Anda di halaman 1dari 19

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN


LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PENGANTAR KOMUNIKASI
(SCCA 1013)
BAB LAPAN (8)

KOMUNIKASI PEMBANGUNAN

Konsep pembangunan merujuk kepada keadaan


fizikal dan bukan fizikal yang berubah ke arah yang
lebih baik berbanding keadaan sebelumnya.
Komunikasi pembangunan bertujuan meningkatkan
pembangunan
bagi
menghapus
kemiskinan,
pengangguran dan ketidakadilan.

KOMPONEN KOMUNIKASI PEMBANGUNAN


1.
2.
3.

4.

Penggunaan Media menyebarkan


maklumat dan idea baru
Perubahan Sosial perubahan nilai
hidup dan status sosial
Kesedaran untuk menimbulkan
kesedaran dalam kalangan masyarakat
tentang program.
Perancangan dan penilaian program
pembangunan penglibatan
masyarakat adalah sangat diperlukan.

PERBEZAAN KOMUNIKASI
PEMBANGUNAN DENGAN BIDANG
KOMUNIKASI
LAIN
Komunikasi Pembangunan
:
1. Tumpuan kepada program peningkatan taraf hidup
masyarakat.
2. Menggunakan beberapa saluran media secara intensif
untuk menyalurkan maklumat dan seterusnya
memujuk masyakarat untuk menerima idea perubahan
dan pembangunan.
3. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
untuk bersama-sama turut serta dalam program
pembangunan yang dirancang.

SAMB/
Komunikasi

Pembangunan :
PERBEZAAN
4. Bagi menjaminKOMUNIKASI
kejayaan programPEMBANGUNAN
pembangunan yang
DENGAN
KOMUNIKASI
LAIN
dirancangBIDANG
oleh Kerajaan
dan NGO, penglibatan
seluruh masyarakat secara berterusan adalah
diutamakan.
5. Mewujudkan perubahan sosial dalaman yang
dicetuskan oleh masyarakat itu sendiri dan
perubahan sosial hubungan, iaitu inovasi baru
daripada luar diterapkan dalam masyarakat.
6. Mewujudkan hubungan dua hala antara masyarakat
dengan kerajaan dan NGO.

PRINSIP UMUM KOMUNIKASI


PEMBANGUNAN
PERINGKAT AWAL :

Fokus komunikasi adalah pada sumber (kerajaan, NGO


dan lain-lain agensi) berperanan menyalur dan
memberitahu maklumat atau mesej (pembangunan
negara) supaya sampai kepada penerima (masyarakat).
Pada peringkat ini proses komunikasi pembangunan
berlaku secara sehala atau atas ke bawah iaitu pihak
agensi menentukan semua perancangan program
manakala masyarakat pula bertindak sebagai penerima
sahaja.

Kini fokus komunikasi pembangunan mula berubah di mana


keperluan dan kepentingan masyarakat lebih diutamakan.
Penglibatan masyarakat dalam proses perancangan
dianggap sangat penting. Justeru, masyarakat dilibatkan
sama ada melalui penyertaan jawatankuasa, sesi dialog,
pendapat umum dan memberi cadangan.
Media juga berperanan memberikan fokus dan ruang
kepada suara dan pandangan orang ramai bagi tujuan
mempengaruhi proses pembentukan sesuatu dasar dan
perancangan program pembangunan.

KOMUNIKASI PEMANGKIN KEPADA


PROSES PEMBANGUNAN
Komunikasi bertindak sebagai pendorong dan
pemangkin kepada proses pembangunan.
Faktor-faktor lain yang menentukan keberkesanan dan
kejayaan sesuatu program pembangunan ialah :
1.Fokus pembangunan adalah kepada faedah
masyarakat secara menyeluruh dengan mendorong
serta melibatkan masyarakat.
2.Penyertaan masyarakat perlu diberi ruang dalam
membuat keputusan, mengenal pasti masalah dan
alternatif penyelesaian masalah.
3.Komunikasi pembangunan perlu bersifat dua hala,
dinamis dan saling bertindak antara sumber dan
penerima (masyarakat).

PENYEBARAN MAKLUMAT UNTUK


TUJUAN PERUBAHAN SOSIAL ADALAH
TERAS PROSES KOMUNIKASI
PEMBANGUNAN
Proses Komunikasi :
SUMBER MAKLUMAT/MESEJSALURAN
MAKLUMAT
PENERIMA
Menurut Rogers (1983), maklumat merujuk kepada
inovasi iaitu sesuatu idea baharu oleh individu
atau masyarakat yang menerimanya.
Inovasi disampaikan melalui proses penyerapan
(difusi) iaitu satu proses inovasi disampaikan
oleh saluran tertentu.

