Anda di halaman 1dari 18

Pengaruh Tamadun Islam Ke Eropah

PENGARUH TAMADUN ISLAM KEATAS MASYARAKAT


EROPAH

Pendahuluan
Menurut Abu Bakar Hamzah (1987:10) perkataan Tamadun
berasal dari perkataan arab seperti Hadharah iaitu peradaban,
Umran merujuk kepada kemajuan dan Thaqafah iaitu
kebudayaan.Menurutnya lagi tamadun lahir seiring, sejalan dan
serentak dengan perkembangan kehidupan manusia semasa
dalam bentuk pemikiran atau kebendaan.Tamadun Islam
merupakan Tamadun yang didirikan oleh masyarakat Muslim
bermula dari abad ke 7M hingga kini.Ia juga merupakan
tamadun yang sepadu.Mengapa dikatakan sepadu?Ini adalah
kerana ia menitikberatkan penekanan kemajuan dari aspek
kerohanian dan juga kemajuan dari aspek kebendaan.Dalam
tempoh tersebut pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Turki,
India dan lain-lain telah sama-sama bergabung di bawah
naungan Islam kearah membina sebuah tamadun yang agung
hingga munculnya Bandar-bandar dan kota-kota terkemuka
suatu ketika dulu seperti Madinah, Baghdad, Cordova,
Iskandariah dan lain-lain.Dimana bandar bandar ini telah
menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan,
pendidikan, perubatan, kesusasteraan dan sebagainya

Bukan itu sahaja malah tamadun Islam telah memberi


sumbangan yang tidak ternilaidari segi kemanusiaan
terutamanya.Tamadun Islamlah yang telah berjaya meletakkan
manusia sesuai dengan martabatnya.

Mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliah kepada cahaya


Islam yang terang benderang bukanlah sesuatu yang mudah,
dimana sinarannya bukan sahaja menerangi Tanah Arab tetapi
juga seluruh Eropah dan seluruh pelusuk Adam.Insyaallah
Ciri-ciri Tamadun Islam
Dalam usaha untuk mencapai matlamat Tamadun Islam
terdapat beberapa ciri diantaranya;
1. PENGAJARAN DALAM AL-QURAN
-Seperti yang kita sedia maklum Al-Quran merupakan
Perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din
yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan
Tamadun Islam.Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al-Quran itu
sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak.Semua ajaran di
dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna ;tidak
dapat dibantah walaupun satu ayat.Ia juga merupakan petunjuk
yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa
saahja kerana al-Quran itu sebagai manual kepada manusia,
dimana pendidikan Islam memainkan peranan yang terpenting
sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan tamadun
Islam.

2. MEMPERTINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN DAN


PENGGUNAAN TULISAN
-Islam amat menggalakkan umatnya menimba ilmu
pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang
hayatnya;sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud
Dari Rasulullah saw bersabda tuntutlah ilmu sejak dari dalam
buaian sehingga ke liang lahad.Tujuan menuntut ilmu
pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu
dan beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, di
samping memakmurkan alam dalam semua aspek.Negara yang
bertamadun adalah mempunyai kaitan rapat dengan
perkembangan ilmu pengetahuan.Sebagai contoh:kebangkitan
kecemerlangan tamadun Islam negara Sepanyol pada abad
yang ke 8 kerana pemimpin Islam pada ketika itu cinta kepada
ilmu pengetahuan ;walaupun keseluruhan negara Barat lain
masih dalam dark ages atau zaman kegelapan.
3. KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR BARU
-Pada peringkat permulaan Islam hanya bandar Mekah dan
Madinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan.Berkat
keredhaan Allah SWT yang dikurniakanNya kepada pentadbir-
pentadbir pada ketika itu, hanya selang beberapa tahun
kemudian, Islam telah mengembangkan sayapnya secara
meluas ke negara-negara lain seperti Afrika Utara, Afrika
Tengah, di barat iaitu Sepanyol dan Pulau Sicily.Sebahagian
besar penduduk-peduduk di negara tersebut telah memeluk
Islam dan saling bekerjasama dalam pembangunan tamadun
Islam.Akhirnya muncullah bandar-bandar baru yang
membangun di sana-sini yang amat mengkagumkan
dunia;tanpa mengabaikan ciri-ciri keislaman seperti bangunan
Masjid, Perpustakaan dan Istana

