Anda di halaman 1dari 9

Kelebihan Solat Berjemaah

Ustaz Dr. Udah bin Mohsin

Masjid al-Istiqamah Sg Merab

Sembahyang fardhu lima waktu adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam
yang lima. Orang yang meninggalkan sembahyang maka telah robohlah satu daripada
rukun Islam daripada dirinya. Sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya hendaklah
dikerjakan dengan berjamaah. Bagi mereka yang mengerjakan sembahyang fardhu
dengan berjamaah mendapat kelebihan yang amat besar.

Di antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah


ialah:

Pertama.

Sesiapa yang dapat bersama imam pada takbir pertama selama 40 hari dia terlepas
daripada api neraka dan dari menjadi orang munafik

Sabda Rasulullah s.a.w.:




.




. ( )

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah
dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan
daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah
bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari
dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu
terselamat daripada neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Dengan itu
marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan ini.

Kedua.

Banyak langkah menuju ke masjid untuk berjama`ah menghapuskan dosa dan


meninggikan darjat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:



.

.





.
( )

Bermaksud: Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa
danmengangkatdarjat?Parasahabatmenjawab,Ya,wahaiRasulullah,sabda
Baginda:Banyaklangkahkemasjiddanmenunggusatusembahyangselepassatu
sembahyang.Ituadalahikatan.

Hadis ini menunjukkan kepada kelebihan banyak langkah ke masjid dan kelebihan
menunggu satu sembahyang setelah menunaikan satu sembahyang, dan sekali gus
menunjukkan kelebihan sembahyang berjemaah. Dalam nas yang lain Baginda
menegah sahabat yang hendak berpindah ketempat yang berhampiran dengan masjid
dengan meninggalkan tempat kediaman yang lama.





-

-

. .



. ( )
Bermaksud: Daripada Jabir bin Abd Allah katanya: Kawasan di sekeliling masjid telah
lapang, oleh itu Banu Salamah hendak berpindah ke kawasan yang berhampiran
dengan masjid, maka perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka sabdanya:
Bahawasanya sampai kepadaku berita bahawa kamu hendak berpindah ke kawasan
yanghampirmasjid.Merekamenjawab,Ya,wahaiRasulullah,kamihendakdemikian.
JawabBaginda:WahaiBaniSalamah!Rumahkamu,(janganpindah) kesan-kesan
tapak kaki kamu (ke masjid) ditulis, rumah kamu (jangan pindah), kesan-kesan tapak
kakikamukemasjidditulis.

Hadis ini menunjukkan kelebihan pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah, di


mana setiap langkah adalah mendapat pahala dari Allah s.w.t.

Ketiga.

Orang yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan sembahyang berjamaah


mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji.

Sabda rasulullah s.a.w.










. ( )

Bermaksud: Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada
sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan
sesiapa yang keluar hanya semata-mata untuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti
pahala orang yang mengerjakan umrah. Satu sembahyang selepas satu sembahyang,
tiada melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis pada kalangan orang
yang mempunyai kedudukan yang tinggi.

Keempat.

Orang yang sembahyang berjamaah Allah ampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.





. ) )

Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia


berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu
kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau
dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa besar memerlukan kepada
taubat atau keampunan dari Allah.

Kelima.

Orang yang sentiasa sembahyang berjamaah di masjid mendapat perlindungan


daripada Allah s.w.t. pada Hari Kiamat.









.




. ( )

Bermaksud: Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari
yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di
dalam beribadah kepada Allah, seorang yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid,
dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah
kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai
kedudukandanjelita(untukmelakukanmaksiat)laludiaberkata:AkutakutkanAllah,
seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan
kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati
Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya.

Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan
sembahyang berjemaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa
ingat akan datang semula ke masjid untuk menunaikan jemaah fardhu yang berikutnya.
Orang ini akan mendapat perlindungan dari Allah di akhirat nanti di mana di waktu itu
tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan dari-Nya sahaja. Ini merupakan
kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentisa mengerjakan sembahyang
fardhu dengan berjemaah di masjid.

Keenam.

Orang yang sembahyang berjamaah di masjid Allah sediakan baginya hidangan di


syurga setiap kali dia pergi dan balik.

Sabda Rasulullah s.a.w.:



.
( )

Bermaksud: Sesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan
baginya hidangan dari syurga setiap kali dia pergi dan balik.

Ketujuh.

Allah memberi jaminan syurga kepada orang yang pergi sembahyang berjamaah di
masjid.








