Anda di halaman 1dari 16

BAB 8

KOMUNIKASI PEMBANGUNAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti bidang dan skop komunikasi
pembangunan.
2. Menerangkan fungsi komunikasi
pembangunan.
3. Menjelaskan proses umum komunikasi
pembangunan.

8.1 PENGENALAN

Komunikasi Pembangunan adalah satu bidang tumpuan


pengajian komunikasi dalam Program Komunikasi
UUM selain Komunikasi Organisasi (yang anda ikuti
dalam Program PJJ) dan Teknologi Komunikasi.
Walaupun bidang komunikasi pembangunan masih
baru dalam disiplin ilmu komunikasi iaitu bermula
sekitar awal 1960-an, tetapi penyelidikan komunikasi
pembangunan yang bersifat interdisiplin sebenarnya
sudah bermula lebih awal lagi. Antara tokoh awal yang
mempelopori bidang komunikasi pembangunan ialah
Daniel Lerner (The Passing of Traditional Society),
Wilbur Schramm (Mass Media and National
Development), David McClelland dan Everett M.
Rogers (Difusion of Innovation). Manakala tokoh
semasa dari rantau Asia pula terdiri daripada Jan
Serveas, N. Jayaweera, S. Amunugama, Winne
Dissanayake, Ronny Adhikarya (Extention Strategies
Campaign), Majid Tehranian, Srivinas Melkote,
Samsuddin A. Rahim dan Ramli Mohamed.
Umumnya, komunikasi pembangunan adalah proses
komunikasi untuk mewujudkan kesedaran masyarakat

109
tentang kepentingan penglibatan mereka dalam
program-program pembangunan. Dalam hal ini, media
komunikasi memainkan peranan penting menyebarkan
maklumat daripada pihak sumber yang mungkin terdiri
daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dan persatuan kepada masyarakat sasaran.
Dalam erti kata lain, komunikasi pembangunan adalah
suatu keadaan, iaitu berlakunya pengaliran maklumat
menerusi sesuatu saluran dengan tujuan untuk
mewujudkan perubahan sosial di kalangan khalayak
sasaran.
Konsep pembangunan pula merujuk kepada keadaan
fizikal dan bukan fizikal yang berubah ke arah yang
lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. Selain itu,
pembangunan juga adalah satu proses perubahan
sosial, iaitu idea-idea baru diperkenalkan kepada
masyarakat supaya mereka dapat mencapai tahap
keselesaan hidup berbanding dengan keadaan
sebelumnya. Justeru itu, komunikasi pembangunan
bolehlah dikatakan sebagai satu usaha ke arah proses
penstrukturan sosial ke arah yang lebih maju. Dalam
konteks ini bukan sahaja kemajuan fizikal diutamakan,
pembangunan sahsiah, nilai kemasyarakatan,
perubahan norma, budaya, sikap serta pendirian ke
arah pemodenan adalah sesuatu yang dititikberatkan
dalam usaha melahirkan sebuah masyarakat yang
berdaya saing dan berfikiran terbuka.

Dalam bab ini anda akan diperkenalkan kepada bidang


komunikasi pembangunan sebagai satu subset disiplin
ilmu komunikasi. Kepelbagaian fungsi komunikasi
pembangunan akan dikupas bagi memperlihatkan
peranan komunikasi dalam pembangunan. Di samping
itu, perbincangan juga akan ditumpukan kepada proses
umum perancangan komunikasi pembangunan. Bagi
memudahkan anda membuat bacaan tambahan,
beberapa laman web telah dikenal pasti untuk anda
mengakses bahan-bahan semasa mengenai komunikasi
pembangunan.

110
Cuba anda kenal pasti tugas perjawatan
berikut: Pegawai Daerah, Pegawai
Penerangan, Pegawai Pertanian dan
Pegawai KEMAS. Seterusnya, hubung
kaitkan tugasan mereka dengan konsep
komunikasi pembangunan. Adakah mereka
ini boleh dikategorikan sebagai
komunikator pembangunan? Apakah ciri-
ciri yang perlu ada pada komunikator
pembangunan?