4. KESEPADUAN UMMAH
Walaupun masyarakat dalam pelbagai negara yang berada di
bawah naungan Islam merupakan masyarakat majmuk yang
berlainan bangsa dan budaya, tetapi mereka saling membantu
bekerjasama untuk menaikkan taraf kehidupan bertamadun ke
peringkat yang lebih dinamik dalam semua aspek ;baik dari segi
rohani mahupun jasmani.Kesepaduan demikian akhirnya
membawa kecemerlangan tamadun Islam secara
keseluruhannya.Sebagaimana pepatah melayu berkata:
Bersatu teguh bercerai roboh, dimana akhirnya turut sama-
sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan
maju.Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan
pembahagian kerja seterusnya wujudlah suatu bentuk ekonomi
bandar.

5. MEMPUNYAI SENIBINA TERSENDIRI


-Senibina dalam tamadun Islam mempunyai kaitan rapat
dengan perkembangan bandar-bandar.Menurut Prof..Dr J. A.
Toyndee mengatakan bahawa tamadun Islam adalah tamadun
bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan sempurna,
kerana lahirnya di bandar-bandar

yang di bina oleh Islam.Walaupun demikian, senibina Islam ini


tidak pula mengabaikan aspek ketuhanan.Dalam kategori ini
termasuk juga kesenian halus seperti seni Khat dan seni awan
larat.Kedua-dua jenis ini di gunakan untuk menghiasi kulit kitab,
bangunan-bangunan, dewan-dewan dan seumpamanya,
dimana ianya menjadi keagungan generasi berikutnya.

6. KEWUJUDAN NEGARA ISLAM


-Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam
adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan
kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan
dengan bebas di dalam negara Islam.

Islam di Sepanyol
Sepanyol adalah sebahagian dari Eropah. Daerah pertama kali
dipanggil Iberia.Kemudian namanya dikenal pula dengan
Asbania iaitu sewaktu bangsa Rumawi menduduki daerah itu
pada abad kedua Masihi.sesudah itu sewaktu bangsa Vandal
menduduki bahagian selatan daerah itu, ia dinamakan pula
dengan Vandalisia dan apabila kaum Muslimin menduduki
daerah itu mereka menyebutnya dengan Andalus.
Sepanyol pernah berada di bawah pemerintahan umat Islam
selama kira-kira hampir lapan abad iaitu dari penaklukan yang
di mulai pada tahun 92 Hijrah bersamaan dengan tahun 711
Masihi sehingga jatuhnya kota Granada pada tahun 897 Hijrah
bersamaan dengan tahun 1492 Masihi.
Pada masa pemerintahan umat Islam di daerah itu banyaklah
pembaharuan-pmbaharuan dan pembangunan yang dilakukan
oleh mereka dalam segala aspek kehidupan.Hasil dari
pembangunan tersebut Sepanyol telah menjadi suatu daerah
yang terkenal dan harum namanya diseluruh

Dari ibu kota Cordova dan kemudiannya Granada terpancarlah


sinar kebudayaan dan peradaban ke Eropah, dan kemudiannya
memberikan kemajuan kepada bangsa-bangsa Eropah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN


ISLAM KEATAS MASYARAKAT EROPAH

1) FAKTOR ISLAM ITU SENDIRI


-Kegemilangan tamadun Islam adalah bepunca daripada ajaran
Islam itu sendiri; di mana Al-quran dan Al-Hadis sebagai
sumber rujukan utama.Dengan kemunculan awal Islam di
Mekah dan tertubuhnya negara Islam yang pertama di
Madinah, maka secara keseluruhan dapat mengubah cara
hidup masyarakat Arab yang sesat, jahil dan tidak beradap
kepada cara hidup yang beradap dan bertamadun dalam
semua aspek, antara lain:
-Perubahan dari penyembahan pelbagai tuhan kepada Tuhan
yang satu iaitu Allah S.W.T.Mereka telah meninggalkan
kesesatan akidah, menuju akidah tauhid, dengan hanya
menyembah Allah SWT yang Maha Esa dan Nabi Muhammad
adalah sebagai pesuruhNya.Sebagaimana firmanNya dalam
surah Al Hujuraat, ayat 15 seperti berikut: -Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang-
orang yang beriman kepada Allah SWT dan rasulNya,
kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan
harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-
orang yang benar

