pertandingan Athens untuk Athena.

2.3.2 Hera

Hera adalah isteri dan salah satu daripada tiga saudara perempuan Zeus dalam panteon Olimpik mitologi
Yunani dan agama. Fungsi ketua beliau adalah sebagai dewi wanita dan perkahwinan. Rakan sejawat
beliau di dalam agama Rom purba adalah Juno. Lembu ini dan merak adalah suci kepadanya. Ibu Hera
adalah Rhea dan bapa Cronus beliau.

Hera

Digambarkan sebagai megah dan sesungguhnya, sering bertakhta, dan dimahkotakan dengan polos
(mahkota tinggi silinder yang dipakai oleh beberapa dewi Great), Hera boleh menanggung buah delima di
tangannya, lambang darah subur dan kematian dan pengganti untuk kapsul narkotik popi candu. Seorang
ulama mitologi Yunani Walter Burkert menulis di dalam Agama Yunani. Hera telah dikenali kerana sifat
cemburu dan pendendam, terutamanya terhadap pencinta dan keturunan Zeus, tetapi juga terhadap
manusia yang melintasi dia, seperti Pelias.

6
2.3.3 Zeus "Bapa Tuhan dan Manusia"

Dalam agama Yunani kuno, Zeus merupakan "Bapa Tuhan dan manusia" yang memerintah Olympians
Gunung Olympus sebagai peraturan bapa keluarga. Dia adalah tuhan langit dan petir dalam mitologi
Yunani. Rakan sejawatannya dari Rom beliau ialah Musytari dan rakan sejawatannya dari Etruscan Tinia.
Bersamaan yang beragama Hindu adalah Indra.

Zeus

Zeus merupakan kanak-kanak Cronus dan Rhea, dan adik-adiknya yang bongsu. Dalam kebanyakan
tradisi beliau telah berkahwin dengan Hera, walaupun ketika ramalan Dodona, isteri beliau adalah Dione.
Mengikut Iliad, beliau adalah bapa Aphrodite bersama Dione [2] Beliau dikenali kerana kenakalan yang
erotik. erana itu dia menghasilkan banyak keturunan yang hebat dan berani, termasuk Athena, Apollo dan
Artemis, Hermes, Persephone (bersama Demeter), Dionysus, Perseus, Heracles, Helen, Minos, dan Muse
(bersama Mnemosyne); bersama Hera, dia biasanya adalah ayah Ares, Hebe dan Hephaestus.

Lambangnya adalah petir, helang, lembu, dan pokok oak. Di samping warisan Indo-Eropah, klasik "awan-
pemungut" juga berasal dari ikonografi ciri tertentu daripada budaya di Timur Purba, seperti cogan alam.
Zeus yang sering digambarkan oleh seniman Yunani berada dalam salah satu daripada dua gaya: berdiri,
berjalan ke depan, dengan petir searas apabila mengangkat tangan kanan, atau duduk bersemayam.

7
2.4 Penduduk negara kota bersatu untuk menghadapi serangan negara kota lain.

Dalam usaha atau percubaan memerintah sendiri, mereka telah memecat raja-raja dan pembesar-
pembesarnya satu demi satu. Orang Greek amat menyayangi negara kota mereka. Dalam peperangan
yang sering berlaku antara negara-negara kota, warganegaranya rela mati berjuang bagi mempertahankan
kota mereka itu. Malah sepanjang hidup mereka dari mula lahir hingga ke akhir hayat, jiwa raga mereka
tercurah kepada negara kota mereka. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah
Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos.

2.5 Setiap Negara kota mempunyai acropolis dan kawasan pertanian di luar kota.

Dalam tamadun Yunani, Negara Kotanya dikenali sebagai Polis (dari bahasa Greek) yang
merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi ibu kota bagi Yunani. Ia merupakan sebuah pusat yang
sangat dihormati. Ia menjadi pusat komuniti Acropolis pula merupakan kota berkubu di bahagian tengah.
Sebenarnya yang dimaksudkan bahagian tengah itu ialah bahagian hulu sesebuah bandar dan yang
termasyhur sekali ialah bandar Athens.Sebelum sesebuah negara kota itu muncul, asalnya bermula
daripada kampung-kampung yang bersebaran. Lama kelamaan penduduk setiap lembah atau dataran
bergabung menjadi satu komuniti politik dan bersam-sama menyembah dewa-dewa, berjual beli, menjaga
pertahanan dan menjalankan pemerintahan. Pusat komuniti itu biasanya terletak di satu kawasan berbatu
yang tinggi di tengah-tengah dataran dan dari situ dapat dilihat seluruh kawasan sekitar. Kebanyakan
lembah-lembah Greek berbentuk piring terbalik. Pusat komuniti inilah kota berkubu dan ibu kota (polis).
Luas tiap-tiap kota ialah antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang.

