Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Vietnam merupakan sebuah negara yang dijajah oleh China selama seribu tahun, iaitu

bermula dari tahun 111 sebelum Masihi sehingga 939 selepas Masihi.1 Namun begitu,

walaupun dipengaruhi oleh tamadun China, Vietnam mampu mengekalkan keaslian dan

kemerdekaannya. Selepas itu, mulai abad ke 10- 14 Vietnam mampu berkembang tanpa

sebarang pertolongan luar. Sejarah menunjukkan bangsa Vietnam merupakan satu bangsa

yang tua dan kuat. Buktinya, mereka mampu menentang percubaan negeri- negeri lain seperti

China yang berusaha untuk meluaskan kuasa terhadap Vietnam. Walaupun begitu, negara

Vietnam sering mengalami keadaan berpecah belah dalam negeri sehinggalah pada akhir

abad ke 18 muncul ahli keluarga Tayson yang berjaya menyatupadukan negara itu. Pada

tahun 1778, terdapat salah seorang ahli keluarga Tayson yang menjadi maharaja, iaitu

Maharaja Quang Trung. Namun, pemerintahan keluarga Tayson tidak lama kerana

kemudiannya, mereka dikalahkan oleh Keluarga Nguyen dengan bantuan Perancis. 2 Nguyen

memerintah Vietnam mulai tahun 1802 dan berpusat di Hue. Bermula saat inilah, Vietnam

mulai jatuh ke tangan Perancis. Penaklukan dan kejatuhan empayar lama Vietnam oleh

Perancis mengambil masa selama 30 tahun dan melalui beberapa tahap. Disebabkan

penaklukan inilah, muncul golongan cendekiawan yang menentang penjajahan Perancis.

Melalui perbincangan ini, kita akan mengupas mengenai golongan yang menentang ini iaitu

adakah golongan menentang ini boleh dikatakan sebagai nasionalis ataupun tidak dan

bagaimana pula sumbangan golongan ini dalam penentangan mereka terhadap Perancis.

1
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik hingga Abad ke 20, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988, hal.207.
2
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik hingga Abad ke 20, hal.207.

1
2.0 PENAKLUKAN PERANCIS

Penaklukan Perancis menyebabkan Vietnam yang selama ini bebas dari kuasa luar

menjadi sebuah negeri yang di takluk sepenuhnya oleh Perancis. Perancis mengambil masa

selama dua puluh tahun untuk menghapuskan pemerintahan tradisional di Vietnam.

Penaklukan Perancis ke atas Vietnam dijalankan secara berperingkat. Ia bermula di selatan

iaitu di Cochin China. Pada tahun 1858, Perancis dan Sepanyol melancarkan serangan ke atas

Da Nang iaitu pelabuhan penting bagi Vietnam. Seterusnya, tentera Perancis meneruskan

penaklukan ke Saigon pada 18 Februari 1859 iaitu pusat wilayah Nam Ky dan Nam Ky

dijadikan sebagai tanah jajahan Perancis mulai tahun 1864. Pada tahun 1867 pula, Perancis

berjaya mengambil bahagian barat Nam Ky. Setelah itu, mulai tahun 1872, Perancis

memulakan penaklukan di bahagian utara Vietnam dan Vietnam terpaksa menerima

Perjanjian Philastre pada 15 Mac 1874 yang memberikan Perancis beberapa kemudahan dari

segi ekonomi, hak menentukan dasar luar Vietnam dan pengiktirafan oleh Vietnam terhadap

pengambilan Cochin China oleh Perancis. Seterusnya, Perancis meneruskan aktiviti

perluasan kuasa di Vietnam setelah kemangkatan Raja Tu Duc. Pengganti Raja Tu Duc iaitu

Raja Hiep Hoa terpaksa menandatangani satu perjanjian baru yang lebih lengkap iaitu

Perjanjian Patanotre pada 6 Jun 1884. Kesan daripada perjanjian ini, Vietnam secara

rasminya menjadi negeri naungan Perancis dan membahagikan pentadbiran Hue kepada dua

kumpulan iaitu kumpulan pertama yang bekerjasama dengan Perancis untuk menjaga

kepentingan masing-masing dan kumpulan kedua ialah golongan yang menunggu masa untuk

menghalau Perancis dari Vietnam. Semasa 1884, terdapat banyak serangan tempatan yang

menyerang tentera Perancis. Beberapa bekas mandarin mula mencapai kemasyhuran dengan

melakukan serangan di luar daerah rumah mereka. Contohnya, Nguyen Thien Thuat (Hai-

