Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum: 6

Tarikh:12 OGOS 2021

Tajuk Jurnal: Terdapat Murid-Murid 5M keliru dengan penambahan dan penolakan

1. Isu yang difokuskan: Murid-murid membuat penambahan walaupun soalan itu


adalah penolakan

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 5 Merah.


Saya mendapati bahawa sesetengah daripada mereka tidak dapat membuat
penolakan dua pecahan wajar melibatkan penyebut yang sama dan penyebut yang
berbeza. Hal ini demikian kerana mereka menganggap soalan itu adalah soalan
penambahan. Sebagai contoh, murid-murid menganggap ½ -1/4 = 1/2+1/4=3/4.

2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Punca murid-murid Tahun 5 yang menganggap soalan penolakan itu adalah soalan
penambahan adalah murid-murid tidak teliti membaca soalan. Hal ini demikian
kerana mereka tidak memberi sepenuh perhatian dalam membaca soalan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman dan Kajian Lepas)

Menurut Reinhartz dan Beach, 1998 Wiles dan Bondi, (1998)


menyatakan baha$a penumpuan di dalam kelas amat penting kerana sekiranya
pelaar memberitumpuan semasa aktiviti PdP, maka seseorang pelajar itu dapat
meningkatkan kecerdasan minda pelajar agar pelajar dapat menyesuaikan diri,
mencapai kejayaan dalam kehidupanserta bersedia untuk berada dalam masyarakat
masa hadapan yang kian mencabar pada masa kini.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah:-

i. Guru perlu membimbing murid-murid membaca soalan dengan baik


ii. Guru perlu menerangkan bahawa kita mesti membaca soalan dengan
baik sebelum membuat soalan matematik
iii. Guru menjelaskan Model Polya - Understand the Problem, Devise a
Plan, Carry Out the Plan, Look Back

5. Tempoh Masa Penyelesaian

1 minggu

6. Tindakan Susulan:

Guru tanya soalan semasa mengajar dan menyuruh murid-murid untuk membuat
latihan ulangkaji dan sentiasa ingat untuk membaca soalan dengan baik sebelum
membuat soalan matematik

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

21 Ogos 2021 (Ganti 19 Ogos 2021)

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan:

Apabila saya tanya soalan, murid-murid dapat menyempurnakan dengan baik


walaupun terdapat soalan-soalan yang dijawab salah. Oleh itu, cara ini sangat
berkesan kerana apabila murid-murid ditanya soalan, guru dapat mengetahui tahap
kefahaman murid-murid. Murid-murid yang lemah juga memerlukan guru untuk
mengingatkan mereka tentang sesuatu konsep dengan banyak kali supaya informasi
tersebut dapat menjadi ingatan kekal. Murid-murid juga dapat membaca soalan
dengan betul setelah guru memberi arahan untuk membaca soalan dengan teliti
sebelum membuat soalan matematik.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Sebagai seorang guru, kita perlu mencari pelbagai alternatif untuk mengukuhkan
ingatan dan konsep matematik, khususnya kita sebagai guru boleh membuat
Quizizz, latihan interaktif seperti Maths Playground, LiveWorksheet dan sebagainya
untuk memperkukuhkan skil mendarab (jadual pendaraban). Kita sebagai guru
seharusnya mencari cara pembelajaran setiap murid dan merancang pengajaran
dan pembelajaran yang paling sesuai bagi murid-murid. Guru haruslah sentiasa
menanya soalan semasa kelas untuk menguji tahap kefahaman murid-murid. Akhir
kata, bagilah yang terbaik kepada murid-murid.

Rujukan

Wiles, J and Bondi, J. (1998), Curriculum Development: A guide to practice(5th


edition) New Jersey:Merrill.

Anda mungkin juga menyukai