Anda di halaman 1dari 2

Nama: Ahmad Akid Noor Azlee (201530009)

1. Latar belakang tamadun Melayu

Dikenali dengan pelbagai nama di awal pembentukannya seperti gugusan Kepulauan


Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi,
tamadun Melayu adalah satu tamadun yang merujuk kepada suatu wilayah di Asia Tenggara
di awal penemuannya. Sekelompok manusia yang digolongkan sebagai kumpulan orang
Melayu telah dicatit dalam sejarah sebagai bangsa yang bertanggungjawab membentuk
tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu. Berkonsepkan penakrifan dari akar umbi
linguistik bahasa Austronesia, Melayu secara amnya bermaksud bebas dan dikatakan terletak
dalam kelompok golongan cabang Melayu-Indonesia bersama suku Jawa, Sunda, Madura,
Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Melanau, Sulu dan
sebagainya (Tanchaikim, 2009). Dalam pada itu, tamadun Melayu juga terkenal melalui dua
aspek penting yang mempengaruhi perkembangan pembangunannya iaitu dari segi bahasa
dan agama. Ini dapat dilihat apabila bahasa tamadun Melayu diiktiraf sebagai bahasa lingua
franca, bahasa komunikasi universal ketika itu dan agama Islam yang menjadi pilihan utama
kepercayaan bangsa Melayu pada ketika itu.

Sebelum terbentuknya dua kerajaan besar, agraria dan maritim yang menerajui
pembentukan tamadun Melayu, pendudukan manusia di Tanah Melayu telah wujud kira-kira
2500 sebelum masihi iaitu pada era paleolitik and berterusan ke zaman logam dan telah
dibahagikan kepada dua kategori terdiri daripada Melayu Proto dan Melayu Deutro. Hal ini
telah dibuktikan hasil kaji selidik arkeologi yang menemui pelbagai artifak sejarah terutama
di kawasan gua bagi Melayu Proto dan catitan terdahulu tentang penempatan di sekitar
perairan bagi Melayu Deutro (Mohamed, 2013). Sebahagian pakar sejarah malah menyatakan
bahawa melalui kewujudan awal Melayu Proto dan Deutro yang menjadi pencetus kepada
pembentukan dua kerajaan gergasi di Asia Tenggara, kerajaan agraria dan maritim. Di sinilah
apabila tamadun Melayu memulai pencatitan sejarah tentang awal pembentukan aktiviti
perdagangan mereka iaitu melalui kerajaan agraria yang menghasilkan hasil pertanian deperti
damar dan rotan dan kerajaan maritim yang rata-rata menjalankan perniagaan entrepot.
Daripada dua kategori kerajaan besar ini lahirlah beberapa pusat kerajaan Melayu seperti
kerajaan Javadipa di wilayah kepulauan Melayu dan antara kerajaan yang dapat bertahan
lama adalah seperti kerajaan Champa dan Langkasuka (Yazid, 2016).
2. Kelebihan/kelemahan hubungan ketamadunan

Sistem politik dan pentadbiran

Sistem pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan

Rujukan:

Mohamed, I. (October 22, 2013). Chapter 3: Latar Belakang Pembentukan Tamadun


Malaysia. Retrieved on October 12, 2017 from
https://www.slideshare.net/ismailmohamed71/20111007111013-chapter-3-latar-belakang-
pembentukan-tamadun-malaysia

Tanchaikim. (April 19, 2009). Latar Belakang Tamadun Melayu. Retrieved on October 12,
2017 from http://tanchaikim.blogspot.my/2009/04/latar-belakang-tamadun-melayu.html

Yazid, N., I. (October 18, 2017). Asal usul tamadun Melayu. Retrieved on October 12, 2017
from https://prezi.com/tzzcfy7ddma6/asal-usul-tamadun-melayu/?webgl=0

Anda mungkin juga menyukai