Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN AKHIR TAHUN DAN

AKTIVITI 2017

PANITIA:
REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI
LAPORAN AKHIR TAHUN PANITIA RBT
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CUEPACS 2017

1. PENDAHULUAN

Panitia RBT tidap dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan

dengan sempurna. Antaranya ialah aktiviti puzzle. Aktiviti ini tidak sempat

dijalankan disebabkan oleh kekangan masa. Namun aktiviti kuiz masih diteruskan

pada penggal kedua ini. Aktiviti ini juga dapat membantu murid memahami dan

mengingati pelajaran yang diajar.

Walaupun aktiviti puzzle tidak berjalan seperti yang dirancang, namun

murid tetap diberikan pendedahan berkaitan dengan penggunaan alatan tangan

berserta dengan kefungsiannya.Walaubagaimana pun, aktiviti demonstrasi

penggunaan alatan tangan telah dijalankan pada penggal kedua.

Bagi bulan panitia tidak sempat dijalankan disebabkan oleh kekangan masa.

Aktiviti ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

2. JADUAL PERTANDINGAN

Tiada

3. KEPUTUSAN

Tiada
4. KEWANGAN

Panitia tidak ada menjalankan pertandingan. Oleh itu, kewangan dan perbelanjaan

digunakan untuk membeli peralatan untuk projek elektrik dan elektronik.

5. REFLEKSI

Secara keseluruhannya aktiviti-aktiviti Panitia RBT bagi tahun ini banyak yang

tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang dan ditetapkan dalam pelan taktikal.

Aktiviti yang tidak dijalankan masih akan diteruskan pada tahun hadapan.

5.1 Kekuatan Aktiviti

i. Murid boleh menggunakan peralatan dengan betul.

ii. Murid mengenali nama dan fungsi alatan jahitan.

iii. Murid tahu nama dan fungsi komponen elektrik.

iv. Membantu murid menjawab soalan peperiksaan yang berkaitan dengan

alatan tangan terutama jahitan, elektrik dan elektronik.

v. Bengkel kelihatan ceria dan berinformasi.

vi. Susun atur bengkel dan peralatan dapat dipertingkatkan .

vii. Memberikan informasi kepada murid tentang topik yang dipelajari.

5.2 Kelemahan Aktiviti

i. Segelintir murid masih takut dan tidak yakin untuk menggunakan

peralatan yang diberikan

ii. Tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menampal dan

mempamerkan hasil kerja murid

iii. Keadaan bengkel yang sempit menyebabkan ruang kerja terhad dan

projek yang dijalankan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan.
iv. Segelintir murid tidak menjawab soalan kuiz dengan bersungguh-

sungguh.

5.3 Cadangan

Panitia RBT bercadang untuk:

- Membuat penambahbaikan aktiviti ini pada tahun hadapan supaya murid

lebih berminat dan memahami mata pelajaran RBT.

6 IMPAK

Terdapat beberapa impak yang diperolehi daripada aktiviti yang telah dijalankan

antaranya :

 Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran RBT terutamanya

murid-murid yang kurung minat untuk belajar.

 Murid lebih memahami cara penggunaan alatan tangan dalam menghasilkan

projek yang diberikan.

 Membantu murid-murid yang tidak tahu membaca untuk meningkatkan gred

mereka.

7 ULASAN KESELURUHAN

7.1 Ulasan bagi aktiviti yang dijalankan

Secara keseluruhan aktiviti yang dijalankan memberikan pengetahuan baru

kepada mereka dalam beberapa kemahiran. Antaranya ialah memotong kayu

dan memasang komponen elektrik.


7.2 Ulasan aktiviti yang tidak dapat dijalankan

Aktiviti yang tidak dapat dijalankan disebabkan oleh kekakangan masa. Panitia

akan memastikan aktiviti ini akan diteruskan pada pada tahun hadapan.

Disediakan Oleh;

____________________
(NORAZLINA BT NIZAL)
Ketua Panitia RBT

Disemak Oleh;

____________________
(SITI KAMARIAH BT OTHMAN)
Penyelaras Kurikulum

Disahkan Oleh;

______________________
(ABDUL LATIF B. ABD MAJID)
GPK Pentadbiran
SK Taman Cuepacs
LAPORAN AKTIVITI PANITIA RBT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CUEPACS 2017

1. PENDAHULUAN

Panitia RBT telah berjaya menjalankan aktiviti kuiz sahaja pada penggal kedua.

