Anda di halaman 1dari 48

ANYAMAN BAKUL

BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL

Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan

Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang


memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai
digunakan dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah
rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.

Pengurusan Rotan

Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras.
Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan dan bahagikan yang
keras dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan
menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).

ALATAN MENGANYAM ROTAN

1. Pembaris digunakan untuk mengukur

2. Gunting - boleh gunakan sebarng gunting

3. Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang


anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman
dan memasangkan pemegang bakul.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL


UNTUK CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL.

1. 7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang


menegak.
2. Sebatang rotan latitud dianyam

3. Selepas kelilingkan dengan 2 bulatan, rotan longitud di gunting keluar


4. Jadikan 2 batang rotan longitud atau kumpulan kemudiannya
menganyamkannya

5. Selaraskan rotan longitud supaya jarak di antaranya sama


6. Anyaman mudah
LANGKAH ANYAMAN BAKUL ROTAN LATITUD PASANGAN CARA
BERPALANG

1. 15 rotan longitud : 8batang bersilang dengan 7batang rotan

2. Memulakan anyaman dengan sebatang rotan latitud

3. Anyamkan
4. Anyamkan satu pusingan dan teruskan

5. Anyamkan 3bulatan untuk mengikat rotan longitud


6. Mula pisahkan rotan longitud agar setiap kumpulan ada 2 batang

7. Anyaman mudah. Sekali atas, sekali bawah


8. Pada masa yang sama, tarik keluar rotan longitud bagi setiap
kumpulan

9. Selepas selaraskan jarak di antaranya, maka mulalah menganyam


tapaknya.
PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL

1. Lagang

Lagang merupakan tulang kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk


anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran
lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk
seperti V di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.

2. Anyaman

Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman


sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian
tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk
mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman
digunakan.

3. Lepih

Dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja
anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian
dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah
seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan
tepi tulang belut
4. Sisip

Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian


anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah
direncungkan(tajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman
dari terburai

5. Kerat

Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman


Nampak kemas dan menarik.

PERANAN PEREKABENTUK DAHULU DAN SEKARANG

Pada awalnya, orang menyatakan bahawa anyaman ini berasal


dari Rusila, dari Marang, dari Sayong dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana
tradisi kita ketika itu menggunakan tradisi lisan. Sekitar 70an, kita dapat
mengetahui tokoh yang terlibat secara langsung.

Apa yang menarik dalam perkembangan kraftangan ialah


penglibatan tukang atau perekabentuk dalam suasana sekarang. Dari segi
pengekalan dan perkembangan kraftangan, terdapat beberapa institusi
yang terlibat secara langsung dalam memperkenalkan atau melangsungkan
tradisi kraftangan.

Peranan perekabentuk pada hari ini berbeza dengan perekabentuk


tradisi. Perekabentuk tradisi tidak pernah ingin menonjolkan dirinya.
Perekabentuk tradisi masih melanjutkan warisan ini.

Seni Anyaman : Perubahan Bentuk dan Fungsi

Apa pun yang dilakukan oleh manusia, ia selalu mendekati unsure dan
elemen alam. Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam
menghadapi cabaran hidup. Manusia mereka cipta, mengolah, memetik,
meminjam tumbuhan: daun, ranting, akar, bunga; mongering seterusnya
mencipta warna. Manusia sebenarnya telah melakukan kecergasan hidup
dinamik, untuk meneruskan kehidupan. Sama ada menganyam daun,
membetnuk tanah liat, mengukir kayu, menenun kain, ia cukup mengerti
terhadap tujuan dan makna kerja yang dilakukan : membentuk atau
mencipta untuk keperluan dan kegunaan sehari-hari. Inilah budaya.
Kebudayaan Melayu telah cukup panjang berpunca daripada kewujudan
manusia itu sendiri. Melalui seni anyaman kita diajak berbiacara tentang
daya kreatif yang mengandungi makna dan fikiran dalam konteks budaya
masyarakat kita. Di sini pengertian seni anyaman bukan sekadar
membicara bentuk yang dicipta malah turut juga melibatkan adapt resam,
pantang larang, nilai budi, malah ilmu.

Anyaman Seni Sejagat

Kepakaran menganyam dapat diterima sebagai suatu usaha yang


berterusan bagi menyelesaikan dan menyempurnakan kehidupan :
keinginan dan keperluan. Sama ada daripada bahan pandanus
(pandan/mengkuang), nipa fruticans (nipah), jenis paku pakis, rumput
rampai dan sebagainya, pencipta bentuk itu telah pun mengolah dengan
baik alam yang bakal digunakan. Dari sudut tingkat perkembangan budaya,
seni anyaman termasuk aktiviti awal dalam kelompok masyarakat tradisi
kecil (The Little Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan dalam
tradisi istana terutama apabila anyaman ditambah dengan bahan-bahan
pelengkap yang lebih mewah seperti tekat benang emas atau manik labuci.
Dalam tradisi kecil yang diwakili oleh masyarakat nelayan dan petani,
misalnya bakul digunakan untuk mengisi padi, ikan, sayur-sayuran, dan
sebagainya terutama dalam system atau kegiatan ekonomi. Alat-alat untuk
menangguk ikan, menjaring, memikat burung turut juga melibatkan bahan
anyaman. Begitu juga dalam memenuhi kehidupan masa lapang:
permainan rakyat memerlukan buluh, rotan untuk bola sepak dan sepak
raga, rangka wau, kuda kepang, tali cemeti dan sebagainya.