perubahan masyarakat Jahiliah daripada hidup berpuak-puak


kepada bersatu padu.Lazimnya berlaku di kalangan mereka, si
kuat menindas si lemah, seperti kata pepatah sesiapa yang
kuat, mak mereka itulah yang kudrat.Begitulah amalan
masyarakat Jahiliah sepanjang masa.Kedatangan Islam
mampu mengubah keadaan masyarakat demikian kepada
kesepaduan ummah tanpa mengira suku, kaum, bangsa dan
keturunan, asalkan beragama Islam.Mereka
semuanya bersaudara iaitu saudara seagama Islam.Mereka
berpandukan kepada Al-Quran dan Al-hadis.
-Perubahan masyarakat jahiliah daripada gemar meminum
minuman keras kepada minuman yang menyegarkan dan
menyehatkan badan.Firmannya Allah SWT dalam surah Al
Maidah, ayat 90 sebagai berikut:
-Maksudnya:
-Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (minuman)
khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib
(dengan panah) , adalah perbuatan keji termasuk perbuatan
syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu
mendapat keberuntungan.

-Perubahan masyarakat jahiliah daripada suka melakukan


perzinaan kepada pernikahan yang dibenarkan Islam daripada
hidup bebas kepada hidup yang berperaturan.
-Maksudnya:
Dan janganlah kamu mendekati zina: sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

2) FAKTOR GALAKAN PEMIMPIN DAN SIKAP UMMAH.


-Yang menjadi tunggak tamadun Islam yang kedua ialah faktor
hubungan timbal balik antara galakan pemimpin dan sikap
ummah itu sendiri.Usaha dan peranan mereka amat diperlukan

untuk meneruskan kesinambungan peranan yang telah


dimainkan oleh faktor Islam itu sendiri.Semenjak dari perutusan
Rasulullah SAW sebagai ketua agama dan pemimpin
negara.Islam tidak pernah mengalami ketandusan pemimpin
walau zaman kemunduran sekalipun.Mereka sentiasa di
hormati oleh masyarakat sekeliling disebabkan peranan mereka
menyelamatkan rohani dan meningkatkan keimananan ummah
sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT sehingga datangnya
zaman kebangkitan Islam.Dengan itu jelas apa yang telah
dididik dan diasuh oleh Rasulullah saw terhadap ummah telah
membuahkan hasil terhadap pemikiran pemimpin pelapis yang
mempunyai akidah yang teguh, memiliki akhlak yang mulia,
memperlihatkan kepimpinan yang unggul.Sebagai contoh;
Saidina Abu Bakar r.a.Ketokohan beliau sebagai seorang ahli
politik Islam yang terkenal, dapat dilihat menerusi kejayaannya
menyatukan kembali umat Islam yang berpecah sebaik sahaja
berita kewafatan Rasulullah tersebar

3) KESTABILAN SOSIO-EKONOMI DAN SOSIO POLITIK


ANDALUS
-Pengajaran Al-Quran dan Al-Hadis tentang pentingnya ilmu
pengetahuan serata galakan dan usaha gigih para pemimpin,
bukan sahaja umat Islam mampu menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan, bahkan telah membawa kesan dengan
peningkatan kestabilan sosio-ekonomi dan sosio politik
sejagat.Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus turut
menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu
pengetahuan.