Sila kunjung laman web


www.developmentgatewa
y.org
sebuah forum e-komuniti
yang mengandungi
artikel, kajian kes, forum
dan e-sidang yang
berkaitan dengan
komunikasi
pembangunan. Anda
boleh membuat bacaan
tambahan dengan
merujuk topik
perbincangan yang
disediakan seperti:
keberkesanan
pembangunan;
pembangunan ekonomi;
pembangunan
kemanusiaan; teknologi
dan pembangunan; alam
sekitar; dan
pembangunan kesihatan.
8.2 KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN

Komunikasi pembangunan merupakan disiplin ilmu


untuk merancang perubahan sosial yang bertujuan
meningkatkan pembangunan duniawi bagi
menghapuskan kemiskinan, pengangguran dan
ketidakadilan (Quebral & Gomez, 1976 dlm. Mohd
Hamdan Adnan, 1992).

Menurut Lucila (dlm. Mohd Hamdan Adnan, 1992),


komunikasi pembangunan merupakan bidang yang
mengkaji tentang perancangan, pelaksanaan dan
penilaian projek untuk mempromosikan perubahan
sosial. Dalam pada itu, Jamias (1985) pula menyatakan

111
bahawa terdapat tiga unsur yang membentuk struktur
komunikasi pembangunan iaitu inovasi, komunikasi
dan tindakan (prestasi).

Berdasarkan takrifan komunikasi pembangunan


tersebut, kita dapati terdapat beberapa komponen
yang sering dibangkitkan oleh para sarjana. Komponen
tersebut ialah penggunaan media, perubahan sosial,
kesedaran, perancangan dan penilaian program
pembangunan. Di sini kita dapat lihat bahawa media
komunikasi memainkan peranan penting dalam
menyebarkan maklumat dan idea baru untuk
menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat.
Namun begitu, matlamat komunikasi pembangunan
bukan sekadar menyebarkan maklumat, tetapi lebih
daripada itu mengharapkan penglibatan masyarakat
dalam proses perancangan dan pelaksanaan sesuatu
program.

Jadi, apakah yang membezakan komunikasi


pembangunan dengan bidang komunikasi lain? Cuba
anda imbas kembali bab-bab terdahulu yang
membincangkan tentang bidang komunikasi lain.
Dalam hal ini, komunikasi pembangunan disandarkan
kepada beberapa perkara berikut:

(i) Menumpukan program yang dapat


meningkatkan taraf hidup masyarakat.
(ii) Penggunaan gabungan media secara intensif
untuk menyalurkan maklumat dan
seterusnya memujuk masyakarat untuk
menerima idea perubahan dan
pembangunan.
(iii) Mewujudkan kesedaran di kalangan
masyarakat untuk bersama-sama turut serta
dalam program pembangunan yang
dirancang.
(iv) Penglibatan secara menyeluruh masyarakat
dan kerajaan, NGO secara berterusan dalam
menjamin kejayaan program pembangunan
yang dirancang.
(v) Mewujudkan perubahan sosial dalaman yang
dicetuskan oleh masyarakat itu sendiri dan
perubahan sosial hubungan, iaitu inovasi

112
baru daripada luar diterapkan dalam
masyarakat (Mansor, 1984).
(vi) Berlaku hubungan dua hala dan penglibatan
menyeluruh antara penerima pembangunan
(masyarakat) dengan sumber pembangunan
(kerajaan dan NGO). Dalam hal ini yang
mendapat faedah nyata adalah penerima
pembangunan manakala sumber pula dapat
memenuhi tanggungjawab sosial dan
merealisasikan pembangunan lestari.

Kesimpulannya, komunikasi bertindak sebagai


pendorong dan pemangkin kepada proses
pembangunan. Namun begitu, komunikasi bukanlah
satu faktor utama. Banyak lagi faktor yang terlibat
secara saling bergantungan antara satu sama lain
dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan
sesuatu program pembangunan.

Bolehkah anda kenal pasti faktor-faktor


selain komunikasi yang mempengaruhi
kejayaan pelaksanaan sesuatu program
pembangunan?

