Anda di halaman 1dari 11

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

Secara umunya, gaya bahasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu (a) Gaya bahasa perbandingan; (b)
Gaya bahasa sindiran; (c) Gaya bahasa penegasan; dan (d) Gaya bahasa pertentangan. Bagi keempat-
empat jenis gaya bahasa itu akan melibatkan, membentuk dan memilih kata-kata yang tepat untuk
melukiskan sesuatu. Ia disebut sebagai plastika bahasa.

3.1 Gaya bahasa perbandingan

3.1.1 Metafora

Perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada sifat
kesamaannya. Misalnya, matahari disifatkan sebagai raja siang. Bulan dikatakan sebagai dewi malam.

3.1.2 Personifikasi:

Memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang disifatkan sebagai
manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan sebagainya. Lalu ditulis sebagai daun nyiur
melambai-lambai, daun kelapa menggamit manja dan sebagainya.

3.1.3 Asosiasi:

Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain. Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan
dengan benda yang pertama (yang disebut terlebih dahulu). Misalnya: badannya langsing seperti pohon
pinang, mukanya pucat bagai bulan kesiangan, matanya merah seperti biji saga, badannya licin seperti
belut, badannya makin kurus seperti ais-krim, badannya kurus seperti lidi dan lain-lain.

3.1.4 Allegori:

Satu gaya yang menggunakan perbandingan yang sempurna dan lengkap. Mislanya: laut di bandingkan
dengan kehidupan, suami isteri diumpamakan sebagai nakhoda dan jurumudi, tujuan hidup
diumpamakan sebagai tanah tepi, kumbang sebgai pemuda, bunga diibaratkan sebagai anak dara dan
sebaginya.

3.1.5 Parabel:
Perkataan ini berasal dari perkataan Latin. Ia bermaksud sebagai kiasan, yang terdapat di dalam
sesebuah cerita atau hasil karya puisi. Ia dapat menyimpulkan rahsia atau falsafah hidup. Misalnya
dalam sebuah ceitta mengisahkan si tikus mengalahkan si singa. Parabel dalam kalimat ini ialah
adakalanya orang yang kecil, lemah atau miskin dapat mengalah atau mengatasi orang yang besar, kuat
atau kaya.

3.1.6 Simbolik:

Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain atau
melukiskan sesutau dengan menggunakan benda-benda atatu perkara lain seperti lambang atau
simbolnya. Misalnya: lintah darat ( orang yang menindas, memeras, mementingkan diri sendiri dan
menganiaya orang lain), kambing hitam (orang yang dijadikan sasaran atau dituju), alu pencungkil duri
(orang yang tidak boleh mengeluarkan buah fikiran), kucing pekak (perangkap tikus)

3.1.7 Tropen

Gaya bahasa yang menggunakan kata-kata yang tepat dan sejajar dengan erti yang dimaksudkan.
Misalnya: Dia terbang ke Jepun (orang yang diibaratkan boloeh terbang seperti burung atau seperti
kapal terbang), sehari-hari ia berkubur sahaja dalam bilik (diibaratkan diam dan tak bergerak-gerak
seperti orang mati dalam kubur), sudah lebih dua bulan dia mengukur jalan (orang yang tidak
mempunyai apa-apa pekerjaan melainkan mundar-mandir sepanjang jalan) dan lain-lain lagi.

3.1.8 Mitonimia

Suatu nama baru yang pada mulanya berupa nama lain bagi sesuatu benda atau perkara, ia digunakan
sebagi atau seolah-olah nama khas yang lebih senang disebut atau lebih mudah dikenali, kerana ada
kaitan dengan nama asalnya. Misalnya: Ia meluncur dengan MAS (MAS ini berasal dari kata Malaysian
Airline System, tapi lebih dikenali dengan nama MAS,seakan-akan berharga seperti emas), Ia berparti
PAS (PAS ialah singkatan dari perkataan awal bagi Pati Islam Se-Malaysia), Ia belajar di IPKB (IPKB
bermaksud Maktab Perguruan Kota Bharu) dan sebagainya.

