Anda di halaman 1dari 3

TEKS MAJLIS RESTU ILMU PMR 2011-09-30 jumaat

ALU-ALUAN

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Yang dihormati Cik Tan Soo Soo


Pengetua SMK Convent Batu Pahat

Pn Loh Cher Ting


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Zamilah Ekhwan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru kanan bidang,

Barisan guru dan seterusnya para pelajar Tingkatan 3 yang diraikan sekalian.

Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana dengan
kasih sayang dan izinNya, kita dapat berhimpun bersama-sama pada pagi Jumaat yang indah ini bagi
meraikan dan memeriahkan Majlis Restu Ilmu PMR SMK Convent Batu Pahat, tahun 2011. Majlis ini
diadakan khas buat pelajar Tingkatan 3 sebagai tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon
PMR 2011.

BACAAN DOA : 9.05 AM

Panjang-panjang si pohon buluh


Jangan dijolok sarang penyengat
Menadah tangan jari sepuluh
Doa dipohon biar berkat

Bagi memberkati majlis restu ilmu ini,

dengan hormatnya mempersilakan Encik Johari Kassim bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
-
Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Johari Kassim
di atas bacaan doa itu tadi.
UCAPAN WAKIL TINGKATAN 3 (9.10 AM)

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Aqilah Nur Arisya dari kelas 3
Dahlias elaku wakil pelajar Tingkatan 3 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada . ..........................................dari Kelas


.................... di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PENGETUA (9.2O AM)

Pergi ke kota beli selasih,


Selasih berasal dari Tanjung Batu ;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan doa iringkan restu.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pengetua SMK Convent Batu Pahat, Cik tan
soo soo bagi menyampaikan amanat beliau khusus untuk pelajar Tingkatan 3 yang diraikan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan di atas kesudian Pn Pengetua menyampaikan ucapan
itu tadi.

SESI SALAM-SALAMAN GURU & PELAJAR (9.45 AM)

Para pelajar sekalian,

kini tibalah masanya bagi sesi bersalam-salaman di antara guru dan pelajar. Sebelum itu, kad-kad Restu
Ilmu akan diedarkan kepada pelajar. Kad kad ini mempunyai bait-bait nasihat yang berguna dicipta khas
untuk calon PMR 201 untuk renungan bersama.

Bagi semua calon PMR, gunakanlah masa semasa sesi bersalam-salaman ini untuk bermaaf- maafan
dengan guru-guru serta memohon keberkatan ilmu yang dicurahkan oleh guru. Guru-guru di SMK
Convent ini pasti sentiasa mendoakan pelajar agar selamat menduduki peperiksaan kelak.

Selesailah sudah Majlis Restu Ilmu PMR 2010.


Majlis ingin mengucapkan terima kasih di atas guru-guru dan para pelajar sekelian kerana
memeriahkan seterusnya memaknakan majlis pada pagi ini. Akhir kata, saya memohon
maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu
datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi majlis
dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.
PENGUMUMAN KHAS

**

**

Anda mungkin juga menyukai