SOALAN DALAM TEKS

1. Beri definisi komunikasi


pembangunan.
2. Jelaskan maksud tujuan komunikasi
pembangunan untuk perubahan sosial.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

113
Sila kunjung laman web:
http://www.comminit.com
yang mengandungi
pelbagai artikel, kajian
kes berkaitan dengan
komunikasi
pembangunan. Antara
topik yang menarik dan
sesuai untuk bacaan ialah
partisipasi masyarakat,
komunikasi kempen,
penilaian program
pembangunan, hak asasi
manusia, kewartawanan,
pembangunan lestari dan
jaringan sosial.

8.3 PRINSIP UMUM KOMUNIKASI


PEMBANGUNAN

Pada peringkat awal pengenalan komunikasi


pembangunan, fokus komunikasi adalah pada sumber
(kerajaan, NGO dan lain-lain agensi) yang berperanan
membawa mesej dan memperkenalkan pembaharuan.
Pada peringkat ini proses komunikasi pembangunan
berlaku secara sehala atau top-down, iaitu pihak
agensi menentukan semua perancangan program
manakala masyarakat pula bertindak sebagai penerima
sahaja.

Kini fokus komunikasi pembangunan mula berubah


dengan meletakkan keperluan dan kepentingan
masyarakat lebih utama. Justeru penglibatan
masyarakat dalam proses perancangan adalah penting,
sama ada melalui penyertaan jawatankuasa, dialog,
perlantikan wakil, pendapat umum dan cadangan. Di
samping itu, pihak media juga perlu memberikan fokus
dan ruang kepada suara dan pandangan orang ramai
bagi tujuan mempengaruhi proses pembentukan
sesuatu dasar dan perancangan program
pembangunan (Mohd Yusof Abdullah, 2002).

Bagi mencapai hasrat murni ini, keberkesanan


pelaksanaan program-program pembangunan oleh
pihak kerajaan ataupun NGO perlu mengambil kira
perkara berikut:

114
(i) Fokus pembangunan adalah kepada faedah
masyarakat secara menyeluruh dengan
mendorong serta melibatkan masyarakat.
(ii)Penyertaan masyarakat perlu diberi ruang
dalam membuat keputusan, mengenal pasti
masalah dan alternatif penyelesaian
masalah.
(iii) Komunikasi pembangunan perlu bersifat
dua hala, dinamis dan saling bertindak
antara sumber dan penerima (khalayak).

Sehubungan dengan perbincangan tersebut kita dapati


bahawa teras proses komunikasi pembangunan adalah
penyebaran maklumat untuk tujuan perubahan sosial.
Maklumat di sini merujuk kepada inovasi iaitu sesuatu
idea, amalan atau objek yang dianggap sebagai baru
oleh individu atau masyarakat yang menerimanya
(Rogers, 1983). Sesuatu inovasi itu disampaikan
melalui proses penyerapan (difusi). Menurut Rogers
(1983), difusi ialah satu proses, iaitu inovasi
disampaikan melalui saluran tertentu. Proses difusi
dan penerimaan inovasi melibatkan lima tahap iaitu

(i) Tahap pengetahuanindividu didedahkan


kepada maklumat inovasi.

(ii)Tahap pembujukanindividu membentuk


sikap positif atau negatif terhadap
maklumat inovasi yang diterima dan
membuat penilaian terhadap kebaikan dan
keburukan inovasi tersebut.

(iii) Tahap keputusanindividu membuat


keputusan untuk menerima atau menolak
inovasi. Pengaruh masa, proses
pembujukan, kesediaan dan keterbukaan
minda akan mempengaruhi keputusan
individu.

(iv) Tahap pelaksanaanindividu menerima


inovasi dan terus mengamalkannya dengan
mengikuti latihan atau siri perbincangan
untuk meningkatkan kemahiran.

115
(v) Tahap pengesahanindividu menganalisis
keperluan dan penerusan inovasi yang
diamalkan untuk mengesahkan faedah
yang bakal diterima pada masa hadapan.

Kesemua tahap difusi inovasi yang dinyatakan berlaku


secara berterusan. Justeru itu, komunikator
pembangunan perlu merancang program secara
strategi dengan mengambil kira perubahan-perubahan
sikap masyarakat, polisi kerajaan dan inovasi
teknologi. Dalam hal ini proses pembujukan melalui
komunikasi kemanusiaan dan penyebaran maklumat
oleh media massa secara terancang dan berterusan
memainkan peranan penting dalam usaha
mengekalkan minat dan pengesahan khalayak sasaran.