Dari segi rekabentuk ciptaan asas, seni anyaman selalu dapat diterima
sebagai keseniaan sejagat (universal arts). Orang Mesir Purba menganggap
anyaman sebagai bahan pelengkap dalam upacara kelahiran dan kematian.
Manik-manik, pakaian, dan sepatu yang berhiaskan anyaman turut
dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia. China, Korea, dan Jepun
menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk kegunaan
musim dingin, bakul-bakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas
mongering padi, cili dan sebagainya pada musim panas. Suku Iban,
Kadayan/Kadazan, Murut atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-bahan
anyaman sebagai peralatan penting. Ini termasuklah untuk adapt istiadat,
kesenian dan kepercayaan ritual. Dengan lebih tepat, pengertian fungsi
lazimnya bersifat umum.

Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja,


misalnya mengikat senjata di pinggang, mengukuhkan tiang rumah, kerana
ia ringin dan mudah diangkat ke sana ke mari (seperti bakul, tikar, dan
sebagainya), dipakai di kepala sebagai pelindung panas di lading atau di
laut sehingga kemudian dengan sedikit kepintaran mengolah bahan dan
kesedaran rasa, tukang atau perekabentuk akan mencipta ragaman bentuk
yang jelas pula menampakkan keunikan sesuatu wilayah budaya yang
menciptanya. Ini bermakna senia anymaan juga melahirkan cirri-ciri
peribadi dari wilayah buadaya yang melahirkannya. Disebabkan oleh
kelainan gaya, seni anyaman menampakkan ragaman yang menarik dari
segi keindahan atau estetika seni.

Ragaman Bentuk Seni Anyaman Nusantara

Pengertian Nusantara disini lebih merupakan wilayah budaya


persekitaran alam Melayu tanpa melibatakan makna batas seperti yang
dicipta dalam peta politik. Manusia NUsantara sejak berabad-abad lalu
bebas ke sana ke mari, berdagang dan menjalinkan hubungan melalui
sistem perkahwinan, atau system ekonomi seperti pertanian, ataupun
perikanan. Di Semenanjung Malaysia misalnya, kita mengenal suku Bugis,
Jawa Batak, Riau atau Minang. Dalam situasi begini wajarlah kita
menyebutnya sebagai kelompok manusia Melayu yang mempunyai kaitan
budaya timbale balik, saling memberi, menerima, mengolah kembali hingga
menimbulkan seni budaya tempatan yang dapat diklasifikasikan sebagai
seni yang terus berkembang. Hal ini juga dapat dikaitkan sebagai warisan
keturunan yang kemudiannya dilanjutkan oleh generasi seterusnya melalui
proses perkembangan bentuk dan gaya. Anyaman di Songkhla, Patani
misalnya menampakkan kesamaan bentuk dengan anyaman di Kelantan
atau Terengganu. Malah dari kaca mata kepercayaan, kita melihat betapa
bentuk seni anyaman Kelantan hamper menyamai gaya seni anyaman Bali
atau Burma.

Istilah Melayu yang disebutkan di sini juga bersifat sejagat. Suku Jawa
atau Bugis tidak mungkin menerima istilah ini terutama bagi kelompok
yang menetap di wilayah asalnya (Pulau Jawa/Sulawesi misalnya), namun
dengan penyebutan Nusantara pula sering ditanggapi sebagai wilayah yang
tersendiri daripada pengertian wilayah Melayu. Oleh itu gabungan Melayu
Nusantara adalah mencakup keseluruhan kepulauan Melayu yang
mempunyai hubungan dengan peristiwa perpindahan kelompok Melayu
sehingga ke wilayah yang lebih jauh sekalipun.

Pembicaraan kami lebih menjurus kepada beberapa model seni


anyaman berdasarkan ragaman bentuk yang dikumpulkan sejak sepuluh
tahun kebelakangan ini. Yang agak menarik dari sudut perkembangan seni,
bentuk anyaman masih mengekalkan makna fungsinya, disamping
perkembangan rekabentuk yang artistik. Begitu juga dari segi teknik,
anyaman tidak menampakkan perkembangan yang pesat kecuali dengan
penggunaan berbagai-bagai pencelup.

Bahan asas yang digunakan di sini ialah mengkuang/panduan


(anyaman tikar, alas tempat duduk kusyen, tudung saji), daun
serdang/livistona saribas (tudung saji Bajau), lidi (leka), akar (kipas), rotan
(kipas). Model-model yang diperkatakan diambil dari beberapa wilayah
Melayu Nusantara : Malaysia/Sabah/Borneo, Aceh, Bali, Songkhla/Patani,
Igorot-Filipina, dan Jawa/Madura.

Tudung Saji.

Hampir kebanyakan bentuk anyaman mempunyai fungsi yang sama.


Tudung saji berperanan sebagai menutup makanan, untuk kegunaan
harian atau adapt istiadat, juga kadangkala digunakan sebagai topi di
kalangan petani dan nelayan. Tudung saji sebagai penutup makanan lebih
sederhana bentuknya dan boleh dikatakan memnpyai bentuk yang
seragam: berongga bulat di dasarnya dan menguncup ke puncak, hamper
serupa di kebanyakan daerah di Semenanjung. Untuk upacara adapt
istiadat terutamanya yang melibatkan kepercayaan atau permohonan
ditemui juga bentuk yang seakan-akan gunung-meru, di Kelantan diberi
nama tudung saji enam penjuru, mempunyai ruang lima tingkat
berbucukan puncak gunungan di setiap tingkat dan bucu. Terdapat 6
puncak bucu. Keseluruhannya 50 bucu dan ditambah satu lambang puncak
tertinggi di bahagian paling atas.

Leka.