Negara-negara kota di Yunani ini kecil-kecil dan berbeza dari jirannya yang terdapat di sebalik banjaran
gunung. Warganegara sesebuah negara kota tinggal begitu dekat dengan pusat pemerintahan dan sebab
itulah mereka terlibat dalam pemerintahan.

8
3.0 SUMBANGAN TAMADUN YUNANI

3.1 Politik dan Perundangan

Empayar Yunani mengandungi 150 negara kota yang dikenali sebagai "acropolis" dan "polis".Athens dan
Sparta merupakan negara kota penting yang menjadi asas Tamadun Yunani dan ia diamalkan di Athens
dan rakyatnya merupakan orang pertama membentuk demokrasi di dunia. Demokrasi bermakna
'pemerintahan oleh rakyat'. Ciri-ciri demokrasi di Athens ialah :

a. Semua warganegara lelaki mengambil bahagian dalam politik.


b. Mereka membincang dan meluluskan tindakan pemeintah di Dewan Perhimpunan.
c. Perhimpunan ini tidak boleh disertai oleh perempuan dan hamba.
d. Perhimpunana tetap diadakan sebulan sekali.
e. Semua undang-undang diluluskan dalam perhimpunan ini. Rakyat akan memilih pemerintah
melalui pilihan raya

Terdapat tiga badan utama dalam sistem demokrasi Athens iaitu :

1. Majlis Perhimpunan
- Anggotanya semua rakyat lelaki berumur lelaki 21 tahun ke atas

2. Majlis Eksekutif
- Dilantik oleh Majlis Perhimpunan
- Melaksanakan undang-undang dan mengawal kewangan

3. Majlis Kehakiman
- Rakyat lelaki menjadi juri dan hakim

Philip II dari Makedonia telah menyatukan seluruh Yunani antara tahun 382 SM - 336 SM.Beliau
digantikan oleh anaknya , Iskandar Zulkarnain (Iskandar Agung) pada tahun 336 SM.Beliau telah
memperluaskan empyarnya ke Asia Kecil ,Mesir ,Lembah Indus dan Parsi. Kemangkatan beliau pada
tahun 323 SM telah menyebabkan empayarnya berpecah.

9
3.2 Perkembangan Sains Dan Matematik

Orang Yunani banyak menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi dunia. Antara ahli sains
dan matematik yang terkenal di zaman Yunani ialah Archimedes, Pythagoras dan Hippocrates. Antara
sumbangan Archimedes ialah :

a. menyumbangkan idea dalama bidang fizik dan matematik


b. Pengasas prinsip pengapungan atau specific gravity
c. Pengasas ilmu statik dan mekanik (kapi dan tuil)
d. Pencipta Hukum Archmedes
e. Menemui cara mengira luas dan isipadu bentuk-bentuk seperti sfera , silinder dan kon.

Sumbangan-sumbangan Pythagoras pula meliputi :

a. Mengembangkan prinsip-prinsip geometri


b. Mengasas kan teoram Pythagoras
c. Berpendapat dunia adalah bulat

Manakala sumbangan-sumbangan Hippcrates pula ialah :

a. Berpendapat penyakit disebabkan faktor-faktor semulajadi


b. Menulis peraturan perubatan yang dikenali dengan 'Sumpah Hippocrates'

3.3 Sejarah dan Kesusateraan

Kesusasteraan berkembang dengan terciptanya tulisan , kertas dan alat pencetakan. Perkembangan
kesusasteraan Yunani adalah mengikut revolusi masa. Ia bermula dengan sastera jenis epik diikuti oleh
puisi lirik, drama dan sejarah. Sastera klasiknya yang terkenal ialah Illiad dan Oddysey yang ditulis oleh
Homer. Illiad mengisahkan peperangan orang-orang Yunani dengan Troy. Oddysey pula mengisahkan
pengembaraan Oddysey selepas kekalahan Troy. Pindar ( 518 - 438 SM) merupakan penyair Yunani yang
terkemuka. Dramatis yang terkenal ialah Aeschylus (525 - 456 SM), Sopholes (496 - 406 SM) dan
Euripedes (480 - 406 SM). Antara drama-drama yang terkenal ialah The Persians, Prometheus Bound,
Antigone, The Trojan Women dan Oedipus. Herodotus (484 - 425 SM) digelar Bapa Sejarah kerana
beliau adalah orang pertama menulis sejarah mengikut kronologi.

