Anda di halaman 1dari 2

Ibnu Battuta

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Lawati Al-Tanji


Gelaran : Ibnu Battuta atau As-Sham Ad-Din
Tarikh Lahir : 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah
Tempat lahir : Bandar Tanjah, Morocco
Meninggal Dunia
Tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi
:
Sumbangan: Pelopor pengembaraan yang menghasilkan buku karangan mengenai
benua Asia dan Afrika berdasarkan pengalaman perjalanan sendiri

Kebesaran Kerajaan Melayu bukan sahaja diakui dan diagungkan oleh bangsa Melayu
semata-mata, malah seorang pengembara dari Arab, Ibnu Battuta. Didalam
kitabnya,Tuhfat al-Nazhar beliau menyebut selama mengelilingi dunia hanya ada tujuh
raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja
Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa,
Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-
Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam.

Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan


Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi. Pengembaraan beliau mengambil masa 38
tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua
benua Afrika dan Asia. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan
Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat al
Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. buku tersebut diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan pertama
bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum
meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi
bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam
perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk
menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di
Makkah selama 2 tahun.

Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat
Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik
semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz,
Siraf, Bahrin dan Yamama.

Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, Laut yang
dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta Dardanela.
Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia,
Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri
sepanjang Sungai Danube.
Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di
mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau pernah
dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga
seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia
dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke
Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum
meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah
untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348
mesihi.

Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di
tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil
pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah
menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza
mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355
masihi.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan
terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang
dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran
seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum
penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang
luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya
dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di
benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris,


menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai
seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis
pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang
yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam

Anda mungkin juga menyukai