3.1.9 Litotes:

Merupakan satu gaya merendah, memperkecil atau penyederhanaan. Kata-kata yang digunaka
sebenarnya adalah berlawanan dengan kenyataan yang sebenar. Misalnya: Gubukku di tepi sawah
(gubuk di dalam konteks ini bukan bererti bangsal, rumah kecil pondok atau lain-lain, tetapi sebenarnya
merupakan sebuah rumah yang besar dan cantik), nasi dengan garam sahaja (ini bukanlah bererti dia
makan nasi dengan garam sahaja kerana terlalu miskin,tetapi nasi yang penuh dengan lauk-pauk yang
banyak). Gaya bahasa begini biasanya dituturkan oleh orang yang suka merendah diri, tidak suka
bermuka-muka atau menunjuk-nunjuk sesuatu kelebihan atatu keistimewaan yang ada padanya.

3.1.10 Hiperbola / Bahasa melampau-lampau / Bahasa besar:

Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin ballein (yang bermaksud melemparkan), iaitu satu gaya
bahasa yang cuba menunjukkan atau membesar-besarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu perkara
atau benda. Contohnya: darah mengalir mengaanak sungai (yang hendak diibaratkan ialah darah yang
mengalir terlalu banyak sehingga penuh anak-anak sungai), air yang melimpah-ruah", kilat sambar-
menyambar, hancur lebur dan sebagainya.

3.1.11 Sinekdoki

Sinedoki (synecdoche) terbahagi kepada dua jenis iaitu: (i) Pars pro toto: iaitu penyebutan sebahagian
dari kata, tetapi boleh memberikan sepenuh erti kata tersebut, mislanya, sudah lama tak nampak
batang hidung dan seumpamanya. (ii) Totem pro parte: iaitu penyebutan seluruhnya untuk
menyatakan hanya sebahagiannya sahaja. Contohnya, pertandingan itu berakhir dengan kemenangan
Pasukan Rumah Putih (ini bererti tidak diterangkan bahawa ada satu lagi pasukan yang tela kalah oleh
Pasukan Rumah Putih), sekolah kami telah kalah dalam peraduan tersebut (yang disebut ialah
sekolahnya yang telah kalah, di mana sepatutnya ada sekolah lain yang telah menang, tapi tidak
disebut), menjawab satu soalan, dia mengatakan bahawa dia masih solo dan seterusnya.

3.1.12 Euphimisma:

Satu gaya yang memperhalus kata-kata atau ucapan, kadangkala kata-kata itu lucah, tetapi oleh kerana
ia digunakan dengan begitu halus dan sopan, sifat kelucahannya tidaklah begitu ketara. Mislanya:
minta diri sebentar (bermaksud mahu pergi dari tempat itu sebentar), dipersilakan duduk
(bermaksud disuruh duduk), hilang akal (gila atau tak normal), buang air kecil (kencing), kemaluan
(alat kelamin atatu jantina lelaki atatu perempuan), hubungan jenis (bersetubuh), buang air besar
(berak) dan lain-lain lagi.

3.1.13 Allusio/ Unsur-unsur falsafah:

Iaitu satu gaya bahasa yang banyak menggunakan peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan dan
yang seumpamanya. Misalnya: hidupnya amat menyedihkan, seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang, Nasihat yang diberi langsung tak berguna, seperti emncurahkan air di daun
keladi sahaja, berhati batu, perangainya seperti lintah darat dan lain-lain.
3.1.14 Antonomasia/ bahasa kiasan:

Penggunaan nama lain bagi seseorang dengan menggunakan sifat-sifat orang itu sendiri. Mislanya: si
Jangkung (orang yang kurus dan tinggi), Si Gendut (orang yang rendah dan pendek), Si Sengeh
(orang yang sentiasa tersengeh atau menampakkan gigi, tak kira bila, di mana dan dengan sesiapa
sahaja).

3.1.15 Periprase:

Merupakan gaya bahasa penghuraian. Satu kata yang ditukar dengan kata-kata lain yang lebih panjang
tapi masih dapat memberi makna atau erti yang sama dan sesuai dengan kata yang hendak digantikan
itu. Mislanya: pagi-pagi (ketika Sang Suria telah keluar dari peraduannya, unta (kapal padang pasir),
senjakala (suria merangkak-rangkak ingin memaut pintu malam), malam tua (waktu larut malam
atau betul-betul tengah malam) dan lain-lain lagi

3.2 Gaya Bahasa Sindiran

Gaya bahasa sindiran ini merupakan satu gaya perli kepada sesuatu yang tidak digemari atau yang tidak
sesuai dan tidak berkenan dengan hatinya. Gaya bahasa ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

3.2.1 Ironi:

Ia merupakan seolah-olah kata terbalik dari maksud asal atau kata-kata lain dari kata-kata yang
sebenarnya yang patut digunakan dengan tujuan untuk menyindir. Mislanya: capat betul kau datang
(diwujudkan kata-kata ini kepada orang yang lewat datang), wah cantik beyul bajumu (bermaksud
baju yang tidak cantik), sedap betul nyanyiamu semalam (bermaksud nyanyian yang tidak sedap) dan
sebagainya.

3.2.2 Sinisma/ bahan mengejek:

Berupa kata-kata ejekan yang kasar, melebih-lebihkan, melampau-lampau dengan tujuan menyatakan
perasaan benci atau ejekan yang ketara. Misalnya: Muntah aku melihatmu (bermaksud: oleh kerana
terlalu benci dan meluat atau jejek, sehingga boleh muntah), pengsan aku bila terbau minyak wangi
kau (bermaksud: bau minyak wangi itu amat tidak berbau sedap, sehingga boleh jadi pengsan bila
terciumnya), Rebah aku melihat mukanya (bermaksud: dia akan jadi atau boleh rebah kalau melihat
muka yang dimaksudkan, boleh jadi muka tersebut terlalu hodoh, terlalu dibenci atau sebagainya).
3.2.3 Sarkasma:

Iaitu gaya bahasa yang lebih kasar daripada sinisma. Ianya digunakan bagi menggambarkan sikap marah,
benci, meluat yang amat sangat. Ia boleh jadi digunakan dalam waktu marah atau tidak disedarinya.
Mislanya: anjing (orang yang dimarahinya disifatkan sebagai anjing) babi, bangsat, mampus,
haram jadah, anak haram, syaitan, kurang ajar, dan lain-lain lagi.

3.3 Gaya Bahasa Penegasan

Gaya bahasa penegasan merupakan satu gay yang cuba memberi penegasan atau penekanan kepada
sesuatu yang hendak disampaikan. Gaya bahasa ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

3.3.1 Pleonasma:

Merupakan satu gaya yang cuba memberi penegasan kepada kata-kata sebelumnya dengan berasaskan
kepada sifat-sifat kata itu sendiri, meskipun kata-kata tersebut tidak perlu atatu tak mustahak diulang
sebut lagi. Gaya ini juga disebut sebagai gaya bahasa berlebihan. Mislanya: Ia turun ke bawah (dalam
ayat ini, perkataan turun sudah menggambarkan ke bawah. Takkanlah turun ke atas. Di sinilah yang
dapat dilihat bahawa perkataan turun itulah yang hendak ditegaskan, iaitu turun ke bawah), naik ke
atas, majulah ke muka, Undur ke belakang, Jatuh ke bawah, Sunyi sepi, melalak melaung,
kucar kacir, cinta kasih sayang dan sebagainya.

3.3.2 Repitisi:

Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat. Contohnya: selama nafas
masih ada, selama nadi masih berdenyut, selama darah masih mengalir, selama itulah aku terus
berjuang, apa yang diharapkan, apa yang diimpikan, apa yang dicita-citakan oleh ayahnya ialah
kebahagiaan anaknya di hari depan, saat yang paling romantis, saat yang tak dapat dilupakan dan saat
dikejar seribu ranjau-ranjau, ialah ketika atau saat dilamun cinta dan yang seumpamanya.

3.3.3 Paralelisma:

Pengulangan sesetengah perkataan beberapa kali pada tempat yang sama. Sekiranya pengulangan
dibuat di awal kalimat, disebut sebagai anapora, dan sekiranya di sebut di akhir kalimat dikenal sebagi
epipora. Contohnya seperti berikut:
(i) Anapora

apatah kekal

apatah tetap

apatah tidak

(ii) Epifora

Ia datang

Selalu datang

Tidak datang

3.3.4 Tautologi:

Mengulang secara berturut-turut satu-satu perkataan dalam kalimat, sedangkan pengulannya tidak
perlu, kerana sudah jelas maknanya dengan satu perkataan sahaja. Mislanya, Ia datang, datang dari
serata ceruk ceruk rantau, datang dari serata daerah dan datang dari pelbagai ragam latar belakang
hidup.