Bagi aktiviti Puzzle dan bulan RBT tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa.

Secara keseluruhannya, aktiviti yang tidak dijalankan telah menjejaskan keputusan

peperiksaan RBT. Sekali gus, ia tidak mencapai targer KPI panitia.

2. LAPORAN AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Laporan aktiviti yang telah dijalankan seperti berikut:

2.1 Kelas Informasi

Pendahuluan

Aktiviti ini merupakan projek berterusan. Projek ini dijalankan untuk memastikan

bengkel berada dalam keadaan yang kondusif dan berinfomasi bagi kegunaan

murid. Projek ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

Objektif

- Memastikan bengkel dalam keadaan ceria dan selamat digunakan.

- Memastikan bengkel mencapai tahap standard yang ditetapkan.

Kumpulan sasaran

Semua guru RBT.


2.2 Kuiz

Pendahuluan

Aktiviti ini merupakan projek setiap bulan. Aktiviti ini dijalankan untuk membantu

murid lebih memahami tentang pelajaran yang diajar. Selain itu, ia juga dapat

membantu murid dalam peperiksaan.

Objektif

- Membantu murid dalam peperiksaan.

- Murid dapat memahami setiap topik yang diajar oleh guru.

Kumpulan sasaran

Semua murid tahun 4, 5 dan 6

3. REFLEKSI KESELURUHAN AKTIVITI

3.1 Kelas Informasi

Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah memberikan bengkel banyak perubahan

dari segi keceriaan dan keselesaan. Selain itu ia juga memberikan sedikit sebanyak

informasi kepada murid tentang RBT.

a. Kekuatan Aktiviti

i. Bengkel kelihatan ceria dan berinformasi.

ii. Susun atur bengkel dan peralatan dapat dipertingkatkan .

iii. Memberikan informasi kepada murid tentang topik yang dipelajari.

b. Kelemahan Aktiviti

i. Tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menampal dan

mempamerkan hasil kerja murid.

ii. Keadaan bengkel yang sempit menyebabkan ruang kerja terhad dan

projek yang dijalankan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan.
c. Cadangan

Panitia bercadang untuk membuat sudut pameran untuk menunjukkan hasil

kerja murid.

3.2 Kuiz

Aktiviti ini merupakan projek setiap bulan. Secara keseluruhannya, ia berjalan

lancar.

a. Kekuatan Aktiviti

i. Membantu murid menjawab soalan peperiksaan yang berkaitan dengan

alatan tangan terutama alatan pertukangan, jahitan, elektrik dan

elektronik.

b. Kelemahan Aktiviti

i. Segelintir murid tidak menjawab soalan kuiz dengan bersungguh-

sungguh.

c. Cadangan

Panitia bercadang untuk meneruskan aktiviti ini pada tahun hadapan.

4. KEWANGAN

Semua aktiviti yang dijalankan melibatkan kewangan panitia. Panitia

menggunakannya untuk membeli peralatan projek.


5. PENILAIAN PELAKSANAAN PERANCANGAN STRATEGIK

Hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan didapati murid sangat berminat dengan

projek yang dijalankan. Murid menunjukkan kesungguhan untuk membuat projek

yang diberikan. Namun ada segelintir murid yang tidak menunjukkan kesungguhan

dan minat dalam menyiapkan aktivti yang dirancang.

6. ULASAN KESELURUHAN

Secara keseluruhanya, semua aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan

sempurna. Panitia akan meneruskan aktiviti yang tertangguh pada tahun hadapan.

Disediakan Oleh;

____________________
(NORAZLINA BT NIZAL)
Ketua Panitia RBT

Disemak Oleh;

____________________
(SITI KAMARIAH BT OTHMAN)
Penyelaras Kurikulum

Disahkan Oleh;

______________________
(ABDUL LATIF B. ABD MAJID)
GPK Pentadbiran
SK Taman Cuepacs

Anda mungkin juga menyukai