Anda di halaman 1dari 25

MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM

KEPELBAGAIAN
1.1 Konsep Masyarakat dan Budaya
1.1.1 Perspektif Islam
1.1.2 Perspektif Barat
1.2 Konsep Kesepaduan Dalam Kepelbagaian di Malaysia
1.2.1 Realiti kepelbagaian masyarakat Malaysia
1.2.2 Konsep bangsa, ras dan etnik
1.2.3 Konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi
1.2.4 Kesepaduan sosial melalui akomodasi, akulturasi,
asimilasi dan amalgamasi
1.3 Konsep Masyarakat Majmuk Menurut Islam

1
Konsep Masyarakat dan Budaya
Konsep Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama di suatu tempat dan saling berinteraksi menggunakan peraturan dan
cara-cara tertentu.
Ciri-ciri masyarakat
* Hidup Berkelompok * Mempunyai agama
* Melahirkan Kebudayaan * Mengalami Perubahan
* Berinteraksi * Terdapat Kepimpinan
* Stratifikasi Sosial
Konsep Budaya bermaksud cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi
anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, politik, agama,
susunan organisasi ekonomi, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai,
peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai
anggota masyarakat.
Ciri-ciri budaya
* Dipelajari * Dikongsi
* Sejagat * Diwarisi
* Berubah * Perlambangan
* Pandangan Semesta
2
Masyarakat Menurut al-Quran dan al-
Hadith
masyarakat yang baik menurut pandangan Al-Quran dan As-Sunnah
adalah selalu patuh terhadap perintah Allah dan menjauhi larangannya.
syarat menjadi sebaik-baik masyarakat adalah dengan ber amar maruf dan
nahi munkar serta beriman kepada Allah Taala
sebuah masyarakat yang baik selalu menjaga adab-adab sesama tetangga.
Tidak mendzalimi, menyakiti, ataupun melantarkannya.
Masyarakat muslim adalah dimana seorang muslim selamat dari muslim
lainnya akan tangan dan mulutnya
Bukti yang mencerminkan masyarakat muslim adalah dengan saling tolong
menolong, dengan memenuhi kebutuhannya, memerintahkan yang maruf,
dan mencegah dari yang mungkar.
Maslahat/kebaikan masyarakat muslim akan dirasakan oleh orang kafir,
yaitu dalam masalah tetangga. Meski dalam aqidah berbeda, namun tetap
menghormatinya adalah adab yang harus tetap diamalkan. Dan dalam
lingkup yang luas, mereka mendapat perlindungan dari kaum muslimin
selama mereka baik kepada ahlul Islam.
3
Masyarakat Menurut Al-Quran
Al-Quran membahas tentang masyarakat dalam beberapa istilah,
diantaranya menggunakan istilah ummah, qaum, qabilah, syab,
qoryah, thaifah atau jamaah. Adapun ayat-ayat yang menyinggung
masyarakat sebagai berikut:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan
suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata
kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara
sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus
(pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyadari.(Q.S. Al-
Hujurat: 2).
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-
laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan
itu lebih baik dari mereka. (Q.S. Al-Hujurat:11).
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maruf dan
mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang
beruntung.(Q.S Ali-Imran: 104) 4
Masyarakat Menurut Al-Hadith
Seorang muslim yang muslim lainnya selamat dari lisannya dan
tangannya. (Riwayat Muslim).
Barangsiapa melepaskan dari seorang muslim satu kesusahan dari
sebagian kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan
kesusahannya dari sebagian kesusahan hari kiamat (Riwayat
Bukhari)
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka
muliakanlah tamunya, dan barang siapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhir maka berkatalah yang baik atau diam. (Riwayat
Ahmad dan Syaikhani)
Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh
menzaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan
kepadanya) barang siapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka
Allah akan memenuhi keperluannya.(Riwayat Tabrani)

5
Masyarakat Menurut Ilmuan Islam
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi: Masyarakat Islam ialah masyarakat
yang berdiri di atas landasan aqidah dan pemikiran Islam yang
kemudiannya melahirkan sistem, undang-undang, moral dan akhlak
Islam. Dalam erti lain masyarakat Islam ialah masyarakat yang
mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup, sumber hukum,
pegangan dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam
mengatur hubungan individu dengan masyarakat, rohani dengan
fizikal dan negara dengan masyarakat antarabangsa

6
Kepelbagaian Etnik di Malaysia
Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial
dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujud
kan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan
mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep
negara bangsa.
Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung
satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara
yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya,
lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa
kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India