10
3.4 Peningkatan Ekonomi

Semua negara kota di tamadun Yunani kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana keadaan
muka bumi bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian kesannya, perdagangan hanya dijalankan
di kawasan persisiran pantai seperti Mesir, Syria dan Phoeneia. Athens dan Corinth menghadapi masalah
kekurangan bekalan makanan kerana kekurangan tanah pertanian. Negara kota tamadun Yunani tersebut
terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar. Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di
bahagian selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari
timur. Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini telah menyebabkan kenaikan harga barang.
Kesannya ramai rakyatYunani berpindah ke Alexanderia pada zaman graeco-Rom.

3.5 Sistem Sosial

Sosial merupakan salah satu sumbangan yang diberi oleh tamadun ini. Sebagai contoh, ahli falsafah
sekarang masih lagi merujuk menggunakan imu falsafah tamadun ini seperti legalisme, stoisisme. Walhal,
ahli falsafah Yunani seperti Aristotle, Socrates dan Plato masih juga menjadi rujukan ahli falsafah moden.
Selain itu juga, tamadun ini bertanggungjawab di dalam melahirkan sukan Olimpik dunia yang masih lagi
diadakan sehingga sekarang. Sukan tersebut diperkenalkan pada tahun 776 SM yang diadakan di
Olympia. Ia dianjurkan empat sekali.Tujuan sukan itu dianjurkan adalah bagi menghormati tuhan mereka
iaitu Zeus. Antara bandar-bandar yang terlibat pada sukan olimpik Yunani adalah Sparta, Olympia,
Argos, Thebes, dan Corinth.

4.0 AHLI FALSAFAH DALAM TAMADUN YUNANI

Ahli falsafah Yunani adalah pengasas pemikiran manusia secara rasional. Antara sophist yang
terkenal ialah Socrates , Plato dan Aristotle. Dalam bidang pendidikan , tokoh-tokoh Yunani yang
terkemuka ialah Herodotus , Thucydides , Eratosthenes dan Ptolemy. Falsafah yang muncul dalam
tamadun awal telah dijadikan asas kepada teknologi yang berkaitan dengan matematik, astronomi, fizik,
perubatan dan seni bina khususnya, beberapa teori matematik seperti Teorem Phythagoras, dan Teori
Archimedes masih diguna pakai. Herodotus telah menghasilkan buku 'History of The Persian Wars'.
Thucydides (455 - 400 SM) merupakan pengasas sejarah saintifik. Eratosthenes (276 - 195 SM) telah
mengira lilitan bumi. Ptolemy (100 - 170 TM) telah memperkenalkan kaedah membuat peta. Ahli sains
dan matematik yang terkenal ialah Thales , Pythagoras , Archmedes , Democritus , Hipparchus ,
Hippocrates dan Herophilus. Di bawah adalah beberapa tokoh falsafah yang terkenal pada zaman
tamadun Yunani :

11
4.4 Socrates

Socrates (470 - 399 SM) merupakan ahli falsafah Yunani yang diakui ramai sebagai pengasas falsafah
Barat. Bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh
orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Oleh itu, sesetengah orang telah menyoal
tentang adakah Socrates benar-benar pernah wujud dan merujuk kepada pemerihalan cacat Plato
mengenai kematian Socrates melalui peracunan. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua
rujukan kepada Socrates berfungsi sebagai alat retorik yang digunakan, mula-mula oleh Aristophanes dan
kemudiannya oleh orang-orang lain seperti Plato, sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa
untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung.

Dikatakan seorang penduduk Athens, Socrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh
mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya.
Mereka yang memberikan pemerian ini mengatakan bahawa beliau diberikan pilihan untuk memilih
buangan tetapi memilih kematian minum hemlok kerana beliau percaya bahawa buangan akan
mengaibkan persetujuannya untuk mematuhi undang-undang Athens.

12
4.5 Plato

Plato (sekitar 427 S.M. - sekitar 347 S.M.) ahli falsafah Yunani yang sangat berpengaruh, anak murid
kepada Socrates dan guru pada Aristoteles. Hasil kerjanya yang paling mashyur adalah Republik yang
menghuraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Dia juga menulis 'Hukum' dan banyak
dialog di mana Socrates adalah peserta utama. Sumbangan Plato yang terpenting adalah ilmunya
mengenai idea. Dunia fana ini tiada lain hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal. Di dunia
ideal semuanya sangat sempurna. Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal yang boleh
disentuh dan dlihat, tetapi juga mengenai konsep-konsep fikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh,
konsep mengenai "kebajikan" dan "kebenaran". Salah satu perumpamaan Plato yang termasyhur adalah
perumpamaan tentang orang di gua. Menurut Plato kota muncul akibat pembahagian buruh, dan
pembahagian buruh tidak boleh wujud tanpa ketaksetaraan semula jadi dalam kemahiran dan pelbagaian
kehendak manusia. Beliau hendak menghalang perkaitan antara kelas pemerintah dengan kelas yang
diperintah agar mengelak konflikt dalam masyarakat.

