Anda di halaman 1dari 36

INDOCHINA ERA PENJAJAHAN

PERANCIS

KULIAH 4
Penjajahan Perancis Di
Indochina
 Peringkat-peringkat penaklukan Perancis:
 Peringkat I: Penawanan Tourane dan
pendudukannya yang sebentar (1858).
Penaklukan Saigon dan ketiga buah wilayah
sekitarnya (1859-62).
 Peringkat II: Perluasan kekuasaan Perancis ke
Kem­boja apabila Perancis mengisytiharkan
Kemboja sebagai negeri lindungannya dalam
tahun 1863.
 Peringkat III: Pengambilan tiga buah
lagi wilayah Cochin-China yang di
sebelah barat delta Mekong hingga ke
Pulo Condore dalam tahun 1867.
 Peringkat IV: Tongking dan Annam
menjadi wilayah-wilayah negeri
naungan Perancis dalam tahun 1883.
 Peringkat V: Perlindungan terhadap
Laos dalam ta­hun 1893.
Faktor Penguasaan

 Menurut J.F. Cady:

Tujuan-tujuan baru bagi dasar imperialisma itu


berkembang dalam waktu sepuluh tahun.
Tujuan-tujuan itu ialah minat yang semakin
bertambah besar untuk mem-peroleh pasaran-
pasaran luar negeri dan bertambah he-batnya
persaingan antarabangsa bagi memperoleh
tanah jajahan.
…perasaan bangga akan kebudayaannya,
martabat-nya. maruahnya dan pengaruhnya.
Inilah faktor-faktor yang sentiasa ada dalam
segala macam bakti dan keberanian kaum
mubaligh, perampasan-perampasan kuasa
oleh angkatan laut, dan petualangan-
petualangan perseorangan. . . . Perkembangan
dasar kolonial Perancis setelah tahun 1880
menunjukkan dorongan yang terus-menerus ini
bagi mengharumkan martabat dan kelebihan
kebudayaan Perancis.
Pentadbiran Perancis

 Pentadbian colonial Perancis menimbulkan


kekacauan yang besar dalam susunan-
susunan politik, ekonomi, kebudayaan dan
kemasyarakatan Vietnam.

 Ia telah menghancurkan lapisan atas dari


sistem masyarakat anak negeri dan
menyebabkan segala-gala yang di bawahnya
runtuh juga.
 Inisiatif dan kemuliaan bangsa Vietnam
terhapus disebabkan oleh penindasan dan
pembezaan yang dibuat oleh pertadbiran
Perancis itu.

 Rancangan-rancangan kerjaraya yang


banyak itu telah mengubah negeri
tersebut, tetapi kerja-kerja ini tidak
dihargai oleh kebanyakan rakyat Vietnam.
 Contohnya usaha Ecole Francaise d'Extreme
Orient yang ditubuhkan dalam tahun 1899
dan dianggap sebagai 'pusat pengajian hal-
ehwal timur yang terbaik di dunia' oleh
Profesor Hall.

 Cadangan Ecole Francaise d'Extreme Orient


Jalanraya Kolonial No. 1 terbentang
sepanjang pantai dari Saigon ke sempadan
utara dengan Negeri China.
 Pembaharuan dalam aspek pertanian juga
gagal dilaksanakan Perancis.

 Ini menimbulkan masalah sosial dan ekonomi


kepada penduduk tempatan.

 Perasaan tidak puas hari petani telah berubah


menjadi perasaan putus asa—suatu unsur
yang perlu dalam pemberontakan yang
bertulang-belakangkan kaum tani.
 Golongan pertengahan tidak berpuas yang
kerana anak-anaknya yang berpelajaran tidak
diberi pekerjaan oleh pemerintah Perancis.

 Orang Vietnam diberi gaji yang lebih rendah


daripada gaji orang Perancis yang membuat
pekerjaan yang sama.

 Ini membawa kemunculan paduan antara


golongan nasionalis dan rakyat, menentang
pemerintahan kolonial.
Nasionalisma Vietnam

 Pada mulanya para pemimpinnya terdiri dari kalangan


bangsawan ataupun mandarin-mandarin yang
berpangkat tinggi.

 Tujuan mereka ialah untuk mengalahkan Perancis dan


memulihkan sistem Vietnam yang turun-temurun.

 Ia berubah kepada gerakan politik anti-Perancis dari


tahun 1917 dengan penglibatan golongan
berpendidikan Perancis.
 Mereka yang berpendidikan Perancis ini melihat
bahwa pemodenan negeri merupakan langkah yang
perlu ke arah memperoleh semula kemerdekaan
Vietnam.

 Mereka berpendapat perjuangan menentang faham


penjajahan tidak dapat diasaskan kepada
kebudayaan.

 Sepanjang tahun-tahun 1920an gerakan nasionalis


pimpinan golongan terpelajar agak sederhana dan
cuba mencapai cita-cita mereka dengan dasar
bekerjasama dengan kerajaan penjajah.
 Pada 1930an Parti Komunis yang pimpinan Ho Chi
Minh mula bertindak sebagai pejuang nasionalis
menentang Perancis.

 Penindasan Perancis ke atas Viet Nam Quoc Dan


Dang (VNQDD) atau Parti Kebangsaan Vietnam
dimulakan setelah pemberontakannya pada
Februari 1930.

 Penindasan ini membukakan jalan bagi Parti


Komunis Indo-China (PKI) mengambil peranan yang
paling penting dalam pergerakan kebangsaan.
Nasionalisme Hingga Tahun
1916
 Penentangan secara gerila - Pemerintahan
tentera dikenakan oleh Perancis untuk
menghalang gerila-gerila Vietnam itu.

 Pemberontakan Gilbert Chieu dalam tahun


1906 – Ilham daripada kemenangan Jepun
dalam Perang dengan Russia 1905.
 Peranan Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh –
menggalakkan Vietnam supaya memperolehi
kepandaian teknik dan saintiflk Barat bagi
membolehkan bangsa Vietnam bersedia
mengambilalih pemerintahan dari Perancis.

 Phan Boi Chau – mencadangkan supaya


mendapat bantuan Jepun

 Phan Chu Trinh – mencadangkan supaya


mendapat bantuan Perancis.
 Phan Boi Chau dipenjarakan setelah pengharaman
pertubuhannya - Vietnam Quang Phuc Hoi
(Persatuan Bagi Memulihkan Vietnam).

 Golongan nasionalis yang berpendidikan Perancis


mengadaptasikan falsafah Rousseau, Montesquieu
dan Voltaire ke dalam perjuangan mereka.

 Konsep tersebut ialah Liberte, Fraternite dan


Equalite (Kebebasan, Persaudaraan dan
Persamaan) yang menggerakkan Revolusi Perancis
tahun 1789 itu
 Mereka menyedari ketiadaan kebebasan
peribadi di negara sendiri.

 Antaranya tangkapan-tangkapan politik,


tentang kekejaman dan penyeksaan, sistem
kehakiman sebagai alat pihak polis, manakala
kebebasan suratkhabar dan perhimpunan
sangat sedikit.

 Mereka juag dilarang membentuk parti


politik atau kesatuan-kesatuan sekerja.
 Gabenor-Jeneral Albert Sarraut (1911-17) yang berfaham
sosialis itu memulakan beberapa pembaruan yang
liberal.

 Tetapi pembaruan-pembaruan ini tidaklah diarah-kan


kepada berkerajaan sendiri.

 Pada Mei 1916 percubaan pemberontakan yang


dirancangkan oleh satu kumpulan mandarin diketuai
Duy Tan.

 Pemberontakan berjaya ditumpaskan Perancis dan Duy


Tan ditangkap lalu dibuang negeri ke Pulau Reunion.
Pergerakan Kebangsaan dari
Tahun 1917 hingga Tahun 1927
 Peringkat kedua dalam pergerakan kebangsaan Viet­nam
dipengaruhi oleh Perang Dunia Pertama di Eropah.