7
Kepelbagaian Etnik di Malaysia
Etnik Melayu Di Semenanjung:
Melayu, Orang Indonesia, NEGRITO: Batek, Jahai, Kensiu, Kintak,
Lanoh, Mendrik. SENOI: Che Wong, Jah Hut, Jah Jehai, Kanao,
Mah Meri, Pangan, Semang, Semai, Semok Beri, Temiar. MELAYU
PROTO: Jakun, Kanak, Orang Laut, Orang Selitar, Semelai, Temok,
Temuan.
Etnik Peribumi Di Sabah:
Bajau, Bisayah, Brunei, Pulau Cocos, Dumpas, Idahan, Ilanun,
Kadazan, Kedayan, Kwijau, Lotud, Mangkaan, Maragang, Minokok,
Murut, Orang Sungai, Paitan, Rumanau, Rungus, Sino_Native, Sulu,
Tambanuo, Tidong
Etnik Peribumi Di Sarawak:
Bidayuh, Bisayuh, Bukitan, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu,
Melanau, Murut, Penan, Sian, Orang Ulu, Tagal, Tabun dan Ukit.
8
Kepelbagaian Etnik di Malaysia
Etnik Cina:
Cina, Foochow, Hainan, Henghua, Hokchia, Hokchiu, Hokkien,
Kantonis, Khek (Hakka), Kwongsai, Teochew
Etnik India:
Tamil, Orang India, Jaffna Tamil, Malayalee, Pakistan, Sikh, Orang
Sinhale, Bangladesh, Telegu

9
Saiz Penduduk Malaysia

PENDUDUK 1990 2000 2010

Bumiputera 63.3% 66.1% 68.7%

Cina 26.5% 25.3% 25.1%

India 7.6% 7.4% 5.2%

Kaum lain 2.6% 1.2% 1.0%

Jumlah 100.00 100.00 100.00

10
Saiz Penduduk Semenanjung

Etnik Peratusan
Melayu 61.7
Bumiputera lain 01.3
India 09.1
Cina 27.9
Jumlah 100.00

11
Halangan Intergrasi
Prasangka: Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negatif
(prasangka buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain.
Perkauman : Ia merujuk kepada sikap mementingkan kumpulan, kaum
sendiri. Di Malaysia sikap perkauman adalah sangat jelas tidak kira
dalam bidang ekonomi, politik, sosial mahupun kebudayaan.
Etnosentrisme: Ia bermaksud kepercayaan bahawa unsur budaya
sendiri adalah lebih hebat berbanding unsur budaya lain. Jika
bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri, ia akan
dianggap salah, tidak baik atau mengancam diri

12
Asas Perpaduan Kaum Di Malaysia:
Perkongsian Kuasa Politik: Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina
dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkong
sian kuasa amat perlu dipelihara dan dilaksanakan dengan adil bagi
mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan dalam
masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan,kerusi dalam pilihraya
dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh
satu kaum sahaja.
Kerajaan Demokrasi: Semua warga negara yang memenuhi syarat
dan tidak melanggar undang-undang negara, boleh menyuarakan
pendapat, kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan
bebas. Siapa yang menang dengan suara majoriti dalam pilihanraya
berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan pandangan
dan harapan rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di
Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

13
Asas Perpaduan Kaum Di Malaysia:
Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum: Kadar kemiskinan
yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika ianya
berlarutan maka akan timbul masalah. Agihan ekonomi mestilah
dibuat dengan adil dan sesuai dengan keperluan sesuatu kaum.
Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu bagi meningkatkan taraf
ekonomi.
Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi: Jurang pendidikan dan
jurang ekonomi saling berkaitan. Jika tahap pendidikan sesuatu
etnik itu baik, maka peluang untuk meningkatkan ekonomi keluarga
adalah lebih besar. Begitu juga tahap pemikiran akan berubah
menjadi lebih baik.
Toleransi Budaya & Agama: Saling menghormati budaya dan agama
lain adalah salah satu cara bagi mewujudkan perpaduan.
Masyarakat Malaysia memberi kebebasan kepada kaum lain untuk
mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba
mempengaruhiatau mengganggu antara satu sama lain
14
Tahap Hubungan Etnik:
Asimilasi: Asimilasi ialah satu proses percantuman dan penyatuan
antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
Idea asasnya ialah kumpulan etnik minoriti hendaklah mematuhi
pola-pola kebudayaan golongan majoriti dan melupakan
kebudayaan dan identiti masing-masing. Tahap ini diwakili oleh
formula A + B + C = A
Segregasi: Segregasi merupakan hubungan yang bersifat pemisahan
di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Seperti pemisahan
dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkut
an dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

15
Tahap Hubungan Etnik:
Akulturasi: Akulturasi ialah satu proses penerimaan unsur kebudaya
an di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain
yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur
dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan dioleh ke dalam
kebudayaan sendiri . Proses tahap ini tidak menyebabkan
kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Akomodasi: Akomodasi merupakan proses mempertahankan budaya
hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan
menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan
pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Switzerland ada
lah negara contoh hubungan etnik bersifat akomodasi. Tahap ini
diwakili oleh formula A+B+C=ABC