3.3.5 Klimaks/Bahasa Naik:

Satu gaya yang cuba menerangkan atau mengemukakan sesuatu benda atau perkara secara berturut-
turut dengan cara kronologi. Mislanya: sejak dari kecil, besar, dewasa, sampailah ke tuannya...,
upacara yang membazir itu berlangsung dari pagi, petang hinggalah ke malam, masih tak habis-habis.

3.3.6 Anti Klimaks/ Bahasa Turun:

Iaitu satu gaya bahasa yang berlawanan dengan gaya klimaks, kerana penerangannya bermula dari yang
tinggi kepada yang rendah, dari yang besar kepada yang kecil. Misalnya: Dalam majlis persandingan
Diraja tersebut, Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Exco-Exco, Wakil-Wakil Rakyat,
Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, dan rakyat jelata turut hadir sama. Kebiasaan itu telah diamalkan
sejak dari turun temurun lagi, dari datuk, nenek, bapa, anak hinggalah ke cucu cicit ciatnya dan
seumpamanya.

3.3.7 Inversi:

Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat. Bahagian yang
penting (predikat) mendahului cerita. Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali sebagai ayat kena
buat atau ayat pasif. Misalnya: Air itu diminum oleh saya, buku tadi dibeli oleh ibuku, Gambar
yang cantik ini dilukis oleh adik saya dan lain-lain lagi.

3.3.8 Ellipsi:

Satu gaya yang cuba menghilangkan sebahagian dari kalimat, sama ada kalimat pokok ataupun
sebutannya. Contohnya: pokok itu dibunuh (ini bermaksud: pokok-pokok yang tak berguna itu telah
dibunuh dengan racun), Habis dimakan (bermaksud: nasi yang terhidang di atas meja itu habis semua
sekali dimakan olehnya) dan lain-lain lagi.

3.3.9 Retoris:

Ialah gaya bahasa berupa pertanyaan yang tidak memerlukan jawapan, kerana di dalam pertanyaan itu
sendiri secara tidak langsung, sudah ada jawapannya. Misalnya: Miskinkah dia dengan rumah besar dan
harta benda yang banyak?, laparkah mereka dengan begitu banyak makanan yang telah dibekalkan?,
penakutlah dia dengan mengalahkan begitu ramai musuh? dan lain-lain lagi.

3.3.10 Koreksio:

Iaitu satu gaya bahasa yang pada mulanya tersalah sebut atau sengaja disebut kurang teapat dan tidak
betul, lalu dalam masa juga ianya tidak betul, lalu dalam masa yang sama juga ianya diperbetulkan.
Contohnya: Nasi memasak ibu, oh maaf, sebenarnya ibu memasak nasi, dalam masa itu ia terkena
kemalangan,maksud saya, ia terkena jerangkap samar dan cedera parah, Anak-anak saya semuanya
manja-manja belaka, maksud saya, anak-anak kucing yang saya pelihara di rumah (boleh jadi penutur
ini tidak berkahwin atau tidak mempunyai anak lagi) dan sebagainya.

3.3.11 Asindenton

Merupakan kata-kata dalam ayat atau ayat-ayat yang sepatutnya menggunakan kata-kata penyambung,
tetapi tidak atau sengaja tidak digunakan, sebagai satu cara dan menjimatkan penggunaan kata.
Misalnya: Di dalam bilik itu terdapat meja, kerusi, almari dan bangku yang rosak, Kereta, bas,
motosikal, lori, van dan ambulans telah memiruk-pikukkan lagi suasana di jalan yang sesak itu, dan lain-
lain lagi.

3.3.12 Polysindeton:

Merupakan gaya bahasa lama, iaitu penggunaan perkataan-perkataan yang kadangkala tidak memberi
erti yang tepat, seperti perkataan maka, alkian, alkisah, adapun, sayhdan dan lain-lain lagi. Ayat-ayatnya
pula, jika sepatutnya ada menggunakan kata-kata penyambung, akan digunakan sepenuhnya (Ini adalah
berlawanan dengan asindenton). Contohnya: Sungguhpun Terengganu itu daripada bahagian atau
jumlah negeri yang terlebih muda sekali termasuh ke bawah anungan negeri yang terlebih muda sekali
termasuk ke bawah naungan Kerajaan Ingeris, tetapi adlah harapan kita pada masa kini jika kita tidak
mengambil peneganalan dan pengetahuan daripada gerak-geri orang-orang besarnya yang bersungguh-
sungguh menjaga dan memelihara pintu-pintu bahagia dan anak-anak jenisnya sendiri, dan berikhtiar
bagi menutup lubang kecil dan besarnya, dan berdahulu-huluan tiap-tiap daripada mereka itu
memasukkan dan menambahkan kepada negerinya cohtoh tauladan yang baik-baik dari luar.

3.3.13 Interupsi:

Merupakan gaya bahasa yang menggunakan kata atau sebahagian kalimat yang disisip, ditambah
sesudah kalimat asal (pokok) dengan tujuan untuk menjelaskan erti asal atau pokok tadi dengan lebih
luas lagi. Penjelasan itu dibuat dengan menggunakan tanda-tanda koma, sengkang atau pun
kurungan. Misalnya, nama pkok itu (iaitu pokok Melaka) telah dijadikan sebagai nama negeri
Melaka, Ayahnya (yang bernama Daud, iaitu adik kepada emak saudaranya) telah pergi ke seberang
laut pada tahun lepas lagi) dan lain-lain lagi.

3.3.14 Eksklamasi:

Merupakan gaya bahasa yang memakai kata-kata seru, untuk menegaskan maksud ataupun untuk
disesuaikan dengan nada erti yang dikatakan. Contohnya: Aduh!pedihnya luka ini. (tidak boleh dikata,
aduh sedapnya makanan ini), Wah!cantiknya baju awak dan lain-lain lagi.

3.3.15 Enumerasia:

Iaitu satu corak gaya bahasa yang bersifat penghuraian sesuatu peristiwa yang sengaja dipisah-pisahkan.
Ianya digambarkan satu persatu agar lebih hidup dan lebih nyata. Umpamanya: Malam gelap. Langit
tak berbintang. Lorong-lorong sudah sepi. Lampu jalan sudah dimatikan. Sayup-sayup kedengaran anjing
menyalak.
3.3.16 Praetorito:

Merupakan satu gaya yang seolah-olah atau seakan-akan pengarang mahu menyembunyikan sesuatu
perkara yang dilukiskan, atau penulis membuat andaian bahawa apa yang hendak atau tak hendak
diberitahu olehnya sudahpun diketahui oleh orang lain (orang ramai). Contohnya: Siapakah orangnya,
tak perlulah saya sebutkan, sebab saya rasa anda sendiri sudah pun mengetahuinya dan lain-lain lagi.

3.4 Gaya Bahasa Pertentangan

Gaya bahasa pertentangan adalah merupakan satu gaya yang memperlihatkan kebertentangan erti atau
makna dalam satu-satu ayat. Mahu bertentangan dengan tak mahu, ya bertentangan dengan tidak dan
sebagainya. Gaya bahasa pertentangan ini terdiri dari beberapa jenis, iaitu:

3.4.1 Pradoks:

Ialah satu corak gaya yang mempertentangkan kata-kata atau erti dalam satu kalimat, misalnya,
Senyum dalam tangisan (biasanya atatu sepatutnya orang yang senyum tak boleh menangis atau pun
orang yang menangis tak boleh senyum), Dia kaya, tetapi hidupnya melarat, Bangkai bernyawa,
Marah dalam sayang, Benci tapi rindu, Tidur dalam jaga, dan lain-lain lagi.

3.4.2 Antithese:

Merupakan gaya yang mempertentangkan paduan dua patah perkataan yang berlawanan ertinya,
contohnya, tua muda, kecil besar, kaya miskin, cantik hodoh, hitam putih, lelaki perempuan
dan lain-lain lagi.