-FAKTOR PENGALIRAN ILMU ISLAM KE EROPAH


Para sejarawan telah sepakat bahawa terdapat beberapa faktor
yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan islam ke
Eropah iaitu hubungan diplomatik, , aktiviti penterjemahan,
pembukaan Pulau Sicily, pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol)
dan Perang Salib.
a) Hubungan Diplomatik.
-Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan
diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara
Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu
sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT,
mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia
dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya
mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika
diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah
berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.Firman Allah
dalam surah Al-Anfal, ayat 61 yang bermaksud;
dan mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah
kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia
Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui

2) Aktiviti penterjemahan
Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan
kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin
secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang
Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka
banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui
interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri
dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung
ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu
pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian,
pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya

Orang-orang Eropah menetap di negeri-negeri Islam


mengambil unsur-unsur tamadun Islm daan kemudiannya
mereka bawa pulang kenegeri masing-masing.Semenjak
mereka mengenali kecemerlangan tamadun Islam pada
lingkungan abad ke 11 Masihi, maka makin tinggilah keinginan
mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka
sehari-sehari
Setelah mereka berfikir bagaimanakah caranya supaya ilmu
pengetahuan yang berguna itu masuk ke Eropah lebih cepat,
golongan cendikiawan di kalangan mereka sependapat bahawa
cara yang terbaik ialah penterjemahan.

Usaha penterjemahan tersebut, sebahagian besarnya dilakukan


oleh cendikiawan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily dan
cendikiawan Islam di Universiti Islam di Timur.Usaha
penterjemahan buku berjalan pesatnya kerana mereka
mempunyai pengetahuan kemaampuan untuk menterjemahkan
buku-buku bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin dan bahasa
Eropah yang lainnya.

Usaha seperti ini berlangsung selama dua abad sehingga akhir


abad ke-13 Masihi.Bangsa Eropah mempergiatkan lagi bidang
ini dan mendirikan Institusi penterjemahan yang berfungsi
sebagai institusi akademik, contohnya seperti;
a) Institusi penterjemahan di Toledo.Penterjemah yang aktif
dalam institusi ini antara lain;
-Ibrahim Ibnu Daud (1190) seorang Yahudi
-Herman (1272) warganegara Jerman
-Gerard (1187) dari Itali
yang mana mereka ini menterjemahkan bidang falsafah dan
sebahagian kecil dalam bidang sains dan teknologi.
b) Institusi penterjemahan di Palermo ibu negeri Sicily.Kaisar
Faderick 11 amat menggalakkan usaha penterjemahan.Beliau
mengirim para ilmuan untuk mencari buku ke perpustakaan di
Timur Islam untuk diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan
bahasa Eropah lain.Diantara buku yang menarik perhatian
Kaisar ialah karya Ibnu Rusyd dan melantik Michael Scott
(1235M) untuk menterjemahkannya.
Diantara buku Sains yang diterjemahkannya ialah;
a) Al Madkhal ila-ilm Hayat al Aflak karya Al Farghani yang
diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Yohannes
Hispalensis dan Gerard pada tahun 1135M
b) Al Tarikh Al Jalali karya Umar al Khayyam diterjemahkan
kedalam bahasa Eropah dan Latin.
c) Ibnu Nafis terkenal sebagai seorang doktok yang pertama
kali menemui pengaliran darah.Orang yang boleh menyamai
kepakarannya ialah seorang pakar bedah Islam di Sepanyol
yang bernama Abu Qasim.Penemuannya itu mendahului 400
tahun berbanding dengan pakar Eropah yang bernama Hervey
dan Michael Servet.Penemuan beliau di bidang ini amat
mempengaruhi doktor-doktor Eropah seperti Ambroise Pare
1517-1590 dan Percivall Pott 1713-1788M.

3) Perang Salib
Peperangan Salib berlaku sebanyak 8 kali dalam masa 2 abad
diantara tahun 1097-1292M bersamaan tahun491-692
Hijrah.Perang Salib diambil dari nama Salib sebagai lambang
orang-orang Kristian.Dengan sebab itulah ramai beranggapan
bahawa peperanganini juga dikatakan peperangan
agama.Sebenarnya jauh dari itu bukan faktor agama sahaja
yang menyebabkan
berlaku peperangan, malah wujud sebab sebab lain yang lebih
banyak.Menurut Prof.Dr.Ahmad Shalaby (1975:1-6)
mengatakan diantara sebab-sebab itu ialah:
1) sebab-sebab perdagangan
i. -ahli-ahli perniagaan Eropah sanggup mengeluarkan wang
dan senjata untuk membantu peperangan Salib kerana mereka
berkeinginan supaya dapat menakluki sesetengah dermaga-
dermaga di sepanjang pantai Timur dan selatan Laut
Mediterranean, terutama di Venice, Genoa dan Pisa.Tujuannya
ialah supayadermaga-dermaga tersebut menjadi pusat
perniagaan mereka di Timur dan wujud kesinambungan di
antara perniagaan Eropah dengan perniagaan di Timur melalui
jalan-jalan ini
ii. Perang Salib berlaku di Manzikert, Byzantin.
-Pada tahun 1071M telah berlaku satu pertempuran antara
orang Islam yang dipimpin oleh Ali Arsalam dengan Emperor
Rumanos IV bagi pihak Byzantin di Manzikert. Pertempuran ini
merupakan satu pertempuran yang terbesar pernah berlaku di
antara Islam dengan orang kafir.Pertempuran ini berakhir
dengan kemenangan Islam.

SUMBANGAN ISLAM KE ATAS TAMADUN EROPAH

1) Perubatan.
Apabila disebut Perubatan Islamramai orang tertanya-tanya
apakah sebenarnya maksud perkataan itu.Ada pula yang
berpuas hati dengan fahaman mereka sendiri.Ramai pula yang
tidak menyedari akan adanya sumbangan-sumbangan penting
dan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam.Sementara itu pula
terdapat beberapa buah buku karangan orang barat yang
kononnya menulis tentang perubatan Islam, tetapi sayangnya
tidak memberi gambaran yang begitu tepat akan fakta-fakta
yang sebenarnya.misalnya ada beberapa pendapat dari Barat
yang mendakwa bahawa perubatan Islam Arab hanyalah tiruan
dari Tamadun Yunani Purba semata-mata, dan peranan orang
Arab pada masa itu hanyalah sebagai pengawet atau
penyimpan ilmu-ilmu purba ini untuk diserahkan atau
dipindahkan kepada orang Barat untuk perkembangan
selanjutnya.

Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh Tamadun


Kuno dan kemudiannya di majukan lagi sejajar dengan
perkembangan Tamadun Islam.Unsur dan pengaruh kuno itu
kebanyakannya berasal dari ilmu perubatanYunani atau system
perubatan Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan dari
China dan India

Agama yang beranika corak telah juga termasuk di dalam


pemerintahan Islam, umpamanya mazhab-mazhab Kristian
seperti Koptic di Mesir, Sabeen di Syria, Nestorian di Parsi,
serta Hindu di India dan golongan Yunani di merata ceruk
rantau pemerintahan Islam.Agama-agama ini bukan sahaja
mempengaruhi bangsa Arab sendiri tetapi juga telah
menyumbangkan unsur-unsurnya yang tersendiri dalam
membentuk sistem yang di kenali sebagai perubatan
Islam.Tokoh-tokoh yang terkenal dan ternama dengan
kegeligaan pemikiran dan falsafah serta amalan mereka telah
terus
mengevolusikan dan memberi satu bentuk dan corak tersendiri
kepada sistem ilmu perubatan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Razi
dan Harith Ibnu Kaladah. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu
juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari
arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula
bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran
Islam.
Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip
penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep
aliran Yunani.Dari pusat perubatan Empayar Rom yang begitu
gemilang pada masa dahulu lahir pula satu puak baru yang
dibangkitkan oleh puak Nestorian.Pengasas pusat Ilmiah
Nestorius, yang merupakan patriach (pengetua)
Constantinople

pada awal abad ke-5 M telah di usir dan meninggal dunia di


Mesir pada tahun 440 M.Kini pengikut-pengikutnya
menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan
Nisibis yang telah
berkembang.Setelah ditindas kerana kepercayaan keagamaan
mereka dan diusir dari Syria mereka berhijrah ke negara Parsi
pula yang menjadi tempat tertubuhnya satu pusat pengajian
perubatan yang bertapak di Jundishapur dan melahirkan ramai
doktor-doktor ternama seperti dari keluarga Bakhtischu dan
berhijrah pula ke Baghdad.