SOALAN DALAM TEKS

3. Jelaskan TIGA (3) prinsip utama


komunikasi pembangunan.
4. Huraikan konsep difusi inovasi dalam
konteks komunikasi pembangunan.
5. Jelaskan DUA (2) tahap difusi
inovasi berikut:
(i) Tahap pengetahuan
(ii) Tahap pemujukan

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.4 FUNGSI KOMUNIKASI PEMBANGUNAN

Dalam proses perubahan, komunikasi memainkan


peranan penting khususnya aktiviti penyebaran
maklumat dan inovasi di samping menjadi perantaraan
dengan sumber pembangunan. Tanpa komunikasi yang
berkesan dan terancang sukar untuk memastikan
masyarakat dapat menerima maklumat secara
menyeluruh. Walaupun terdapat pelbagai pendapat dan
pandangan tentang peranan komunikasi dalam proses

116
pembangunan, sarjana komunikasi pembangunan
Wilbur Schramm menyatakan komunikasi berperanan
penting dalam proses pembangunan berdasarkan enam
fungsi iaitu (Mansor, 1984)

(i) Menyampaikan maklumat kepada


masyarakat tentang pembangunan nasional
agar mereka memusatkan perhatian
kepada keperluan perubahan, kesempatan
cara mengadakan perubahan, sasaran
perubahan dan membangkitkan aspirasi
nasional.
(ii) Komunikasi bertindak sebagai medium
untuk menjelaskan polisi, rancangan dan
hasrat kerajaan.
(iii) Komunikasi berperanan mendidik dan
memperkenalkan kemahiran-kemahiran
baru.
(iv) Komunikasi digunakan untuk memperluas
pasaran barangan khsususnya dalam
menggerakkan pasaran ekonomi
tradisional.
(v) Komunikasi berfungsi mewujudkan
kesedaran untuk berubah bermula
daripada masyarakat.
(vi) Membina jaringan sosial dengan dunia
masyarakat luar.

Selain fungsi yang dinyatakan di atas, Hedebro (dlm.


Mohd Hamdan & Zulkarimein, 1992) juga telah
mengenal pasti fungsi komunikasi pembangunan
seperti berikut:

(i) Komunikasi dapat mencipta iklim bagi


perubahan dengan mengusahakan nilai,
sikap, mental dan bentuk perilaku yang
menunjang modenisasi.
(ii) Komunikasi dapat mengajar keterampilan
baru.
(iii) Media massa dapat bertindak sebagai
propaganda dan sumber pengetahuan.
(iv) Media massa boleh menyampaikan
pengalaman yang seolah-olah dialami

117
sendiri sehingga dapat mencipta
keperibadian yang dinamik.
(v) Komunikasi dapat meningkatkan aspirasi
yang merupakan perangsang untuk
bertindak nyata.
(vi) Komunikasi dapat membantu masyarakat
menemui norma baru dan keharmonian
pada masa peralihan.
(vii) Komunikasi dapat membuat masyarakat
cenderung untuk turut serta dalam
perubahan keputusan di tengah-tengah
kehidupan bermasyarakat.
(viii) Komunikasi dapat mengubah struktur
kekuasaan pada masyarakat yang berciri
tradisional dengan membawa pengetahuan
kepada umum.
(ix) Komunikasi dapat membantu sebilangan
besar penduduk agar menyedari
pentingnya erti mereka sebagai
warganegara sehingga dapat membantu
meningkatkan patriotisme.
(x) Komunikasi memudahkan perancangan dan
pelaksanaan program pembangunan yang
berkaitan dengan keperluan penduduk.
(xi) Komunikasi dapat membuat pembangunan
ekonomi, sosial dan politik menjadi suatu
proses yang berlangsung sendiri.

Berdasarkan fungsi-fungsi komunikasi pembangunan


yang dinyatakan oleh Wilbur Schramm dan Hedebro di
atas, dapat dirumuskan bahawa peranan komunikasi
bersifat dinamik dan disesuaikan dengan keperluan
masyarakat dan aspirasi nasional. Walau
bagaimanapun proses penyampaian dan perkongsian
maklumat perlu dipastikan berlaku secara dua hala
dan dinamis. Ini kerana kejayaan sesuatu program
pembangunan banyak bergantung kepada tahap
penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam
perancangan program pembangunan. Begitu juga
dengan peranan media massa dan media kemanusiaan
yang saling melengkapi dalam proses penyampaian
maklumat (Serveas, 2001).