PROSES DIFUSI DAN PENERIMAAN


INOVASI MELIBATKAN LIMA TAHAP:
1. Tahap pengetahuan - maklumat awal yang
didedahkan kepada individu.
2. Tahap pembujukan - membentuk sikap positif atau
negatif tentang maklumat inovasi yang diterima dan
membuat penilaian (kebaikan atau keburukan).
3. Tahap keputusan individu membuat keputusan
untuk menerima atau menolak inovasi. Pengaruh
masa, proses pembujukan, kesediaan dan keterbukaan
minda akan mempengaruhi keputusan individu.

SAMB.
PROSES DIFUSI DAN PENERIMAAN
INOVASI MELIBATKAN LIMA TAHAP:
4. Tahap pelaksanaan individu menerima
inovasi dan terus mengamalkannya dengan
mengikuti latihan kemahiran , perbincangan
dan siri forum.
5. Tahap pengesahan individu menganalisis
keperluan dan penerusan inovasi yang
diamalkan untuk mengesahkan faedah yang
bakal diterima pada masa hadapan.

FUNGSI KOMUNIKASI
PEMBANGUNAN

1.

2.
3.
4.

Komunikasi berperanan penting dalam proses


pembangunan berdasarkan enam fungsi (Mansor,1984) :
Menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang
pembangunan nasional supaya dapat membangkitkan
aspirasi nasional.
Komunikasi bertindak sebagai medium untuk
menjelaskan polisi, rancangan dan hasrat kerajaan.
Komunikasi berperanan mendidik dan memperkenalkan
kemahiran-kemahiran baharu.
Komunikasi digunakan untuk memperluas pasaran
barangan khususnya dalam menggerakkan pasaran
ekonomi tradisional. 5.

SAMB/FUNGSI KOMUNIKASI PEMBANGUNAN


5.
6.

Komunikasi berfungsi mewujudkan kesedaran


untuk berubah bermula daripada masyarakat.
Membina jaringan sosial dengan dunia
masyarakat luar.

Selain itu, menurut Hedebro (dlm. Mohd Hamdan


& Zulkarimein, 1992) fungsi Komunikasi
Pembangunan juga mempunyai 11 fungsi lagi
(rujuk hlm. 115-116)

PERANAN UTAMA KOMUNIKASI


PEMBANGUNAN
PERANAN UTAMA
ASPEK-ASPEK KOMUNIKASI
ADVOKASI
SALURAN

PERKHIDMATAN
MEKANISME
PENYERTAAN
RANGKAIAN KERJA

HEBAHAN INOVASI

PEMBINAAN

MASYARAKAT

Usaha-usaha pemujukan, kempen,


mempromosi dan melakukan pemasaran
sosial.
Mendidik, membimbing dan menyampaikan
maklumat pembangunan.
Wadah perbincangan, maklum balas, hak
bersuara.
Mewujudkan jaringan hubungan antara
masyarakat dengan masyarakat atau
masyarakat dengan pihak berkuasa/agensi.
Mewujudkan penemuan baharu dalam
penyelidikan seperti pembaharuan kaedah
dan teknologi.
Memupuk perasaan kenegaraan dan
semangat cintakan negara.

PROSES KOMUNIKASI PEMBANGUNAN


Tidak terhad kepada penyaluran maklumat
pembangunan tetapi melibatkan proses promosi,
perbincangan dan pemasaran agenda
pembangunan.
Komunikasi pembangunan melibatkan pelbagai
bentuk media :
1. Media massa (Mass media).
2. Komunikasi interpersonal.
3. Komunikasi kumpulan kecil.
4. Kumpulan fokus
5. Teknologi maklumat & komunikasi (ICT).

PROSES STRATEGI KOMUNIKASI


PEMBANGUNAN

APAKAH YANG MEMBEZAKAN


KOMUNIKASI PEMBANGUNAN DENGAN
BIDANG KOMUNIKASI LAIN?

(i) Menumpukan program yang dapat


meningkatkan taraf hidup masyarakat.
(ii) Penggunaan gabungan media secara intensif
untuk menyalurkan maklumat dan seterusnya
memujuk masyakarat untuk menerima idea
perubahan dan pembangunan.
(iii) Mewujudkan kesedaran di kalangan
masyarakat untuk bersama-sama turut serta dalam
program pembangunan yang dirancang.
iv) Penglibatan secara menyeluruh masyarakat dan
kerajaan, NGO secara berterusan dalam menjamin
kejayaan program pembangunan yang dirancang.

(v) Mewujudkan perubahan sosial dalaman


yang dicetuskan oleh masyarakat itu sendiri dan
perubahan sosial hubungan, iaitu inovasi baru
daripada luar diterapkan dalam masyarakat
(Mansor, 1984).
(vi) Berlaku hubungan dua hala dan
penglibatan menyeluruh antara penerima
pembangunan (masyarakat) dengan sumber
pembangunan (kerajaan dan NGO). Dalam hal
ini yang mendapat faedah nyata adalah
penerima pembangunan manakala sumber pula
dapat memenuhi tanggungjawab sosial dan
merealisasikan pembangunan lestari (mantap
dan kekal).#

Anda mungkin juga menyukai