Fungsi asal leka ialah sebagai pengalas periuk belanga dan tembikar.
Kemudian berkembang sebagai bakul buah-buahan malah kini dianggap
sebagai bahan hiasan dinding. Terdapat 6 model yang menarik untuk
diperkatakan. Dari segi teknik, leka menggunakan bahan lidi daripada daun
kelapa, nipah enau, nibung kesemuanya daripada jenis palma yang
terkenal di kawasan khatulistiwa. Untu tapak yang lebih besar,simpai pusar
dibuat sebanyk 7punca ruang (leka Songkhla) dan Melaka, manakala leka
lebih kecil berpunca 6ruang (Aceh), Sungai Besar, Igorot-Filipina, Bajau-
Tuaran.
ALATAN ANYAMAN TIKAR

Penganyam harus mempunyai beberapa alat kelengkapan semasa


proses penyediaan daun, pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang
diperlukan ialah:

1. Parang

Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang


dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak
bahagian pangkal dan hujung daun.

2. Pisau

Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah


disisip akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan
dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman.

Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang


dan sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang
duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun.

Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang


mempulur daun. Tali sabut ini diikat menjadi bulat dan diletakkan
di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun pandan dan mengkuang
akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan
mempulurnya menghala ke atas.
3. Jangka

Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai jangka


diperbuat dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai
diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai
beberapa saiz tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak
mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan
menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya.

Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan


dan mengkuang menjadi bilah-bilah atau helaian daun.

4. Pelurut

Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara 17cm


panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar.

Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun


yang telah dijangka ketika proses penyediaan pelurut.

Pelurut juga digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah


atau helaian daun yang telah diwarnakan perlu dilembutkan sekali
lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan
5. Penyisip

Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak


runcing di bahagian hujungnya

Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses


anyaman.

Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman


dari terburai

6. Tempayan

Tempayan digunakan untuk merendam bilah atau helaian


pandan/mengkuang
7. Besen/baldi

Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau


helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan
dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN TIKAR

PROSES PENYEDIAAN DAUN

1. Pemilihan dan pemotongan daun

Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda,


sekurang-kurangnya berusia kurang dua tahun.

Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai.

Waktu yang sesuai untuk mengambil daun ialah pada waktu pagi
atau petang bagi mengelakkan daun dari cepat layu.

Daun ini kemudiaannya disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga


lima helai, dan dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun.
Selepas itu duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun
dibuang.
2. Melayur daun

Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-


kuningan. Proses ini dilakukan supaya daun menjadi lembut dan
lebih tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses
menjangka.
3. Menjangka daun

Menjangka merupakan proses membelah/ mengoyak/


mencarikkan daun tersebut menjadi bilah-bilah atau helaian daun
yang kecil.

Penggunaan alat jangka diperlukan bagi proses ini. Daun


diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata
tajam dicucuk pada daun dan ditarik pelahan-lahan.
4. Melurut

Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang


satu jam supaya kering. Kemudian daun tersebut dilurut
menggunakan pelurut.

Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian


daun menjadi lembut dan tidak bergulung.
5. Merendam

Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan


untuk direndam. Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan
yang mengandungi air biasa selama dua malam. Air mesti ditukar
sebanyak dua kali sehari.

Bilah-bilah pandan/mengkuang direndam untuk melunturkan


warna asalnya (hijau). Ikatan tongkol ini kemudian dibuka untuk
dicuci dan dijemur.
LANGKAH ANYAMAN TIKAR

1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain.

2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling

3. Bilah daun baru ditambah (C)

4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan


bilah (A)

5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)

6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas

7. Bilah (A1) dilipat ke bawah

8. Bilah (B2) dilipat ke bawah

9. Dua bilah baru ditambah (E dan F)

10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)

11. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah


PEWARNAAN

1. Pewarnaan cara tradisi

Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan


tempatan (vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun
mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah:

Kuning - kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan


ke dalam air mendidih

Kuning Pinang Masak - buah kesumba India ditumbuk halus


dan dimasukkan ke dalam

air mendidih. Untuk warna yang terang,


dicampur dengan kapur sireh

Merah - proses sama dengan warna kuning


pinang masak

Biru kehitaman - daun mengkudu digunakan

2. Pewarnaan cara moden

Pewarnaan secara moden pula menggunakan penyelup dyestuff


(Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu.
Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna yang
dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan
yang digunakan.

Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan


dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-
bilah pandan/mengkuang yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam
bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung
kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang
dicelup se;ama antara 15 hingga 20 minit.
CONTOH-CONTOH KELARAI
CORAK ANYAMAN TIKAR

Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada


sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam
menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan
kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk,
ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam
iaitu:

1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna.
Hasil cantuman warna cerah dan gelap

2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap
dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini
timbul seakan-akan beras patah.

3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah
dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini
member gambaran seakan-akan beras patah.

4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji
kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua
warna iaitu merah dan putih.

5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang
berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar
serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.

6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman
dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau
dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan
biru.

7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua


bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.

8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha.


Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-
betul lurus amat sukar.

9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam


melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.
10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan
susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.

11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah,


putih, hijau dan biru

Macam, Jenis, Teknik, dan Produk Anyaman


Macam-Macam Anyaman
a. Anyaman Mengkuang, terbuat dari daun mengkuang, contoh: tikar, tudung saji, dan lain-
lain.
b. Anyaman Pandan, terbuat dari daun pandan duri, contoh: tikar sembahyang, hiasan
dinding.
c. Anyaman Buluh, terbuat dari jenis-jenis buluh yang sesuai, contoh: bakul untuk bekas
pakaian, nyiru, beg dan lain-lain.
d. Anyaman Rotan, terbuat dari rotan yang telah diproses, contoh: bakul untuk bekas pakaian,
tempat buaian anak dan lain-lain.
e. Anyaman Lidi, terbuat dari lidi kelapa, contoh: lekar.
f. Anyaman Ribu-ribu, terbuat dari tanaman paku pakis ribu-ribu, contoh: tempat tembakau,
bakul, dan lain-lain.
Jenis-Jenis Anyaman
Dilihat dari ciri-ciri fisiknya, pada umumnya anyaman terbagi ke dalam tiga jenis, yaitu
sebagai berikut:
1. Anyaman Datar

Jenis anyaman ini dibuat datar pipih dan lebar. Anyaman datar biasanya digunakan sebagai
bilik rumah tradisional, tikar, pembatas ruangan dan barang-barang hias lainnya. Anyaman
datar dapat dibentuk dengan berbagai pola dan bentuk. Tentu, pembentukan pola ini
membutuhkan ekstra kelihaian tangan dan kecermatan dalam membentuk pola dan alur
anyaman.

2. Anyaman Tiga Dimensi

Anyaman tiga demensi berwujud benda tiga dimensi sebuah produk benda
kerajinan. Ayaman ini merupakan pengembangan bentuk dari anyaman tradisional yang
memiliki bentuk sederhana tetapi sudah lebih dikembangkan dan ditekankan pada nilai seni
dan fungsionalitasnya yang lebih tinggi. Misalnya, tas, kursi, tempat wadah-wadah, dan
lampu lampion.

3. Macrame
Makrame seni simpul menyimpul bahan hanya dengan keahlian tangan dengan bantuan alat
pengait yang fungsi sama dengan jarum. Dalam seni makrame seni simpul menyimpul
merupakan teknik utama untuk menciptakan sebuah sambungan dalam sebuah karya
kerajinan .Beberapa hasil kerajinan makrame yang menggunakan teknik makrame seperti
taplak meja, keset kaki, mantel baju, dan souvenir

Teknik-Teknik Anyaman
Anyaman tunggal

Teknik anyaman tunggal adalah teknik di mana bambu dianyam satu-satu (secara
tunggal). Caranya, bambu dianyam selangkah demi selagkah, satu demi satu dengan
memasukkannya secara menyilang. Teknik ini digunakan untuk membuat benda-benda
seperti saringan, nampan, cerangka, dan lain-lain.

Anyaman bilik
Teknik anyaman bilik ini disebut juga teknik menganyam dua-dua. Bambu dianyam dengan
teknik menyilang secara berurutan dan bersamaan. Caranya, bambu dianyam menyilang
secara bergantian dari kiri dan dari kanan. Teknik menganyam seperti ini biasanya digunakan
buat membuat bilik dan nyiru.

Anyaman teratai

Teknik anyaman teratai merupakan teknik menganyam bambu nan tergolong sulit. Teknik ini
akan menghasilkan bentuk anyaman bambu nan artistik dan indah. Caranya, bambu dibuat
seperti kotak-kotak menyerupai kembang teratai dan dibuat blok-blok di berbagai sisi. Teknik
menganyam ini biasanya diterapkan buat membuat bilik. Ini bertujuan agar bilik tampak lebih
latif dan artistik.

Anyaman bunga cengkih


Teknik ini juga tergolong sulit sepeti teknik menganyam teratai. Anyaman nan dihasilkan
akan membentuk pola memanjang nan menyerupai kembang cengkih. Teknik anyaman
seperti ini biasanya dijumpai pada kipas, tolok, sangku, atau benda anyaman lainnya.

Anyaman tiga sumbu

Teknik ini sama seperti teknik anyaman bilik, hanya saja perlu diingat bahwa benda pipih,
yaitu pakan dan lusi yang akan dianyam tersusun menurut tiga arah. Teknikanyaman ini
memberi peluang untuk memperoleh hasil anyaman tiga sumbu jarangdan anyaman tiga
sumbu rapat, sedangkan anyaman tiga sumbu rapat dengan pola bentuk heksagonal (segi
enam beraturan) atau belah ketupat.

Anyaman empat sumbu

Teknik anyaman ini berprinsip menyisip dan menumpangkan benda pipih yaitu pakan dan
lusi secara satu sama lainnya berbeda arah. Hanya saja benda pipih yang berbeda arah disini
makin banyak jumlahnya (empat buah sumbu).Jenis anyaman empat sumbu termasuk jenis
anyaman yang berlubang-lubang dengan bentuk pola oktogonal (segi delapan beraturan).

Produk-Produk Anyaman

Perkembangan ide kreatif yang didorong oleh semakin beragamnya kebutuhan, para
pengrajin melakukan berbagai inovasi dalam produk anyamannya. Berikut ini beberapa jenis
produk dari perkembangan produk anyaman.
1. Lampion
Anyaman lampion merupakan seni anyaman tiga dimensi dan termasuk anyaman buluh
(bamboo atau aur). Bulu merupakan salah satu jenis spesies rumput, seperti ilalang, dan
jagung.
2. Kata
Kata merupakan keranjang yang dianyam dari daun kelapa yang dilengkapi dengan tali
pikulan untuk digunakan untuk membawa hasil ladang. Kata ini merupakan seni anyaman
tiga dimensi terapan. Kata terdiri atas beberapa jenis antara lain kata mapa, kata kowe, dan
kata manu.
3. Tikar
Tikar merupakan anyaman yang paling banyak ditemui dan dianyam dengan menggunakan
daun lontar atau daun pandan. Penggunaannya sebagai alat tidur dan tikar yang berukuran
besar digunakan untuk menjemur padi. Selain itu, tikar juga digunakan sebagai alas tempat
duduk bagi tamu.
4. Pembatas dinding
Pembatas dinding merupakan jenis anyaman datar yang terdiri atas pola anyaman berasal dari
bambu yang telah dipipihkan.
6 DESAIN KRIYA TEKSTIL DENGAN TEKNIK MENGANYAM Kompetensi yang akan diperoleh setelah
mempelajari bab ini adalah pemahaman tentang pengertian teknik menganyam, desain dan prinsip
teknik menganyam, jenis bahan dan alat yang dipergunakan untuk teknik menganyam. A. Pengertian
Teknik Menganyam Menganyam merupakan salah satu seni tradisi tertua di dunia. Kegiatan
menganyam ditiru manusia dari cara burung menjalin ranting-ranting menjadi bentuk yang kuat,
kemudian manusia mengembangkannya menjadi sebuah karya seni anyaman. Di Indonesia teknik ini
sudah menjadi tradisi yang turun-temurun dilakukan di beberapa daerah seperti di Aceh dan
Sumatra Selatan. Pada awalnya kegiatan menganyam dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan
alam yang hanya diproses secara sederhana seperti daun kelapa, rotan, eceng gondok, serta daun
pandan, tetapi seiring berkembangnya zaman, menganyam tidak hanya menggunakan bahan-bahan
alam, serta menggunakan bahan tekstil sebagai bahan dasarnya. Setelah mempelajari desain kriya
tekstil dengan teknik menganyam, mahasiswa diharapkan mampu : 1. Menjelaskan tentang
pengertian teknik menganyam 2. Menjelaskan tentang desain dan prinsip teknik menganyam 3.
Menjelaskan tentang jenis bahan dan alat yang dipergunakan untuk teknik menganyam.
Menganyam merupakan salah satu teknik kriya tekstil dengan menyilang-nyilangkan bahan tekstil
antara bagian lusi (arah vertikal) dengan bagian pakan (arah horizontal) hingga membentuk suatu
pola tertentu. Anyaman dapat dibagi menjadi empat jenis anyaman, yaitu : 1. Anyaman silang
tunggal, merupakan anyaman yang memiliki dua arah sumbu yang saling tegak lurus atau miring satu
sama lainnya. 2. Anyaman silang ganda, menganyam dengan teknik ini sama dengan silang tunggal
ialah menyisipkan dan menumpang dua benda pipih, yaitu pakan dan lusi yang berbeda arah.
Bedanya ialah pada benda pipih, yaitu pakan dan lusi yang diselusup dan ditumpangi tidak hanya
satu tepi tetapi dapat dua, tiga, empat, lima, dan seterusnya sehingga dikenal silangan ganda dua,
ganda tiga, ganda empat, ganda lima, dan seterusnya sesuai dengan jumlah benda pipih dilompati
dan disusupi. 3. Anyaman tiga sumbu, teknik ini sama seperti teknik anyaman silang, hanya saja
perlu diingat bahwa benda pipih, yaitu pakan dan lusi yang akan dianyam tersusun menurut tiga
arah. Teknik anyaman ini memberi peluang untuk memperoleh hasil anyaman tiga sumbu jarang dan
anyaman tiga sumbu rapat, sedangkan anyaman tiga sumbu rapat dengan pola bentuk heksagonal
(segi enam beraturan) atau belah ketupat 4. Anyaman empat sumbu, teknik anyaman ini berprinsip
menyisip dan menumpangkan benda pipih yaitu pakan dan lusi secara satu sama lainnya berbeda
arah. Hanya saja benda pipih yang berbeda arah disini makin banyak jumlahnya (empat buah
sumbu). Jenis anyaman empat sumbu termasuk jenis anyaman yang berlubang-lubang dengan
bentuk pola oktogonal (segi delapan beraturan). Teknik menganyam bahan tekstil dapat diterapkan
pada berbagai lenan rumah tangga yang memiliki nilai fungsi ataupun hanya berfungsi sebagai
hiasan contohnya: sarung bantal, tempat pensil, tas, dan lain sebagainya. B. Desain dan Prinsip
Teknik Menganyam Macam-macam desain motif anyaman, yaitu : motif Sasag, Pihuntuan tertututp,
Pihuntuan Terbuka, Balakacupat, Rereng mata walik, Petai silang, Lereng, Goal, Bunga gambir, Mata
walik, Bunga cengkeh. Anyaman Silang Tunggal Anyaman Silang Ganda Anyaman Tiga Sumbu
Anyaman Empat Sumbu Gambar Jenis-jenis Anyaman (Sumber : Soemarjadi, 1991) Gambar Contoh
Produk Kriya Tekstil dengan Teknik Menganyam (Sumber : Dokumentasi penulis) Tempat pinsil Alas
panas Alas duduk Alas panas dibuat dengan menggunaka n jenis Alas duduk dibuat dengan
menggunaka n jenis Tempat pinsil dibuat dengan menggunaka n jenis Prinsip yang harus
diperhatikan dalam pembuatan produk kriya dengan teknik menganyam, yaitu : 1. Pilih jenis
produk/benda yang akan dibuat (benda hias, benda pakai, atau memiliki fungsi keduanya). 2. Pilih
dan sesuaikan desain motif anyaman dengan produk/bendanya. 3. Pilih Jensi bahan dan juga pilih
warna yang sesuai dengan motif hias yang akan dibuat. C. Jenis Bahan dan Alat Yang Dipergunakan
Untuk Teknik Menganyam Bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan produk kriya tekstil
dengan teknik menganyam antara lain: kain yang tidak melangsai dan tidak bertiras sebagai bahan
utama atau bahan dasar untuk pembuatan produk seperti kain katun, kain flanel dan pita katun. Alat
yang digunakan dalam pembuatan produk kriya tekstil dengan teknik menganyam antara lain : mesin
jahit, benang jahit, jarum pentul, gunting. Mata walik Pihuntuan tertutup Pihuntuan terbuka
Balakacupat Petai silang lereng Goal Bunga gambir rereng mata walik sasag Bunga cengkeh Gambar.
Macam-macam Ragam Hias Anyaman (Sumber : Anton Gurbono, 2005:50) Untuk pembuatan produk
kriya tekstil dengan teknik menganyam ini bahan dan allat yang digunakan dapat disesuaikan dengan
jenis produk yang akan dibuat.
seni anyaman melayu
TEKNIK ANYAMAN
CONTOH-CONTOH KEMASAN HUJUNG ANYAMAN
CARA-CARA MENYAMBUNG ANYAMAN
SENI RUPA KLS XI SMA

SENI BUDAYA RUPA


SMA
Kelas XI IPA/IPS/IPB
Semester Ganjil
BAB 1 APRESIASI KARYA SENI KRIYA NUSANTARA

Standar Kompetensi : 1. Mengapresiasi karya seni kriya


Kompetensi dasar : 1.1. Mengidentifikasi keunikan gagasan dan teknik dalam karya seni
kriya di wilayah Nusantara.
1.2. Menampilkan sikap apresiatif terhadap keunikan gagasan dan
teknik dalam karya seni kriya di wilayah Nusantara.
A. Pengertian
Apresiasi dapat diartikan menghargai, mengagumi atau menilai karya seni. Dalam kegiatan
kesenian apresiasi sering digunakan untuk memberikan nama atau istilah yang berarti sebagai suatu
kegiatan kesenian atau proses yang berorientasi kepada pengembangan sikap menghargai,
mengagumi atau menilai suatu karya seni tertentu. Kegiatan tersebut bisa dilakukan di dalam
ruangan berbentuk ceramah, diskusi, menyaksikan pentas seni atau pameran, dapat pulan dilakukan
di luar ruangan dalam bentuk wisata mengunjungi peninggalan-peninggalan karya seni budaya di
alam terbuka.
Seni kriya merupakan jenis karya seni rupa yang dibuat dengan ketrampilan khusus dan
mencerminkan ciri khas kedaerahan tertentu serta mempunyai nilai guna. Nusantara adalah nama
lain dari Indonesia.
Hal-hal yang perlu mendapat perhatian dalam menciptakan karya seni kriyamencerminkan
unsur-unsur yang terkandung di dalamnya, antara lain nilai-nilai:
1. Estetika (nilai keindahan).
2. Fungsi (nilai guna).
3. Comfortable (kenyamanan).
4. Keamanan.
5. Ciri khas kedaerahan.
Berdasarkan uraian di atas jelaslah bahwa seni kriya memiliki fungsi untuk memenuhi
kebutuhan manusia sehari-hari dalam melakukan aktifitas kehidupannya dan juga untuk memenuhi
kebutuhan manusia akan keindahan. Adapun tujuan dari seni kriya antara lain untuk meningkatkan
harkat dan martabat manusia sebagai mahluk berbudaya.

B. Keunikan gagasan dan teknik dalam Karya Seni Kriya Nusantara


Perkembangan seni sangat dipengaruhi oleh pandangan manusia yang dinamis dalam
konsep, proses dan keahlian yang beraneka ragam. Setiap masyarakat di wilayah Nusantara memiliki
filosofi, pandangan hidup atau cara pandang tentang makna hidup akan mempengaruhi bentuk karya
yang mereka ciptakan. Sehingga seni kriya yang dihasilkan oleh daerah-daerah di wilayah Nusantara
memiliki keunikan gagasan yang beraneka ragam. Keunikan gagasan tersebut melahirkan jenis-jenis
kriya yang muncul di Wilayah Nusantara. Secara garis besar kriya Nusantara terbagi menjadi dua
kelompok, kriya seni dan kriya terapan.
Kriya seni adalah kriya yang diciptakan mutlak untuk kebutuhan seni (keindahannya saja
yang dinikmati). Sedangkan kriya terapan adalah kriya yang diciptakan selain untuk kebutuhan
keindahan juga untuk digunakan sebagai sarana dalam kegiatan sehari-hari. Kriya seni lebih bersifat
modern, sedangkan kriya terapan lebih tradisional.
Sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh masyarakat Nusantara yang beraneka ragam,
maka teknik yang digunakan juga memiliki keunikan masing-masing. Beberapa contoh keunikan
teknik dalam menciptakan kriya Nusantara antara lain:
1. Teknik Ukir: kriya yang dibuat dengan cara mencekungkan dan mencembungkan bahan.
2. Teknik anyam: menyusun bahan berupa pita secara tumpang tindih (susup menyusup) sehingga
memmbentuk motif tertentu.
3. Teknik Tenun: menganyam bahan yang berbentuk tali/benang.
4. Teknik cor: dengan cara mencetak bahan yang bersifat cair.
5. Teknik batik: menggambar di atas kain dengan alat canting bertinta lilin cair, kemudian diwarnai
dengan cara mencelupkannya ke dalam cairan pewarna.
6. Teknik banun: kombinasi batik dengan tenun.

C. Apresiasi terhadap Keunikan Gagasan dan Teknik Seni Kriya Nusantara


Sebagaimana dijelaskan di atas bahwa Nusantara memiliki keaneka ragaman dalam
kehidupan masyarakatnya. Keanekaragaman tersebut mempengaruhi gagasan dan teknik dalam
berkarya kriya. Maka untuk dapat mengapresiasi karya seni kriya Nusantara kita harus mengenal
latar belakang kehidupan masyarakatnya. Untuk itu kita harus mengetahui data dari karya seni kriya
tentang kapan diciptakan, filosofi apa yang mempengaruhi dan sejauh mana tingkat teknologi pada
masa itu.
Dalam wilayah Nusantara sangat banyak peninggalan-peninggalah seni kriya yang tersimpan
di Museum, bahkan sudah dilengkapi data tersebut. Dengan cara mengamati benda-benda tersebut
kita dapat mengapresiasi karya-karya seni kriya Nusantara.
D. Daerah Penghasil Seni Kriya Nusantara
Daerah-daerah di Indonesia yang terkenal menghasilkan seni kriya antara lain:
1. Kriya Perak : Yogyakarta (Kotagede), Kendari, Bali.
2. Batik: Yogyakarta, Solo, Pekalongan, Bali, Cirebon.
3. Tikar Anyam: Tasikmalaya, Tangerang.
4. Ukir kayu: Jepara, Yogyakarta, Bali.

E. Tugas Mandiri
1. Tugas mandiri terstruktur (dikerjakan di ruang kelas pada jam belajar)
a. Buatlah kelompok, tiap kelompok 4 siswa.
b. Siapkan kertas selembar.
c. Amati gambar karya kriya Nusantara berikut.
d. Diskuskan di dalam kelompok masing-masing.
e. Buatlah laporan tertulis yang berisi:
(1) Nama karya
(2) Dibuat pada tahun berapa atau zaman apa.
(3) Gagasan atau ide dasarnya apa/bersifat apa.
(4) Fungsinya untuk apa.
(5) Tekniknya apa.
(6) Alat yang dan bahannya apa

Contoh Tugas mandiri terstruktur:

APRESIASI SENI KRIA

Amatilah secara seksama karya seni rupa di atas. Kemudian diskusikan dengan temanmu dan berikan
tanggapan tentang:
1. Tergolong karya seni rupa apa, jelaskan dengan beberapa alasan.
2. Menurut anda gagasan apa yang melandasi terciptanya karya seni tersebut.
3. Menurut anda apa fungsi dan tujuan karya seni tersebut.
4. Jelaskan media (alat dan bahan) yang digunakan untuk mencipta karya tersebut.
5. Tuliskan teknik (proses) dalam membuat karya seni tersebut.
Jawaban dibuat di atas kertas selembar.
Sumber bacaan: buku-buku seni rupa yang relevan atau browshing internet.

2. Tugas mandiri tak terstruktur (dikerjakan di luar jam belajar)


1. Kunjungan ke Museum Tekstil
a. Adakan kunjungan ke Museum Tekstil secara berkelompok (maksimal 6 orang)
b. Catatlah benda-benda koleksi yang ada di sana. Tanyakan kepada petugas bila perlu.
c. Buatlah foto dari benda-benda tersebut secukupnya.
d. Buatlah laporan tertulis yang berisi hasil kunjungan.
e. Ketentuan Laporan tertulis:
1) Halaman sampul ditulis judul:
LAPORAN KUNJUNGAN
MUSEUM TEKSTIL JAKARTA

Tugas Kelompok
Oleh:
1.
2.
3.
Kelas: XI .
SMA NEGERI 96 JAKARTA
2013-2014
Bagian 1, Kata Pengantar
2, Foto Siswa di dengan back ground Koleksi/benda Museum
3, Isi : uraian yang menceritakan isi museum dengan disertai contoh foto
benda koleksi. Boleh ditampilkan gambar denahnya.
4, Kesimpulan/penutup.

2. Kliping
a. Buatlah kliping secara kelompok (maksimal 4 siswa) yang berisi gambar-gambar karya seni Kriya
Nusantara (minimal 10 gambar berukuran A4 dengan ketentuan sebagai berikut:
(1) Gambar dapat diambil dari internet, hasil memfoto sendiri, majalah atau media cetak lainnya.
(2) Di bawah gambar ditulis (ketik) Nama karya, daerah asal (wilayah Nusantara), fungsinya untuk apa
(kriya murni atau kriya terapan)
(3) Kliping dijilid dan di bagian sampul ditulis :

KLIPING
KARYA KARYA SENI KRIYA NUSANTARA

Tugas Kelompok
Oleh:
1.
2.
3.
Kelas: XI .
SMA NEGERI 96 JAKARTA
2013-2014

BAB 2 BERKARYA SENI KRIYA DENGAN TEKNIK DAN CORAK NUSANTARA


Standar Kompetensi : 2. Mengekspresikan diri melalui karya seni kriya
Kompetensi dasar : 2. 1. Merancang karya seni kriya dengan memanfaatkan teknik
dan corak di wilayah Nusantara.
2.2. Membuat karya seni kriya dengan memanfaatkan teknik dan
corak di wilayah Nusantara.
2.3. Menyiapkan karya seni kriya buatan sendiri untuk pameran di
kelas atau di sekolah.
2.4. Menata karya seni kriya buatan sendiri dalam bentuk
pameran di kelas atau di sekolah.

A. Merancang Kriya Batik Nusantara


Batik merupakan salah satu seni kriya yang berkembang di wilayah Nusantara. Bahkan
sekarang Kriya batik telah mendapat pengakuan dunia yaitu telah tercatat di UNESCO bahwa
batik merupakan hasil karya budaya bangsa Indonesia. Pemerintah pun telah menetapkan hari batik
Nasional dan siswa, guru maupun karyawan telah diwajibkan mengenakan batik pada hari-hari
tertentu.
Kegiatan merancang batik disebut juga mendesain motif batik. Bagi para pemula (siswa)
kegiatan merancang motif batik dapat dilakukan dengan metoda yang ringan yaitu memodifikasi atau
mencontoh motif batik yang sudah ada kemudian disederhanakan.
1. Tugas mandiri terstruktur individual.
Buatlah rancangan motif batik dengan metoda modifikasi.
Dibuat di atas kertas gambar A3 dengan bahan pewarna cat air.
Waktu: 3 x 2 jam pelajaran.
2. Tugas mandiri tak terstruktur (kelompok)
Buatlah kliping tentang gambar motif batik Nusantara (minimal lima macam).
Setiap gambar dijelaskan mengenai nama motif, daerah asal dan sumber gambar.
Sumber gambar dapat diambil dari media cetak atau internet.
B. Membuat Kriya Batik dengan Corak Nusantara
Media (bahan dan alat) yang diperlukan dalam membuat kriya batik antara lain:
Bahan: Kain mori (katun) Alat : Canting
Lilin batik (malam) Kompor
Bahan pewarna Wadah
Air Ring/Pemidangan
Bahan-bahan lain Alat-alat lain

Dalam proses membatik dilakukan beberapa tahap sebagai berikut:

1. Tahap rancangan (desain)


Langkah-langkah:
a. Gambar motif dibuat di atas kertas dengan tinta hitam
b. Gambar motif dipindahkan ke atas kain dengan teknik jiplak menggunakan pensil. Bagi yang sudah
mahir, gambar motif dapat dibuat langsung di atas kain menggunakan pensil.
2. Tahap penerapan lilin batik (malam)
Penerapan lilin di atas kain dilakukan dengan menggunakan alat tulis untuk membatik yang
disebut canting yang berisi lilin cair sebagai tintanya.
Langkah-langkah:
a. Bentangkan kain yang telah bermotif.
b. Terapkan lilin mengikuti motif yang ada pada kain.
c. Tentukan bagian-bagian motif yang akan diblok (ditutup dengan lilin), kemudian lakukan pengeblokan.
d. Lakukan pengisian motif atau bagian luar motif yang masih terlihat kosong dengan titik-titik, garis-
garis atau bentuk-bentuk lain.
3. Tahap pewarnaan (pencelupan)
Langkah-langkah:
a. Siapkan cairan warna di suatu wadah
b. Celupkan kain ke dalam larutan warna, secara berulang-ulang sampai tingkatan warna yang
diharapkan tercapai.
c. Keringkan kain di tempat teduh.
4. Tahap pelepasan lilin (Jw. Nglorod)
Langkah-langkah:
a. Siapkan air dalam keadaan mendidih di atas kompor.
b. Maukkan kain ke dalam air mendidih sambil diaduk-aduk.
c. Lakukan terus hingga lilin-lilin yang menempel pada kain terlepas.
d. Angkan kain dan keringkan di tempat teduh.
Setelah kering, maka selesailah proses membuat batik.

C. Menyiapkan karya seni kriya buatan sendiri untuk pameran di kelas atau di sekolah
Pameran merupakan kegiatan menyajikan karya seni hasil karya sendiri. Sebagai
pembelajaran kegiatan ini dapat di lakukan di kelas atau di sekolah pada acara sekitar pembagian
raport semester.
Dalam rangka menyiapkan pameran para siswa dapak mendiskusikannya di kelas dengan
pengawasan atau bimbingan guru mata pelajaran. Beberapa kegiatan yang dapat dilakukan dalam
rangka menyiapkan pameran kelas atau pun pameran sekolah antara lain:
1. Membentuk kepanitiaan pameran.
2. Mempersiapkan karya yang akan dipamerkan.
3. Mempersiapkan tempat pameran.
4. Menyiapkan publikasi dan dokumentasi.
5. Mengklasifikasi hasil karya siswa yang akan dipamerkan.
6. Memperbaiki atau membuat karya-karya yang akan dipamerkan
7. Mempersiapkan perangkat pendukung pameran.
8. Kegiatan lain yang diperlukan.

D. Menata karya seni kriya buatan sendiri dalam bentuk pameran di kelas atau di sekolah
Beberapa hal yang perlu mendapat perhatian dalam menata karya di dalam ruang pameran
antara lain:
1. Penempatan karya dua dimensi diatur rata atas atau rata bawah.
2. Penempatan karya tiga dimensi diatur berdasarkan ukuran, misalnya besar atau berat di bawah,
sedangkan yang kecil atau ringan di atas.
3. Pengaturan hiasan diusahakan jangan sampai benda-benda hiasan mendominasi ruang pameran.
4. Pengaturan cahaya dilakukan sedemikian rupa sehingga cahaya mengenai karya dengan baik.
5. Pengaturan jenis atau volume music dalam ruang pameran dilakukan agar mendukung suasana
pameran menjadi lebih baik.

E. Tugas Mandiri
1. Tugas mandiri terstruktur
1. Menggambar denah pameran (individual).
2. Membuat karya (tambahan), atau memperbaiki karya untuk pameran (individual).
3. Membuat susunan kepanitiaan (kelompok).
2. Tugas mandiri tak terstruktur
1. Membuat karya (tambahan), atau memperbaiki karya untuk pameran (individual).
2. Mengunjungi pameran (kelompok).

SENI ANYAMAN
Definisi anyaman: teknik membuat karya seni rupa dengan cara
merangkai bahan (berupa pita) secara tumpang tindih atau susup-
menyusup antara lungsi dan pakan sehingga membentuk motif tertentu.
Lungsi : pita anyaman yang bersifat statis (diam), biasanya
berkedudukan vertikal.
Pakan: pita anyaman yang bersifat dinamis (bergerak susup-menyusup)
dan biasanya mengarah horisontal.

Bahan Anyaman
a. Bahan Alam : daun kelapa, mendong, daun lontar, bambu,
pandan, rotan
b. Bahan Buatan : benang, kertas, lembaran plastik

Contoh motif Anyaman

Motif sasak

Motif Kepang/anyaman bilik

Mata bintang
Anyaman lilit

TUGAS MANDIRI
Buatlah anyaman dengan bahan kertas berwarna ( kertas origami atau
asturo).
Ukuran : 1. A4 dengan lebar pita 1 cm
2. Kertas origami dengan lebar pita 0,5 cm
Bentuk motif anyaman boleh mencontoh gambar berikut:

Anda mungkin juga menyukai