Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 2a

CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Kelas Tambahan Kelas Tahun 6 telah dilaksanakan supaya dapat:

i. Membantu mempersiapsiagakan murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi


peperiksaan UPSR.
ii. Membantu guru-guru Tahun 6 meningkatkan prestasi murid dalam subjek Matematik
dan Bahasa Inggeris.
iii. Membantu pihak sekolah mencapai target yang ditetapkan.
iv. Meningkatkan motivasi murid untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

i. Makanan telah disediakan sebelum kelas tambahan bermula.


ii. Murid-murid telah memberi kerjasama dengan menghadiri kelas tambahan
Tahun 6.
iii. Berjaya menyampaikan tips membuat UPSR Bahasa Inggeris.
iv. Berjaya menyiapkan bahagian yang ditetapkan.
v. Dapat membincang jawapan dalam masa yang ditetapkan.

2.2 Kelemahan:

i. Ada sesetengah murid tidak cukup untuk menyiapkan kertas soalan yang
diberikan.
ii. Demonstrasi tidak dapat buat dengan baik.
iii. Ada sesetengah murid tidak tahu cara menjawab dengn baik walaupun tips
diberikan.

3. Cadangan penambahbaikan:

Masa kelas tambahan ini harus dipanjangkan supaya murid-murid dapat menyiapkan kertas
soalan dalam masa yang ditetapkan. Tayangan LCD juga boleh digunakan untuk
mengulangkaji Bahasa Inggeris UPSR. Selain itu, tips-tips UPSR juga boleh ditayangkan
kepada murid-murid.
Majalah-majalah tentang tips UPSR Bahasa Inggeris juga boleh diedarkan kepada murid-
murid supay mereka lebih berkeyakinan dalam menjawab kertas soalan UPSR.

Anda mungkin juga menyukai