13
4.6 Aristotle

Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai
dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme).
Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik
beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca
yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk
karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota
syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali
sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah
Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.

Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada
masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi,
meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral
(ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan,
dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.

14
5.0 FAKTOR KEJATUHAN TAMADUN YUNANI

Naik dan jatuh sesebuah tamadun itu banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.

5.1 Keruntuhan Akhlak Dan Moral

Bangsa Yunani telah mencapai kegemilangan menerusi penghayatan tradisi keilmuan yang tinggi. Namun
tradisi keilmuan semata-mata tanpa penekanan yang sewajarnya diberikan kepada soal penghayatan nilai-
nilai murni tidak mungkin kegemilangan tersebut dapat bertahan lama dalam tempoh yang lama.
Masyarakat Yunani walaupun berilmu, namun mereka gagal dari segi penghayatan dan amalan ilmu.
Secara dasarnya mereka mengakui bahawa ilmu perlu selari dengan akhlak, namun dari segi amalan
adalah sebaliknya.

5.2 Perpecahan Dalam Kalangan Masyarakat

Perpecahan dalam kalangan masyarakat juga menjadi faktor dalam mebantutkan perkembangan tamadun.
Sebagai contoh, rampasan kuasa berlaku akibat pemerintahan zalim dengan kuasa digunakan sewenang-
wenangnya oleh diktator pemerintah berkuasa mutlak. Rampasan kuasa disokong oleh rakyat biasa tetapi
ditentang oleh golongan aristokrat. Inilah yang menyebabkan masyarakat Yunani akan berpecah-belah.

5.3 Ketidakadilan Kuasa

Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan
golongan miskin. Jurang pemisah ini turut menyumbang kepada kemerosotan perkembangan tamadun
Yunani apabila golongan hamba abdi yang hidup melarat ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah
golongan berharta. Disebabkan itu, telah berlaku pemberontakan dalam kalangan masyarakat bawahan.

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tamadun Yunani adalah antara tamadun yang begitu kaya dengan kesusateraan,
seni berpidato, membaca dan menulis. Ini adalah antara tamadun yang sangat utuh dari segi pemikiran
dan idea. Ini dibuktikan dengan kewujudan tokoh-tokoh sejarawan seperti Thcydides dan Herodotus,
tokoh-tokoh dalam bidang ilmu sans dan teknologi seperti Anaximander, Anaxagaros, dan Thales, tokoh-
tokoh dalam bidang falsafah seperti Socrats, Aristotle dan Plato dan sebagainya yang memang cukup
berjasa buat tamadun Yunani. Namun, dengan kemajuan yang telah dicapai tamadun ini tetap runtuh atas
sebab-sebab yang tertentu.

15
Memang diakui banyak pengajaran yang dapat diambil daripada peningkatan dan sumbangan yang telah
diberi oleh tamadun-tamadun awal. Namun, dalam satu masa yang yang sama, tidak dinafikan bahawa
sebab-sebab kejatuhan tamadun itu penting untuk diambil ikhtibar. Dalam situasi hari ini, kemajuan telah
berjaya dicapai namun kecelaruan terus menguasai rakyat. Kita perlu memberi penekanan terhadap sebab-
sebab yang boleh membawa kepada runtuhnya sesebuah tamadun.

7.0 BIBLIOGRAFI

Muhammad Hazim.. Tuhan Mitologi Yunani/Greek Mhytology Gods. Diperoleh daripada


http://eternalblooded.blogspot.com/ (2012 Mei 13)

Mubaruk. Negara Kota Tamadun Yunani. Diperoleh daripada http://tamadundunia-


stpm.blogspot.com/2009/03/negara-kota-tamadun-yunani.html (2009 April 1)

Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad&Nik Kamaliah Nik Abdullah. Kenalilah Tamadun (Al-Hadhariah).
Universiti Teknologi Mara : Visual Print Sdn. Bhd. 2008

Nadiah Bt Abdul Rahman & Priscilla Law N.H. Tamadun Islam dan Asia (Edisi Keempat). Malaysia :
McGraw-Hill Sdn. Bhd.

16

Anda mungkin juga menyukai