Anda di halaman 1dari 3

HIKING

Anda baru nak mula mendaki? TIPS/PANDUAN


MENDAKI UTK NEWBIE (Dayhike)
December 24, 2012 at 2:44pm
Sepanjang penglibatan saya dalam kegiatan luar (outdoor) satu perkara yg sering saya perhatikan
ialah ada antara rakan2 yg baru nak berjinak2 dlm kegiatan luar tidak menyediakan peralatan asas
untuk diri sendiri.
Apa juga alasan anda untuk memulakan Mendaki, sama ada utk turun berat badan, kesihatan, saje
ikut-ikut kawan, mengambil foto alam atau sahaja menikmati alam ciptaan Allah.
Apa yang penting ialah persiapan mental, fizikal dan peralatan sebelum kita memulakan aktiviti
mendaki.
Kali ini saya nak memberikan sedikit panduan mengenai persiapan untuk anda yg mahu memulakan
aktiviti MENDAKI.

1. Pilih kawan2 yg pernah mendaki dan ada pengalaman: Adalah baik jika anda dapat
mendaki dgn kawan yg ada pengalaman, kerana ini dapat mengurangkan risiko hilang atau
kemalangan.
2. Pilih dimana anda akan mendaki: Jika pendakian anda adalah yg pertama, PASTIKAN yg
bukit/gunung yg akan di daki itu bersesuaian dgn tahap kecergasan anda. Mendaki
bukit/gunung yg di luar kemampuan kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri
anda. Antara bukit/gunung yg boleh di cuba untuk pertama kalinya: sekitar KL-Bukit Saga,
Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur : NS- Gunung Angsi, Gunung Datok.
3. Pilih kumpulan/ketua yg berpengalaman/kemahiran: Adalah penting untuk anda
mengikut aktiviti mendaki dgn kumpulan atau ketua yg berpengalaman dan berkemahiran
supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian
4. Sediakan peralatan peribadi: Mendaki dgn tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri
begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yg sesuai. Malah ada juga yg mendaki
tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja. Antara alasan yg sering di
dengar ialah beg berat, tak biasa membawa beg. Apa2 pun anda mesti membawa barang
peribadi supaya pendakian anda selesa dan selamat. dibawah nie saya ada sediakan
senarai peralatan yg perlu di bawa.
5. Meninggalkan pesanan kepada keluarga/kawan: tinggakan jadual perjalanan anda
kepada keluarga atau kawan2 sebelum anda pergi mendaki, dan bagilah masa tenang
sebelum sebarang usaha mencari anda dilakukan jika anda tidak sampai dirumah.
PERINGATAN: SEBARANG USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT AKAN MELIBATKAN
BANYAK PIHAK JUGA KOS UTK MENCARI. JANGAN MEMBUAT PANGGILAN
KECEMASAN JIKA PERKARA YG BERLAKU BUKAN KECEMASAN YG SEBENARNYA.
6. MENGAMALKAN SIKAP HORMAT ALAM DAN HARGAI ALAM SEMULAJADI: anda
diwajibkan mengalakan sikap 3R , RECYCLE, REUSE & REDUCE. Bring out what you
bring in take nothing but pictures, leaves nothing but footprint and waste nothing but your
time.

Selamat mendaki kepada yg baru nak mencuba.

Senarai Peralatan Peribadi:

1. Beg Galas : saiz dari 35L 50L pertanyaan yg sering saya terima ialah mcm ner nak tau
saiz beg tu? Untuk yg baru nak mendaki, beg galas yg dibawa budak2 sekolah ialah dlm
35L. Dan jika beg yg anda beli itu berjenama, kapasiti beg itu ada di tulis pada penutup atau
badan beg itu.
2. Kasut mendaki: adalah lebih baik jika anda menguna kasut mendaki. Tetapi jika ini kalau
pertama anda mendaki dan tak tahu sama ada mendaki ini akan menjadi hobi anda,adalah
memadai anda mengunakan kasut sukan. Bagaimanapun mengunakan kasut sukan ada
kekurangannya, antaranya tapaknya tidak sesuai untuk di gunakan di trek tanah yg basah
dan licin. Saya sarankan anda utk mencari Adidas Kampong/kasut getah yg harga tak
sampai RM10. JANGAN GUNAKAN SANDAL UTK MENDAKI KERANA IA TIDAK AKAN
MELINDUNGI KAKI ANDA.
3. Ground sheet: pelapik utk duduk , baring/tido
4. Stokin: penting jika mendaki, ia utk mengelakan kaki melecet.
5. Pakaian mendaki: Baju: gunakan kemeja T yg diperbuat dari bahan sintentik seperti quick
dry. Tak kira lah jika anda mahu mengunakan lengan pendek atau panjang, lagi satu, pakai
pakaian yg cerah/terang. Seluar mendaki; seperti pakaian skrg nie seluar panjang yg
diperbuat dari bahan sintentik banyak di jual. ELAKAN GUNA JEANS ketika mendaki.
(sediakan pakaian utk balik dan ditinggalkan di kenderaan anda)
6. Baju ujan/Wind Breaker: Baju hujan nie adalah utk mengelakan anda kuyup semasa
mendaki, terutama ketika anda hendak sampai puncak bukit/gunung, anda akan rasa sejuk
disebabkan hujan dan angin. JANGAN MEMAKAI JACKET KETIKA MENDAKI, sebab anda
akan berpeluh berlebihan dan mengakibatkan Dihidrasi.
7. Lampu suloh: walaupun pendakian anda dilakukan pada siang hari, tidak salah utk
menyediakan lampu suloh sebab takut pendakian ini akan lewat habis dan berlarutan
sehingga malam.
8. Ubat-ubatan peribadi: bawa plaster, penadol, minyak angin/urut dan yg penting ubat
peribadi anda seperti utk athma, pening, alahan dll. Sebab penganjur selalunya akan hanya
membawa peralatan kecemasan yg am sahaja.
9. Pisau lipat: adalah cukup sekadar membawa pisau lipat utk kegunaan am dan kecemasan.
BUKAN UTK MENCEDERAKAN POKOK DENGAN MENULIS NAMA ANDA DI BATANG
POKOK.
10. Bekas air minum:membawa bekas air dari rumah akan mengurangkan potensi membuang
bekas air itu di bukit/gunung. Jika anda membawa botol air mineral atau isotonik, bawalah
balik bekas air itu, elakan dari membakar bahan plastik tu .PASTIKAN ANDA MEMBAWA
AIR MINUM DGN CUKUP, SEKURANG2NYA 1.5L AIR BIASA DAN 500ML AIR ISOTONIK
11. Plastic sampah:utk membawa keluar semua sampah peribadi, jika membawa plastik
sampah besar ia juga boleh digunakan sebagai baju hujan.
12. Tongkat/walking stick: untuk membantu ketika mendaki dan masa turun cerun, ia dapat
juga mengurangkan tekanan pada lutut.
13. Topi/ bandana/buff: melindung kepala dari hujan dan panas
14. Hp: penting jika perlu membuat panggilan kecemasan
15. wisel: utk kegunaan kecemasan
16. Api: Lighter(simpan dlm plastik dan letakkan dlm kit pertolongan cemas, magnesium stick ,
mancis (diwater proof kan)
17. GPS:jika ada.
18. Kamera:
19. Alat pertolongan cemas Peribadi: Plaster, minyak angin, ubat peribadi ( athma, kencing
manis, Darah tinggi DLL) kepada pendaki baru sediakan Knee Guard sebab lutut akan mula
terasa sakit apabila menuruni ukit atau gunung.
20. Tisu gulong/toilet roll: utk urusan kebersihan diri dan peralatan
21. .Makanan mendaki: makanan on trek: kismis, kurma, coklat, pudding, gula2 makanan di
puncak /rehat sebelum turun : jika pendakian pendak dan tidak lama anda tak perlu
membawa makanan berat, jika ia lama dan anda akan berhenti rehat di puncak sebelum
turun, anda ada dua pilihan 1: masak di bukit/gunung

*PERINGATAN KESELAMATAN*
Keselamatan adalah perkara yang amat penting ketika melakukan aktiviti luar. Anda memerlukan
pengetahuan, pengalaman dan peralatan yang sesuai dan berfungsi untuk melakukan aktiviti
perkhemahan dan pengembaraan.
Tidak ada buku/artikel yang dapat menghindarkan kemalangan berlaku atau menilai kekurangan
seorang pembaca. Artikel ini ditulis sebagai maklumat dan tidak menggantikan latihan profesional
yang perlu anda ikuti untuk mendapatkan pensijilan terutama mengenai CPR, Pertolongan Cemas
dan Respons Kecemasan.
Jadi maklumat yang ditulis dan kemahiran yang diterangkan dalam artikel ini tidak mewakilkan
keselamatan dalam satu-satu aktiviti anda.
Apabila anda melakukan aktiviti yang diterangkan dalam Artikel ini, anda bertanggungjawab ke atas
keselamatan anda sendiri.
Penulis dan FACEBOOK tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan peribadi, kesakitan ,
kerosakan atau kemusnahan harta benda yang timbul disebabkan penggunaan artikel ini

Anda mungkin juga menyukai