Apabila orang-orang Arab disatukan di bawah pemerintahan


Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi mereka
menemui tamadun ini.Jelasnya sebelum ketibaan Nabi
Muhammad telah pun ada dikalangan orang Arab.Kuasa Islam
telah bertapak dari tebing Sungai Indus sehingga ke
pergunungan Caucasus yang menyelubungi hampir ke seluruh
Afrika Utara dan Sepanyol Selatan termasuk Sardinia dan
Sicily.
Dalam masa yang sama hospital-hospital di bian di Baghdad,
Damsyik, Kaherah dan Cordova.Tokoh tokoh lain ialah Ibnu
Sina (Avicenna) .

Ibnu Sina telah terkenal semasa berumur 16 tahun lagi.Sejak


1/3 kurun ke-19 lagi, sebahagian besar daripada doktor di
Eropah telah mempelajari daripada bukunya Al-Qanun Fit Tib
(Undang-undang hal perubatan.Beliau adala orang pertama
sekali mengenali tentang domain daripada psikologi dan telah
mengendalikan 15 jenis penyakit dan telah menghuraikan 760
bentuk penyakit yang di kenali sebagai Tuberculosis (T.B)
.Penyakit bengkak (dalam paru-paru) dan berbagai penyakit
bengkak yang lain yang dikatakan Rahkan dan beliau juga
telah membuat penyelidikan dalam bidang neurologi.Beliau
wafat pada tahun 1036 M/426H

Ibnu Rusyd (Arerros) telah menulis buku perubatan yang


komprehensif yang bertajuk Kulliyat Fi al Tibb.Ia
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1225M dengan
nama Colligent
yang memberi ulasan secara terperinci tentang anatomi,
fisiologi, simptom-simptom, penyakit serta rawatannya, ubat-
ubat makanan dan pemeliharaannya.Disamping itu beliau turut
menulis 14 ulasan tentang karya Galen

2) Pendidikan
Dalam lapangan pendidikan pula, Khalifah al Hakam
meemperbaiki dan memperluas gedung Universiti Cordova
yang diasaskan oleh Abdul Rahman III, bertempat di Istana al
Zahraa.Pada masa yang sama al Hakam Universiti ini
merupakan pusat pengajian yang terbesar di dunia.Ia dikunungi
oleh orang-oraang Eropah, Afrika dan Asia, slain dari penduduk
Sepanyo sendiri.Beliau mengundang para sarjana dari sebelah
Timur dan menggaji mereka untuk berkhidmat sebagai tenagaa
pengajar di Universiti Cordova.
Selain daripada itu, Kota Cordova mempunyai perpustakaan
yang lengkap.Beliau menyuruh orang-orang mencari buku-buku
di seluruh dunia Islam untuk disimpan di perpustakaan
Cordova.Menurut cerita, buku di perpustakaan itu berjumlah
400, 000 jilid.Pada masa itu di sebelah Timur terdapat seorang
ulamak dari keturunan Amawiyah yang bernama al Asfahani
sedang mengarang bukunya al Aghani.Al Hakam memesan
buku itu dengan mengirim wang sebanyak 1000 dinar kepada
pengarangnya.

3) Pembangunan
Pemerintahan Abdul Rahman III dan dua orang khalifah yang
sesudahnya adalah merupakan satu zaman keagungan
kerajaan Islam Sepanyol.Kota Cordova adalah merupakan
sebuah kota yang terkenal di Eropah kira-kira pada abad yang
ke-10.Cordova merupakan salah satu dari tiga pusat
kebudayaan, selain dari Baghdad dan Konstantinople.Pada
waktu itu jumlah rumah di Kota Cordova adalah sebanyak 113,
000 buah, kota depannya ada 21 buah, perpustakaan 70 buah,
kedai-kedai buku dan masjid tidak terhitung banyaknya dimana
ianya menadi faktor yang menyebabkan kota Cordova menjadi
harum diseluruh dunia.Jalan jalan di Cordova di bubuh batu
dan diterangi oleh lampu-lampu berbanding denagn Kota
London yang hanya tujuh ratus tahun kemudian beum terdapat
satu lampu pun yang menerangi jalannya.Dan Kota Paris
beberapa ratus tahun kemudiannya masih tetap berlumpur.
Abdul Rahman Al Dakhil mendirikan sebuah masjid pada tahun
788 M, dua tahun sebelum beliau meniggal dunia.Masjid itu
didirikan di Cordova dan kemudiannya masjid itu diperbesarkan
oleh pengikut-pengikutnya atau penggantinya.