16
Tahap Hubungan Etnik:
Amalgamasi : Amalgamasi ialah proses yang terjadi apabila budaya
atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
Dalam konteks Malaysia, amalgamasi sepatutnya bererti orang-
orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kumpulan
etnik bercantum (biasanya melalui perkahwinan campur dan
menghasilkan satu kumpulan baru). Tahap ini dinyatakan dalam
bentuk formula A + B + C = D dimana A, B, C mewakili kumpulan
etnik yang berlainan dan D mewakili amalgam

17
Masyarakat Majmuk Menurut Islam

Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh


itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan
etnik. Manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok
dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghor
mati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan
hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan
itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Seharus
nya kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain
agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia
selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

18
Masyarakat Majmuk Menurut Islam
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah al-
Hujurat 49: 13

Manusia secara keseluruhannya adalah sama di sisi Islam dalam


konteks kemanusiaan dan harga diri, meskipun berbeza sifat fizikal
dan budaya. Perbezaan agama di kalangan manusia adalah dengan
kehendak Allah yang memberi kebebasan untuk membuat pilihan
sama ada untuk beriman atau tidak. Ia menepati firman Allah yang
bermaksud:
19
Masyarakat Majmuk Menurut Islam

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang


telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan
yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya
Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat
keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas)
kamu. Surah an-Nisaa' 4: 1

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan


kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan
bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian
itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang
berpengetahuan. Surah ar-Rum 30: 22
20
Masyarakat Majmuk Menurut Islam
Islam amat menekankan nilai keadilan kepada semua tanpa mengira
etnik yang dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan
apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat. Surah an-Nisaa' 4: 58

Menurut Islam perbezaan etnik tidak seharusnya menafikan hak atau


membezakan antara pelbagai etnik sepertimana firman Allah SWT
yang bermaksud:

21
Masyarakat Majmuk Menurut Islam
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana
Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah al-Maaidah 5: 8

Prinsip persamaan menurut Islam merangkumi persamaan dalam nilai


kemanusiaan, persamaan dalam undang-undang, persamaan
dalam hak-hak umum politik dan persamaan dalam urusan ekonomi.

22
Masyarakat Majmuk Menurut Islam
Islam menetapkan supaya manusia diberi layanan yang sama
dalam segala bentuk tanggungjawab, balasan dan hak undang-
undang seperti mengurus dan memiliki tanpa membezakan di
antara rakyat dan pemerintah, kaya dan miskin, keluarga dan bukan
keluarga, lelaki dan perempuan dan seterusnya Islam dan bukan
Islam. Prinsip ini memberi jaminan bahawa setiap orang adalah
sama dan akan mendapat layanan yang sama rata tanpa melihat
taraf dan kedudukan mereka. Menurut Islam lagi kedudukan orang
bukan Islam tidak ada bezanya dari orang Islam atas dasar;
kemanusiaan sejagat, kebebasan beragama, kedaulatan undang-
undang dan keadilan Ilahi.
Pendekatan Islam ini berbeza dengan apa yang diamalkan oleh
orang India, Greek, Israel dan Arab Jahiliah. Dalam agama Hindu,
manusia dikategorikan mengikut kasta, orang Greek menganggap
mereka sahajalah yang terpilih, orang Israel menganggap mereka
juga bangsa pilihan Tuhan dan orang Arab Jahiliah menganggap
mereka sahaja bangsa yang sempurna.
23
Masyarakat Majmuk Menurut Islam
Islam berada paling hadapan dalam memberi persamaan kepada
manusia melalui catatan sejarah bermula dari zaman Nabi
hinggalah ke zaman Khalifah Islam yang terakhir di Turki. Orang
bukan Islam diberi keadilan dalam undang-undang, menjawat
jawatan yang dilantik oleh pemerintah, kebebasan beragama,
mendirikan rumah ibadat dan sebagainya.
Di Malaysia, persamaan ini ditekankan, setiap orang tanpa mengira
etnik dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, sosial,
pendidikan, perundangan mahupun beragama. Dalam arus dalam
pembangunan negara, etnik Cina dan India diberik peluang untuk
menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam bidang
pendidikan dalam bahasa ibunda mereka sendiri dan bebas
mengamalkan ajaran agama mereka. Walaupun kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai dasar islamisasi seperti Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam, namun dasar ini tidak pernah
menyisihkan kepentingan dan sensitiviti penganut bukan Islam.
24
Bab 1

Selesai bab 1.

Anda akan didedahkan pula topik bab 2

25

Anda mungkin juga menyukai