118
Secara keseluruhannya dengan mengambil kira
takrifan dan fungsi komunikasi pembangunan yang
dinamik dan berubah-ubah mengikut situasi, maka
dapat dirumuskan bahawa terdapat enam peranan
utama komunikasi pembangunan seperti di Jadual 8.1.

Jadual 8.1
Peranan Utama Komunikasi Pembangunan

Peranan Aspek-Aspek Komunikasi


utama
Advokasi Usaha-usaha pemujukan, kempen,
mempromosi dan melakukan
pemasaran sosial.

Saluran Mendidik, membimbing dan


perkhidmatan menyampaikan maklumat
pembangunan.

Mekanisme Wadah perbincangan, maklum


partisipasi balas, hak bersuara.

Rangkaian Mewujudkan jaringan hubungan


kerja antara masyarakat dengan
masyarakat atau masyarakat
dengan pihak berkuasa/agensi.
Hebahan Mewujudkan penemuan baru dalam
inovasi penyelidikan seperti pembaharuan
kaedah dan teknologi.

Pembinaan Memupuk perasaan kenegaraan dan


masyarakat semangat cintakan negara.

Imbas kembali Bab 1. Adakah wujud


persamaan atau perbezaan peranan dan
takrifan komunikasi dengan komunikasi
pembangunan?

119
Sila kunjung laman web:
www.sdgateway.net yang
mengandungi artikel
berkaitan dengan
pembangunan lestari.
Sila akses ke bahagian
yang berkaitan
komunikasi
pembangunan khususnya:
communities and society,
environment dan
managing sustainability.

SOALAN DALAM TEKS

6. Kenal pasti dan huraikan LIMA (5)


peranan komunikasi pembangunan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.5 PROSES KOMUNIKASI PEMBANGUNAN

Komunikasi pembangunan tidak terhad kepada


penyaluran maklumat pembangunan, malah ia turut
melibatkan proses mempromosi, perbincangan dan
pemasaran agenda-agenda perubahan. Justeru itu,
komunikasi pembangunan melibatkan pelbagai bentuk
mediamedia massa, komunikasi interpersonal,
kumpulan kecil, kumpulan fokus dan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Bagi memastikan perencanaan strategi komunikasi
pembangunan berjalan dengan lancar, komunikator
pembangunan perlu melibatkan strategi-strategi
perancangan, kajian, pelaksanaan dan penilaian
seperti yang dicadangkan oleh Burke (1999) di Rajah
8.1.

Berdasarkan Rajah 8.1, komunikator pembangunan


perlu membuat perancangan yang terperinci

120
khususnya menentukan khalayak, keperluan maklumat
dan menentukan bentuk mesej yang sesuai dengan
khalayak. Dalam hal ini, proses perancangan dilakukan
secara sistematik dan berterusan untuk menggerakkan
aktiviti masyarakat supaya menggunakan sumber-
sumber komunikasi secara berkesan bagi mencapai
matlamat pembangunan. Namum begitu, tahap
kejayaan program pembangunan tertakluk kepada
keadaan ekonomi, sosial dan politik sedia ada (Media
Asia, 1987). Oleh itu, pelaksanaan sesuatu program
pembangunan tidak hanya tertumpu kepada
penyebaran mesej melalu media massa sahaja.
Komunikasi kemanusiaan dan media tradisional juga
berpotensi besar digemblengkan sebagai medium
untuk membujuk masyarakat supaya turut serta dan
terlibat secara bersama dalam proses perancangan dan
pelaksanaan program. Oleh yang demikian,
pendekatan multiplicity perlu dipertimbangkan sesuai
dengan objektif program dan persekitaran khalayak
(Servaes, 2001; Lie, 2001).
Rajah 8.1
Proses Strategi Komunikasi Pembangunan

Matlamat projek Penilaian

Matlamat komunikasi Pelaksanaan

Kenal pasti khalayak Pra-uji program

Menentukan keperluan Merangka bahan


maklumat komunikasi

Kenal pasti mesej dan


Kenal pasti peluang
saluran
dan halangan

Sumber adaptasi: Burke, A. (1999).

121
Apakah yang dimaksudkan dengan media
tradisional? Fikirkan kesesuaian
penggunaan media tradisional dalam
zaman ledakan teknologi maklumat,
khususnya dalam proses penyebaran dan
pembujukan program pembangunan di
kalangan masyarakat.

Sila kunjung laman


web: www.idrc.ca
yang mengandungi
kertas kerja, kertas
seminar,
perbincangan, artikel
dan forum yang
berkaitan dengan
hasil penyelidikan
komunikasi dan
pembangunan
khususnya di negara
dunia ketiga.

8.6 RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah berbincang tentang bidang


komunikasi pembangunan secara umum
sekadar pengenalan kepada salah satu disiplin
ilmu komunikasi yang diajar di Program
Komunikasi, UUM. Komunikasi pembangunan
adalah suatu proses untuk mewujudkan
perubahan sosial di kalangan masyarakat
sasaran. Penggunaan media massa dan media
kemanusiaan seperti komunikasi interpersonal,
kumpulan kecil, mesyuarat dan seminar menjadi
nadi kepada penyebaran maklumat kepada
masyarakat. Komunikasi berperanan sebagai
pemangkin dan pendorong kepada kejayaan
sesebuah perancangan program pembangunan.
Namun begitu faktor kesediaan, kesedaran dan
penyertaan masyarakat dalam sesuatu program
juga merupakan faktor kejayaan sesuatu
program pembangunan (Schramm, 1964).

122
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan tahap difusi inovasi dalam komunikasi


pembangunan menurut Rogers (1983).

2. Huraikan peranan komunikasi pembangunan


berikut:

(i) Advokasi
(ii) Rangkaian kerja
(iii) Mekanisme partisipasi

3. Kenal pasti dan huraikan TIGA (3) faktor


pendorong kejayaan sesebuah perancangan
program pembangunan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus


ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Komunikasi pembangunan merupakan bidang


yang mengkaji tentang perancangan,
pelaksanaan dan penilaian projek untuk
mempromosi perubahan sosial [Rujuk bahagian
8.2].

2. Komunikasi untuk perubahan sosial merujuk


kepada usaha-usaha untuk menerapkan inovasi
di kalangan masyarakat supaya berlaku
perubahan gaya hidup, mind set, dan
peningkatan tahap sosioekonomi yang lebih baik
daripada keadaan sebelumnya.

3. Prinsip utama komunikasi pembangunan:

(i) Penglibatan masyarakat dalam


perancangan dan pelaksanaan
program pembangunan.

123
(ii) Komunikasi bersifat dinamis, dua hala
dan saling bertindak antara agensi
pembangunan dengan masyarakat.
(iii) Fokus perancangan dan faedah
pembangunan adalah untuk
masyarakat.

4. Difusi inovasi merujuk kepada proses penyerapan


sesuatu idea, amalan atau teknologi yang
dianggap baru dan berguna kepada masyarakat
yang menerimanya.

5. Tahap difusi inovasi:

(i) Pengetahuan = maklumat dan


informasi tentang sesuatu inovasi
didedahkan kepada individu bertujuan
untuk menyedarkan mereka tentang
maklumat kebaikan dan faedah inovasi
tersebut.
(ii) Pembujukan = proses pembentukan
sikap dan perubahan tingkah laku
individu apabila menerima sesuatu
maklumat dan pengetahuan tentang
inovasi.
6. Lima peranan komunikasi pembangunan [Rujuk
bahagian 8.4] ialah

(i) Penyampaian maklumat pembangunan


kepada khalayak sasaran.
(ii) Mewujudkan sistem rangkaian kerja
dan rangkaian sosial di kalangan
masyarakat dan agensi pembangunan.
(iii) Memupuk perasaan kenegaraan dan
perasaan untuk terus maju.
(iv) Mekanisme partisipasi masyarakat.
(v) Membujuk dan mempromosi idea serta
produk pembangunan.

124

Anda mungkin juga menyukai