3.4.3 Occupasi:

Ialah gaya bahasa yang mengandungi suatu bantahan, yang tak dipersetujui, tetapi dicuba
membentangkannya juga sebagai untuk pengetahuan umum. Walaupun boleh jadi semua orang suda
tahu. Ini ditimbulkan semata-mata untuk menimbulkan kepuasan. Contohnya: Merokok
membahayakan kesihatan. Amaran oleh Kerajaan Malaysia. Pun begitu ada orang yang tak boleh bekerja
kalau tak merokok, Berjudi adalah haram tetapi ada orang yang terus berjudi sebagai salah satu dara
untuk menjadi kaya dengan cepat dan lain-lain lagi.

3.4.4 Kontradiksio:
Ialah satu gaya yang memperlihatkan pertentangan dengan apa yang sudah dikata atau ditegaskan
terlebih dahulu. Misalnya, Dia nampak alim tetapi sebenarnya jahil, Kamar itu sunyi sepi, hanya
detikan jam yang berbunyi, Matanya pejam,tetapi masih kelihatan berkelip-kelip dan lain-lain lagi.

4. Perkataan asing dalam Bahasa Malaysia (Melayu)

Dalam Bahasa Melayu (seperti juga dalam bahasa-bahasa lain) banyak sekali perkataan asing yang telah
terpinjam atau termasuk sehati menjadi sebahagian daripada perkataan Melayu jati. Perkataan-
perkataan demikian hampir kesemuanya telah diubahkan bunyinya yang sebanar mengikut tabii lidah
Melayu. Kerap kali berlaku juga maknanya juga telah berubah atau bertambah daripada makna dalam
bahasa asal. Kebanyakan perkataan pinjaman ini terasa seolah-olah sebagai bahasa Melayu sendiri
kerana kerap sangat kita menggunakanya dalam percakapan dan penulisan kita sehari-harian. Hal ini
berlaku disebabkan oleh eratnya hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain sejak zaman awal
lagi. Ianya akan ketara sebagai bahasa cedukan bila orang mengetahui bahasa asalnya. Misalnya
sedikit contoh:

4.2.1 Dari bahasa Sanskrit:

Lidah, nadi, bahu, kapur, neraca, geliga, genta, jala, sila, angkasa, kuda, cinta, bahaya, duli, dan lain-lain
lagi.

4.2.2 Dari bahasa Tamil:

Kapal, modal, mahligai, kari, jodoh, keldai, lebai, kawal, bedil, loga, pili, tirai dan lain-lain lagi.

4.2.3 Dari bahasa Hindustan:

Boria, basi, baldi, capal, lucah, guni, gusar, roti, coli, cuti, acar, kapas, gudang, topi, jenak dan lain-lain
lagi.

4.2.4 Dari bahasa Parsi (Iran):

Pesona, lawak, saudagar, bius, sudah, serban , istana, johan, gusti, garam, teraju, laksa, taman, dewan
dan dan lain-lain lagi.

4.2.5 Dari bahasa Arab:


Islam, hakim, hukum, misal, maktab, fikir, akal, makam, berkat, musafir, roh, kawat, lazat, dakwat, dan
lain-lain lagi.

4.2.6 Dari bahasa Cina:

Kuih, bapang, taugeh, kekwa, gincu, sampan bangsal, ponting, cuak, pakau, teko, tangsi, tahil koyan, dan
lain-lain lagi.

4.2.7 Dari bahasa Jawa dan Sunda:

Luntur, lahar, lakon, ayu, bagus beres, jaguh, saban, sore, tulis, urus, ketara, enak, nyaman, dan lain-lain
lagi.

4.2.8 Dari bahasa Sumatera:

Gadis, tiuku(tengku), landai, teromba, kemanakan, cegah, teliti, rapi, malahan, ragu, semenda, dan lain-
lain lagi.

4.2.9 Dari bahasa Portugis:

Baldi, bangku, meja, bola, bomba, garfu, kebaya, kemeja, peluru, sepatu, tuala, palsu, tinta, dan lain-lain
lagi.

4.2.10 Dari bahasa Belanda:

Duit, engsil, pelekat, senapang, kamar, sekoci, geladak, dam, alci, ongkos, kantor, rokok, dan lain-lain
lagi.

4.2.11 Dari bahasa Inggeris:

Saman, notis, selipar, gelas, botol, pensel, koleh, bil,buku, kopi, pas, motor, muzik, pistol, dan lain-lain
lagi.

Anda mungkin juga menyukai