 Perancis mengambii kira-kira 100,000 orang Vietnam


untuk perkhidmatan tentera untuk mempertahankan
Perancis.

 Mereka yang selamat pulang ke Vietnam dengan


membawa bersama-samanya pendapat-pendapat yang
subversif.
 Terdapat mereka yangsaling berhubungan
dengan pejuang-pejuang kebangsaan Siam
dan China. Mereka menyedarkan masyarakat
Vietnam itu tentang faedah parti-parti politik.

 Kumpulan ini terrbahagi kepada dua iaitu


mereka yang terpengaruh dengan
pergerakan kebangsaan India dan mereka
yang condong kepada faham Komunis.
 Kumpulan yang berpendidikan Perancis
menganjurkan kerjasama dengan kuasa kolonial
untuk memperoleh pembaruan-pembaruan politik
yang membawa kepada berkerajaan sendiri.

 Pengaruh mereka hanya untuk jangka pendek


sahaja.

 Mereka menubuhkan Parti-Parti politik untuk


memperjuangkan kerajaan sendiri antaranya Parti
Perlembagaan , Parti Kemajuan Rakyat Viet Nam,
gerakan keugamaan Cao Dai dan Viet Nam Quoc
Dan Dang atau Parti Kebangsaan Vietnam
 Parti Perlembagaan (1923) – ditubuhkan sekumpulan nasionalis
yang sangat sederhana sikapnya dan yang terdiri daripada kaum
cerdik-pandai, para pegawai dan pemilik tanah pada tahun 1923
di Saigon.

 Parti itu meminta kerajaan Paris:

 menyediakan sebuah perlembagaan bagi Viet­nam;


 membukakan perkhidmatan pertadbiran kepada bangsa Vietnam;
 memberikan kepada bangsa Vietnam hak mem­bentuk persatuan-
persatuan dan mengadakan mesyuarat;
 memberikan lebih banyak kerusi kepada bangsa Vietnam di dalam Dewan
Kolonial; dan
 memberikan kebebasan persuratkhabaran kepada Vietnam.

 Perjuangannya menemui kegagalan.


 Parti Kemajuan Rakyat Vietnam (1926)- Di
tubuhkan diTongking oleh Pham Quynh yang
bekerjasama dengan Perancis.

 Ia tidak mendapat pengiktirafan Perancis


menyebabkan ahlinya bergerak secara rahsia
dengan menyertai pertubuhan-pertubuhan
kebangsaan yang rahsia.
 Pertubuhan Cao Dai (1926) – Turut disertai
oleh beberapa orang anggota Parti
Perlembagaan.

 Tujuannya ialah untuk merobohkan


keunggulan Perancis dan meletakkan semula
Coung De di atas takhta. (mengembalikan
sistem pemerintahan beraja di Vietnam).

 Agak agresif tetapi tidak berjaya dalam


usahanya.
 Parti Kebangsaan Viet Nam (1927) –
ditubuhkan sekumpulan penerbit dengan
dipimpin oleh Nguyen Thai Hoc dengan nama
Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD).

 Tujuannya ialah untuk mengguling


pemerintahan kolonial Perancis dengan cara-
cara pemberontakan dan kemudian
mendirikan sebuah kerajaan republik
sebagaimana di Negeri China.
 Parti itu mendapat sokongannya dan
berhubung rapat dengan Koumintang (Parti
Kebangsaan China).

 Dana nya hasil sumbengan masyarakat


Vietnam yang kaya-raya, terutama di Tongking.

 Anggota-anggota VNQDD itu meliputi guru,


pelajar dan tentera malah hampir separuh
daripada anggotanya itu ialah kakitangan
pertadbiran Perancis.
 Pada Februari tahun 1930 pasukan tentera di Yen Bay
memberontak lalu membunuh semua pegawai
Perancis.

 Kekacauan-kekacauan kecil berlaku di Can Thao,


Hung Hoa dan di wilayah Hai Duong.

 Pemberontakan itu ditumpas dengan kejamnya


dalam waktu yang singkat sahaja.

 Pada Jun tahun 1930, Nguyen Thai Hoc dan duabelas


orang lagi ditangkap lalu dibunuh dengan
memenggal kepala mereka.
 Parti Komunis Indo-China (PKI), 1930 - Penindasan
VNQDD yang kejam dalam tahun 1931 itu
menyebabkan terdapat kekosongan dalam pucuk
pimpinan pergerakan kebangsaan Vietnam.

 Kekosongan ini kemudian diisi oleh Parti Komunis


yang diasaskan oleh Ho Chi Minh (Nguyen Ai Quoc).

 Parti Komunis Vietnam dilancarkan di Hong Kong


pada 1930 dengan menggabungkan tiga buah
kumpulan kaum nasionalis Vietnam yang berhaluan
Marx lalu menamakan parti itu Parti Komunis Indo-
China.
 Tujuannya ialah untuk memperoleh
kemerdekaan bagi Vietnam dalam dua
peringkat:

“untuk mencapai negara demokratik yang


bersifat ' Bourgeoisie ' dan kemudian
melancarkan revolusi ' proletariat '.”

 Sokongan utamanya ialah kaum tani yang


dijanjikan dengan “pembaruan tanah” dan
menubuhkan persatuan-persatuan tani di
seluruh negeri.
 Dalam tahun 1931 mereka memaksa kaum
tani itu memberontak di seluruh Tongking
setelah pengutan hasil yang kurang di
kawasan tersebut.

 Tunjuk-tunjuk perasaan kaum tani disertai


dengan pemogokan-pemogokan perusahaan
di ladang-ladang dan kilang-kilang di
Tongking serta disokong oleh kekacauan-
kekacauan di Annam Tengah dan Cochin-
China.
 Perancis melancarkan gerakan memenjarakan kira-
kira 10,000 orang tahanan politik.

 Beribu-ribu yang lain dibunuh termasuk pemimpin


komunis yang dikenakan hukuman bunuh.

 Ho Chi Minh ditangkap oleh British di Hong Kong pada


Jun 1931.

 PKI mengalami kekalahan yang teruk dan yang


melumpuhkan segala kegiatannya selama beberapa
tahun sehingga dihidupkan kembali ketika Perang
Dunia Kedua.
 Maharaja Bao Dai - Dalam tahun 1932 Maharaja Bao
Dai yang berpendidikan Perancis pulang dari
pengajiannya di luar negeri untuk memimpin sebuah
parti kebangsaan yang bersikap sederhana.

 Parti ini bertujuan untuk menghidupkan semula dan


memodenkan pemerintahan beraja di negeri-negeri
naungan Perancis secara bekerjasama dengan Perancis.

 Dalam tahun 1933 Bao Dai memilih dua orang


mandarinnya yang terkenal, iaitu Ngo Dinh Diem dan
Pham Quynh, untuk membantunya dalam per-gelutan
secara damai untuk memperoleh lebih banyak kuasa
otonomi bagi kerajaan Vietnam.
 Tuntutan taraf 'Dominion' bagi Vietnam
ditolak oleh Menteri Tanah Jajahan Perancis,
iaitu Paul Reynaud.

 Alasan bagi penolakan ini diberikan oleh


Hammer:

“Memberikan begitu banyak kebebasan


kepada penduduk yang tidak mempunyai klas
pertengahan dengan kaum tani yang buta
huruf di belakang selapisan nipis golongan
cerdik-pandai amatlah membahayakan.”
RUMUSAN
 Perjuangan Nasionalis yang digerakkan
sebelum Perang Dunia Kedua di Vietnam
telah menemui kegagalan.

 Ini disebabkan Perancis belum bersedia untuk


melayani tuntutan autonomi mahupun
kemerdekaan kepada mereka.

 Walau bagaimanapun asas nasionalisme


selepas Perang Dunia Kedua adalah
kegagalan perjuangan tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai