Anda di halaman 1dari 6

SEMESTER 8 INTERNSHIP

SK GAYANG, TUARAN

CATATAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pelaksanaan projek minggu H.I.P (Highly Immersive Program) di SK Gayang.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1. Kekuatan:

Antara kekuatan kami dalam pelaksanaan program H.I.P. adalah:

a) Hubungan silaturahim antara rakan dengan saya dapat dieratkan kerana kami
telah bekerjasama untuk menjayakan projek ini dari proses persediaan sehingga
lengkapnya sudut Bahasa Inggeris di bawah projek tersebut. Bukan itu sahaja,
guru-guru dan murid-murid di SK Gayang juga berpeluang untuk menjadi lebih
erat antara satu sama lain kerana penglibatan aktif murif-murid dalam
menjayakan program ini.

b) Kami dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru kelas kerana ini
bukan suatu kerja yang senang.

c) Kami juga telah belajar untuk berbelanja secara sederhana.

d) Bahan-bahan yang dihasilkan oleh kami mendapat pujian daripada guru-guru


dan murid-murid di SK Gayang.

e) Kami belajar untuk menghargai bantuan yang telah diberikan oleh murid-murid
dalam proses menyiapkan sudut Bahasa Inggeris.

2.2. Kelemahan:

Antara kelemahan kami dalam pelaksanaan program H.I.P. adalah:

a) Rakan saya dan saya mempunyai pandangan yang berlainan terhadap bahan
yang ingin diselitkan dalam sudut HIP tersebut

b) Penglibatan tahap 1 yang kurang aktif sepanjang minggu H.I.P.

c) Kami juga mendapati bahawa murid-murid kurang faham dengan arahan yang
tertera di sudut H.I.P

d) Kekukuhan bahan-bahan yang terdapat di papan H.I.P. Bahan-bahan kurang


kukuh di papan dan jatuh semasa ditiup angin dan juga kena hujan.
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

3. Cadangan Penambahbaikan:

a) Rakan saya dan saya mempunyai pandangan yang berlainan terhadap bahan yang
ingin diselitkan dalam sudut HIP tersebut

b) Kami harus mempunyai alternatif lain atau rancangan lain semasa kami menghadapi
kekangan atau masalah dalam perlaksanaan sesuatu projek. Hal ini kerana program
kami terlanggar dengan program ceramah motivasi UPSR dan murid-murid tidak
datang disebabkan program yang berlangsung di bilik darjah tahun 6, iaitu bilik di
sebelah papan H.I.P.

c) Kami perlu mendapat persetujuaan secara dua hala sebelum melaksanakan projek ini
kerana kami mengalami sedikit masalah dalam menyatakan keinginan kami. Kehendak
kami bagi papan H.I.P. berlainan.

d) Seterusnya, sudut H.I.P. ini juga boleh dijadikan satu papan informasi untuk
pembaharuan maklumat terbaru tentang Bahasa Inggeris. Satu papan putih mini boleh
disediakan untuk menyenangkan kerja guru-guru untuk memberi infromasi baru.

e) Penggunaan bajet perlu dipertimbangkan kerana sudut ini sepatutnya menjimatkan kos
perbelanjaan tanpa mengurangkan kualiti bahan-bahan yang tertampal di atas sudut
H.I.P.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

CATATAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

4. Isu / Perkara yang difokus:

Pelaksanaan English Day SK Gayang.

5. Analisis isu / perkara yang difokus:

5.1. Kekuatan:

Antara kekuatan kami dalam pelaksanaan English Day adalah:

a) Hubungan silaturahim antara guru-guru dan murid-murid di SK Gayang juga


berpeluang untuk menjadi lebih erat antara satu sama lain kerana penglibatan
aktif murif-murid dalam menjayakan program ini.

b) Kami dapat mengendalikan satu projek yang rumit dalam prosesnya dan dapat
menghabiskan program tersebut dalam masa yang ditetapkan.

c) Kami juga telah belajar untuk berbelanja secara sederhana dan menjimatkan kos
sepanjang English Day.

d) Kami belajar untuk membalut hamper sendiri tanpa menggunakan kos yang
tinggi.

e) Aktiviti-aktiviti English day berjaya menarik minta para pelajar dan juga mendapat
pujian dari pihak sekolah.

f) Kami belajar untuk menghargai bantuan yang telah diberikan oleh guru
pembimbing, guru bahasa Inggeris dan juga guru-guru sekolah semasa
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan English Day.

5.2. Kelemahan:

Antara kelemahan kami dalam pelaksanaan program English Day adalah:

a) Kami tidak menglibatkan murid-murid tahap satu padahal ini adalah satu
program sekolah.

b) Kami tidak terfikir tentang tahap profisiensi murid dan mengasingkan murid-
murid kepada kelas Juara dan Wira.

c) Murid-murid sangat kecewa apabila tidak terpilih untuk menyertai English Day.

d) Dewan itu sentiasa digunakan dan amat sukar kepada kami kerana kami perlu
menutupi kawasan tersebut supaya program tersebut berjalan dengan lancar.
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

6. Cadangan Penambahbaikan:

a) Kami seharusnya menglibatkan lebih banyak murid dalam program ini kerana mereka
berasa amat kecewa kerana tidak dapat menyertai program berkenaan.

b) Bukan itu sahaja, kami juga perlu menyediakan hadiah yang berfaedah dan bukan
makan ringan kepada murid. Hal ini kerana hamper kami mengandungi beberapa
makanan ringan yang kurang berkhasiat.

c) Selain daripada itu, kami juga perlu mempertimbangkan masa guru-guru lain semasa
menjalankan aktiviti kerana pembelajaran dan pengajaran masih dilangsungkan
semasa English Day dijalankan.

d) Kami mungkin bising sedikit semasa aktiviti dikendalikan. Oleh yang demikian, kami
seharusnya menganjurkan aktiviti tersebut di tempat yang lebih jauh daripada kelas-
kelas yang sedang belajar terutamanya kelas Tahun 6.

e) Selain daripada itu, semasa penyampaian hadiah, kami seharusnya menyediakan sijil
untuk kegunaan murid masa depan. Sijil adalah amat penting untuk menjamin masa
depan pelajar-pelajar yang terlibat.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

CATATAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

7. Isu / Perkara yang difokus:

Pelaksanaan Projek Kelas Abad ke-21

8. Analisis isu / perkara yang difokus:

8.1. Kekuatan:

Antara kekuatan kami dalam pelaksanaan Projek Kelas Abad ke-21 adalah:

a) Program ini juga boleh dikatakan menjadi satu penandaarasan bagi


pelaksanaan projek kelas abad 21 pada masa akan datang. Penyelaras kelas
abad 21 SK Gayang juga berasa amat berpuas hati dengan hasil kerja dalam
kelas 2 Wira.

b) Saya juga telah belajar untuk berbelanja secara sederhana.

c) Hubungan silaturahim antara rakan dengan saya dapat dieratkan kerana saya
telah bekerjasama untuk menjayakan projek ini dari proses persediaan
sehingga lengkapnya elemen abad ke-21 dalam kelas tersebut

d) Saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru kelas kerana ini
bukan suatu kerja yang senang.

e) Projek Kelas abad ke-21 ini juga memberikan manfaat yang besar kepada
murid-murid kelas yang terlibat iaitu, 2 Wira. Dengan ciri-ciri perubahan yang
dilakukan secara fizikal kepada kelas tersebut, murid-murid dapat belajar
dalam suasana yang kondusif, selesa dan berinformatif.

f) Selain daripada itu, saya juga belajar untuk menghargai bantuan yang telah
diberikan oleh murid-murid dan juga guru-guru dalam proses menyiapkan
projek abad ke-21 ini.

8.2. Kelemahan:

Antara kelemahan saya dalam pelaksanaan Pelaksanaan Projek Kelas Abad ke-21:

a) Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta
luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications
Technology).
SEMESTER 8 INTERNSHIP
SK GAYANG, TUARAN

b) Kelemahan yang kedua merupakan perancangan perhiasan kelas yang kurang


teliti.

c) Antara kelemahan Projek Kelas Abad 21 ini ialah, kekangan waktu untuk saya,
guru pelatih untuk melaksanakan projek ini.

d) Bukan itu sahaja, adalah juga agak susah kepada saya untuk mencari bahan
yang relevan dengan pembelajaran abad ke-21 ini. Disebabkan konsep ini baru
saja diperkenalkan oleh kerajaan, bahan-bahan yang relevan masih kurang di
internet.

e) Seterusnya, sumber kewangan yang tidak mencukupi juga antara kelemahan


lain sepanjang kami melaksanakan projek ini.

9. Cadangan Penambahbaikan:

a) Jika diberi peluang dan masa untuk meneruskan projek Kelas Abad 21 ini, kami akan
cuba mendapatkan sumbangan daripada pihak- pihak yang berkenaan agar lebih
banyak bahan yang dapat kami sediakan untuk melengkapkan 5 Arif sebagai Kelas
Abad 21.

b) Selain itu, untuk menambah baik Projek Kelas Abad 21 ini, kami amat berharap agar
guru-guru mata pelajaran 2 Wira untuk meneruskan kaedah pedagogi Abad 21
menggunakan bahan yang telah kami sediakan.

c) Bukan itu sahaja, saya harus mempunyai alternatif lain atau rancangan lain semasa
saya menghadapi kekangan atau masalah dalam perlaksanaan sesuatu projek. Hal ini
disebabkan oleh pertukaran perancangan projek yang berlaku di tengah-tengah
pelaksanaan projek abad ke-21. Pertukaran perancangan saya telah menyebabkan
saya kesuntukan masa dalam menyiapkan projek dan ini telah mengakibatkan projek
saya tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan.

d) Akhir kata, penggunaan bajet perlu dipertimbangkan kerana sudut ini sepatutnya
menjimatkan kos perbelanjaan tanpa mengurangkan kualiti bahan-bahan yang
tertampal di atas dinding kelas 2 Wira. Kebanyakan bahan saya tidak dapat digunakan
untuk berulang kali dan amat membazir ink printer.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai