Anda di halaman 1dari 5

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN

Pendahuluan_
Al-Quran merupakan Kalam suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui

perantaraan Jibril A.S sebagai garis panduan dan ikutan buat umat akhir zaman yang penuh dengan mehnah

dan tribulasi.

Al-Quran diturunkan untuk dibaca seterusnya dihayati oleh umat Islam, menjadi hidayah kepada mereka yang

bertaqwa, dan sumber ketenangan bagi mereka yang mencarinya. Pembacaan al-Quran perlu kepada

ketelitian dan ketepatan tajwid iaitu, sebagaimana yang diwartakan oleh as-Suyuti, mengucapkan huruf-huruf

menurut hal aslinya satu persatu. Sambil setiap huruf itu diucapkan menurut ucapan aslinya dan menuturkan

secara sempurna bukan dengan cara paksaan, tergesa-gesa, berlebihan-lebihan.

Mempelajari ilmu Tajwid, disepakati ulamak bahawa hukumnya fardhu kifayah, tetapi membaca al-Quran

secara bertajwid hukumnya fardhu ain. Adalah berdosa sekiranya seorang pembaca sengaja meninggalkan

tajwid dalam bacaan al-Quran atau enggan mempelajarinya sebelum membaca al-Quran. Ini dikuatkan

dengan kata-kata Imam ibnul-Jazari dalam matannya ( ) :

#
#
Membaca al-Quran dengan tajwid hukumnya wajib. Barangsiapa membaca al-Quran tanpa bertajwid, hukumnya berdosa. Kerana

sesungguhnya Allah menurunkan al-Quran beserta tajwid. Demikianlah al-Quran itu datang dari Allah untuk makhluknya.

Oleh kerana penurunan al-Quran itu sendiri bertajwid, maka wajiblah kita membacanya dengan tajwid. Jadi,

bagaimanakah yang dikatakan bacaan yang tidak bertajwid itu? Antaranya ialah dengan melakukan satu

daripada kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran.

Kesalahan-kesalahan dalam bacaan | Bengkel Tahsin al-Fatihah | Pusat Pengajian Muqry


1
Jenis-jenis kesalahan dalam bacaan al-Quran

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pembaca al-Quran. Lazimnya, ia banyak terjadi
dalam kalangan mereka yang kurang mendalami ilmu tajwid dan kurang membaca secara talaqqi atau
berguru. Kesalahan-kesalahan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kesalahan Nyata dan Kesalahan
Tersembunyi.

1. Kesalahan Nyata ( ):

Kesalahan yang, bila berlaku, boleh mengubah maksud perkataan, sekaligus mengubah makna ayat dan

pemahaman. Perlu diingat bahawa, kesalahan nyata ini, jika dilakukan dengan sengaja, ia boleh

menyebabkan dosa kepada pembaca. Antara bentuk-bentuk kesalahan nyata ialah:

1- Menukar huruf: menyebut pada tempat , contoh: ( mengikut Qiraat Hafs 'an Asim)

atau menyebut pada tempat , contoh:

atau menyebut pada tempat , contoh:

2- Menukar baris: menukar baris huruf kepada baris yang selainnya.


dibaca
Contoh:

3- Menambah /membuang huruf: lazimnya berlaku pada huruf Mad (alif, waw, ya).

Contoh: dibaca atau dibaca

4- Menambah / membuang sabdu: lazimnya berlaku pada bacaan basmalah.

Contoh: dibaca

Kesalahan-kesalahan dalam bacaan | Bengkel Tahsin al-Fatihah | Pusat Pengajian Muqry


2
2. Kesalahan Tersembunyi ( ) :
Kesalahan ke atas lafaz akan tetapi tidak berubah bacaan mahupun makna. Hukumnya makruh dan
mengaibkan kerana hilangnya keindahan bacaan al-Quran. Adapun antara bentuk-bentuk kesalahan
tersembunyi termasuklah:
1 - Tidak sempurna sifat huruf. Dalam ilmu Tajwid, terdapat 17 sifat huruf yang perlu dipelajari seperti al-
Jahr, ar-Rokhowah, as-Sofir, al-Inhirof, at-Takrir, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, teorinya perlukan
kepada penjelasan yang panjang, juga praktikal dan talaqqi musyafahah dengan guru yang mahir. Oleh
kerana itu, bab sifat huruf tidak akan disentuh dalam catatan ini.

2 - Tidak sempurna dengung. Ghunnah atau dengung perlu dibaca dengan kadar panjang 2 hingga 3
harakat. Terdapat enam hukum yang perlu dibaca dengung oleh pembaca al-Quran, menurut riwayat Hafs
dari Imam 'Asim:
1. Wajibul-ghunnah (huruf nun dan mim yang bersabdu dan tidak didahului oleh nun sukun atau tanwin)

2. Idgham Ma'al-ghunnah (berlaku apabila nun sukun dan tanwin bertemu salah satu daripada huruf-

hurufnya iaitu )

3. Idgham Syafawi (berlaku apabila mim sukun bertemu dengan huruf )


4. Ikhfa' Haqiqi (berlaku apabila nun sukun dan tanwin bertemu salah satu daripada huruf-hurufnya yang

15 iaitu )

5. Ikhfa' Syafawi (berlaku apabila mim sukun bertemu dengan huruf )

6. Iqlab (berlaku apabila nun sukun dan tanwin bertemu )

Sebagai langkah alternatif yang lebih mudah, pembaca bolehlah merujuk kepada tanda-tanda yang tidak

dibaca dengung seperti di bawah:

Nun sukun (bertanda)

Nun sukun (tidak bertanda) yang selepasnya atau

Tanwin selari

Tanwin tidak selari yang diikuti huruf atau

Kesalahan-kesalahan dalam bacaan | Bengkel Tahsin al-Fatihah | Pusat Pengajian Muqry


3
3 - Tidak sempurna Mad. Bacaan Mad (panjang) terdiri daripada beberapa hukum yang mempunyai pelbagai

kepanjangan. Ia berlaku bersama huruf Mad ( ) yang terletak selepas mana-mana huruf Hijaiyah. Berikut
disenaraikan hukum-hukum Mad mengikut kategori:

Kategori 2 harakat sahaja:


Mad Asli

Mad Silah Qosiroh

Mad Tamkin

Mad Tabri'ah

Mad Badal

Mad 'Iwad

Kategori 2 hingga 6 harakat:

Mad Wajib Muttasil (4/5/6 harakat)

Mad Jaiz Munfasil (2/4/5 harakat)

Mad 'Aridh Lissukun (2/4/6 harakat)

Mad Lin (2/4/6 harakat)

Mad Silah Towilah (4/5 harakat)

Kategori 6 harakat sahaja:

Mad Ta'zim

Mad Farq

Mad Lazim

Pembaca perlu tahu membezakan bacaan Mad yang panjang dengan yang pendek. Termasuk dalam
kesalahan tersembunyi apabila seseorang membaca hukum Mad yang pendek harakatnya dengan harakat
yang panjang, begitu juga sebaliknya.

Kesalahan-kesalahan dalam bacaan | Bengkel Tahsin al-Fatihah | Pusat Pengajian Muqry


4
Penutup_

Diharapkan agar dengan garapan kecil ini, kesalahan dan kesilapan dalam bacaan al-Quran dapat dielakkan

dan diatasi, seterusnya membolehkan para guru memperbaiki mutu bacaan bertajwid para murid. Perlu

diingat, apabila seseorang menghafal al-Quran dengan bacaan yang salah, dia akan mengalami kesukaran

untuk memperbaikinya pada masa akan datang. Bacaan yang betul akan menatijahkan pahala bagi, bukan

saja orang yang membacanya, tetapi juga individu yang mengajarkannya. Insya-Allah.

"Sebaik-baik kalian ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."

- H.R Bukhari

Wallahu waliyyut-taufiq.
Mior Khabir Zikri bin Mior Ahmad Zaini,
8 Januari 2016,
11:20 pm, Teluk Intan.

Rujukan:
- Al-Quran Mushaf Darussohabah fil-Qiraatil-asyril-mutawatiroh min toriq Toyyibatunnasyr
- Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani (Hj Abdul Qadir Leong)
- Matan Toyyibatunnasyr (karangan Imam ibnul-Jazari rahimahullah)
- Mantap Mengaji Kaedah Al-Matien (Hj Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Hj Mohd Wahid Abd Hanif)

Kesalahan-kesalahan dalam bacaan | Bengkel Tahsin al-Fatihah | Pusat Pengajian Muqry


5

Anda mungkin juga menyukai