4) Pertanian dan perindustrian


Orang-orang Arab telah memasukkan ke Sepanyol sistem
pertanian yang sistematik.Mereka menggali terusan-terusan,
penanaman anggur, padi, buah delima, limau manis, tebu
kapas dan kunyit.Di daerah lembah sebelah tenggara gunung
Pyraness terdapat tanam-tanaman gandum yang hidup subur
kerana keadaan yang hawa sesuai didaerah itu dan tanah yang
subur.Di sini juga terdapat kebun-kebun zaitun dan buah-
buahan lain yang ditanam oleh penduduk.
Kemajuan pertanian itu adalah merupakan jasa-jasa orang Arab
dan Islam Sepanyol terhadap negeri Sepanyol.Sampai
sekarang tanaman-tanaman di Sepanyol masih bercorak
Habsyi (Moor)
Salah satu tanaman yang terkenal ialah taman yang disebut
Generalife suatu kata yang berasal dari bahasa Arab Jannatul
Arif iaitu taman kepada sebuah Villa.Ia adalah merupakan
gedung yang melingkari gedung al Hamra yang terkenal
itu.Taman tersebut terkenal kerana rendang pohon-pohonnya,
air terjunnya yang menarik dan angin yang berhembus dengan
sepoi bahasa, I di buat dalam bentu bertangga seperti gedung-
gedung komidi Yunani Purba.Tanahnya di basahkan dengan
parit yang menimbulkan berpuluh-puluh air terjun.Kemudian,
airnya menghilang dicelah-celah pepohon bunga dan semak
yang terdapat di sekitarnya.
Hasil pertanian dan industri di perdagangakn sampai ke Asia
Barat, terus ke India.Perdagangan di Sepanyol waktu itu sama
sibuknya dengan Baghdad Mesir dan Mekkah.Hasil dari
perindustrian dan pertanian Sepanyol pada waktu itu melebihi
keperluan dalam negeri.Sevilla mengeksport kapas, buah
zaitun dan minyak, serta mengimport hamba sahaya dari Mesir
dan biduan yang cantik dari Eropah.Malaga dan Jaen
mengeksport kunyit, batu marmar dan gula.

5) Ekonomi
Menurut P.K.Hitti dalam bidang kewangan dan kemakmuran,
belum pernah Sepanyol dapat mengecap seperti itu
sebelumnya.Menurut beliau pendapatan negara pada waktu itu
berjumlah 6, 245, 000 dinar, yang di gunakan untuk:-
-1/3 untuk ketenteraan
-1/3 untuk kerjaraya (pembangunan)
-1/3 untuk di simpan dalam perbendaharaan negara
Di mana itu semua adalah hasil dari kemajuan perdagangan
dan pertanian dalam negara itu.

6) Matematik
Pengaruh falsafah Yunani dan Mesir sangat nyata dalam
Rasail.Secara terang, Ikhwan memuji Pithagoras dan
mazhabnya dalam mentafsirkan hubungan alam dan
nombor:keistemewaan nombor 4 dikaitkan dengan 4 unsur
penting ciptaan Tuhan iaitu udara, api, air, tanah.Teori yang
mengatakan alam ini tebentuk daripada 4 unsur dipelopori oleh
Empedokles (490-430SM) .Pithagoras dan pengikut-
pengikutnya sangat memuliakan ilmu matematik dan ilmu ini
menjadi syarat untuk mendalami ilmu falsafah.Ikhwan
mengulangi perkara ini dalam Rasail dan falsafah yang sama
dipegang oleh ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle
dan Markus Sisero (mati 43SM)