. ( )

Bermaksud: Tiga golongan semuanya dijamin oleh Allah, seorang yang keluar
berperang pada jalan Allah maka Allah jamin sehingga Allah mematikannya lalu dia
masuk syurga atau dia kembali dengan memperolehi pahala dan harta rampasan
perang. Seorang yang pergi ke masjid maka Allah jamin hingga Allah mematikannya
lalu dimasukkan ke dalam syurga atau Allah mengembalikannya dengan mendapat
pahala dan ghanimah dan seorang yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam
maka Allah jamin ke atasnya.
Di antara apa yang terkandung dalam hadith di atas ialah jaminan daripada Allah s.w.t
bahawa orang yang pergi ke masjid untuk sembahyang berjamaah dia dimasukkan ke
dalam syurga-Nya.

Kelapan.

Orang yang pergi ke masjid di waktu yang gelap dia mendapat cahaya yang
sepenuhnya pada Hari kiamat.

Sabdanya Rasulullah s.a.w. :



. ( )

Bermaksud: Hendaklah bergembira orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap


menuju ke masjid mereka akan mendapat cahaya cukup sempurna pada Hari Kiamat.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menerangkan kelebihan orang yang berjalan kaki di
waktu gelap menuju ke masjid. Mereka ini akan mendapat cahaya yang amat terang
pada hari Kiamat.

Kesembilan

Allah amat gembira kepada orang yang bersedia hendak pergi ke masjid menunaikan
sembahyang dan zikir.






. (
)

Bermaksud: Seseorang lelaki muslim yang bersedia ke masjid untuk bersembahyang


dan berzikir, Allah gembira kepadanya sebagaimana keluarga orang yang pergi,
gembira apabila orang yang pergi itu balik kepada mereka.

Hadis ini menunjukkan bahawa Allah amat gembira kepada orang yang pergi ke masjid.
Kesepuluh.

Orang yang sembahyang Subuh berjamaah seolah-olahnya dia sembahyang sunat


seluruh malam dan orang yang sembahyang Isyak berjamaah seolah-olahnya dia
menghidupkan separuh malam.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang Isyak pada satu jamaah seolah-olahnya dia
sembahyang separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang Subuh pada satu jamaah
seolah-olahnya dia sembahyang seluruh malam.

Kesebelas.

Pergi masjid awal dan mendapat saf pertama adalah mempunyai kelebihan yang amat
besar.

Sabda Rasulullah s.a.w.:





. ( )

Bermaksud: Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan dan
saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara undian
nescaya mereka akan melakukannya. Kalau manusia mengetahui kelebihan pergi awal
untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya
manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah
nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan mengisut.

Di antara kandungan nas di atas adalah menunjukkan kepada kelebihan yang ada pada
azan, saf pertama dan datang awal ke masjid.
Kedua belas

Jamaah sembahyang fardu yang lebih ramai adalah yang lebih disukai Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w.:


- - . .
. .


















. ( )

Bermaksud: Daripada Aubay bin Ka`b katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w.
bersembahyang Subuh bersama-sama kita, lalu sabdanya: Adakah si pulan hadir? Para
sahabat menjawab tidak. Tanya Baginda lagi, Adakah si pulan hadir? Para sahabat
menjawab tidak. Sabda Baginda: Bahawasanya dua sembahyang ini adalah
sembahyang yang paling berat ke atas orang munafikin. Jikalau kamu mengetahui apa
yang ada pada kedua-duaya nescaya kamu akan datang menunaikan kedua-duanya
walau dengan mengisut. Bahawasanya saf yang pertama adalah menyerupai saf
malaikat, dan jikalau kamu mengetahui apa kelebihannya nescaya kamu bersegera
kepadanya. Dan bahawasanya sembahyang seorang bersama dengan seorang lain
lebih baik dari sembahyangnya seorang diri, dan bersembahyangnya bersama dengan
dua orang lain lebih baik dari bersembahyang dengan seorang lelaki, dan yang banyak
maka lebih disukai oleh Allah s.w.t.

Di antara apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith di atas ialah Allah lebih
suka kepada jamaah sembahyang yang lebih ramai.

Ketiga belas

Orang yang menunggu di tempat sembahyangnya bagi menunaikan sembahyang


berjamaah adalah dikira sebagai mengerjakan sembahyang.

Sabda Rasulullah s.a.w.:




.


.
. ( )

Bermaksud: Seseorang hamba Allah itu dikira dalam sembahyang selama dia berada di
tempatsembahyangnyakeranamenunggusembahyang,danberkataMalaikat:Ya
Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas.

Hadith di atas menunjukkan bahawa seseorang yang duduk di tempat sembahyangnya


bagi menunggu sembahyang fardhu dia dikira mengerjakan sembahyang, di samping
para malaikat berdoa untuknya.

Apabila telah jelas bagi kita kelebihan sembahyang berjamaah yang begitu besar
maka janganlah kita lengah-lengah lagi dari menunaikan sembahyang berjamaah di
masjid atau di surau, iaitu tempat yang dibangunkan untuk beribadah kepada Allah,
dilaungkan azan bagi sembahyang fardu lima waktu dan seterusnya didirikan
sembahyang fardu lima waktu padanya.

. .

Anda mungkin juga menyukai