2
Duong, Quang Yen wilayah), Ta Hien (membantu gerakan Ching di wilayah Bac-Ninh),

Nguyen Quang Bich (bersama Liu Yung Fu di wilayah Tuyen Quang) dan Nguyen Cao (

wilayah Bac Clang.3 Selain itu, kumpulan yang bersikap menentang ini diketuai oleh

Pemangku Raja, Ton That Thuyet (seorang raja baru Ham Nghi yang berumur 12 tahun

menaiki takhta pad tahun 1884). Thuyet di bantu oleh seorang keluarga diraja iaitu Nguyen

Van Tuong yang mengetuai satu serangan ke atas Perancis pada 5 Julai 1885 dan serangan

ini gagal. Disebabkan serangan ini, Raja Ham Nghi dan pengikutnya terpaksa lari ke

kawasan pergunungan. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan orang Vietnam dan golongan

cendekiawan bangkit menentang Perancis dan membunuh orang Kristian dan mereka yang

bersubahat dengan Perancis. Pemberontakan yang dipanggil dengan pemberontakan

cendekiawan ini berakhir pada bulan November 1888 setelah tertangkapnya Raja Ham Nghi

yang kemudiannya dibuang negeri ke Algeria dan Thuyet melarikan diri ke China.

3.0 GERAKAN CAN VUONG

Gerakan Can Vuong ini merupakan satu gerakan yang bermaksud taat setia kepada

Maharaja. Selepas tertangkapnya Raja Ham Nghi, ia telah merangsang pemberontakan baru

dan perang secara gerila masih diteruskan oleh cendekiawan lain seperti Phan Dinh Phung.

Phan Dinh Phung memegang jawatan yang tinggi dalam mahkamah setelah Ton Thuyet dan

melibatkan diri dalam gerakan Can Vuong. Beliau dilahirkan pada tahun 1847 di Dong Thai.

Kampung Dong Thai sememangnya terkenal dalam melahirkan golongan mandarin dan

keluarga Phan boleh berbangga dengan kejayaan mereka dalam menjadi mandarin iaitu

3
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, London : University of California, 1971, hal.46-47

3
selama dua belas generasi sebelum Phan.4 Ketiga-tiga abangnya lulus peperiksaan dan

menjadi mandarin. Namun, tidak bagi Phan. Sejak mula lagi, Phan sudah memberi tanda-

tanda awal bahawa dia tidak suka pembelajaran klasik. Hal ini kerana, beliau bertekad untuk

mengikuti cara tradisional dan setelah itu, beliau lulus dalam peperiksaan serantau pada

tahun 1876 dan menerima penghormatan tertinggi dalam peperiksaan metropolitan pada

tahun berikutnya. Dalam kesemua kejayaan beliau dalam peperiksaan politik, Phan tidak

dikenali sebagai seorang yang berjaya dalam bidang sastera. Hal ini kerana, sifat

keberaniannya yang menyebabkan beliau terkenal dan dengan cepat berada di atas. Phan juga

hampir kehilangan kepalanya ataupun dipancung selepas kematian Raja Tu Duc cuba

menentang rampasan kuasa yang mengetepikan kehendak Raja Tu Duc. Tetapi, beliau

bernasib baik kerana hanya dipenjara dan dilucutkan dari jawatannya. Selepas itu, dalam

tempoh pertama aktiviti gerakan Can Vuong selepas Julai 1885. Phan menjadikan rumahnya

sebagai pusat utama gerakan, membuat kilang senjata yang kecil dan menggunakan

bangsawan ulama tempatan sebagai komander tentera. Seterusnya, mereka melakukan

serangan dan serangan pertama mereka adalah di dua perkampungan Katolik yang

berdekatan. Namun, serangan ini gagal kerana tentera Perancis berjaya menghalau mereka.

Phan sempat melarikan diri, namun abangnya di tangkap oleh musuh lamanya. Cara yang

digunakan untuk melawan Phan adalah dengan tekanan dari musuh lamanya, dan penduduk

kampungnya yang menyuruh Phan menyerah diri untuk menyelamatkan abangnya,

keluarganya dan seluruh penduduk kampung. Disebabkan kejadian inilah, dikatakan bahawa

Phan Dinh Phung menjadi seorang yang sangat penting kepada generasi kepimpinan anti

4
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, hal. 61.

4
penjajahan seterusnya.5 Di samping itu, tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa tindakan

Phan dan kenyataan yang diberikan olehnya melambangkan kedudukan tertinggi Phan dalam

patriotik Vietnam.

Seterusnya, kebanyakan cendekiawan yang menyertai gerakan gerila dan bersenjata

menentang Perancis pada tahun 1885 telah mati terbunuh dan ketika berperang, dibunuh

ketika berada dalam tahanan, hilang dari penjara dan juga mati ditimpa penyakit. Terdapat

juga cendekiawan yang menyokong gerakan Can Vuong yang bernasib baik terselamat dalam

perang sepuluh tahun ini.6 Mereka tidak lagi terlibat dalam hal-hal politik dan golongan

ini juga semakin berkurang kerana perkembangan pelajaran dalam bahasa quoc-ngu dan

bahasa Perancis yang menggantikan tulisan cina. Selepas kematian Phan dan kegagalan

gerakan Can Vuong, telah muncul golongan cendekiawan muda yang berusaha

membebaskan Vietnam dari cengkaman Perancis seperti Phan Boi Chau dan Pan Chau Trinh.

4.0 KEMUNCULAN GOLONGAN CENDEKIAWAN BARU

Selepas kegagalan gerakan-gerakan perjuangan terdahulu, cendekiawan muda sedar bahawa

mereka perlu merancang strategi bagi mengubah corak perjuangan mereka yang telah

digunakan selama ini. Cendekiawan Vietnam ini percaya bahawa satu-satunya cara untuk

membebaskan Vietnam adalah dengan kekuatan tentera moden. Tentera adalah penting untuk

menguatkan lagi ketahanan perjuangan mereka. Selain itu, sokongan rakyat dan pertolongan

luar akan membolehkan Vietnam bebas dari cengkaman Perancis. Di samping itu, mereka

perlu melatih pejuang-pejuang yang berkebolehan untuk berperang secara moden dan

berusaha untuk menyemai kepercayaan terhadap rakyat.

5
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, hal.63.
6
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik hingga Abad ke 20, hal.215.

5
4.1 PHAN BOI CHAU (1867-1940)

Salah seorang cendekiawan yang berusaha membebaskan Vietnam dari Perancis

adalah Phan Boi Chau. Beliau dilahirkan di daerah Nghe An di Annam Utara.

Ayahnya sering meninggalkannya untuk mengajar di kampung-kampung lain. Phan

Boi Chau dijaga dengan baik oleh ibunya yang memupuknya untuk memahami

Konfusius dan menjaganya dengan baik. Chau menghadiri kelas ayahnya dan

mempelajari tentang Three Character Classic and Analects. Beberapa tahun yang

tidak dapat dipastikan, Chau gagal dalam peperiksaan serantau (huong-thi). Pada

tahun 1897, ketika berumur 30 tahun, beliau mengembara ke Hue untuk mengajar,

dan menerima latihan khas.7 Seterusnya, pada tahun 1900, beliau kembali ke Nghe

An dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan serantau. Apabila ayahnya

meninggal, Chau dan beberapa pelajarnya menyertai aktiviti anti penjajahan. Chau

menjelajah ke seluruh negara dari utara ke selatan untuk membela maruah negara

dan menyebarkan kepada rakyat perasaan ingin bebaskan negara daripada cengkaman

penjajah.8

4.2 PHAN CHU TRINH (1872-1926)

Phan Chu Trinh lahir pada tahun 1872 di wilayah Quang Nam, iaitu tempat di mana

bapanya telah berjuang bersama Ham Nghi dan berjuang dalam perang gerila. Ibunya

meninggal selepas melahirkannya. Pendidikan awalnya dilihat tidak menentu keran

bapanya tidak merancang dengan baik akan hala tuju pelajarannya. Selain itu, Trinh

juga tidak menunjukkan minat dalam pelajaran cina klasik.9 Namun, selepas itu,

pada tahun 1885, bapanya mula melibatkan Trinh dalam program ketenteraan.

7
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, hal.83.
8
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik hingga Abad ke 20, hal.217.
9
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, hal.86.

6
Selepas kematiannya bapanya, abangnya menjaga dan memberi pendidikan yang

sepatutnya kepada Trinh. Beliau mempelajari cina klasik, Analects dan Mencius.

Pada tahun 1903, Trinh telah ditawarkan jawatan di Kementerian Adat Istiadat dan

kemudiannya, beliau meletak jawatan kerana mengikut Phan Boi Chau ke Jepun.

4.3 NGUYEN THUONG HIEN (1865-1925)

Nguyen Thuong Hien dianggap sebagai anti penjajahan yang paling terkenal di utara

Vietnam. Beliau dilahirkan pada 1865 di wilayah Ha-Dong. Ayahnya seorang menteri

mahkamah. Beliau juga berkahwin dengan anak Ton That Thuyet. Pada 1884, beliau

lulus peperiksaan serantau dan tahun berikutnya, beliau lulus dalam peperiksaan

metropolitan.Tetapi beliau tidak dibenarkan mengambil peperiksaan Istana

disebabkan oleh pemberontakan yang dilakukan oleh bapa mertuanya.10

Kemudiannya, beliau rapat dengan Nguyen Lo Trach orang kuat atau berpengaruh di

Vietnam dan membaca semua bahan-bahan negara dan terlibat dalam satu kumpulan

perbincangan kecil sesama mereka. Kemudian beliau dilantik doc-hoc (suruhanjaya

pendidikan) di Ninh Binh, kemudian mendapat kedudukan yang sama di wilayah

Nam Dinh. Seterusnya, beliau berjumpa dengan Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh

dan meletak jawatan dan keudian menyertai Phan Boi Chau ke Jepun.

4.4 HUYNH THUC KHANG (1876-1947)

Beliau dilahirkan di kampung Thanh-Binh. Datuknya seorang petani yang kaya dan

dianggap sebagai orang lama di kampung itu. Ayahnya pula bercita-cita untuk

menjadi seorang yang berstatus akademik dan mengahwini seorang anak kepada guru

yang hebat. Ayahnya sentiasa gagal dalam peperiksaan dan akhirnya memberi

semangat kepada kelima-lima anaknya untuk berjaya dalam akademik. Merupakan


10
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, hal.92.

7
kawan baik kepada Phan Chu Trinh. Berkahwin pada 1895. Pada 1900, Huynh

mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan serantau dan seterusnya berjaya dalam

peperiksaan metropolitan.

5.0 GERAKAN PERJUANGAN PHAN BOI CHAU

Phan Boi Chau merupakan seorang cendekiawan muda yang mempunyai ideologi yang

tersendiri. Beliau pernah menyertai gerakan yang dipimpin oleh Phan Dinh Phung di Annam

Utara. Beliau berjaya dalam peperiksaan serantau dan selepas kematian ayahnya Chau

menumpukan sepenuh perhatiannya untuk merancang dan cara untuk mengelak segala

rintangan. Beliau bersama Dang Thai Than, pelajarnya dan beberapa lagi komrad merancang

tiga strategi awal iaitu mengumpul semula orang-orang yang pernah menyertai gerakan Can

Vuong, mendapatkan ketua dari kalangan kerabat diraja dan menghantar beberapa orang ke

luar negeri untuk meminta bantuan pihak asing untuk kemerdekaan Vietnam.11 Seterusnya,

pada tahun 1903, beliau telah berjaya menghubungi Putera Cuong De, salah seorang kerabat

diraja untuk menyokong perjuangannya dan beliau menghubungi cendekiawan-cendekiawan

lain seperti Phan Chu Trinh dan Huynh Thuc Khang. Pada bulan Februari- Mac 1905 beliau

pergi ke Jepun dan di sana Chau menemui pemimpin Jepun seperti Count Okuma. Orang

Jepun bersimpati terhadap perjuangan Vietnam dan mereka meminta Chau membawa keluar

Putera Cuong De dari Vietnam dan sekembalinya beliau ke Vietnam, beliau menghubungi

penentang kerajaan yang lain dan berjaya memujuk Cuong De supaya meninggalkan

Vietnam.12

Seterusnya, pada tahun 1906, Cuong De dan Chau berjaya menubuhkan Viet Nam Duy-

Tan Hoi (Pertubuhan bagi Pemodenan Vietnam) yang terletak di Jepun. Perkara penting yang

11
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, hal.101.
12
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik hingga Abad ke 20, hal.218.

8
menyebabkan tertubuhnya pertubuhan ini adalah untuk membebaskan Vietnam,

mengembalikan pemerintahan beraja yang sah dan memodenkan Vietnam dengan

mencontohi Jepun. Selain menubuhkan Viet Nam Duy Tan Hoi, Chau bersama Sun Yat Sen

menubuhkan Tang Meng Hui yang dianggotai oleh pelbagai pertubuhan. Tidak hanya dengan

menubuhkan pertubuhan, Chau juga melancarkan risalah yang menentang keras Perancis

iaitu surat dari seberang laut yang ditulis dengan darah.13 Terdapat banyak tulisan yang

ditulis oleh Boi Chau dan Cuong De dan tulisan-tulisan inu diterjemahkan dalam bahasa

quoc ngu oleh Nguyen Hai Than dan di seludup masuk ke Vietnam dan dibincangkan oleh

cendekiawan-cendekiawan di bawah persatuan. Untuk mencapai cita-citanya iaitu

mengembalikan semula kemerdekaan Vietnam melalui pemberontakan menyeluruh, beliau

membentuk satu biro perniagaan di Hong Kong dan pulang ke Vietnam untuk memastikan

bekalan ketenteraan mencukupi kerana tentera asas penting kepada pemberontakan.

6.0 PHAN CHU TRINH DAN SUMBANGANNYA.

Phan Chu Trinh merupakan seorang lagi cendekiawan dalam menggerakkan gerakan

bebaskan Vietnam. Namun, berbeza dengan Boi Chau, Chu Trinh sentiasa berhati-hati

terhadap Jepun yang bersikap bermusuhan terhadap China dan juga merupakan sekutu

Britain. Kerana beliau berpendapat mereka mesti mengelak daripada terlepas dari mulut

harimau dan masuk mulut buaya. Walaupun Chu Trinh mengikut Boi Chau ke Jepun,

namun beliau pulang ke Vietnam dengan perasaan yang kecewa kerana Chu Trinh tidak

bersetuju dengan perjuangan yang dirancang oleh Boi Chau lebih-lebih lagi penekanan

terhadap peranan yang bersikap tradisionalis.14 Trinh berpendapat bahawa hanya dengan

sokongan rakyat dapat membebaskan Vietnam. Tambah beliau lagi, institusi-institusi usang,

13
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik hingga Abad ke 20, hal.219.
14
ibid

9
raja dan golongan cendekiawan yang terkongkong oleh pemikiran Kung Fu Tze yang sempit

dan angkuh tidak layak mengetuai perjuangan yang memerlukan sokongan seluruh rakyat.15

Bagi beliau lagi, sebelum memulakan sesuatu perjuangan, masyarakat Vietnam harus melalui

pembaharuan iaitu raja harus dihapuskan kerana tidak mempunyai fungsi dan golongan

mandarin kuno yang menindas dan rasuah perlu diperangi. Apa yang di anjurkan oleh Trinh

adalah satu pendidikan bercorak baru harus disemai dalam kalangan rakyat. Perlu

mewujudkan penglibatan rakyat dalam hal pentadbiran awam, menyebarkan teknik-teknik

penggunaan moden serta membentuk persatuan yang bercorak pertanian dan perdagangan.

Pada 15 Ogos 1906, Trinh hantar memorandum kepada Gabenor Jeneral Perancis, Paul

Beau untuk menjelaskan masalah orang-orang Vietnam. Beliau menuduh pemerintahan

Perancis tidak meninggikan taraf pelajaran rakyat malah berbagai-bagai jenis cukai terpaksa

dibayar oleh rakyat. Pada tahun 1906 itu juga, Paul Beau membentuk sebuah Jabatan

Pelajaran dan menubuhkan Universiti Indo-China di Hanoi yang masih bertaraf sederhana

dan kebanyakan penuntut adalah orang Perancis.16 Trinh mempunyai pengikut yang ramai

dan beliau berusaha untuk mengumpul golongan cendekiawan yang bersungguh-sungguh

ingin merubah institusi di Vietnam. Selain itu, Trinh membuka sebuah badan perdagangan

yang mempunyai ladang pokok kayu manis. Malahan, Trinh seorang yang aktif, pandai

berpidato dan mengunjungi kampung untuk menyebarkan propagandanya yang menarik.

Trinh dibantu oleh Nguyen hien, Duong Ba Trac dan lain-lain telah menubuhkan Institusi

Pendidikan yang dinamakan Dong Kinh Nghia Thuc pada Mac 1907 bagi menampung

keperluan pelajaran. Tujuan utama penubuhan institusi ini adalah untuk memperkenalkan

pelajaran yang moden kepada rakyat dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Vietnam, cina

15
ibid
16
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik hingga Abad ke 20, hal.221.

10
dan Perancis. Tambahan lagi, penuntut tidak dikenakan sebarang bayaran. Secara

keseluruhannya, gerakan ini berjaya mengubah keadaan ekonomi, politik dan sosial di

Vietnam. Malah, dapat menyedarkan rakyat Vietnam betapa pentingnya pelajaran seperti

yang ditekankan oleh Trinh.

7.0 ANALISIS

Gerakan anti penjajahan yang bermula pada tahun 1885-1925 merupakan gerakan anti

penjajahan yang awal diadakan di Vietnam sebagai usaha untuk melepaskan negara mereka

dari penaklukan Perancis. Bermula dari tahun 1885, gerakan Can Vuong dilakukan oleh

kelompok kedua iaitu kelompok yang menentang Perancis adalah sebagai satu usaha awal

untuk membebaskan Vietnam dari cengkaman Perancis. Dan fokus utama gerakan ini adalah

mengembalikan sistem pemerintahan beraja tradisional dalam pentadbiran Perancis. Oleh itu,

golongan Cendekiawan seperti Phan Dinh Phung banyak melakukan strategi dan serangan ke

atas Perancis, namun gagal. Seterusnya, awal tahun 1900, muncul pula golongan

cendekiawan muda seperti Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh yang berusaha untuk

membebaskan Vietnam daripada Perancis. Namun, kedua-dua cendekiawan ini mempunyai

cara dan pendapat berbeza dalam menggerakkan perjuangan mereka. Setelah apa yang

dilakukan oleh golongan ini, wajar kah kita melabelkan golongan ini sebagai nasionalis

ataupun tidak. Menurut Marr, golongan penentang awal anti penjajahan ini bukanlah

golongan nasionalis kerana mereka juga dengan rela menerima Perancis untuk mengetuai

pentadbiran Vietnam jika pelan tindakan radikal mereka di ubah. Tambah Marr lagi, hanya

pada tahun 1920, bermulanya golongan muda intelektual yang berjuang dengan betul-betul

menyerap konsep yang moden, dinamik, berkuat kuasa dengan positif dan mempunyai

11
ideologi yang bernas.17 Menurut pandangan saya, golongan awal penentang anti penjajahan

ini sudah bijak dalam merancang strategi dan ideologi mereka juga adalah bernas untuk

diguna. Sebagai contoh, Phan Chu Trinh, beliau merupakan seorang cendekiawan yang

sangat aktif dalam mengubah nasib penduduk di Vietnam. Beliau mengecam hebat golongan

mandarin yang menyusahkan rakyat dan sistem beraja yang tiada fungsinya terhadap rakyat.

Idea beliau yang menjadikan pelajaran sebagai punca utama sesebuah negara untuk berjaya

adalah harus dipuji. Selain pelajaran, beliau juga menekankan aspek ekonomi yang harus

dititikberatkan. Trinh berbeza dengan pejuang-pejuang yang terdahulu yang hanya

mementingkan sistem pemerintahan monarki dan beraja. Walaupun Trinh bukan seorang

nasionalis, namun, ideologi nya merupakan pencetus kepada generasi seterusnya dalam

membebaskan Vietnam dari kuasa asing.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, gerakan anti penjajahan di Vietnam pada akhir abad ke 19 dan awal abad

ke 20 iaitu di antara tahun 1885-1925 merupakan satu gerakan penentangan awal oleh

cendekiawan Vietnam dalam usaha mereka untuk membebaskan Vietnam dari Perancis dan

mengembalikan sistem pemerintahan beraja. Dalam tempoh ini, kita tidak mengelaskan

mereka sebagai pejuang-pejuang yang nasionalis kerana, menurut kajian, golongan nasionalis

yang wujud di Vietnam hanya muncul pada tahun 1920. Namun begitu, ideologi mereka

sebagai penentang awal ini dapat digunakan oleh generasi kemudiannya untuk perjuangan

mereka dalam membebaskan Vietnam kelak.

17
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism, hal.4.

12
Tempoh masa dari tahun 1885-1925 merupakan satu tempoh masa yang menarik untuk

dikaji kerana dalam tempoh ini lah, kita dapat lihat pelbagai jenis gerakan, serangan dan

perang gerila dilakukan oleh golongan pejuang dalam usaha mereka membebaskan Vietnam.

13
BIBLOGRAFI

David G. Marr. (1971). Vietnamese Anticolonialism 1885-1925. Berkely : University of

California.

Philippe Devillers. (1988). Sejarah Indo China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga

Abad ke 20. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

14

Anda mungkin juga menyukai