Pandangan Ikhwan tentang kedudukan matematik, nombor dan


falsafah ini memperlihatkan pengaruh falsafah Yunani dan
Mesir.Plato (Aflatun, mati 347SM) Aristoteles (Aristotle mati
322SM) , misalnya menjadikan matematik sebagai syarat
mutlak untuk mempelajari falsafah.Plato dikatakan telah
meletakkan papan tanda di pintu masuk akademinya yan
tertera dengan kata-kata:Sesiapa bukan ahli geometri jangan
sekali-kali masuk.Pithogoras sangat mementingkan falsafah
nombor kerana menurutnya nombor menggambarkan semua
kejadian alam.Misalnya, jirim manusia terbentuk daripada air
dan tanah mengikut nisbah tertentu dan nisbah ialah nombor,
manakala nombor menggambarkan hakikat
sesuatu.Pemahamanmengenai nombor bermakna pemahaman
mengenai hakikat sesuatu.
Ahli-ahli falsafah Yunani ini juga tidak dapat dipastikan
mempunyai hubungan dengan mana-mana agama atau mereka
berpegang kepada falsafah akal semata-mata, kerana terdapat
hubungan penduduk Haran, tempat bertapaknya mazhab
Pithagoras dengan ajaran Nabi Idris (a.s)

Ahli matemati Islam juga menonjolkan matematik sebagai unsur


penting falsafah kerana matematik menghimpunkan dua unsur
lain yang penting dalam diri seeorang manusia, iaitu akal dan
latihan (irtiadah) .Matematik bukanlah matlamat akhir falsafah
tetapi satu jalan ke arah mencapai penyempurnaan jiwa insan
dengan mentasawurkan sagala perintah (agama) ,
membenarkan segala hakiakat yang berbentuk teori
(nazariyyah) dan amali dengan segala kesungguhan dan
keupayaan manusia.Satu hal yang jelas tentan hubungan
matematik dan agama ialah pengunaan ilmu ini untuk
menentukan arah kiblat, waktu solat, tahun, bulan, dan hari,
perjalanan matahari, bulan, bintang dan seumpamanya.Malah
banyak tajuk dalam figh Islam memerlukan ilmu ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung seperti urusan
perniagaan, zakat, pusaka, waksiat, persyarikatan, pinjaman,
sewa-menyewa, pajak dan seumpamanya.Tidak hairanlah jika
Imam al-Ghazzali (kurun ke-11/12M) meletakkan matematik
setanding dengan ilmu perubatan dan mempelajari kedua-
duannya merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam.Beliau
menganggap matematik ialah ilmu yang boleh dicapai oleh
akal.

Keistimewaan matematik sebagai alat mengasah ketaaman


akal manusia diperaku oleh ali matematik termasuk ahli
matematik Islam.Sebgai contoh, Ibnu Khaldun menggambarkan
geometri sebagai suatu ilmu yang memberi faedah besar
kepada ahlinya, memberi cahaya kepada akal, mengutakan
fikiran kerana sesungguhnya pembuktianmatematik
keseluruhannya merupakan suatu keterangan yang tersusun
kemas lagi indha.Beliau sendiri mengakui bahawa salah satu
hobinya ialah mencari pasangan nombor karib (al-mutahabbah)
.

KESIMPULAN
Pengaruh tamadun Islam ke atas masyarakat Eropah adalah
banyak antaranya perubatan, pendidikan, perindustrian,
ekonomi dan matematik.Antara faktor-faktor yang
menyebabkan perkembangan pesat masyrakat Eropah pada
ketika itu antaranya ialah hubungan diplomatik diantara
masyarakat Islam dan masyarakat Sepanyol di Eropah.Senario
ini menunjukkan betapa luasnya pengaruh tamadun Islam dan
sumbangannya terhadap dunia.Oleh sebab itu seharusnya kita
menyedari betapa pentingnya kita mempelajari dan memahami
sejarah tamadun dunia.

Anda mungkin juga menyukai